8 Tempat Terbaik Untuk Menonton Pertunjukkan Bunga Api Yang Menakjubkan Di Malaysia

Bunga api berasal daripada bahan letupan yang lemah untuk tujuan hiburan masyarakat. Sering kali kita melihat pertunjukkan bunga api pada hari-hari istimewa seperti hari raya, hari kemerdekaan dan juga hari tahun baru. Ini kerana bunga api biasanya digunakan untuk menyambut kedatangan hari-hari istimewa tersebut dan untuk menandakan permulaan yang baharu. Kami telah menyusun beberapa ‘spot’ yang menarik untuk anda melihat pertunjukkan bunga api yang menakjubkan dan akan memberi anda pengalaman yang tidak boleh dilupakan!


1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Dataran Merdeka

Terletak di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka merupakan sebuah tempat yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai  terutamanya pada waktu malam. Kawasan luas yang disediakan di tempat tersebut sesuai untuk keluarga berkelah dan menikmati keindahan di tengah bandar Kuala Lumpur. Tempat ini sesuai untuk melihat pertunjukkan bunga api atas kawasannya yang luas dan indah. Mereka yang datang ke Dataran Merdeka pasti akan mendapat pemandangan yang jelas dan cantik pertunjukkan bunga api yang ditunjukkan.

Pertunjukkan bunga api pada malam kemerdekaan akan menjadi lebih istimewa kerana anda akan menyambutnya di tempat yang bersejarah bagi rakyat Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang terdapat di situ juga akan menaikkan semangat patriotik dalam diri kita.

Terdapat beberapa gerai makanan dan juga penjual mainan yang disediakan untuk para pengunjung yang berada di Dataran Merdeka. Dengan ini, pengunjung boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berkelah atau mendengar buskers menyanyi sambil menunggu kiraan untuk pertunjukkan bunga api.

Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 24 Jam

LokasiFacebook | Ulasan Google 


2. Bukit Permai, Kuala Lumpur

Bukit Permai

Diberi gelaran “Little Genting”, Bukit Permai merupakan antara ‘spot’ yang popular untuk menonton pertunjukkan bunga api. Ini kerana pemandangannya yang merangkumi seluruh Kuala Lumpur dan juga lokasinya yang berdekatan dengan kemudahan awam untuk para pengunjung. Bukit Permai merupakan antara tempat yang sering dipenuhi orang juga terutamanya pada malam tahun baru. Penduduk sekitar Bukit Permai selalunya akan berkumpul bersama-sama pengunjung yang datang untuk melihat pertunjukkan bunga api tahun baru pada malam tersebut.

Terdapat beberapa buah hotel yang berada di kawasan Bukit Permai seperti De Palma Hotel, Flamingo Hotel, Hotel Cheras dan Maluri Hotel. Perkara ini adalah untuk kemudahan anda jika mahu bermalam di kawasan tersebut dan tidak mahu menghadapi trafik pada malam yang sibuk itu. Bukan itu sahaja terdapat juga beberapa buah kedai di Taman Mulia Jaya dan di Tasik Permai yang berada berdekatan sahaja untuk pengunjung yang mahu menghabiskan masa sambil menunggu pertunjukkan bunga api yang akan berlangsung pada tengah malam.

Alamat: Bukit Permai, 56100, Kuala Lumpur

Lokasi 


3. Sunway City, Subang Jaya

Sunway City Bunga Api

Terletak di Petaling Jaya, Sunway City merupakan antara lokasi yang menjadi tarikan orang ramai terutamanya pada malam hari raya, krismas dan tahun baru. Ini kerana Sunway Pyramid sering menggunakan peluang ini untuk meraikan secara besar-besaran bersama pengunjung yang datang melawat. Pertunjukkan bunga api wajib diadakan pada malam-malam istimewa tersebut untuk meraikannya dengan lebih meriah.

Antara perkara unik yang terdapat di Sunway City adalah mereka pakar dalam menghiaskan kawasan mereka mengikut tema hari-hari istimewa tersebut. Contohnya, seluruh Sunway City akan bertemakan raya apabila hari raya menjelma. Begitu juga dengan hari-hari istimewa yang lain seperti pada Krismas, tahun baru cina dan tahun baru. Bukan sahaja anda akan mendapat pemandangan pertunjukkan bunga api yang jelas bersama latar belakang Sunway City yang indah, anda juga boleh menikmati pelbagai kemudahan yang tersedia di situ. Terdapat pusat beli belah Sunway Pyramid yang sering menawarkan promosi pada malam-malam hari istimewa seperti hari raya dan tahun baru jadi anda boleh mengambil peluang ini untuk membeli belah sambil menunggu pertunjukkan bunga api yang akan ditunjukkan. Selain itu, terdapat juga Sunway Hotel jika amda ingin bermalam di sini.

