Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba diving di Malaysia mula mendapat tempat di kalangan mereka yang mencintai keindahan alam semula jadi.

Manfaat menceburi aktiviti scuba diving di Malaysia ialah dapat menikmati kecantikan pantai dengan pasir memutih, menikmati keindahan lautan dan pemandangan di bawah permukaan air, melihat keindahan hidupan fauna yang menakjubkan serta melihat terumbu karang yang unik. Oleh itu, bagi mereka yang mula berjinak-jinak terhadap sukan diving di Malaysia, disenaraikan di bawah ini adalah  tempat wajib untuk penyelam amatur mahupun profesional sebagai destinasi pulau menyelam anda.


1. Pulau Rawa, Johor

pulau rawa johor kelapa

Pulau Rawa ini paling unik kerana mempunyai kecantikan pantai dengan pasir yang bersih, air yang jernih dan membiru, dan terumbu karang yang banyak. Lokasinya terletak di daerah Mersing, Johor.

Para penyelam boleh menikmati pengalaman snokeling yang menakjubkan dengan melihat keindahan pelbagai spesis ikan dan hidupan marin. Anda boleh memilih untuk menjalani sesi snorkeling dan scuba diving yang dibimbing oleh penyelam berpengalaman jikalau masih baru dalam aktiviti ini. Malahan anda juga boleh mengambil kursus PADI daripada Orca Scuba, sebuah pusat scuba diving PADI bertaraf 5 bintang di sini. Manakala elakkan berkunjung ke Pulau Rawa antara bulan Mei dan Jun kerana laut agak bergelora, di mana boleh menghadkan jarak penglihatan ketika menyelam.


2. Pulau Aur, Johor

pulau aur johor chalet

Lokasi diving di Malaysia yang seterusnya adalah Pulau Aur. Masih lagi bercerita tentang pulau di negeri Johor. Negeri asal alat muzik Gambus.

Pulau Aur ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara kerana merupakan sebahagian daripada Johor Marine Park yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri. Oleh itu, kehidupan alam sekitar dan kehidupan marinnya masih terpelihara daripada sebarang pencemaran. Tambahan pula, bilangan penyelam yang boleh menyelam di kawasan ini juga dihadkan bagi menjaga ekosistemnya.

Para penyelam dari seluruh pelusuk dunia berkunjung ke Pulau Aur untuk menyaksikan pelbagai spesis hidupan akuatik yang hidup di sekitar terumbu karang yang cantik dan mengujakan ini. Pelbagai jenis spesis ikan termasuk napoleon wrasse, yellowback fusiliers  dan angelfish juga boleh ditemui disini. Ramai penyelam menyelam disini kerana ingin menyaksikan sendiri whitetip sharks yang semakin sukar ditemui serta melihat penyu dengan lebih dekat lagi. Jika anda menyelam pada waktu tengahari, anda mungkin bernasib baik dapat melihat manta ray iaitu sejenis spesis ikan pari di perairan yang cetek! Dimana lagi anda boleh menemukan lokasi menyelam dengan kehadiran spesis ikan pari ini?


3. Batu – batu, Pulau Tengah – Johor

batu-batu, pulau tengah, johor

Pulau diving di Malaysia yang ingin diperkenalkan ini juga terletak di negeri Johor iaitu Batu-batu di Pulau Tengah, Johor. Pulau menyelam ini merupakan pulau persendirian yang mempunyai hampir 15 lokasi untuk aktiviti scuba.

Jika anda scuba dive di sini, anda bakal melihat pelbagai biodiversiti marin yang cantik. Para penyelam juga berpeluang melihat hidupan air seperti nudibranch, pari dan terumbu karang hampir setinggi 6 meter dari dasar laut hingga ke permukaan air.

Dan jika anda bernasib baik, ada kemungkinan untuk dapat melihat kelibat bumphead parrotfish, penyu dan black tip reef sharks. Kesemua 15 lokasi scuba dive yang berserakan di Batu-batu, Pulau Tengah ini menempatkan pelbagai jenis terumbu karang setinggi 2 meter sehingga ke 20 meter ditambah dengan bentuk dasar lautan yang agak sedikit berombak.

Perjalanan diteruskan ke utara Malaysia dengan perhentian seterusnya adalah Pulau Langkawi. Mesti singgah di pulau bebas cukai ini. Pelbagai tarikan pelancong terdapat di sini tidak terkecuali pulau menyelam yang sangat sangat best untuk aktiviti scuba diving anda.


4. Pulau Payar, Langkawi

pulau payar, langkawi dengan jambatan

Pulau Payar merupakan destinasi popular bagi penggemar aktiviti snorkeling dan SCUBA diving yang datang dari Kuah, Langkawi serta tanah besar Penang.

