Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Gym di Kuala Lumpur dengan Kemudahan Terbaik Untuk Bersenam

Ramai yang inginkan melakukan perubahan kepada bentuk badan fizikal mereka untuk menampakkan diri jadi lebih kuat ataupun hanya untuk kekal sihat. Namun, tidak semua orang memiliki peralatan bersenam yang sesuai digunakan di rumah masing-masing. Oleh itu, di sini kami senaraikan 10 gym di Kuala Lumpur dengan kemudahan terbaik supaya dapat memudahkan anda mencari dan mengunjungi pusat gym tersebut.

10 Pusat Gym di Kuala Lumpur


1. Life n Fitness, Bukit Bintang

Life n Fitness, Bukit Bintang

Terletak di pusat membeli-belah Lalaport Bukit Bintang, Life n Fitness merupakan pusat gym di Kuala Lumpur dengan peralatan bersenam yang masih dalam keadaan baharu dan lengkap. Layanan oleh staf mereka yang baik dapat membantu para pengunjung membiasakan diri untuk menggunakan alat senaman dengan cara yang betul.

Pusat gym ini juga dibersihkan setiap hari untuk keselesaan para pengunjung untuk datang dan melakukan aktiviti senaman mereka. Keadaan gym ini yang luas dengan pencahayaan yang terang juga membantu meningkatkan suasana pengunjung untuk kekal segar semasa melakukan aktiviti senaman.

Perkhidmatan lain seperti kelas senaman mingguan, jurulatih peribadi dan tempat letak kereta khas juga dapat memberikan anda pengalaman yang bagus dan menarik sebagai pelanggan yang berbayar.

Alamat: City Centre, L4-01a Mitsui Shopping Park LaLaport, 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (6.00 am – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3311 7962 

WhatsApp Life n Fitness Bukit Bintang


2. Gym Box, Setapak

Gym Box, Setapak

Gym Box Setapak merupakan pusat gym yang terbaru di kawasan Setapak, Kuala Lumpur. Dengan tapak yang luas dan terbuka, terdapat pelbagai kelengkapan senaman yang boleh digunakan dengan selesa mengikut keperluan anda.

Dekorasi yang cantik dengan hiasan lampu juga membuatkan pusat gym ini kelihatan menarik untuk melakukan senaman sambil menangkap gambar untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain.

Bayaran masuk untuk pusat gym ini adalah RM20 untuk satu hari dan RM150 bagi satu bulan. Oleh itu, mereka yang ingin bersenam dengan kerap setiap minggu di gym ini bolehlah mencuba untuk membuat langganan satu bulan yang murah dan berbaloi. 

Alamat: 30488 Lot Lama, Jalan Usahawan 6, off, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 12.00 am) 

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-793 3616

WhatsApp Gym Box


3. Anytime Fitness Sentul Point – 24 Hour Gym, Puncak Sentul

Anytime Fitness Sentul Point - 24 Hour Gym, Puncak Sentul

Anytime Fitness adalah di antara francais pusat gym yang terbesar di Malaysia dengan 30 cawangan di sekitar kawasan Lembah Klang. Anytime Fitness Sentul Point pula terletak di bawah apartment Sentul Point bagi kemudahan penduduk ataupun orang luar untuk datang dan melakukan aktiviti senaman. 

Pusat gym ini beroperasi selama 24 jam bagi mereka yang berdaftar sebagai ahli. Oleh itu, pusat gym ini sesuai untuk mereka yang ingin melakukan senaman pada bila-bila masa ataupun sibuk pada hari bekerja.

Percubaan 3 hari sebagai ahli juga diberikan kepada mereka yang berminat dan ingin mencuba pusat gym ini terlebih dahulu. Kelengkapan senaman yang dibersihkan dan dijaga dengan rapi juga dapat memberikan pengalaman yang baik terhadap pengunjung.

Alamat: 2nd Floor, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-454 1021

WhatsApp Anytime Fitness


4. DailyMuscle LightHouse | Beginner-friendly Gym, Bukit Kiara

DailyMuscle LightHouse | Beginner-friendly Gym, Bukit Kiara

Bagi yang mereka baru saja hendak menyertai aktiviti bersenam, pusat gym DailyMuscle LightHouse di Kuala Lumpur menawarkan peralatan yang sesuai untuk setiap orang. Kelengkapan di gym ini mempunyai pelbagai variasi dari jenis saiz dan berat bagi memudahkan pengunjung untuk memilih yang paling selesa dengan mereka. 

