Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay Popular Di Shah Alam Untuk “Staycation”

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan dan merupakan sebuah bandar yang agak pesat membangun sehingga kini. Ia juga digelar dan dikenali sebagai Bandar Perindustrian. Bukan itu sahaja, bandar yang maju ini mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik dan tidak lupa juga tempat makan sedap untuk anda kunjungi. Tempat-tempat percutian di Shah Alam ini memang sentiasa menjadi pilihan para pelancong tempatan mahupun luar negara.

Kalau anda yang datang jauh-jauh dari timur atau barat, tempah sahaja homestay untuk  menginap kerana memang tidak cukup sehari kalau nak terokai Shah Alam ini. Homestay yang mereka tawarkan bukan biasa-biasa dan memang lain daripada yang lain. Rugi kalau anda tidak cuba penginapan-penginapan terbaik yang terdapat di Shah Alam ini. Tidak payah pening-pening kepala kerana di sini kami telah membantu anda dengan menyenaraikan 10 homestay yang menarik dengan tawaran harga yang berpatutan. Kami menjamin yang anda akan berasa sangat selesa dan anda akan mendapatkan tidur malam yang sangat nyenyak.

10 Homestay Selesa Dan Menarik Di Shah Alam


1. Gallery@7 Homestay

Gallery@7 Homestay

Inginkan homestay yang untuk memuatkan anda sekeluarga yang ramai, Gallery@7 Homestay merupakan tempat yang sesuai dengan apa yang anda inginkan. Mereka menawarkan 4 bilik tidur, 3 buah bilik mandi, ruang tamu yang telah dihiasi dengan pelbagai perabot, ruang makan dan dapur yang serba-serbi lengkap dengan segala kemudahan. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat kolam renang yang betul-betul terletak di laman homestay. Anda kena jalan berhati-hati, jangan sampai terlangkah masuk ke kolam pula.

Kalau anda tiada aktiviti yang hendak dilakukan, anda boleh sahaja berbasikal di kawasan sekitar homestay kerana homestay ini ada menyediakan beberapa basikal. Mereka juga ada menyediakan segala peralatan untuk BBQ, anda hanya tinggal membawa barangan mentah sahaja. Bukan WiFi percuma sahaja yang diberikan malah tempat untuk meletakkan kenderaan juga. Di beranda homestay ini telah dijadikan sebagai tempat untuk melepak kerana terdapat sebuah meja dan kerusi. Lampu juga telah dipasang di kawasan ini agar anda dapat mengambil angin segar malam.

Alamat: 46, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 012-291 3173


2. TwinVilla Homestay And Event Space

TwinVilla Homestay And Event Space

TwinVilla Homestay And Event Space merupakan salah satu penginapan yang terbaik di Shah Alam. Di rumah homestay ini terdapat 3 bilik mandi, 4 bilik tidur, dapur dengan segala kelengkapan memasak dan ruang tamu yang telah dilengkapi dengan pelbagai perabot. Homestay dua tingkat ini memang telah dihias dengan sangat baik, ia menyerlahkan gaya moden dan elegant. Di setiap bilik juga terdapat televisyen, pendingin hawa, meja kerja dan pengering rambut.

Kolam renang di sini juga bukan sahaja lapang malah terdapat alatan seperti pelampung dan bola. Anda boleh berseronok bermandi-manda di sini sambil bermain bola tampar. Tempat menarik yang popular terletak berdekatan dengan homestay ini ialah  Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, Taman Tema Air Wet World, Kompleks Kesenian Islam Antarabangsa Selangor dan Kompleks PKNS. Percutian anda memang tidak akan menjadi hambar jika anda menginap di sini. Seperti namanya, homestay ini juga merupakan tempat yang ideal untuk anda mengadakan sebarang majlis. Tempat yang lapang dan menarik untuk menjayakan sebarang majlis yang anda lakukan.

