7 Homestay Menarik di Setia Alam Yang Anda Patut Kunjungi!

Setia Alam merupakan salah sebuah bandar yang berada di dalam Shah Alam. Bandar ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tempat seperti Klang, Damansara dan Subang. Jadi, mudahlah anda untuk menetap di sebuah homestay di Setia Alam dan mengunjungi beberapa tempat menarik berdekatan.

Selain itu, jika anda mempunyai kerja atau urusan lain yang memerlukan anda untuk bermalam di Setia Alam, jangan risau! Terdapat banyak penginapan di sini yang pastinya selesa untuk anda menginap, dan yang paling menarik adalah harganya yang berpatutan!

Jadi, di sini, kami kongsikan dengan anda tujuh pilihan homestay di Setia Alam yang patut anda kunjungi.

7 Homestay di Setia Alam


1. Peanut Butter Homestay @ Trefoil, Jalan Setia Dagang

Peanut Butter Homestay @ Trefoil, Jalan Setia Dagang

Peanut Butter Homestay ini mendapat penilaian yang tertinggi dari pelanggan di Google Review. Homestay ini mendapat tempat di hati para pengunjung kerana harganya yang berpatutan di samping servis yang ditawarkan oleh pemiliknya sangat bagus. 

Selain itu, keadaan homestay yang bersih dan selesa juga merupakan faktor utama homestay ini sentiasa dipenuhi para pengunjung. Kebanyakan mereka turut bersetuju bahawa urusan untuk masuk dan keluar homestay ini sangat mudah.

Jika anda mempunyai urusan dan menyebabkan anda untuk sampai ke homestay ini pada lewat malam, anda tidak perlu risau. Hal ini kerana anda hanya pelru memaklumkan sahaja pada pemilik dan anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Alamat: 2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, 40107 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Peanut Butter


2. Gallery@7 Homestay, Seksyen 7, Shah Alam

Gallery@7 Homestay, Seksyen 7, Shah Alam

Jika anda datang bersama bilangan ahli keluarga yang agak ramai, Gallery@7 Homestay ini pastinya pilihan yang tepat untuk anda sekeluarga! Homestay ini menawarkan anda sebanyak 4 buah bilik tidur, 3 bilik mandi, ruang tamu dan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang lain.

Menariknya homestay ini, terdapat sebuah kolam renang terletak berhadapan dengan homestay anda. Istimewanya lagi, homestay ini turut menyediakan kemudahan dan peralatan BBQ untuk anda sekeluarga!

Jadi, jika anda menginap di sini, anda boleh bersantai di waktu malam sambil ditemani angin yang nyaman dan suasana malam yang cantik dihiasi dengan lampu.

Alamat: 46, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Gallery@7 


3. ALAMi Homestay, Trefoil @ Setia City

ALAMi Homestay, Trefoil @ Setia City

Adakah anda yang mempunyai urusan kerja di sekitar kawasan Setia Alam dan mencari tempat penginapan untuk menginap selama kurang dari seminggu? Kami sarankan anda untuk cuba menginap di ALAMi Homestay, Trefoil ini!

Bukan sahaja keadaan di dalamnya yang luas dan selesa, lokasinya yang strategik juga menjadikan homestay ini sering menjadi pilihan utama para pengunjung. Homestay ini terletak berhampiran dengan pelbagai tempat menarik, jadi ianya akan memudahkan urusan anda untuk pergi ke mana sahaja.

Selain itu, terdapat juga beberapa kemudahan lain seperti kolam renang, taman rekreasi dan kedai runcit berhampiran yang terletak berdekatan homestay ini. Sambil anda selesai urusan kerja anda itu, bolehlah anda berehat juga di fasiliti yang disediakan.

Alamat: Trefoil@Setia City, Seksyen U13, 2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp ALAMi


4. Zhara Homestay Setia Alam, Pangsapuri Seri Baiduri 

Zhara Homestay Setia Alam, Pangsapuri Seri Baiduri 

Zhara Homestay ini juga merupakan antara homestay yang sering menjadi pilihan para pengunjung kerana lokasinya yang strategik terletak di antara Setia Alam dan Puncak Alam.