Lantai gym ini yang dilapik dengan tikar getah juga bagus untuk dilakukan pelbagai aktiviti senaman dalam keadaan yang selamat. Selain itu, mereka juga mempunyai kelas di atas talian dan juga podcast bagi membimbing mereka yang ingin teruskan bersenam di rumah. 

Dengan pertolongan dan bimbingan yang bagus oleh staf dan komuniti tersendiri, tidak hairanlah pusat gym ini disukai orang awam dan mendapat rating yang tinggi dengan perkhidmatan pelanggan yang bagus.

Alamat: A-G-11, Glomac Damansara, 699, Jalan Damansara, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Khamis (7.00 am – 11.30 am, 4.30 pm – 8.30 pm) Jumaat (4.30 pm – 8.30 pm) Sabtu (7.00 am – 12.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3799 8750

WhatsApp Daily Muscle


5. D’Popeye Gym, Taman Sri Rampai

D'Popeye Gym, Taman Sri Rampai

D’Popeye Gym merupakan pusat gym yang terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. Nama pusat gym ini diinspirasikan oleh watak kartun Amerika Syarikat yang berotot dan kuat iaitu Popeye. Lukisan mural watak tersebut juga boleh dilihat di dalam gym ini bagi memberikan inspirasi kepada pengguna untuk kekal bermotivasi ketika melakukan senaman.

Dengan kadar bayaran RM7 untuk walk-in ataupun RM70 untuk sebulan, pengunjung bolehlah mencuba peralatan untuk bersenam dengan harga yang murah. Kelengkapan senaman yang banyak dan suasana gym yang santai juga memudahkan pengunjung untuk melakukan aktiviti senaman yang ringkas.

Alamat: 8-1, Jalan 42/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (7.00 am – 12.00 am) Sabtu – Ahad ( 8.00 am – 10.00 pm )

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4031 6827

WhatsApp D’Popeye


6. PassionFit, The LINC KL

Gym PassionFit, The LINC Kuala Lumpur

Pusat gym Passion Fit merupakan tempat untuk anda berlatih dan membina bentuk badan di Kuala Lumpur dengan melakukan aktiviti senaman dengan cara yang betul. Perkhidmatan jurulatih yang berpengalaman dan kelas berkumpulan yang kerap mampu membantu untuk meningkatkan pengetahuan bersenam yang sesuai dengan diri anda. 

Pusat gym ini juga mempunyai ruang yang luas dengan kelengkapan bersenam yang teratur dan disusun mengikut kategori berbeza. Perkara ini dapat memberikan pengalaman yang bagus kepada pengguna untuk mencari dan memilih senaman yang mereka ingin lakukan. Selain itu, tapak parking percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk memudahkan mereka mengunjungi pusat gym ini.

Alamat: 2-10, Level 2, The LINC KL, 360, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (6.30 am – 8.30 pm), Sabtu (8.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2181 3983


7. Union Strength, Sri Hartamas

Union Strength, Sri Hartamas

Union Strength merupakan gym yang terletak di dalam pusat membeli-belah Hartamas. Bagi mereka yang ingin membina otot badan, Gym ini merupakan antara pilihan yang baik kerana mempunyai banyak bilangan kelengkapan mengangkat berat.

Dengan suasana yang terang dan kawasan yang luas juga, pengunjung boleh berlegar untuk memilih peralatan bersenam yang ingin mereka gunakan. Perkhidmatan jurulatih peribadi juga ditawarkan untuk membantu pelanggan supaya kekal fokus dan mencapai matlamat mereka untuk menjadi lebih cergas dan sihat. 

Kemudahan lain seperti tempat parking, vending machine yang murah dengan pilihan pelbagai serta tempat persalinan baju yang baik juga turut disediakan untuk keselesaan pelanggan.

Alamat: Hartamas Shopping Centre, F-15A, 1st, 1, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 10.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2856 8818

WhatsApp Union Strength


8. Impulse Studio, KL Sentral

Impulse Studio, Kuala Lumpur Sentral

Bagi mereka yang inginkan pengalaman bersenam yang baharu, Impulse Studio KL Sentral menawarkan perkhidmatan simulasi bersenam tanpa memerlukan kelengkapan yang berat.