Alamat: 6, Jalan Badik 11/4, Seksyen 11, 40100 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-10450454

Whatsapp TwinVilla Homestay And Event Space


3. MNY Homestay Shah Alam

MNY Homestay Shah Alam

Anda mencari homestay dengan harga bajet di Shah Alam, MNY Homestay Shah Alam merupakan tempat yang anda cari. Anda boleh mendapatkan bilik dengan harga serendah RM200 semalam. Harga bilik pula bergantung pada jenis pakej bilik yang anda pilih. Setiap bilik telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang boleh anda gunakan dan mempunyai balkoni untuk anda meninjau persekitaran hotel dari tingkat tinggi.

Kalau anda berasa lapar, anda tinggal turun sahaja ke tingkat bawah kerana di sana terdapat restoran. Anda boleh memilih antara dua restoran untuk menjamu selera. Restoran Nasi Lemak Kedah yang menawarkan menu lauk pauk yang lazat dan restoran Me’nate yang menawarkan menu barat. Di sini juga terdapat sebuah kolam renang yang luas untuk anda bermandi-manda seisi keluarga. MNY Homestay yang terletak di Shah Alam ini juga menawarkan penginapan dengan WiFi percuma, televisyen yang telah dipasang Astro, kawasan parkir yang lapang dan dapur untuk memasak.

Alamat: 1, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-406 0988

Whatsapp MNY Homestay Shah Alam


4. Vista Alam Homestay

Vista Alam Homestay

Menginaplah di Vista Alam Homestay bagi menjamin percutian anda menjadi lebih baik. Mereka menawarkan bilik pakej keluarga, pasangan dan macam-macam jenis lagi untuk anda tempah. Bilik mereka telah dilengkapi dengan kemudahan seperti tuala, kelengkapan untuk mandi, tab mandi, radio, televisyen, peti sejuk, singki basuh pinggan, peralatan untuk BBQ dan seterika. Bukan itu sahaja, kolam renang mereka juga terbahagi kepada dua iaitu untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Banyak tempat menarik yang terletak berdekatan dengan homestay ini antaranya ialah Stadium Melawati, Setia City Mall dan terdapat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai jarak 6.8 Km daripada homestay ini. Kalau anak-anak anda berasa bosan pada waktu petang biarkan sahaja mereka pergi bermain di taman permainan. Anda juga boleh menikmati kemudahan sauna, bermain gim, gelanggang skuasy dan bermain golf di padang golf mini. Jangan risau tentang makanan kerana di homestay ini terdapat restoran yang menawarkan menu masakan Asia, India dan Melayu. Anda boleh memilih set bufet atau ala carte.

Alamat: S2-6-13 Vista Alam Studios, Section 14, Pusat Bandar Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-201 7760


5. Vince’s Homestay I-City Shah Alam

Vince's Homestay I-City Shah Alam

Vince’s Homestay I-City Shah Alam merupakan sebuah penginapan mewah yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Walaupun penginapan ini mewah dan moden tetapi mereka menawarkan dengan harga serendah RM 157 sahaja bagi semalaman. Terdapat 3 buah katil queen di salah satu bilik terbuka yang boleh memuatkan seramai 9 orang, sebuah bilik mandi yang mempunyai pelbagai barangan mandian dan dapur. Anda boleh mengakses sambungan internet secara percuma, bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan parkir yang khas buat anda yang bermalam.

Bilik yang ditawarkan bukan sahaja bersih, dijaga dengan sangat rapi dan kemas malah telah dihiasi juga dengan kreatif. Selain kolam renang, anda juga boleh menghabiskan masa lapang dengan bersenam di gim. Antara kemudahan yang boleh digunakan sewaktu bermalam di sini ialah mesin basuh, televisyen, pengering rambut dan macam-macam lagi.

Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 010-778 0092


6. Homestay Shah Alam by Rose

Homestay Shah Alam by Rose

Homestay Shah Alam by Rose merupakan sebuah homestay yang mempunyai suasana nyaman dan merupakan sebuah penginapan yang sangat unik. Bilik ruangan terbuka yang mempunyai sebuah katil bersaiz queen, katil dua tingkat dan mereka ada menyediakan 2 tilam tambahan. Terdapat juga ruangan dapur yang ringkas, 1 bilik air dan ruang makan dengan meja bersama 4 kerusi. Bagi mendapatkan suasana yang ceria, mereka telah menghiasi ruangan homestay dengan beberapa lukisan.

Jika anda ingin memasak, anda boleh mendapatkan barangan basah di Tesco, Giant atau Aeon yang terletak berdekatan sahaja dengan homestay. Bagi penggemar sukan bola sepak yang ingin menonton perlawanan di stadium, homestay ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda kerana dari homestay hanya mengambil masa 5 hingga ke 10 minit sahaja untuk ke Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati. Bukan itu sahaja, di sini terdapat banyak tempat menarik yang terletak berdekatan sahaja sebagai contoh Pusat Akuatik Shah Alam, Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan pelbagai restoran makanan yang menarik.

Alamat: Avenue crest, 15-16, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22/1, 40150 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 013-393 5607

Whatsapp Homestay Shah Alam by Rose


7. Peanut Butter Homestay@Trefoil

Peanut Butter Homestay@Trefoil

Penginapan yang mewah dan terbaik di Setia Alam, semestinya hanya di Peanut Butter Homestay@Trefoil. Kebiasaanya, ramai pasangan yang memilih tempat ini untuk berbulan madu. Tempat yang mempunyai suasana romantis dan tenang ini memang tempat yang ideal untuk bercuti bersama pasangan tercinta. Bukan itu sahaja, mereka juga ada menawarkan bilik untuk pakej keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang tidak perlu anda membawa daripada rumah.

Selain tempat untuk tidur, mereka juga ada menawarkan restoran untuk makan, pusat kecerdasan untuk anda beriadah dan taman jika anda ingin bersiar-siar. Bukan sahaja anak-anak anda yang boleh mandi di kolam ini malah orang dewasa juga kerana kolam ini memang sangat lapang. Terdapat ruangan santai di setiap bilik yang dilengkapi dengan meja kopi. Kecantikkan setiap bilik yang telah dihiasi dengan pelbagai idea ini memang kelihatan sangat menakjubkan.

Alamat: 2, Jln Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, 40170, Setia Alam, 40107 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-542 0252


8. Cattleya Homestay iCity Shah Alam

Cattleya Homestay iCity Shah Alam

Siapa sahaja yang tidak mengenali tarikan utama Shah Alam iaitu ICity ini? Akan tetapi pernah ke tidak anda menginap di Cattleya Homestay iCity Shah Alam. Menawarkan pelbagai bilik penginapan yang menjaminkan keselesaan buat anda bermalam. Kalau anda nak tahu, kolam renang di sini juga dilengkapi dengan gelongsor permainan. Harga bagi bilik yang mereka tawarkan juga memang sangat berpatutan. Jika anda menginap di homestay ini, anda berpeluang mendapatkan potongan harga untuk masuk ke Taman Tema iCity.

Rugi jika anda tidak memilih penginapan yang terbaik ini. Anda akan mendapatkan satu pengalaman percutian yang baik kalau bermalam di homestay ini. Staf kaunter pendaftaran mereka juga memang akan sentiasa melayani anda dengan sangat baik dan ramah. Bilik yang serba-serbi lengkap dengan segala kemudahan ini memang sangat menyenangkan. Homestay ini juga sentiasa dijaga dengan sangat rapi dan kebersihan yang terjaga agar memberi keselesaan buat semua pelanggan yang disayangi.

