Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Trek Joging Yang Best Untuk Bersenam Di Malaysia

Amalan bersukan yang paling mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar seperti berjoging di taman adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mahu kekal cergas dan sihat.

Di bawakan sebanyak 15 trek joging yang best untuk bersenam di Malaysia yang patut dikunjungi semua.

Jom mulakan larian anda!


1. Taman Rimba Sama Jaya, Kuching Sarawak taman rimba sama jaya

Taman awam ini merupakan kawasan pemuliharaan alam semulajadi di Kuching. Sama Jaya terletak hanya 10 minit dari pusat bandar Kuching. Terdapat dua trek joging di taman ini yang sangat best untuk dicuba. Kedua-dua trek berkenaan sepanjang 870 meter dan 1600 meter. Trek itu boleh digunakan oleh orang ramai yang masih baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini mahupun yang telah lama berjoging. Kedua-dua trek itu menjalar di sekeliling kawasan hutan, lantas menyajikan pemandangan hutan yang nyaman ketika bersenam. Disini juga terdapat 13 pondok kecil yang dibina di sepanjang trek joging untuk pengunjung berehat dan berteduh ketika hujan dan cuaca buruk.

Alamat: 14, Lorong Setia Raja 14a, Taman Rimba, 93350 Kuching, Sarawak

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 10.00 pagi, 12.00 tengahari – 6.00 petang (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: (+6) 082 610 088


2. Taman Sahabat Malaysia-China, Kuching Sarawak taman sahabat msia-china

Taman ini dibina di atas tanah seluas 2.8 hektar pada 2005 dengan dana pembiayaan dari kerajaan Malaysia dan China bersempena meraikan 30 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. Terdapat pelbagai tarikan pengunjung di taman ini namun, bagi mereka yang gemar berjoging di Malaysia, sudah tentu anda harus datang ke sini untuk beriadah. Pelawat boleh berjoging di Malaysia dengan mengelilingi kawasan ini sama ada pada waktu pagi mahupun setelah lewat petang. Menjadi pemandangan biasa melihat pelancong asing dan rakyat tempatan berkunjung ke sini pada setiap hujung minggu untuk melakukan aktviti outdoor seperti berjoging, bersenam dan bersantai.

Alamat: Jalan Song, Tabuan Heights, 93350 Kuching, Sarawak

Bayaran Masuk: Tiada, Tapi Parkir Kenderaan Berbayar

Waktu Operasi: 5.00 pagi – 12.00 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone:082-419 982


3. Taman Budaya (Reservoir Park), Kuching Sarawak taman budaya kuching

Taman berjoging yang best dengan pemandangan alam semula jadi yang dihiasi pokok-pokok mengelilingi sebuah tasik buatan. Anda akan puas berjoging di sini. Trek larian yang berselirat di sekeliling taman boleh membuatkan anda berpeluh setelah selesai berjoging.  Selain itu juga, di tengah-tengah tasik terdapat jambatan papan yang berhubung antara satu sama lain. Oleh itu, anda boleh melakukan senaman bangkit tubi dan regangan otot yang lain di atas jambatan papan ini untuk pengalaman yang lebih menarik!

Bagi mereka yang sukakan lebih cabaran, anda bolehlah berjoging di kawasan hijau dan tidak bertrek di sekeliling lokasi ini. Ini kerana, bentuk muka bumi taman berjoging ini yang berbukit dan tidak rata boleh memberikan keseronokan ketika berjoging. Setelah penat berlari, anda boleh duduk berehat di bangku-bangku yang disediakan. Kemudahan tandas berbayar juga disediakan di sini.

Alamat: Taman Budaya, 93000 Kuching, Sarawak

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (setiap hari)

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Phone:082-512 200


4. Taman Perdana, Kota Kinabalu Sabahtaman perdana kk

Taman Perdana ialah sebuah taman awam yang paling terbaru dibina untuk memberi kemudahan rekreasi kepada penduduk di Kota Kinabalu. Taman ini mempunyai trek joging dan merupakan destinasi popular untuk orang ramai beriadah dan bersukan. Di tengah-tengah Taman Perdana ini, terbentang sebuah tasik yang cantik. Manakala, trek joging pula dibina mengelilingi tasik ini dengan landskap yang menarik, termasuk gazebo, taman permainan kanak-kanak dan juga sudut-sudut kecergasan yang kecil untuk pengunjung melakukan acara pemanas badan dan regangan otot.

