Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Canopy Walk Di Semenanjung Malaysia Yang Terbaik (Paling BEST)

Siapa yang tidak sukakan keindahan alam semula jadi? Rata-rata semua orang menyukainya terutamanya kepada pencinta alam. Salah satu tujuan anda melancong adalah untuk merehatkan minda dan menikmati segala panorama yang sangat cantik berada di sekeliling. Canopy walk di Malaysia merupakan lokasi yang tepat untuk anda yang masih tercari-cari destinasi untuk dikunjungi. Aktiviti ini juga sesuai untuk anda yang mengalami akrofobio (takut dengan ketinggian) untuk memulih dan menguji kecekalan mental dan fizikal. Ini adalah 8 Canopy Walk Di Semenanjung Malaysia Yang Terbaik!


1. The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kedah

canopy walk kedah

Dengan ketinggan 925 meter dan puncaknya berada di paras 26.05 meter dari tanah, ia sudah mampu menjadikan tempat pelancongan ini memegang rekod jambatan kanopi terpanjang di dunia untuk beberapa tahun sebelum ini. Canopy ini siap dibina pada tahun 2005 yang mana pembinaannya itu dibina secara berperingkat, dan semenjak itu juga ramai pengunjung hadir dari dalam dan luar negara untuk menikmati pengalaman berada di atas sana. Jika kebiasaan trak-trak canopy walk di Malaysia lurus dan landai, sebaliknya Tree Top Walk Sungai Sedim akan membawa anda merentasi hutan yang hampir berbentuk segi empat.

Binaannya kukuh dengan besi panel yang disaluti aluminium manakala tapaknya juga lebih fleksibal. Jadi, anda tidak perlu khuatir dengan isu-isu keselamatan sepanjang anda melakukan aktiviti extreme seperti jungle trekking atau walk slow. Walau bagaimanpun, pengunjung hanya dibenarkan untuk berjalan di satu-satu ruang dengan jumlah maksimum had 10-15 orang dewasa untuk mengekalkan keselesaan dan mengelakkan kesesakkan.

Alamat: Tree Top Walk Sungai Sedim Kampung Sedim, 09700 Karangan, Kedah

Hari Operasi: 9 pagi sehingga 5.30 petang

Harga: Dewasa: RM10 (Dewasa), RM6 (Kanak-kanak)


2. Canopy Walk Taman Negara, Pahang

canopy walk pahang

Canopy Walk Taman Negara di Pahang adalah Malaysia Canopy Walk terpanjang di dunia yang mana ia dikelilingi dengan hutan yang tertua di dunia berusia 150 juta tahun dan melebihi usia hutan di Amazon. Direkodkan jambatan gantung ini sepanjang 550 meter dan berketinggian 40 meter dari permukaan tanah.

Kalau anda gayat dengan ketinggian, nampaknya ini satu cabaran untuk anda memberanikan diri. Asalnya, lokasi tarikan ini dibina bertujuan untuk penyelidikan sebelum ia juga membuka peluang untuk aktiviti pelancongan. Salah satu sebab banyak pelancong asing ke Taman Negara kerana Canopy Walk ini. Anda pergi, anda sendiri merasai kenikmatan berteman dengan dunia hijau.

Alamat: No.4 Bangunanan lknp Merapoh, Taman Negara, 27000, Malaysia

Hari Operasi: 9 pagi hingga 3 petang

Harga: RM5 (Dewasa) RM3 (Kanak-kanak)


3. Langur Way Canopy Walk The Habitat, Penang

canopy walk penang

Pengalaman berjalan sejauh 230 meter di Langur Way Canopy Walk The Habitat, Penang, dan berada setinggi 40 meter dari lantai hutan pasti akan memberikan anda kepuasan yang tersendiri. Jika rata-rata permukaan Malaysia Canopy Walk lebih landai dan rata tetapi berbeza pula dengan Langur Way. Setiap hutan di dunia mempunyai lapisan-lapisan yang tertentu termasuk Hutan Hujan Tropika di Malaysia. Hutan Hujan Tropika terdiri daripada empat nyata iaitu lapisan hutan (paling bawah), lapisan tengah, kenopi (dilara), renjong (emergen).

Di setiap lapisan ini, anda berpeluang untuk melihat kepelbagaian hidupan flora dan fauna sama ada yang biasa anda temukan sehinggalah yang tidak pernah anda lihat sama sekali.

