Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Tempat Popular Pilihan Pencinta Street Food Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tempat tarikan yang boleh dikunjungi untuk bersantai, malahan, bandar metropolitan ini juga sebenarnya sarat dengan pelbagai tempat yang menawarkan variasi street food (makanan jalanan) yang diinspirasikan daripada selera tempatan dan antarabangsa. Berikut merupakan 10 tempat popular pilihan pencinta street food yang semestinya anda tidak mahu lepaskan peluang untuk berkunjung dan menikmati selera makanan jalanan yang pastinya mengiurkan selera.

Kedai Makan Tepi Jalan Best Di Kuala Lumpur


1. Jalan Alor

street food kuala lumpur Jalan Alor food street

Jalan Alor, merupakan suatu laluan yang akan anda temui ketika berjalan kaki baik menghala ke Bukit Bintang mahupun Changkat, yang mana kedua-dua tempat ini adalah antara tarikan utama bandaraya Kuala Lumpur. Di sini, anda bukan sahaja boleh menikmati masakan yang berunsurkan ketimuran, bahkan, anda juga dapat menikmati suasana tempat makan di tepi jalan. Keseluruhan jalan ini membentuk suatu aliran panjang yang menawarkan variasi makanan jalanan yang sememangnya diperbuat daripada bahan tempatan yang segar.

Alamat: No. 21, Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi


2. Mansion Tea Stall

street food kuala lumpur Mansion Tea Stall

Mengidam roti canai? Datanglah ke Mansion Tea Stall. Kedai ini terletak benar-benar berhampiran LRT Masjid Jamek, dan percayalah, anda pasti tidak akan menyesal singgah ke sini kerana roti canai di Mansion Tea Stall adalah lain daripada yang lain. Sekiranya anda berada di sini, jangan lupa untuk mencuba Roti Banjir Special mereka yang dihidangkan panas, dicincang dan dibanjiri dengan campuran kuah kacang dal, kari dan sambal serta tidak lupa, telur goyang. Mansion Tea Stall sentiasa terbuka 16 jam sehari untuk menghidangkan pengunjung yang mengidam hidangan kedai mamak yang disedia panas untuk dijamah.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am – 12am

Lokasi


3. Nasi Kukus Farni

street food kuala lumpur Nasi Kukus Farni

Sekiranya anda merupakan penggemar nasi kukus, anda harus mencuba Nasi Kukus Farni. Gerai kecil yang beroperasi di Bukit Damansara ini cukup popular dalam kalangan penduduk setempat. Antara seleksi yang cukup popular dalam kalangan pengunjung setia mereka terrmasuklah Nasi Putih Kukus Ayam Goreng Berempah. Anda boleh memilih untuk menikmati nasi putih kukus anda dengan pilihan ayam sama ada ayam berempah, ayam dara mahupun ayam kampung.

Alamat: Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka Isnin – Jumaat (11am – 2pm), Ditutup setiap Sabtu & Ahad

Lokasi


4. Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Tergolong dalam tempat yang paling kerap dikunjungi dan popular dalam kalangan warga Kuala Lumpur yang rata-ratanya merupakan penggemar nasi lemak, Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru ini sudah beroperasi lebih daripada 55 tahun. Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru cukup terkenal dengan rasa sambalnya yang pedas dan manis. Lebih mengiurkan selera, adalah apabila anda mengandingkan nasi lemak tersebut dengan hidangan lauk-pauk panas yang lain seperti ayam goreng, ayam masak merah, sambal sotong dan banyak lagi!

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (630am – 1am)

Lokasi


5. Pasar Malam Taman Connaught

Pasar Malam Taman Connaught

Dahulunya, tempat ini pernah digelar pasar malam terpanjang di Malaysia dengan hamparan seluas 2 kilometer sebelum didahului oleh Pasar Malam Setia Alam (2.4 kilometer). Pasar Malam Taman Connaught menempatkan lebih daripada 700 buah gerai yang menjual barang dan makanan jalanan murah. Senang cerita, anda bakal memerlukan sekurang-kurangnya satu jam untuk meneroka keseluruhan tempat ini. Lebih menarik, pasar malam ini juga mempunyai vendor Thailand sekaligus semakin mempelbagaikan tarikannya.

Alamat: Jalan Cerdas, Taman Connaught, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Rabu (5pm – 1am)

Lokasi


6. Petaling Street Market

petaling street

Chinatown bukan sahaja terkenal dengan identitinya sebagai syurga pelancong yang ingin membeli-belah barangan pada harga yang murah, malahan, tempat ini juga menempatkan beberapa gerai makanan jalanan tertua di Malaysia. Kewujudan gerai-gerai ini sebenarnya tidak lagi asing dalam kalangan penduduk tempatan, bahkan, juga pengunjung dari jauh kerana kualiti makanannya yang dikekalkan selama bertahun-tahun lamanya. Sekiranya anda ingin menikmati rasa klasik daripada variasi masakan Cina dan masakan lain yang berunsurkan ketimuran, tidak silap lagi, di sinilah tempatnya.