Oleh itu ketika berjoging, anda boleh menyelitkan sesi regangan ringkas yang boleh dilakukan di sudut kecergasan yang tersedia di sekeliling tasik. Trek refleksologi yang terdapat disini juga wajib dicuba, sambil memberi peluang kepada anak-anak bermain dan beriadah di dua taman permainan kanak-kanak yang turut disediakan. Dibuka setiap hari daripada pukul 6 pagi sehingga 10 malam. Masok percuma namun tempat letak kereta adalah berbayar. Ayuh kita ke Taman Perdana Kota Kinabalu!

Alamat: Jalan Melati, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: 5.00 pagi – 9.00 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: +6088212121


5. Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabahtaman awam teluk likas

Di taman ini turut tersedia kemudahan untuk aktiviti riadah keluarga, gerai-gerai makanan dan minuman, kedai-kedai runcit dan sektor perkhidmatan yang lain.

Yang menariknya, trek larian yang terpanjang di Sabah terdapat disini. Trek landai dan rata sepanjang 4.3 kilometer sehala di sepanjang pesisir pantai, selamat dan hanya untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang basikal. Trek larian ini bermula dari kawasan pelabuhan lama sehinggalah menuju ke Menara Tun Mustapha. Trek sukan ini berpermukaan lembut dan diwarnakan dengan elok, lengkap dengan tanda jalannya sekali. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah taman permainan kanak-kanak dan sudut senaman dan kecergasan.

Awal pagi dan lewat petang adalah masa terbaik untuk bersenam di sini. Cuaca amat panas seawal jam 7 pagi disebabkan tidak banyak pokok-pokok sebagai peneduh daripada panas terik matahari. Bagi yang gemar beriadah dan bersantai di malam hari, taman ini juga dilengkapi banyak lampu-lampu yang akan terpasang tepat pada jam 7 malam. Kemudahan tandas awam berbayar dan 112 petak parkir kenderaan adalah sangat selesa dan menggamit kedatangan anda semua.

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (setiap hari)

Lokasi | Ulasan Google 


6. Trek Joging Tamparuli, Sabahtrek joging tamparuli

Trek joging konkrit sepanjang satu kilometer yang terletak di tebing Sungai Tuaran di Tamparuli ini mempunyai pelbagai kemudahan asas termasuklah lampu di sepanjang trek larian serta kemudahan sudut kecergasan untuk aktiviti regangan otot.

Bagi membolehkan orang awam beriadah pada waktu malam, lampu limpah solar juga ditambah. Trek ini amat sesuai untuk aktiviti senamrobik pada waktu awal pagi dan berjoging di waktu petang. Tandas awam juga dibina di sini untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai.


7. Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan taman perbandaran tengku anis

Taman Perbandaran Tengku Anis ini terletak lebih kurang 5 kilometer dari bandar Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa adalah antara tempat rekreasi yang serba moden dilengkapi kemudahan dan prasarana terkini untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Selain menyediakan trek untuk berjoging, taman tersebut turut menyediakan taman tema, taman rusa, pondok-pondok rehat, dan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan fungsinya sebagai tempat berekreasi pelbagai-guna.

Untuk kanak-kanak, turut disediakan taman permainan dan kolam mandi untuk mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung dewasa di taman awam ini termasuklah berjoging, berjalan pantas (brisk walk), maraton, kalistenik (calisthenics), kalanetik (callanetics), parkour, senaman tua seperti silat, tai chi, yoga, berkuda, berbasikal dan pelbagai lagi.

Alamat: Taman Perbandaran Tengku Anis 15400, Kota Bharu Kelantan

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Email | Phone:(+609) 745 4000


8. Taman Rekreasi Esplanade, Kuantan Pahang esplanade kuantan

Terletak di pinggir muara sungai Kuantan, Pahang. Terdapat trek atau ruang siar kaki yang cantik dengan landskap yang menarik di sini. Lorong treknya lebar dan luas dengan batuan yang kesat agar tidak licin ketika basah di hari hujan. Kesemua laluan ini berselirat di sepanjang taman awam berkenaan.