Alamat: The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia

Hari Operasi: 8.30 pagi hingga 6.30 petang

Harga: RM 55 (Dewasa), RM 35 (Kanak-kanak)


4. KL Forest Eco Park, Kuala Lumpur

canopy walk KL

Satu lagi destinasi hutan simpan yang tertua di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur boleh anda di temukan di KL Forest Eco Park. Bayangkan di tengah-tengah ibu kota yang sibuk dan padat dengan penduduk, masih tersembunyi permata yang bernilai sebagai khazanah negara yang perlu dijaga. Malaysia Canopy Walk kali ini, anda boleh lihat dengan mata sendiri sebatang pokok Jelutong yang berumur 100 tahun masih kekal berdiri. Keseluruhan panjang canopy ini adalah sepanjang 200 meter dan setiap laluan terdapat stesen yang bertangga dan berbeza ketinggiannya.

Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Kumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Hari Operasi: 8 pagi hingga 6 petang

Harga: RM 10 (Dewasa), RM 1 (Kanak-kanak)


5. Curtis Crest Canopy Walk, Penang Hill

canopy walk penang

Siapa yang tidak tertarik dengan sesuatu yang luar biasa seperti Curtis Crest Canopy Walk di Penang Hill. Membawa trademark platform 360 darjah dengan berketinggian 12 meter dan berkedudukan 80 meter dari laut telah menjadikan lokasi pelancongan semula jadi ini sebagai hot place di Pulau Pinang. Pemandangan hutan tulen dari atas sangat menakjubkan.

Dari atas anda boleh nampak dengan jelas pemandangan di sekitar kawasan ini sehingga ke Bukit Bendera, Bel Retiro bangunan bersejarah yang telah dibina sekitar tahun 1800, Laut Andaman yang biru, dan pemandangan Pulau Langkawi secara samar-samar, dan bahkan pemandangan seluruh Pulau Pinang termasuk Georgtown secara 360 darjah. Fakta menarik tentang Curtis Crest merupakan hutan rizab yang terdiri daripada laluan alam semula jadi yang dibina oleh British East India Company sejak awal 1800- an lagi.

Alamat: The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia

Hari Operasi: 8.30 pagi hingga 6.30 petang

Harga: RM 55 (Dewasa), RM 35 (Kanak-kanak)


6. Orchard Canopy Walk, Melaka

canopy walk orchard

Di mana ada canopy walk, di situ juga pasti akan ada hutan. Di mana ada hutan, di situ pasti ada canopy walk. Kadang-kadang anda mesti bosan dengan pemandangan yang sama sahaja setiap kali berjalan di canopy walk. Tidak ada yang menarik lagi ke? Di Orchard Canopy Walk, mereka menawarkan jambatan gantung yang dikelilingi dengan kebun buah-buahan tropika seperti rambutan, manggis, durian belanda, duku dan bermacam lagi.

Bukan hanya ketinggian yang akan menjadi cabaran untuk setiap pengunjung yang datang ke sini tetapi juga cabaran lain dari segi fizikal dan mental sendiri. Pengunjung tidak akan berasa selesa meniti jambatan ini kerana laluannya tidak berlantai sebaliknya anda perlu melompat dari satu kayu ke satu kayu sehingga ke penamat. Bukan itu sahaja, malah terdapat lagi 12 cabaran lintasan yang boleh dilalui oleh pengunjung dan setiap lintasan itu mempunyai tahap kesukaran yang berbeza.

Tidak banyak juga canopy walk di Malaysia yang menyediakan peluang untuk berjalan di atas canopy pada waktu malam. Di Orchard Canopy Walk, waktu anda lebih fleksibal kerana anda boleh datang pada sebelah pagi atau sebelah malam. Jadi untuk anda yang bekerja, destinasi ini sudah tentu menjadi pilihan yang tepat.

Alamat: No, 63, Jalan Solok Uban, Kampung Brisu, Lubok China, 78100, Melaka

Hari Operasi: Sesi pagi dan sesi malam

Harga: Dari RM 150 hingga RM 270 (Pelbagai pakej)


7. FRIM Canopy Walk, Selangor

canopy walk selangor

Lokasi ini betul-betul terletak di tengah-tengah Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang membuat penyelidikan saintifik tentang flora dan fauna. FRIM Canopy Walk, Selangor dikelilingi oleh kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong yang berkeluasan seluas 485 hektar. Setiap canopy walk di Malaysia membawa daya tarikan yang tersendiri bagi setiap pengunjung yang hadir. Asbab daya tarikan itulah, sesebuah lokasi pelancongan akan kekal menjadi pilihan bagi pelancong. FRIM Canopy Walk mempunyai 15 juta pokok terpelihara dan dibawahnya pula ada variasi 2,500 spesies lain.

