Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Perkhidmatan Sewa Bas di Kuala Lumpur yang Selesa dan Terbaik

Sewa bas di Kuala Lumpur adalah lebih selamat apabila dibandingkan dengan membenarkan ahli rombongan anda melakukan perjalanan secara individu. Pemandu bas akan mengendalikan isu lalu lintas dan rombongan anda hanya perlu duduk di dalam bas. Oleh itu, anda tidak perlu serabut untuk memastikan semua ahli rombongan tiba di destinasi yang ditetapkan. 

Bukan hanya untuk keselamatan dan kemudahan, bas sewaan mampu mewujudkan suasana kebersamaan. Mereka boleh meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sepanjang perjalanan serta mengeratkan hubungan. Jadi, jom lihat 6 perkhidmatan sewa bas di Kuala Lumpur yang terbaik.

6 Agensi Sewa Bas di Kuala Lumpur


1.  Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Berpusat di Shah Alam, Holidaygogogo Tours menyediakan perkhidmatan pelancongan ke seluruh Malaysia. Agensi ini menawarkan pelbagai produk pelancongan kepada pelanggan dan pakar dalam Pakej Pelancongan Pulau, Pantai & Pelayaran. Selain pakej pelancongan, mereka turut menawarkan khidmat pengangkutan lapangan terbang, sewa kereta dan sewa bas/van. 

Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, mereka menawarkan khidmat pengangkutan sama ada dari Bukit Bintang, Wangsa Maju, Kepong dan Cheras ke destinasi pilihan anda. Mereka mempunyai Bas Mini 23 tempat duduk, Bas VIP 30 tempat duduk, dan Bas Standard 40 atau 44 tempat duduk. Jadi, anda boleh pilih jenis bas bersesuaian dengan keperluan.

Alamat: 47-1, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-221 6385

WhatsApp Holidaygogogo


2.  Brendan Transportation, Jalan Imbi

Brendan Transportation, Jalan Imbi

Brendan Transportation yang terletak di Jalan Imbi ini menyediakan pelbagai jenis kenderaan sewa dengan pemandu. Bas yang mereka sediakan merupakan bas penumpang yang mempunyai 44 tempat duduk dan ruang bagasi yang luas. Kadar harga mereka berpatutan dan boleh diubah suai bergantung dengan keperluan anda.

Agensi ini mengutamakan keselamatan dan keselesaan untuk penumpang. Mereka turut akan memastikan penumpang tiba dengan selamat ke destinasi anda. Kenderaan mereka sentiasa diselenggara dengan baik dan bersih. Pemandu mereka juga profesional, peramah dan menepati masa.

Mereka menyediakan kenderaan sewa dengan pemandu untuk kadar setiap jam dan kadar harian. Anda boleh memilih untuk menyewa untuk perjalanan singkat di sekitar Kuala Lumpur atau memilih untuk menyewa sepanjang hari untuk meneroka sepenuhnya bandar dan keindahannya.

Selain lawatan di sekitar Kuala Lumpur, Brendan Transportation turut menyediakan pengangkutan untuk perjalanan anda ke negeri dan destinasi yang berbeza. Beberapa tempat yang paling popular untuk diterokai ialah Genting Highlands, Melaka, Kuantan, Cameron Highlands dan Pulau Pinang..

Alamat: 1, Jln Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Buka 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-5110 7237

WhatsApp Personal Driver Brendan


3.  Thrill Adventures Travel & Tours, Jalan Ampang

Thrill Adventures Travel & Tours, Jalan Ampang

Agensi ini menyediakan perkhidmatan sewa van dan bas dengan pemandu di Kuala Lumpur. Van mereka mempunyai 11 hingga 18 tempat duduk manakala bas mereka mempunyai 44 tempat duduk. Jika anda sedang merancang rombongan ke Kuala Lumpur boleh memilih kenderaan yang bersesuaian dengan keperluan.

Anda boleh menyewa kenderaan pada kadar harian, mingguan atau bulanan dengan kadar harga yang berpatutan. Anda hanya perlu WhatsApp mereka untuk pertanyaan dan staf mereka akan memberi maklum balas yang pantas. Mereka akan sedia upaya memenuhi keperluan pengangkutan anda.

Kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan yang terbaik, luas dan bersih. Pemandu mereka juga peramah dan berpengalaman dengan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Anda boleh menikmati perjalanan dengan selesa.

Alamat: 3 Towers T2A-11, 01, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Buka 24 jam

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-340 7895

WhatsApp Thrill


4.  Lafiy Transport, Melati Utama

Bas Sewa Lafiy Transport, Melati Utama, Kuala Lumpur

Lafiy Transport menyediakan perkhidmatan kenderaan sewa di Semenanjung Malaysia. Mereka mempunyai lebih daripada ratusan kenderaan untuk disewa dengan harga yang berpatutan. Lafiy Transport turut bekerjasama dengan banyak agensi pelancongan untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

Mereka menyediakan bas sewa persiaran dari Kuala Lumpur ke seluruh Semenanjung Malaysia. Mereka mempunyai bas Double Decker, 44 tempat duduk dan 27 tempat duduk dengan ruang bagasi yang luas. Kenderaan ini diselenggara dengan baik dan bersih. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk menaikinya.