Kunjungan boleh dilakukan bersama keluarga. Yang paling menarik mengenai tempat ini adalah pemandangan ketika menyusuri tepian sungai di kala pagi mahupun senja. Disini juga terdapat Jeti Shah Bandar, tempat ideal bagi kaki pancing untuk mengail. Dan sudah tentu taman permainan kanak-kanak juga wajib ada di sini seperti kelaziman semua taman rekreasi dan riadah keluarga.

Taman ini juga dilengkapi dengan lampu-lampu yang membolehkan taman ini dilawati pada waktu malam. Jadi tidak perlu khuatir, aktiviti joging anda boleh dilakukan sepanjang masa setiap hari tidak kiralah pagi, petang mahupun malam.   

Alamat: Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (setiap hari)

Lokasi | Ulasan Google 


9. Taman Tasik Perdana, Cyberjaya Selangor  taman tasik perdana cyberjaya

Taman ini hanya berkeluasan 86 ekar sahaja. Trek joging yang terdapat di sini hanya berjarak 1.3 kilometer untuk satu pusingan dan mengambil masa hampir 25 minit untuk disudahkan. Bagi pelari tegar, anda mungkin perlu melakukan beberapa pusingan mengelilingi taman ini untuk benar-benar merasai keterujaan beriadah dan bersenam di sini.

Aktiviti yang boleh anda lakukan adalah berjalan, berjoging dan berbasikal. Ada pelbagai kemudahan disediakan di sini untuk keselesaan orang ramai beriadah antaranya seperti bangku dan meja piknik, taman permainan kanak-kanak dan dua sudut kecergasan untuk regangan otot. Masuk adalah percuma dengan tempat parkir kenderaan yang banyak.

Alamat: Persiaran Semarak Api, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google | Email | Phone: 03-8319 0200 / 300


10. Taman Tasik Cempaka, Bangi Selangor taman tasik cempaka bangi

Terletak bersebelahan dengan Bangi Golf Resort. Merupakan salah satu tapak taman rekreasi yang terbesar di daerah Bangi dan kawasan sekitarnya kerana mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa. Lokasi yang sangat sesuai dan best untuk melakukan joging di waktu pagi mahupun lewat petang sama ada di hujung minggu mahupun di hari-hari biasa. Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk bersenam dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dengan memenuhi segenap ruang taman untuk berjoging, bersenam dengan besi palang yang disediakan dan juga senaman tai chi yang menjadi kesukaan kaum Tionghua.

Trek jogingnya agak panjang dengan jarak hampir 2 kilometer. Tambahan pula, kawasan padang yang cukup luas untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti sukan.

Alamat: 5, Jalan 1/7d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (setiap hari)

Lokasi | Ulasan Google 


11. Taman Awam Nilai, Negeri Sembilan taman awam nilai

Tempat joging dan rekreasi yang menarik dan bersih. Kemudahan awam yang disediakan di sini boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Antaranya terdapat padang bola sepak, gelanggang bola keranjang, gym outdoor, serta dua jenis tempat permainan untuk kanak-kanak iaitu umur bawah enam tahun dan juga untuk 12 tahun dan ke bawah.

Trek larian untuk berjoging dan tapak refleksologi juga ada. Pada setiap hujung minggu, senaman aerobik dan sesi zumba untuk pengunjung bermula jam 8.15 pagi turut dianjurkan. Apa tunggu lagi, capai kasut sukan anda dan marilah berjoging di Taman Awam Nilai.

Alamat: Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam (Isnin – Sabtu)

Lokasi | Ulasan Google 


12. Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan taman tasik seremban

Bagi penggemar aktiviti outdoor, Taman Tasik Seremban sangat best untuk dikunjungi kerana di sini anda boleh berjoging di trek yang disediakan. Kemudian, anda juga boleh berbasikal di Laman Basikal yang juga baru dinaiktaraf. Basikal-basikal boleh disewa dengan harga yang murah serta berkayuhlah di sekeliling tasik buatan yang terdapat di situ. Seterusnya, tarikan yang paling terbaru adalah aktiviti rekreasi air di Taman Rekreasi Air Seremban yang juga terletak di lokasi yang sama.

