Isi Kandungan
Sedang mencari perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur? Sama ada untuk membawa penumpang mahupun barang, van merupakan kenderaan yang sesuai untuk pelbagai tujuan. Ia membenarkan anda bergerak secara berkumpulan dan dapat mencipta kenangan indah dengan ahli rombongan.
Jika anda mahu meneroka ibu negara Malaysia ini bersama keluarga atau rakan, van sewa merupakan pilihan yang tepat. Anda tidak perlu pening memikirkan keadaan traffik dan boleh menikmati pemandangan bandar dengan tenang. Jom lihat 7 perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur yang terbaik dan murah.
7 Van Sewa Terbaik di Kuala Lumpur
1. Holidaygogogo Tours Sdn Bhd
Berpusat di Shah Alam, Holidaygogogo Tours menyediakan perkhidmatan pelancongan ke seluruh Malaysia. Agensi ini menawarkan pelbagai produk pelancongan kepada pelanggan dan pakar dalam Pakej Pelancongan Pulau, Pantai & Pelayaran. Selain pakej pelancongan, mereka turut menawarkan khidmat pengangkutan lapangan terbang, sewa kereta dan sewa bus/van.
Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, mereka menawarkan khidmat pengangkutan peribadi pintu ke pintu sama ada dari Bukit Bintang, Wangsa Maju, Kepong dan Cheras ke destinasi pilihan anda.
Staf mereka memberi servis yang terbaik dan pantas untuk para pelanggan. Mereka akan memastikan anda dapat menikmati percutian dari awal hingga akhir lawatan dengan selesa.
Alamat: 47-1, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-221 6385
2. Thrill Adventures Travel & Tours, Jalan Ampang
Thrill Adventure Travel & Tours menyediakan perkhidmatan sewa van dan bas di Kuala Lumpur. Sama ada untuk pelancongan atau shuttle. kadar harga yang ditawarkan amatlah berbaloi. Mereka mempunyai van yang boleh memuatkan 11 orang, 14 orang dan 18 orang, jadi anda boleh pilih yang mana sesuai dengan keperluan anda.
Pemandu mereka ramah, menepati masa dan berpengalaman dengan keadaan traffik di Kuala Lumpur. Van mereka juga diselenggara dengan baik dan bersih. Anda pasti akan berasa selesa dan tenang sepanjang perjalanan.
Alamat: 3 Towers T2A-11, 01, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Buka 24 jam
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-340 7895
3. Travelflex | KLIA Airport Transfer & Private Tour, Jalan Shelley
Bagi anda yang merancang untuk pergi melancong bersama keluarga di Kuala Lumpur, agensi ini dapat membantu anda. Travelflex merupakan salah satu agensi pelancongan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur. Mereka menawarkan perkhidmatan pengangkutan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur, pengangkutan peribadi, pelancongan peribadi dan sewa van Alphard Vellfire.
Pemandu-pemandu mereka sangat berpengalaman dan mengetahui banyak tempat pelancongan yang popular. Mereka menyediakan perkhidmatan 24 jam, dan staf mereka juga semuanya peramah dan sentiasa menepati masa. Jadi, anda pasti akan dapat menikmati percutian dengan sepenuhnya.
Kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersih. Anda pasti akan berasa selesa semasa menaikinya. Harga perkhidmatan mereka juga sangat berpatutan dan berbaloi.
Alamat: 6-8-4, Queen’s Avenue, Jalan Shelley, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Buka 24 jam
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-485 4536
4. Lafiy Transport, Melati Utama
Lafiy Transport yang ditubuhkan pada tahun 2009 merupakan agensi yang menawarkan perkhidmatan kereta dan van sewa di Kuala Lumpur pilihan ramai. Mereka turut menyediakan pakej pelancongan dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis kenderaan disediakan dan anda boleh memilih berdasarkan keperluan anda.
Semua kenderaan mereka diselenggara dengan baik dan bersih untuk memastikan keselesaan anda sepanjang perjalanan. Perkhidmatan pemandu yang dijalankan oleh pemandu berpengalaman, peramah dan sentiasa menepati masa turut disediakan buat anda yang ingin melancong sambil berehat.
Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2 65-1, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 11.30 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-267 4661
5. Hello Holidays Sdn. Bhd, Mont Kiara
Hello Holidays menyediakan pelbagai pakej pelancongan sama ada dalam Malaysia atau luar negara seperti Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam, Kemboja, Thailand, Indonesia, Australia, New Zealand, India dan Eropah. Semua pakej mereka telah dirancang dengan baik dan juga fleksibel, jadi anda boleh menambah rancangan perjalanan anda sendiri.
Agensi ini mempunyai staf yang komited, dinamik dan bertanggungjawab. Pemandu pelancong mereka mesra, menepati masa dan berpengetahuan luas dengan pelbagai tempat tarikan pelancong. Kenderaan mereka juga sentiasa diservis untuk memastikan anda selamat tiba di destinasi yang dituju.
Alamat: E-09, 07 Plaza, 2, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6201 6888
6. TR Transport Services, Taman Setapak
Agensi yang terletak di Taman Setapak ini menyediakan perkhidmatan sewa van dan bas di Kuala Lumpur dengan harga yang terbaik. Mereka mempunyai van yang boleh memuatkan daripada 7 orang sehingga 18 orang dengan selesa.
TR Transport Services turut menyediakan pakej pelancongan dengan harga yang berpatutan. Pakej pelancongan mereka bukan sekadar di sekitar Kuala Lumpur, ia merangkumi pelbagai tempat tarikan pelancong di seluruh Malaysia. Tambahan pula, pemandu mereka peramah dan boleh menjadi pemandu pelancong yang terbaik untuk anda.
Alamat: No 90-2 Gombak Court, Jalan Cengal Selatan, Taman Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-244 8854
7. Ivy Holidays Kuala Lumpur, Chinatown
Ivy Holidays menawarkan pelbagai jenis lawatan di Malaysia, khususnya Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Genting Highland, Pulau Pinang dan Ipoh. Mereka sentiasa memastikan tahap kualiti yang tinggi dalam perkhidmatan mereka dengan harga yang berpatutan. Mereka akan merancang dan mengatur pelbagai perjalanan dengan cara yang terbaik untuk memastikan anda berpuas hati dengan percutian anda.
Pemandu mereka ramah dan berpengetahuan luas dengan pelbagai tempat tarikan pelancong di Malaysia. Mereka turut akan memberi beberapa cadangan tempat untuk anda meneroka supaya anda tidak terlepas mencipta kenangan indah bersama keluarga. Perlu diingatkan, mereka hanya menerima janji temu secara online sahaja.
Alamat: G11 Kompleks Selangor, Jalan Sultan, Chinatown, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Ahad – Jumaat (10.00 am – 5.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-216 8699
Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur yang menepati citarasa anda. Pastikan anda membuat penilaian van sewa berdasarkan bajet dan keperluan anda.
Jika anda sedang merancang ke Kuala Lumpur, sudah tentu anda perlu mencari tempat untuk menginap, jom lihat artikel kami 10 Homestay di Kuala Lumpur yang Selesa untuk Didiami. Selamat bercuti!