Alamat: Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8am – 8pm)

Lokasi


7. Tapak Urban Dining Street

Tapak Urban Dining Street

Terletak berhampiran KLCC dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Towers), Tapak Urban Dining Street mengumpulkan beberapa trak makanan atau food truck terbaik semuanya dalam satu tempat. Katakan sahaja jenis makanan jalanan yang ingin anda nikmati, kerana segala-galanya ada di sini, daripada makanan tempatan seperti ayam penyet hinggalah pizza. Bawa kawan-kawan atau keluarga anda ketika berkunjung di sini, dan nikmati seleksi makanan jalanan terbaik di Tapak Urban Dining Street sambil berkongsi cerita dan bergelak ketawa di bawah sinaran cahaya bintang.

Alamat: Persiaran Hampshire, off, Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (5pm – 12am)

Lokasi


8. RSMY Best Cheese Naan

street food kuala lumpur RSMY Best Cheese Naan

Sekiranya anda tercari-cari naan keju terbaik di Kuala Lumpur, jawapannya terletak di RSMY Best Cheese Naan yang beroperasi di Setapak. Tempat ini merupakan bukan sahaja merupakan kegemaran dalam kalangan penduduk setempat yang menggemari naan keju, bahkan, juga dalam kalangan blogger makanan Kuala Lumpur. Seleksi menu yang wajib dicuba jika anda singgah di sini sudah tentulah Cheese Naan Special mereka yang berintikan keju cair. Pastinya, anda tidak akan menyesal!

Alamat: D-72-A Plaza Usahawan Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (3pm – 11pm)

Lokasi


9. Satay Sri Melaka Lembah Keramat

street food kuala lumpur Satay Sri Melaka Lembah Keramat

Dari jauh, mungkin gerai satay ini kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun jangan tertipu! Hal ini kerana, Satay Sri Melaka Lembah Keramat sebenarnya cukup terkenal dalam kalangan pencinta makanan. Bayangkan, dalam sehari sahaja, tempat ini menerima tempahan lebih daripada 1, 000 cucuk satay. Sekiranya anda singgah di sini, baik anda mencuba satay ayam, satay daging lembu, satay perut mahupun satay jantung, yang pasti, anda harus gandingkan satay tersebut dengan sos manis khas mereka!

Alamat: No 1 Gerai MPAJ, Jalan AU 5, 54200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin (4pm – 1230am), Selasa – Ahad (430pm – 1230am)

Lokasi


10. Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit

street food kuala lumpur mat rock special ayam goreng kunyit

Barangkali anda mungkin pernah terlihat trak makanan atau food truck Mat Rock beroperasi di serata Lembah Klang atau Shah Alam. Restoran utamanya terletak di Jalan Kampung Pandan, Maluri. Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit cukup terkenal dengan hidangan ayamnya yang diperap dengan kunyit dan digoreng hingga keemasan kemudiannya ditabur dengan bawang, kacang panjang dan cili serta dihidangkan dengan nasi putih kukus panas. Hanya membayangkan imej tersebut sudah mengiurkan selera.

Alamat: Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am – 11pm)

Lokasi


 

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Masakan Cina Halal di De Templer

Kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam memang agak ragu-ragu nak masuk restoran cina sebab was-was dengan kehalalan masakan mereka. Seperti jugak CD dulu-dulu, memang...

Nasi Lemak Antarabangsa

Malam ni CD menyinggah pula di warung Nasi Lemak Antarabangsa yang popular dan selalu disebut-sebut tu. Terletak kat Kampung Baru di Kuala Lumpur. Sampai kat...

8 ‘Hotspot’ Kedai Mamak di Kuala Lumpur Anda Patut Cuba!

Kedai mamak merupakan salah satu ‘port’ lepak terbaik yang sering menjadi pilihan orang ramai. Hal ini kerana suasananya yang menarik dan santai. Sebut sahaja...

14 Lokasi Menarik Utk Hiking & Jungle Trekking Di Selangor & KL

Apabila berbicara mengenai negeri Selangor sudah tentu anda akan terbayang akan kesibukan kota. Namun, adakah anda tahu bahawa Selangor juga sebenarnya penuh dengan destinasi...

Sate Kajang Haji Samuri Taman Melati

Baru-baru ni sebelum melayan Sate Willy di Sungai Ramal, saya ada singgah melepas gian di Sate Kajang Haji Samuri di Taman Melati. Ni salah satu...

7 Kedai Makan Artis di KL Selangor – Sedap ke tak?

Ramai artis-artis di Malaysia ini bukan sahaja melibat diri dalam seni hiburan, malah turut tidak ketinggalan untuk menceburkan diri dalam cabang perniagaan. Salah satu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x