Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang ‘jantan’, aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik di Malaysia yang pasti membuatkan jantung anda berdegup seperti ‘genderang mahu perang’.

Aktiviti-aktiviti menarik di bawah ini memang rare di Malaysia. Rugi kalau tak cuba. Kalau anda stress, aktiviti ini pasti melupakan benak kepala anda daripada segala keserabutan yang melanda disebabkan kerja mahupun disebabkan tekanan ekonomi.


1. Flying Fish

aktiviti menarik di malaysia

Naik jetski atau mungkin paragliding merupakan aktiviti yang biasa kita tengok. Tahap cabaran paragliding mungkin YES kepada yang gayat tetapi tidak menggerunkan kepada yang tidak gayat.

Baiklah, satu aktiviti yang pasti menggugat tahap ‘kemachoan ‘ anda yang boleh dicuba yang terletak di di Asian Water Sport Village, Puchong, Selangor yang diberi nama Flying Fish. Anda akan ditarik dengan bot laju dan bayangkan pelampung yang anda naik itu akan terbang terhuyung hayang seperti menaiki kapal terbang yang sedang terhempas.


2. Bungee Jumping

sukan lasak di malaysia best

Sukan ini memang sangat popular di negara luar, namun agak kurang peminatnya di Malaysia. Bagi mereka yang nak mencuba tahap ‘kejantanan’ anda, apa kata ikat kaki anda dengan tali dan terjun dari satu kawasan yang tinggi.

Aktiviti bungee jumping ini anda boleh cuba di Extreme Park di Sunway Lagoon Theme Park. Dan yang pasti jatuh dari tempat tinggi dan bergerak ke bawah dengan tarikan graviti tanpa apa-apa halangan, akan membuatkan yang gayat akan terus ke tandas untuk kencing.

Saksikan video di bawah, memang mendebarkan, perempuan pun boleh buat. :p


sumber video: nurnadia shazana


3. G Force X

g force sunway lagoon

Anda ditembak dengan lastik gergasi. Bayangkan, anda merupakan batu yang digunakan sebagai peluru untuk lastik dan dihalakan ke arah atas. Dengan tarikan daya keupayaan yang tinggi yang  berupaya menghasilkan tenaga kinetik yang tinggi yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk.

Sebaik regangan dilepaskan, anda akan menuju kepuncak dan terus kembali ke bawah sampailah berhenti. Kalau nak rasa diri anda benar-benar di’yoyo-yoyo’kan, jangan cipta alasan untuk mencubanya nanti. Aktiviti ini juga anda boleh  cuba di Extreme Park di Taman Tema  Sunway Lagoon. Aweks pun berani try, yang lelaki macam mana? Ada bran?

sumber video: Amirah Bakar


4. Menyelam dengan Ikan Jerung

menyelam dengan ikan jerung

Bagi yang suka scuba diving dan mempunyai lesen menyelam yang diiktiraf, apa kata mencuba untuk menyelam di sisi bersama predator laut yang sangat digeruni iaitu si Jerung bergigi tajam (White Great Shark).

Pakej Dive with Shark ini anda boleh cuba di Aquaria KLCC dengan pakej yang mungkin agak mahal, namun sangat berbaloi untuk dicuba sekiranya anda ingin merembeskan hormon adrenalin pada tahap maksimum.


5. The Space Shot

aktiviti menarik genting highland

Kalau yang ke Taman Tema Genting Highland, jangan lupa untuk mencuba permainan free fall/The Space Shot yang paling membuatkan anda menjerit seperti nak pejamkan mata. Berada di puncak bukit, menara yang tinggi ini akan membawa anda secara perlahan menuju kepuncak sebelum dijatuhkan dengan secara mengejut.

Memandangkan Genting Highland ini sejuk, kadang-kadang kabus yang ada sangat tebal sehinggakan apabila anda berada di kemuncak, anda tidak dapat lihat kebawah kerana terhalang dengan awan kabus yang tebal. Dijatuhkan dengan laju kebawah sehinggakan punggung anda tidak mencecah tempat duduk. Fuh memang ekstrem.


6. Roller Coaster Berjaya Time Square

roller coaster paling menakutkan

Permainan Roller Coaster memang cukup sinonim dengan anggapan masyarakat yang aktiviti ini memang menakutkan. Namun bukan semua roller coaster yang ada di Malaysia yang menakutkan, ada juga yang biasa-biasa dan kurangkan cabaran.

Sekiranya anda nakkan satu roller coaster yang mencabar, anda boleh mencuba di Berjaya Time Square di Kuala Lumpur. Setiap kali roller coaster ini menghabiskan pusingan, memang sangat riuh rendah di sini kerana jeritan suara penumpangnya. Bayangkan laluan roller coaster ini dalam kawasan tertutup dan kadang-kadang anda terasa seperti anda membawa kereta yang laju untuk merempuh tembok dan bumbung bangunan.


7. High Speed Water Slide

high speed water slideTaman tema air di Malaysia memang banyak yang menawarkan permainan gelongsor air (water slide) yang menarik dan juga mencabar. Salah satu yang paling membuatkan anda cuak seketika ialah High Water Slide di A Famosa Theme Park di Melaka.

Papan gelongsor sepanjang 30 m yang memang tinggi, curam dan menjunam ini memang menjadi tarikan yang popular di sini kepada mereka yang nakkan ‘kecuakan’ tahap maksimum.

Walaupun tangga menuju ke kemuncak agak tinggi namun sebaik melangkah menaiki slide ini, perasaan berdebar melihat kecuraman yang sangat tinggi ini pasti membuatkan jantung berdebar-debar.

Awas, untuk anak-anak kecil tidak disarankan untuk mencuba permainan slide ini kerana tahap extreem slide ini memang sangat menggerunkan.


Semoga 7 aktiviti menarik di Malaysia yang pasti akan meledakkan rembesan hormon adrenalin anda pada tahap maksima. Selamat mencuba.

3.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Lokasi yang BEST untuk Berbasikal di Semenanjung Malaysia

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan ini berlaku mungkin disebabkan nama-nama besar pelumba basikal yang dihasilkan oleh negara seperti Daud...

10 Tempat Basikal Yang Terbaik Untuk Keluarga Di Malaysia

Aktiviti berbasikal merupakan sebuah aktiviti fizikal mudah yang boleh dilakukan bersama keluarga anda. Pada era globalisasi ini, semakin ramai orang yang mengikut serta dalam...

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

8 Tempat Hiking Di Malaysia Timur Yang Sesuai Untuk Penggila Adrenalin!

Antara keistimewaan yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah aktiviti-aktiviti mesra alam semula jadi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti seperti hiking, trekking,...

10 Tempat Bermain Paintball Yang Best Di Selangor

Adakah anda mahu mencuba perkara yang baru? Jika jawapan anda ya, inilah aktiviti yang sesuai untuk anda. Aktiviti paintball sudah lama berada di Malaysia...

15 Pulau di Semenanjung Malaysia yang Best untuk Snorkeling

Malaysia sangat bertuah kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi laut. Pulau-pulau di negara ini masih terjaga dan terpelihara. Kebanyakan pulau-pulau yang ada menjadi habitat bagi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x