Bagi setiap sesi scuba diving di Pulau Payar akan mengambil masa kira-kira dua jam. Anda akan dibawa menyelam di 15 lokasi yang berbeza di sekitar empat buah pulau yang terdapat di kawasan ini. Antara kawasan popular bagi penyelam adalah di Coral Garden, Sunken Boat Point, Grouper Farm, Sponge Reef, Lembu Rocks, Shark Point dan House Reef. Pelbagai jenis spesis ikan bersaiz besar yang tidak ditemui di perairan cetek boleh di jumpai di sini termasuklah mantel rays, seahorses, sweetlips, angelfishes, barracudas dan snappers.

Jangan risau, Pulau Payar ini lebih advance berbanding pulau-pulau di Johor sebelum ini, kerana Langkawi adalah lebih maju dan membangun serta terkenal sebagai lokasi popular wajib singgah di Malaysia.


5. Pulau Kaca, Langkawi

pulau kaca, langkawi kilim geo park

Pulau Kaca adalah alternatif paling best untuk diving di Malaysia selepas Pulau Payar kerana di sini terdapatnya satu lokasi kapal karam yang dinamakan ‘Kapal Karam Kaca’. Disamping itu juga, beberapa kapal dan bot dikaramkan di sini untuk tujuan konservasi batu karang dan hidupan akuatik.

Pelbagai spesis karangan laut hidup dengan subur di lokasi ini. Memang tak rugi kalau ingin menikmati pemandangan hidupan air di sini kerana pelbagai plankton, ikan dan batu karang boleh ditemui disini. Disebabkan kepadatan pelbagai hidupan akuatik disini, jarak penglihatan adalah sedikit terhad bergantung kepada musim dan cuaca. Antara masa yang paling best untuk mengunjungi diving spot di Langkawi ini adalah sekitar bulan November hingga April.

Negeri yang sangat sinonim dengan aktiviti menyelam adalah negeri Terengganu. Terengganu antara lokasi paling best untuk scuba diving di Malaysia kerana geografinya yang mempunyai keluasan pesisir air sepanjang 244 km dan mengadap Laut China Selatan.


6. Pulau Kapas, Terengganu

pulau kapas terengganu hutan

Antara tarikan negeri Terengganu adalah Pulau Kapas. Pulau Kapas sangat popular dan amat sesuai untuk aktiviti night dive oleh para penyelam. Ini kerana bentuk dasar lautannya yang agak landai.

Disini juga para penyelam boleh melihat jerung paus migrasi di habitat semula jadinya serta berpeluang melihat penyu di habitat asalnya ketika menyelam di Turtle Point, iaitu sebuah lubuk penyu di kawasan pulau menyelam ini.

Aktiviti meninjau bangkai kapal Jepun yang karam di sekitar perairan ini yang lebih popular dengan jolokan Japanese Landing Craft Wreck juga sangat mengujakan untuk diterokai. Semestinya kesemua aktiviti menyelam di Pulau Kapas ini bakal menyajikan pemandangan yang menakjubkan serta pengalaman yang berharga bagi scuba diver di luar sana.


7. Pulau Perhentian, Terengganu

pulau perhentian terengganu dengan laut biru

Secara geografinya, pulau menyelam ini terletak di Laut China Selatan. Paling menariknya Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua gugusan pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Kedua-dua gugusan pulau ini menyediakan hampir puluhan lokasi diving di Malaysia yang turut diiktiraf sebagai tercantik di kalangan penyelam.

Pengunjung juga boleh melakukan berbagai – bagai aktiviti lain seperti snorkeling dan juga berenang. Selain itu, kursus scuba diving yang lengkap juga boleh diikuti di sini. Terdapat beberapa operator pelancongan yang menyediakan kursus penuh sijil PADI di sini. Kemahiran ini diperlukan bagi penyelam yang ingin menyelam ke kawasan yang lebih dalam serta menerokai ke kawasan yang lebih jauh lagi.

Pulau Perhentian adalah lokasi terbaik untuk belajar menyelam! Pulau menyelam ini mempunyai keadaan bawah air yang menyenangkan dan sangat bagus bagi aktiviti scuba diving. Jarak penglihatan di sini juga amat baik, di antara 10 meter ke 20 meter.


8. Pulau Redang, Terengganu

pulau redang terengganu

Pulau seterusnya adalah Pulau Redang. Pulau Redang ini adalah sebahagian daripada kawasan lindungan marin yang telah diwartakan sebagai Terengganu Marine Park yang bermaksud kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan untuk tujuan konservasi ekosistem dan biodiversiti flora dan fauna bagi gugusan kepulauan ini.