Alamat: Persiaran Lagoon, Sunway City, 47500 Subang Jaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone:03-5639 8889


4. Changkat Semantan, Kuala Lumpur

Changkat Semantan Bunga Api

Changkat Semantan, yang terletak di Damansara Heights, merupakan antara tempat tarikan pelancong juga. Walaupun lokasinya jauh daripada bandar Kuala Lumpur, pemandangan pertunjukkan bunga api yang terdapat di Changkat Semantan amat berbaloi terutamanya pada malam tahun baru. Di sini, anda dapat melihat pertunjukkan bunga api seperti bunga api pada hari raya dari seluruh Kuala Lumpur. Anda boleh melihat beberapa buah pertunjukkan bunga api dari KLCC ataupun dari Dataran Merdeka kerana lokasinya yang merangkumi hampir seluruh Kuala Lumpur.

Terdapat beberapa kebaikan Changkat Semantan berjauhan daripada pusat bandar Kuala Lumpur. Antaranya adalah anda tidak perlu menghadapi kesesakan trafik. Ramai orang sering memilih lokasi di tengah bandar Kuala Lumpur untuk melihat pertunjukkan bunga api di tengah malam. Bukan sahaja anda dapat menikmati pertunjukkan bunga api dengan tenang disebabkan tidak ramai orang di Changkat Semantan, anda juga tidak perlu melalui kesesakan trafik yang pasti akan dilalui jika anda berada di tengah bandar Kuala Lumpur

Alamat: 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi 


5. Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Taman Titiwangsa Bunga api

Terletak di Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa merupakan sebuah kawasan yang anda patut lawati untuk pemandangan pertunjukkan bunga api yang jelas di kawasan yang luas dan besar. Ramai orang berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa terutamanya pada malam hari raya  untuk melihat pertunjukkan bunga api yang terdapat di situ. Dengan kawasannya yang luas, anda tidak akan rasa sesak dan boleh memilih ‘spot’ sendiri tanpa diganggu oleh orang lain. Contohnya, kebanyakkan keluarga akan berkumpul di sini untuk menantikan pertunjukkan bunga api hari raya kerana kawasannya yang besar dan luas.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang anda boleh dilakukan di Taman Tasik Titiwangsa sambil menunggu pertunjukkan bunga api yang selalunya berlangsung tepat pada pukul 12 malam. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah aktiviti berbasikal. Anda boleh menyewa basikal di sini dan melakukan aktiviti ini bersama keluarga anda. Trek untuk berbasikal disediakan supaya anda tidak menganggu pengunjung lain taman tersebut. Terdapat juga vendor yang menjual mainan untuk kanak-kanak dan vendor menjual makanan. Anda boleh juga berkelah dan melihat pertunjukkan bunga api dalam keadaan yang tenang.

Alamat :  Tasik, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

LokasiFacebook | Ulasan Google | Phone:03-2617 6273


6. i-City Theme Park, Shah Alam

i-City Bunga Api

Pertunjukkan bunga api yang terdapat di i-City adalah sesuatu yang menakjubkan. Ini kerana pertunjukkan bunga api diadakan di dalam taman tema tersebut jadi anda akan dapat pemandangan yang jelas tidak kira di bahagian mana anda berada. Bukan itu sahaja, taman tema tersebut dipenuhi dengan lampu-lampu cantik yang akan membuat pengalaman anda lebih menarik dan seronok.

Dengan gelaran ‘City of Digital Lights’, I-City mengambil peluang ini untuk membuat taman tema mereka sebuah tempat yang patut dikunjungi orang ramai. I-City menawarkan pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan antaranya adalah menaiki permainan yang terdapat di taman tema tersebut. Perkara ini boleh dilakukan sewaktu anda menunggu pertunjukkan bunga api yang akan berlangsung pada waktu malam. Jika anda hanya datang untuk melihat bunga api sahaja, anda boleh mengambil ‘spot’ anda di tempat duduk yang disediakan di situ. Anda juga boleh mengambil peluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang lampu-lampu digital yang menghiasi taman tema tersebut.