Kaedah bersenam EMS (Electro Muscle Stimulation) yang hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dilakukan dapat membantu untuk mengurangkan berat badan, membina otot dan juga meningkatkan stamina anda.

Di tempat ini juga anda akan dibimbing sepenuhnya oleh jurulatih untuk melakukan senaman yang sesuai mengikut keinginan anda. Senaman tersebut akan direka khas supaya dapat menghasilkan perkara yang sama seperti melakukan senaman di pusat gym yang lain.

Oleh itu, pusat ini adalah sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja dan hanya boleh meluangkan masa yang sedikit sahaja untuk bersenam.

Alamat: Convention & Entertainment Centre, 08, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 8.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-333 7094

WhatsApp Impulse Studio


9. Xtreme Hardcore Gym & Fitness Center, Wangsa Melawati

Xtreme Hardcore Gym & Fitness Center, Wangsa Melawati

Xtreme Hardcore Gym & Fitness Center merupakan pusat gym yang mempunyai dua tingkat yang berasingan. Tingkat pertama merupakan tempat untuk membuat kardio dan ruang khas untuk wanita, manakala tingkat kedua menyediakan ruang bersenam dengan peralatan bersenam yang pelbagai.

Dengan kadar bayaran RM7 untuk sekali masuk, pengunjung dapat mencuba pelbagai peralatan di gym ini dengan harga yang murah. Pengunjung juga diingati supaya membawa sendiri tuala lap peluh dan tuala mandi untuk membersihkan diri di tempat mandi yang disediakan selepas melakukan senaman yang berat di gym ini.

Alamat: Dataran Wangsa Melawati, 8-1, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 1.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4141 6317


10. Fitlife Gym KL, Desa Pandan

 Fitlife Gym Kuala Lumpur, Desa Pandan

Sekiranya anda ingin mencari tempat untuk bersenam dengan semangat, pusat gym Fitlife adalah sesuai untuk anda. Dengan layanan staff yang baik dan bimbingan buddy semasa menggunakan kelengkapan senaman, suasana di gym ini pasti membuatkan anda kekal fokus dan bermotivasi untuk membentuk badan yang sihat. 

Kelengkapan di pusat gym ini juga dijaga dengan baik dengan susunan kelengkapan yang mempunyai ruang di antara satu sama lain. Pengudaraan tingkap yang baik juga memberikan udara segar terhadap mereka yang berada di dalam gym. Oleh itu, pengunjung yang datang juga pasti akan rasa selesa untuk melakukan aktiviti senaman.

Alamat: No. 1, 2, Jalan 3/76d, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8:00 am – 12:00 pm, 2:30 pm – 10:00 pm), Sabtu (2:00 pm – 10:00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-323 0093

WhatsApp Fitlife Gym KL 


Untuk mencari pusat gym yang bagus dan berbaloi, beberapa faktor perlulah dipertimbangkan seperti masa dan tempat kerana melakukan senaman memerlukan tenaga yang banyak.

Oleh sebab itu, dengan senarai yang telah kami tuliskan di atas ini diharap dapat membantu anda untuk mencari pusat gym dengan kemudahan yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur. 

Jika anda juga sedang mencari gym yang menarik di sekitar kawasan Lembah Klang, anda boleh lihat artikel kami di mana kami senaraikan 8 Pusat Gym yang ‘Best’ di Shah Alam untuk anda kunjungi.

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Pusat Bowling di Kuala Lumpur Untuk Aktiviti Hiburan Anda

Sedang mencari aktiviti untuk dilakukan pada hujung minggu? Mahu mencari sukan yang seronok dan santai? Jangan risau! Di sini kami senaraikan 6 pusat bowling...

Top 5 Kedai Basikal Sungai Besi & Serdang yg Best & Murah

Jika anda perasan lebih ramai orang berbasikal di bandar sepanjang satu atau dua tahun lalu, ia bukan sahaja di kepala anda. Adakah anda ingin...

10 Kedai Basikal Best di Kuala Lumpur

Berbasikal merupakan salah satu kaedah aktiviti fizikal yang sangat sesuai dijalankan secara mudah sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Tahukah anda bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x