Masa terbaik untuk melawati pulau menyelam Pulau Redang ini adalah antara bulan April dan Oktober. Ini kerana bagi mengelakkan angin monsoon Timur Laut yang melanda sekitar November. Apa yang membuatkan Pulau Redang ini termasuk di dalam senarai 10 pulau di Semenanjung Malaysia yang best untuk scuba diving adalah kerana Pulau Redang ini terdiri dari beberapa gugusan buah pulau kecil.

Pulau Redang menawarkan 80% spesis hidupan akuatik yang hanya boleh ditemui di ‘Segitiga Terumbu Karang’ (iaitu suatu kawasan yang terdiri daripada Filipina, Indonesia dan Papua New Guinea yang sangat terkenal kaya dengan spesis marin di dunia). Kepelbagaian biodiversiti ini membuatkan Pulau Redang terkenal sebagai salah satu destinasi utama dive site di Semenanjung Malaysia. Di sini, terdapat lebih 20 lokasi menyelam yang sesuai untuk pelbagai tahap kemahiran. Antaranya termasuklah menyelam di pesisir pantai dan dasar laut berpasir, menyelam di kawasan tebing laut, menyelam di laut dalam yang mencabar untuk melihat keunikan terumbu karang yang sangat sesuai untuk aktiviti macro fotografi. Kesemua dive site ini terletak berhampiran dan boleh diakses dengan mudah menggunakan bot laju.


9. Pulau Tioman, Pahang

pulau tioman pahang

Apa yang menarik di Pulau Tioman? Mari saya jelaskan.

Pertama sekali, Pulau Tioman ini pernah tersenarai antara pulau tercantik di dunia oleh majalah Times pada tahun 1970-an. Legasi kecantikannya itu masih kekal hingga kini.

Tambahan pula, Pulau Tioman ini adalah lokasi ideal bagi para scuba diver Malaysia kerana pulau ini agak terpencil dan di kelilingi terumbu karang.

Pulau Tioman menawarkan lebih 25 dive sites yang sangat best untuk diterokai. Pulau menyelam ini menyediakan banyak peluang kepada penyelam untuk aktiviti mereka termasuklah night diving dan fotografi macro bawah air. Terdapat juga lokasi meninjau kapal karam yang dikenali sebagai Soyak Wreck. Kehidupan marin di sini sangat kaya dengan kehadiran kumpulan ikan yang besar. Penyu, pari dan reef sharks adalah pemandangan biasa di sini. Whale Shark juga boleh dilihat jika anda bernasib baik!

Aktiviti menyelam di lokasi ini tentunya menarik kerana bentuk muka buminya ditambah dengan kehidupan laut serta terumbu karangnya. Selain menyelam, scuba diver juga boleh melakukan aktiviti seperti ski air, jet ski, snorkeling, fotografi bawah air dan pelbagai lagi.


10. Pulau Sembilan, Pangkor – Perak

pulau sembilan pangkor perak

Pulau Sembilan ini terletak 30 minit dari tanah besar Lumut – Ipoh. Bagi penyelam amatur, lokasi ini amat disarankan untuk anda cuba menerokainya. Antara hidupan akuatik yang boleh ditemui di diving site ini adalah seperti nudibrances, turtle, leopard sharks, lesser barracudas, trigger fish dan juga paling menarik ialah pygmee seahorse.

Jika anda inginkan pengalaman unik menyelam di air sedikit keruh, Pulau Sembilan adalah pilihan terbaik untuk anda! Di tambah pula, ianya tidak terjejas dengan sebarang perubahan angin monsoon. Oleh itu, aktiviti menyelam boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Taman Tema Dalaman Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Bila tiba musim cuti persekolahan inilah masanya untuk merancang aktiviti dan destinasi yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama anak-anak. Taman tema air, taman tema...

8 Tempat Terbaik Untuk Menonton Pertunjukkan Bunga Api Yang Menakjubkan Di Malaysia

Bunga api berasal daripada bahan letupan yang lemah untuk tujuan hiburan masyarakat. Sering kali kita melihat pertunjukkan bunga api pada hari-hari istimewa seperti hari...

15 Pulau di Semenanjung Malaysia yang Best untuk Snorkeling

Malaysia sangat bertuah kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi laut. Pulau-pulau di negara ini masih terjaga dan terpelihara. Kebanyakan pulau-pulau yang ada menjadi habitat bagi...

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

10 Tempat Bermain Paintball Yang Best Di Selangor

Adakah anda mahu mencuba perkara yang baru? Jika jawapan anda ya, inilah aktiviti yang sesuai untuk anda. Aktiviti paintball sudah lama berada di Malaysia...

10 Tempat Hiking di Semenanjung Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi

Terlalu lama tidak keluar untuk menghirup udara segar dan mengelilingi alam semula jadi mungkin membuat otak anda tepu dan stress. Ramai yang memilih hiking...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x