Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Tempat Basikal Yang Terbaik Untuk Keluarga Di Malaysia

Aktiviti berbasikal merupakan sebuah aktiviti fizikal mudah yang boleh dilakukan bersama keluarga anda. Pada era globalisasi ini, semakin ramai orang yang mengikut serta dalam aktiviti ini. Ini kerana aktiviti berbasikal membantu dalam memastikan badan kita sentiasa cergas termasuk juga jika kita mengayuh basikal dalam keadaan yang relaks. Sukan berbasikal sesuai untuk dilakukan oleh semua orang tidak kira tua atau muda. Di bawah telah kami senaraikan beberapa tempat terbaik untuk anda menjalankan aktiviti berbasikal bersama keluarga!


1. Taman Botani Putrajaya, Putrajaya.

Taman Botani Putarajaya

Taman ini merupakan antara tempat menyewa basikal di Putrajaya yang popular. Anda diberi dua pilihan apabila tiba di taman tersebut iaitu anda boleh berjalan kaki ataupun menyewa basikal. Harga yang ditetapkan untuk menyewa basikal amat berpatutan. Contohnya, RM 10 untuk satu jam di basikal single seater dan RM 12 untuk satu jam bagi basikal yang mempunyai baby carrier. Anda digalakkan untuk membawa MYKAD supaya mendapat diskaun apabila anda menyewa basikal tersebut.

Dengan gelarannya “Mother of all Gardens”, taman botani ini kaya dengan lebih kurang 750 jenis tarikan bunga dari seluruh negara. Antara perkara menarik yang terdapat di taman botani ini adalah terdapat pelbagai jenis tumbuhan di bawah pemuliharaan dan penyelidikan akibat spesiesnya terancam yang anda boleh lihat untuk pengetahuan lebih lanjut. Antara aktiviti lain yang sedia ada di sini adalah anda boleh menaiki tram yang dikenakan bayaran yang berpatutan juga.

Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 9 pagi-5 petang

LokasiFacebook | Ulasan Google 


2. Taman Wetland Putrajaya, Putrajaya.

Taman Wetland

Terletak di Putrajaya, taman ini merupakan antara taman buatan manusia yang sering dipenuhi orang ramai. Taman Wetland Putrajaya menawarkan pelbagai aktiviti termasuk juga aktiviti berbasikal. Penyewaan basikal di Putrajaya ini diletakkan pada  harga berpatutan dan juga menggunakan MYKAD supaya mendapat diskaun yang tertentu. Terdapat beberapa jenis basikal yang boleh disewa contohnya basikal single dan basikal tandem. Jika anda membawa anak kecil, terdapat juga pilihan untuk menyewa basikal yang datang sekali bersama baby carrier.

Selain aktiviti berbasikal, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang anda boleh cuba seperti menaiki sampan, kayak atau paddle boat yang sedia ada di sini. Terdapat juga perkhidmatan tram yang anda boleh naiki untuk melihat segala aspek taman tersebut.

Alamat: Taman Wetland Putrajaya, 62000, Putrajaya.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 9 pagi -5 petang

Lokasi |Ulasan Google | Phone: 03-8887 7774


3. Taman Botani Shah Alam, Shah Alam.

Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam adalah taman kebanggaan Selangor kerana merupakan hutan pertanian terbesar negara. Jika anda pernah dengar tentang Bukit Cerakah, ini merupakan taman tersebut yang telah diubah suai namanya kepada Taman Botani Shah Alam. Taman ini amat popular kerana ramai orang datang untuk bermain basikal. Ramai orang sering menyewa basikal di sini atas kepelbagaian jenis basikal yang terdapat seperti basikal biasa, basikal kanak-kanak, basikal tandem, basikal gunung, basikal carrier dan lain-lain. Harga yang ditetapkan atas basikal-basikal tersebut amat berpatutan kerana mengikut jam yang ditetapkan.

Selain bermain basikal di Shah Alam, pengalaman anda di sini juga akan membuat anda lebih mendekati alam sekitar kerana suasananya yang seolah-olah hutan tropika. Anda dapat menerokai pelbagai jenis aspek taman tersebut melalui berbasikal juga. Anda juga boleh melawat tarikan lain yang popular di situ seperti rumah iklim dan skytrex.

Alamat: 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor

Bayaran Masuk: RM 3 (dewasa) , RM 1 (kanak-kanak dan warga emas)

Waktu Operasi: 7 pagi – 5 petang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone: 03-55107048


4. Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa adalah tempat yang anda patut lawat jika anda mahu pengalaman berbasikal yang menyeronokkan. Jika anda tidak membawa basikal sendiri, anda dapat menyewa basikal di sini mengikut jam yang ditetapkan dengan harga yang berpatutan. Taman ini popular dengan penyewaan basikal tandemnya kerana kebanyakkan yang menyewa adalah daripada keluarga yang besar dan juga pasangan suami isteri. Terdapat trek basikal sepanjang taman tersebut jadi anda tidak perlu risau akan keselamatan anda atau pengunjung lain.