Alamat: B-26-09, off, Jalan Plumbum 7/102, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

 Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 011-2188 9550

Whatsapp Cattleya Homestay iCity Shah Alam


9. Noah’s Homestay

Noah's Homestay

Rasai pengalaman baru dengan menginap di sebuah homestay popular di Shah Alam iaitu Noah’s Homestay. Mereka menawarkan penginapan yang boleh memuatkan seramai 6 orang. Terdapat 3 bilik tidur, 1 bilik mandi, ruangan santai dengan televisyen dan dapur. Kelengkapan seperti barangan mandi, fasiliti untuk memasak, microwave, cerek elektrik, mesin basuh dan banyak lagi telah disediakan bagi setiap bilik. Bersantai dan berehat di sini merupakan pilihan yang bijak.

Anda boleh mendapatkan harga RM 150 sehingga RM 180 untuk semalaman. Alang-alang telah menginap di sini, bawa anak-anak anda berseronok di bandar berlampu iaitu di iCity. Ia hanya mengambil masa 8 minit sahaja daripada homestay. Daripada Stesen Komuter Shah Alam juga hanya memerlukan 8 minit sahaja untuk sampai ke homestay ini. Anda akan diberikan parkir peribadi secara percuma jika menginap di sini.

Alamat: Apartment Baiduri Persiaran Masjid, Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 016-217 5647

Whatsapp Noah’s Homestay


10. In Homs 26

In Homs 26

Sekiranya anda menginginkan penginapan yang selesa dengan tawaran harga yang baik, menginaplah di In Homs 26. Mereka menyediakan penginapan yang mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik mandi, dapur untuk memasak dan ruang tamu tempat anda bersantai. Kemudahan seperti microwave, peralatan mandi, televisyen, WiFI, tuala, televisyen dan macam-macam lagi disediakan bagi setiap bilik. Untuk kemudahan tambahan, pihak homestay ini ada sediakan tetapi anda akan dikenakan cas tambahan.

Yang menariknya, mereka ada menyediakan tempat yang khas untuk BBQ. Bukan tempat sahaja, malah fasiliti untuk bakar-bakar BBQ juga. Homestay berpendingin hawa ini juga mempunyai balkoni untuk anda menikmati permandangan luar. Kalau anda berasa bosan, anda boleh bersiar-siar di taman yang terdapat berdekatan. Rumah penginapan dua tingkat ini memang menjamin keselesaan buat anda yang bermalam.

Alamat: Jalan Kelicap 41, Kawasan 17, 41150 Klang, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-330 6575


Bilik yang bersih, kemas dan dijaga dengan rapi ini memang akan membuatkan percutian anda menjadi lebih menyeronokkan. Bagi mengelakkan sebarang masalah, apa kata anda survey dahulu kesemua homestay ini sebelum membuat pilihan. Mudah urusan anda semasa menginap di sini kerana mereka telah menawarkan segala kemudahan dengan baik.

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay Menarik di Setia Alam Yang Anda Patut Kunjungi!

Setia Alam merupakan salah sebuah bandar yang berada di dalam Shah Alam. Bandar ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tempat seperti Klang, Damansara dan...

8 ‘Port’ Steamboat yang Wajib Anda Cuba di Shah Alam!

Steamboat merupakan hidangan terbaik jika anda ingin merayakan suatu perayaan ataupun mengadakan aktiviti bersama keluarga mahupun rakan. Hidangan steamboat ini sering menjadi pilihan terutama...

6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba!

Setelah penat bekerja, anda pasti ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri. Sudah semestinya, mengunjungi spa dan tempat massage adalah paling sesuai untuk anda rileks...

Stesen Bas Shah Alam (Terminal 17) – Info di Sini

Shah Alam merupakan salah sebuah bandar yang maju di Selangor. Bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan pendidikan tinggi kepada penduduk tempatan dari negeri...

Kambing Bakar Kontena: Port Terbaik Kambing Bakar di Setia Alam

Kami pasti kebanyakan dari anda pastinya merupakan penggemar kambing bakar, bukan? Tidak dinafikan hidangan kambing bakar yang dibakar sempurna pastinya cukup dapat membuka selera...

Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah

Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada anda ingin melakukan aktiviti lasak atau...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x