Alamat: AJ CityPark, D-1-G, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Email | Phone:03 5521 8800


7. Kuching Waterfront, Sarawak

Kuching Waterfront

Terletak di hati ibu kota Sarawak, Kuching Waterfront merupakan salah satu tempat yang anda harus kunjungi jika anda berada di Sarawak. Apa yang menarik tentang tempat adalah bukan sahaja anda dapat lihat pertunjukkan bunga api yang menakjubkan terutamanya pada malam istimewa seperti malam tahun baru dan malam kemerdekaan, anda juga dapat melihat pertunjukkan lain yang terdapat di situ. Pertunjukkan lampu yang khas diadakan terutamanya pada hari-hari istimewa pasti akan memukau anda dan membuat pengalaman anda menyambut hari tersebut lebih istimewa. Bukan itu sahaja, terdapat juga teksi air yang digelar ‘penambang’ yang anda boleh naiki untuk pengalaman yang lebih menarik. Penambang tersebut juga dihiasi untuk meraikan hari istimewa. Contohnya, penambang akan dihiasi dengan bendera kecil negara kita untuk menyambut hari kemerdekan.

Terdapat juga Darul Hana Bridge yang bebas untuk dikunjungi oleh orang ramai. Anda boleh meluangkan masa di situ sambil menunggu pertunjukkan bunga api yang bakal berlangsung pada tengah malam. Anda juga boleh mengambil gambar yang cantik kerana berlatarbelakangkan Kuching Waterfront yang indah itu.

Alamat: 37, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

LokasiFacebook | Ulasan Google | Phone:017-356 1980

Whatsapp Kuching Waterfront


8. Bukit Ampang, Kuala Lumpur 

Bukit Ampang Bunga Api

Bukit Ampang menjadi antara tarikan pelancong kerana pemandangannya yang merangkumi Kuala Lumpur. Anda pasti akan mendapat pemandangan pertunjukkan bunga api yang sungguh cantik daripada sini. Terletak dalam 25km daripada pusat bandaraya, Bukit Ampang berkhidmat sebagai ‘spot’ yang popular antara penduduk kerana suasana yang terdapat di situ adalah santai dan ruang yang tersediakan amat sesuai untuk mereka yang datang untuk pengalaman yang relaks sahaja.

Terdapat beberapa gerai makan yang dibuka dari petang hingga lewat malam jadi anda tidak perlu duduk di dalam kereta sambil menunggu pertunjukkan bunga api. Anda bebas untuk duduk di kawasan luar khemah gerai-gerai tersebut supaya anda mendapat ‘front seat’ untuk pertunjukkan bunga api tersebut. Jika tempat parkir kereta terhad, anda boleh memandu terus daripada gerai-gerai dan melihat pertunjukkan bunga api di dalam kereta. Pemandangan yang anda akan lihat adalah sama sahaja.

Alamat : Bukit Ampang, Kuala Lumpur.


Kesimpulannya, pertunjukkan bunga api semakin popular dalam kalangan masyarakat pada zaman sekarang  terutamanya pada hari-hari istimewa seperti malam tahun baru, malam raya dan malam kemerdekaan untuk menyambutnya dengan lebih meriah. Semoga senarai di atas membantu anda memilih ‘spot’ yang menarik untuk melihat pertunjukkan bunga api yang dinantikan.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

10 Tempat Basikal Yang Terbaik Untuk Keluarga Di Malaysia

Aktiviti berbasikal merupakan sebuah aktiviti fizikal mudah yang boleh dilakukan bersama keluarga anda. Pada era globalisasi ini, semakin ramai orang yang mengikut serta dalam...

Taman Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang BEST

Cuti sekolah dah nak sampai, dan yang pasti anak-anak mesti 'sound', " Mak Ayah ! cuti sekolah nanti kita nak jalan jalan ke mana?". Sebagai...

5 Canopy Walk yang anda hanya dapat pengalaman di Malaysia Timur

Sabah dan Sarawak sering menjadi tarikan pelancong asing. Ini kerana bahagian Malaysia timur kita kaya dengan keindahan semula jadi. Bukan itu sahaja, Sabah dan...

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

15 Trek Joging Yang Best Untuk Bersenam Di Malaysia

Amalan bersukan yang paling mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar seperti berjoging di taman adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang mahu kekal...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x