Tempat ini juga popular kerana latar belakang alam sekitarnya yang amat cantik. Selepas berbasikal di seluruh taman, anda boleh relaks dan mengambil gambar di kawasan-kawasan indah tersebut. Anda juga boleh berkelah dan menikmati kesegaran berada di tepi tasik.

Alamat: Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 7 pagi – 7 malam

Lokasi | Facebook | Ulasan Google | Phone: 03-2617 6273


5. Freedom Leisure Cycle Supply, Penang.

Freedom Leisure Cycle Supply

Terletak di Georgetown, tempat ini merupakan tempat yang anda harus lawat jika anda datang bercuti bersama keluarga. Bukan sahaja ia menawarkan penyewaan basikal dengan harga yang murah, namun anda dapat juga menikmati pengalaman menaiki basikal bersama seluruh keluarga di atas satu basikal sahaja. Anda dapat mengayuh sebagai satu keluarga dan menikmati sesi percutian bersama-sama. Jangan risau, terdapat juga basikal single seater jika anda lebih selesa dengan itu. Sewa basikal yang terdapat di Penang ini hanya RM 10 sahaja untuk satu hari bagi semua jenis basikal.

Selain menyewa basikal di Penang, terdapat pelbagai jenis aktiviti lain yang anda boleh lakukan. Disebabkan lokasinya di tengah bandar, anda dapat peluang untuk menerokai Georgetown dengan lebih mendalam. Anda juga dapat menggunakan peluang ini supaya senang untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi seterusnya.

Alamat: 155, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google 


6. Desa City Park Central Park, Kuala Lumpur.

Desa City Park Central Park

Taman ini merupakan sebuah taman yang sering dipenuhi orang ramai juga. Ini kerana majoriti daripada pengunjung merupakan penduduk kawasan perumahan di situ. Tempat ini sesuai untuk beriadah kerana kawasannya yang amat luas. Anda dapat melakukan aktiviti berbasikal di sini tanpa risau akan keselamatan pengunjung lain kerana trek yang disediakan menjamin keselamatan anda semua. Disebabkan lokasinya juga, anda bebas untuk berbasikal ke Bukit Tunku yang berhampiran dengan Desa City Central Park.

Antara keistimewaan taman ini adalah taman ini mesra anjing. Jangan risau, anjing-anjing tersebut mempunyai tuannya sendiri. Jika anda mempunyai seekor anjing, anda bebas untuk membawanya ke sini. Jika tidak, anda masih boleh datang dan menjaga jarak anda dengan mereka. Terdapat juga sebuah trampoline yang terletak di taman itu untuk kanak-kanak kecil main juga.

Alamat: C-3-1 plaza arkadia, 3, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 6 pagi – 11 malam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone: 03-6280 7770


7. Taman Perdana Botani, Kuala Lumpur.

Taman Botani Perdana

Antara aspek menarik yang terdapat adalah suasananya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat bagi tujuan pemuliharaan. Anda boleh menjalankan aktiviti berbasikal di sini kerana kawasannya yang luas dan pemandangannya yang unik juga. Harga sewa basikal di sini adalah RM 2 untuk sejam dan kaunter penyewaan basikal dibuka pada jam 9 pagi. Tempat ini amat sesuai untuk keluarga meluangkan masa bersama dan menambah ilmu pengetahuan dalam bab pemuliharaan flora dan fauna kita. Anda juga bebas untuk mengambil gambar dengan tumbuhan-tumbuhan tersebut.

Taman ini sepatutnya menjadi sebuah taman rekreasi namun telah diubah kepada sebuah taman botani. Bukan sahaja ia mempunyai koleksi botani yang tak terhingga, ia juga mempunyai ciri-ciri hutan hujan tropika walaupun berada di tengah bandar. Di samping itu, terdapat beberapa jenis taman kecil yang anda boleh terokai juga seperti Hibiscus Garden dan Sunken Garden yang dipenuhi dengan bunga dan tumbuhan yang mungkin anda tidak pernah lihat lagi.

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 7 pagi – 8 malam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone:03-2617 6404


8. Taman Tasik Shah Alam, Shah Alam.

Taman Tasik Shah Alam

Taman ini merupakan antara taman buatan manusia yang terawal di Shah Alam. Selepas dinaiktarafkan pada tahun 2018, ramai orang mengunjung taman tersebut atas kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di situ termasuk juga aktiviti berbasikal. Trek basikal yang disediakan luas dan menjaga keselamatan anda dan pengunjung yang lain. Bukan itu sahaja, taman main basikal di Shah Alam ini juga mempunyai  sebuah taman kecil yang bertemakan jalan raya khas untuk kanak-kanak yang ingin berbasikal.

Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Tasik Timur, Tasik Tengah dan Tasik Barat. Selain aktiviti berbasikal, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang anda boleh lakukan seperti berjogging ataupun berkelah di mana-mana bahagian tasik tersebut. Terdapat juga aktiviti flying fox yang bebas untuk pengunjung cuba untuk pengalaman yang lebih menerujakan.

Alamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Ulasan Google | Phone: 03-5522 2834


9. Taman Wawasan Putrajaya, Putrajaya.

Taman Wawasan Putrajaya

Taman Wawasan merupakan “hidden gem” Putrajaya. Taman seluas 137 ekar ini amat sesuai untuk anda melakukan aktiviti berbasikal kerana ia mempunyai pemandangan yang merangkumi beberapa tempat istimewa Putrajaya seperti Dataran Putra, Masjid Putra, Istana Darul Ihsan dan bangunan pejabat Perdana Menteri. Anda dapat lihat Wisma Putra yang berada berdekatan juga. Memandangkan ramai orang tidak tahu akan kewujudan taman ini, suasana yang terdapat di situ tenang jadi anda boleh meluangkan masa bersama keluarga dalam keadaan yang relaks. Anda juga boleh bergambar dengan ‘landmark’ yang terdapat di situ hanya dengan menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan.

Terdapat juga ‘pebble beach’ yang lengkap juga dengan pokok kelapa sawit di tebing sungai. Walaupun anda tidak boleh mandi di sungai tersebut, suasana yang terdapat di situ amat menenangkan.

Alamat: Taman Wawasan Putrajaya, Presint 2, 62100 Putrajaya.

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 7 pagi – 7 petang

Lokasi | Ulasan Google 


10. Kepong Metropolitan Park, Kuala Lumpur.

Kepong Metropolitan Park

Dari sini, anda dapat melihat pelbagai jenis pemandangan di Kuala Lumpur termasuk juga KLCC. Kawasan Kepong Metropolitan Park amat luas sehingga anda tidak terhad untuk melakukan satu aktiviti sahaja. Terdapat lorong berbasikal yang baik diturap yang berjalan sepanjang 3 km. Sepanjang perjalanan di lorong basikal tersebut anda akan melalui taman permainan besar yang sesuai untuk kanak-kanak, kawasan berkelah untuk keluarga dan juga sebuah sungai yang berjalan sehingga KLCC. Tempat ini mesra keluarga dan sesuai jika anda mahu pengalaman yang santai sahaja.

Taman ini juga popular atas aktiviti layang-layang yang sering dimainkan. Sesiapa sahaja boleh turut serta kerana luas yang disediakan mampu memberikan ruang kepada semua pengunjung. Terdapat juga menara pemerhatian dan kemudahan refleksologi yang anda boleh lawati.

Alamat:Jln Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: 8 pagi – 8 malam

LokasiUlasan Google |Phone: 03-6259 4270


Sukan berbasikal amat efektif untuk memastikan badan anda cergas dan minda anda cerdas. Dengan melakukan aktiviti ini bersama keluarga, anda bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama keluarga malah anda juga dapat mengekalkan kesihatan badan dengan baik. Semoga senarai di atas membantu anda memilih tempat yang sesuai untuk berbasikal bersama keluarga anda.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Aktiviti Menarik di Malaysia yang Mencabar – Takut HABIS

Bagi golongan dewasa yang memang 'jantan', aktiviti seperti di bawah ini pasti akan memberi cabaran yang lebih kepada anda. Jom tengok 7 aktiviti menarik...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia

Setiap orang mempunyai hobi dan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka setiap kali ada waktu lapang. Di Malaysia, aktiviti yang sinonim dengannya adalah memancing. Terlalu...

8 Tempat Hiking Di Malaysia Timur Yang Sesuai Untuk Penggila Adrenalin!

Antara keistimewaan yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah aktiviti-aktiviti mesra alam semula jadi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti seperti hiking, trekking,...

8 Tempat Terbaik Untuk Menonton Pertunjukkan Bunga Api Yang Menakjubkan Di Malaysia

Bunga api berasal daripada bahan letupan yang lemah untuk tujuan hiburan masyarakat. Sering kali kita melihat pertunjukkan bunga api pada hari-hari istimewa seperti hari...

8 Padang Golf Yang Terbaik di Malaysia Timur

Rakyat Malaysia sudah mula membuka mata dengan sukan Golf dan bukannya tertumpu pada golongan elit sahaja. Jika dulu ia sering kali dikaitkan dengan sukan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x