Pemandu mereka peramah dan sangat berpengalaman dengan destinasi yang mereka tawarkan. Selain itu, mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan perjalanan anda selamat, selesa dan berjalan lancar. Jadi, anda boleh menikmati perjalanan anda dengan tenang. 

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2. Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 11.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-267 4661

WhatsApp Lafiy Transport


5.  Bus Elite, Jalan Ipoh Batu 2 1⁄2

Bas Sewa Bus Elite, Jalan Ipoh Batu 2 1⁄2, Kuala Lumpur

Bus Elite menyediakan pelbagai pilihan pengangkutan penumpang untuk anda seperti Bas Pelancongan, Bas Sewa, Bas Korporat, Bas Ulang-alik, Bas Mini dan lain-lain. Mereka menyediakan perkhidmatan sewa bas sejak 2008 dan pasti boleh memenuhi apa sahaja keperluan anda. Perkhidmatan sewa bas ini boleh dipercayai selamat dengan harga yang berpatutan.

Selain menyediakan perkhidmatan sewa bas di Kuala Lumpur, mereka turut memenuhi keperluan pengangkutan ke seluruh Malaysia. Jadi, jika anda mahu melawat pelbagai tempat pelancongan yang menarik di Semenanjung Malaysia, anda boleh berurusan dengan agensi ini. 

Anda pasti mempunyai rancangan perjalanan sendiri sama ada untuk syarikat atau keluarga. Jadi anda hanya perlu hubungi mereka dan mereka akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda merancang perjalanan yang sesuai dengan keperluan anda. Staf mereka mesra dan senang berurusan, jadi anda boleh berbincang dengan baik untuk mencapai penyelesaian perjalanan yang optimum.

Alamat: No. 2-3-4 WISMA KLH Jalan Kasipillay Off Jalan Ipoh Batu 2 1⁄2, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu (9.00 am – 1.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1066 5580

WhatsApp Bus Elite


6.  TR Transport Services, Taman Setapak

Bas Sewa TR Transport Services, Taman Setapak, Kuala Lumpur

TR Transport Services menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka. Bagi anda yang mencari bas, mereka menyediakan Bas Mini 25-30 tempat duduk dan Bas Persiaran 44 tempat duduk. Jadi, anda boleh pilih bas mana yang sesuai dengan bilangan orang dalam rombongan anda. 

Selain daripada menyewa kenderaan, mereka turut menyediakan pakej pelancongan dengan harga yang berpatutan. Pakej pelancongan mereka bukan sekadar di sekitar Kuala Lumpur, ia merangkumi pelbagai tempat tarikan pelancong di seluruh Malaysia. Mereka juga turut menyediakan pengangkutan ke Thailand dan Singapura. 

Kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan terbaik dan bersih. Pemandu mereka peramah, menepati masa dan berpengalaman. Mereka akan memastikan anda berasa selesa dan selamat sepanjang perjalanan. 

Alamat: No 90-2 Gombak Court, Jalan Cengal Selatan, Taman Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-244 8854

WhatsApp TR Transport Services


Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari perkhidmatan bas sewa yang terbaik di Kuala Lumpur. Setelah anda merancang jumlah penumpang dan destinasi yang anda mahu pergi, pastikan anda berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan untuk mendapatkan kenderaan dan harga yang terbaik.

Namun, perlu diingatkan bahawa harga sewaan boleh berubah bergantung dengan musim cuti persekolahan dan perayaan. Jadi, jangan segan untuk berhubung terus dengan mereka untuk mendapatkan harga semasa. 

Bagi anda yang merancang membuat rombongan di Kuala Lumpur, jom lihat artikel 55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati kami. Semoga artikel ini dapat membantu anda mencari destinasi yang terbaik untuk rombongan anda.

 

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di...

Nasi Lemak Antarabangsa

Malam ni CD menyinggah pula di warung Nasi Lemak Antarabangsa yang popular dan selalu disebut-sebut tu. Terletak kat Kampung Baru di Kuala Lumpur. Sampai kat...

Taman Burung Kuala Lumpur – Harga Tiket & Info yang PERLU tahu

Salah satu tempat menarik di KL yang mendekatkan diri kepada alam semulajadi dan haiwan iaitu Taman Burung Kuala Lumpur yang mempunyai koleksi lebih 2000 ekor burung...

Zoo & Taman Haiwan di Kuala Lumpur

Bagi yang inginkan aktiviti melihat binatang atau haiwan yang unik ketika melancong ke Kuala Lumpur, di sini menawarkan beberapa destinasi menarik yang boleh dilawati. Salah...

Tempat Membeli Belah di Kuala Lumpur

Bagi yang kaki shopping, destinasi ibukota Kuala Lumpur sememangnya ibarat syurga bagi anda. Baik barangan branded, barangan borong, barangan cenderahati atau apa sahaja, Kuala...

10 Homestay di Kuala Lumpur yang Selesa untuk Didiami

Bila sebut saja cuti sekolah, perkara pertama yang hadir dalam kepala mestilah nak bercuti bawa family, saudara mara atau rakan-rakan berjalan. Tapi, persoalan pertama...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x