Tidak percayakah? Percayalah.

3 dalam 1. Berjoging, berbasikal atau berkayak semuanya di Taman Tasik Seremban. Pilihlah yang mana satu aktiviti kesukaan anda dan jom lakukannya!

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google | Email | Phone: 06 765 4333


13. Taman Tugu, Kuala Lumpur taman tugu

Taman Tugu Kuala Lumpur ini sangat best untuk dilawati kerana terletak berhampiran dengan banyak lokasi penting dan menarik di ibukota. Lokasi taman berkenaan terletak di utara Taman Botani Perdana dengan Tugu Negara terletak di bahagian barat daya, manakala Padang Merbok pula di bahagian tenggara dan Lanai Kijang Bank Negara pula di bahagian timurnya.

Uniknya, taman ini menempatkan pelbagai khazanah alam membabitkan kawasan hutan sekunder seluas hampir 50 ekar dengan 7 kilometer trek hutan yang kini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 6.30 petang.

Anda juga boleh melihat 5,000 pokok membabitkan lebih 230 pelbagai spesis hutan hujan tempatan ada di situ. Sangat menyeronokkan sekali, sambil berjoging dapat menghirup udara segar!

Alamat: Taman Tugu, Pesiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 6.30 petang (setiap hari)

Lokasi | Laman Web |  Ulasan Google 


14. Taman Saujana Hijau, Putrajaya taman saujana hijau

Lokasi yang wajib ada dalam setiap senarai aktiviti riadah tidak lain dan tidak bukan semestinya adalah Putrajaya. Oleh itu, Taman Saujana Hijau, Putrajaya sangat best untuk dilawati penggemar sukan joging.

Mengapa?

Tentulah dek kerana keluasan tanahnya yang berukuran lebih kurang 117 ekar. Di samping trek joging, hiasan taman dan landskapnya yang cantik, serta jarak trek larian yang agak panjang. Taman Saujana Hijau ini mengelilingi 3 bukit (bahagian) dan setiap bahagian dihiasi dengan landskap yang berbeza. Pemandangan alam sekitarnya yang cukup menyegarkan memberi suatu pengalaman yang berbeza ketika berjoging di sini.

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 7.00 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 603 8000 8000


15. Taman Putra Perdana, Putrajaya taman putra perdana

Taman ini berkeluasan 158 ekar yang terletak di dalam lingkaran Persiaran Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah di Presint 1, Putrajaya. Dua tarikan utama di taman ini ialah Laman Megalith dan Plaza Mercu Tanda Pelantar Pemandangan. Aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan di sini adalah seperti acara mencari harta karun, berjoging, berbasikal dan berjalan pantas (brisk walk).

Banyak kemudahan asas yang disediakan di sini untuk keselesaan pelawat seperti trek joging, trek basikal, tempat parkir kenderaan, taman permainan kanak-kanak, peralatan senaman, tandas dan surau.

Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bayaran Masuk: Tiada

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 7.00 malam (setiap hari)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone: 603 8000 8000


Berjoging mampu menghasilkan tubuh badan yang sihat. Namun yang lebih penting, berjoging mahupun bersukan secara amnya, mampu menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

8 Canopy Walk Di Semenanjung Malaysia Yang Terbaik (Paling BEST)

Siapa yang tidak sukakan keindahan alam semula jadi? Rata-rata semua orang menyukainya terutamanya kepada pencinta alam. Salah satu tujuan anda melancong adalah untuk merehatkan...

15 Pulau di Semenanjung Malaysia yang Best untuk Snorkeling

Malaysia sangat bertuah kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi laut. Pulau-pulau di negara ini masih terjaga dan terpelihara. Kebanyakan pulau-pulau yang ada menjadi habitat bagi...

15 Lokasi yang BEST untuk Berbasikal di Semenanjung Malaysia

Sukan berbasikal semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Perkembangan ini berlaku mungkin disebabkan nama-nama besar pelumba basikal yang dihasilkan oleh negara seperti Daud...

10 Tempat Hiking di Semenanjung Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi

Terlalu lama tidak keluar untuk menghirup udara segar dan mengelilingi alam semula jadi mungkin membuat otak anda tepu dan stress. Ramai yang memilih hiking...

Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang 'jantan', aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x