Selain canopy walk, kawasan sekitar FRIM juga datang dengan pelbagai tarikan lain yang dibahagikan mengikut zon dari A hingga H. Ini termasuk Zon B (Paya Burung/Wetland), Zon C (Taman Etno-Botani), Zon D (Denai Keruing & Denai Salleh), Zon G (Titian Kanopi/kawasan perkelahan/rumah tradisional Terengganu), dan Zon H (Abboretum Dipterokap).

Alamat: Jalan Foxworthy, Forest Research Institute of Malaysia, 68100, Kuala Lumpur, Selangor

Hari Operasi: 6 pagi hingga 7 petang

Harga:  RM 5 (Dewasa), RM 1 (Kanak-kanak)


8. Canopy Walk Bukit Gasing, Petaling Jaya

canopy walk petaling jaya

Hutan Simpan di Bukit Gasing menjadi pemisah di antara bandar Petaling Jaya dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tanah seluas 100 hektar. Laluan Canopy Walk Bukit Gasing, Petaling Jaya menghubungkan trail pendaki yang mendaki Bukit Gasing sehingga ke puncak 160 meter. Jadi tidak hairan ia digelar sebagai “green lung” bandar metropolitan ini.

Selain daripada itu, pengunjung yang datang di canopy walk di Bukit Gasing juga boleh mencuba aktiviti lain seperti Sky Walk, berjoing di Rover Track, berkelah, berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal, dan mempelajari keunikan alam semula jadi.

Alamat: Bukit Gasing Forest Park, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Harga: Percuma


“Pelancongan perubatan, pelancongan kesihatan, pelancongan ilmu”, inilah tiga elemen manfaat yang boleh anda dapatkan dengan menjelajahi canopy walk di Malaysia. Pada mata kasar anda, mungkin ianya hanya sebuah laluan pejalan kaki yang bergantung di atas paras tinggi.

Tetapi sebaliknya, bagi mereka yang faham tentang hal-hal kesihatan, berjalan kaki adalah salah satu senaman yang ringkas, zero kos, dan selamat untuk dilakukan bagi untuk setiap lapisan umur. Bagaimana pula dengan ilmu? Setiap kali mata anda nampak sesuatu yang baru, otak anda akan memproses juga sesuatu yang baru dan dari situ maka akan bercambah lagi dan lagi pengetahuan anda.

Siapa kata melancong di hutan tidak menyeronokkan? Sensasi pelancongan anda terletak di tangan anda sendiri.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

7 Lokasi Arung Jeram Paling Mendebarkan di Malaysia Timur

Arung Jeram atau lebih dikenali sebagai White Water Rafting adalah sukan yang digilai ramai setiap kali bercuti di kawasan sungai. Siapa kata aktiviti dalam...

10 Taman Tema Dalaman Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Bila tiba musim cuti persekolahan inilah masanya untuk merancang aktiviti dan destinasi yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama anak-anak. Taman tema air, taman tema...

10 Tempat Basikal Yang Terbaik Untuk Keluarga Di Malaysia

Aktiviti berbasikal merupakan sebuah aktiviti fizikal mudah yang boleh dilakukan bersama keluarga anda. Pada era globalisasi ini, semakin ramai orang yang mengikut serta dalam...

47+ Aktiviti Menarik di Rumah yang boleh Dibuat Hari ini

Dah bosan main phone dan takde idea lagi apa yang boleh dibuat masa berada dalam rumah? Sebenarnya banyak lagi, berikut adalah senarai aktiviti di...

10 Pulau Di Semenanjung Malaysia Yang Paling BEST Untuk Scuba Diving/Menyelam

Aktiviti scuba diving di Malaysia menjadi salah satu hobi yang mula diminati ramai terutamanya bagi mereka yang berminat terhadap sukan lasak dan mencabar. Scuba...

8 Tempat Terbaik Untuk Menonton Pertunjukkan Bunga Api Yang Menakjubkan Di Malaysia

Bunga api berasal daripada bahan letupan yang lemah untuk tujuan hiburan masyarakat. Sering kali kita melihat pertunjukkan bunga api pada hari-hari istimewa seperti hari...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x