Homestay ini mempunyai sebanyak 3 buah bilik tidur dan dilengkapi dengan pendingin hawa dan pelbagai kelengkapan lain. Selain itu, ramai memilih untuk menginap di sini kerana keadaannya yang bersih dan konsepnya yang cantik.

Bagi anda yang tidak tahu, homestay ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain seperti kolam renang dan taman permainan. Jika anda mencari homestay yang cantik dan selesa, Zhara Homestay ini adalah penyelesaian terbaik untuk masalah anda!

Alamat: Seksyen U13, Blok 1, Pangsapuri Seri Baiduri, Jalan Setia Gemilang U13/47, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Zhara


5. Miko’s Home, Persiaran Setia Alam

Miko’s Home, Persiaran Setia Alam

Homestay Miko’s Home terletak di kawasan belakang Setia Alam dan hanya mengambil masa 2 minit untuk pergi ke Setia Community Trail, iaitu destinasi mendaki yang cukup terkenal.

Menariknya homestay ini, anda boleh memilih jenis homestay yang anda inginkan mengikut jumlah kapasiti anda. Hal ini kerana homestay ini menawarkan jumlah bilik yang berbeza mengikut jenis homestay yang dipilih.

Namun, istimewanya homestay ini kerana ianya bukan sahaja terletak berhampiran dengan pelbagai tempat menarik, malah harga yang ditawarkan juga berpatutan bermula serendah RM138 sahaja. Jadi, klik sahaja pautan di bawah dan buatlah tempahan anda sekarang!

Alamat: Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Miko’s Home


6. De Houz GuestHouse, Trefoil @ Setia City

De Houz GuestHouse, Trefoil @ Setia City

De Houz GuestHouse merupakan antara salah sebuah dari penginapan yang ditawarkan di Setia Alam Trefoil. Homestay ini berkonsepkan studio di mana ianya amat sesuai bagi mereka yang datang secara berpasangan ataupun datang dalam jumlah ahli seramai 2-3 orang.

Namun, terdapat juga beberapa jenis pilihan bilik lain bagi mereka yang datang bersama keluarga dan boleh menempatkan seramai 5-6 orang. Walaupun terdapat banyak pilihan bilik, setiap bilik yang ditawarkan dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan yang pastinya membuatkan anda selesa dan berasa seperti berada di rumah sendiri.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati pemandangan yang cantik dari balkoni, terutama pada waktu malam. Menarik bukan? Dengan pemandangan kolam renang dan kelihatan matahari terbenam, pastinya ada akan dapat melakar memori indah di homestay ini.

Alamat: B-31-05 Trefoil @ Setia City, No 2, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp De Houz


7. Wellness Homestay Trefoil Setia Alam, Trefoil @ Setia City 

Wellness Homestay Trefoil Setia Alam, Trefoil @ Setia City 

Wellness Homestay ini sering menjadi pilihan kerana ianya sangat mudah untuk berurusan, malah anda tidak perlu berinteraksi dengan orang ramai. Seterusnya, homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keperluan seperti peti ais, kelengkapan dapur dan beberapa alatan lain yang memudahkan anda.

Selain itu, homestay ini dipilih kerana keadannya yang bersih dan ruangnya yang cukup selesa. Homestay ini turut menyediakan kemudahan wifi dan televisyen yang dilengkapi dengan Netflix untuk kegunaan anda.

Menariknya, di sini terdapat fasiliti seperti kolam renang dan taman rekreasi yang berada di tingkat 7. Kami pasti anda akan menyukai homestay ini!

Alamat: Trefoil @ Setia City, Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Wellness


Buat anda yang masih mencari tempat penginapan yang sesuai di Setia Alam, anda tidak perlu lagi peningkan kepala anda. Kami harap dengan adanya senarai homestay di Setia Alam ini, ianya dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. 

Adakah anda mahu bercuti di sebuah penginapan yang anda boleh berehat tanpa gangguan dan mempunyai suasana yang tenang? Kami sarankan anda mencari homestay di Teluk Cempedak yang berdekatan pantai! Jom rujuk kepada artikel kami, 6 Homestay di Teluk Cempedak Untuk Menikmati Keindahan Pantai!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 ‘Port’ Steamboat yang Wajib Anda Cuba di Shah Alam!

Steamboat merupakan hidangan terbaik jika anda ingin merayakan suatu perayaan ataupun mengadakan aktiviti bersama keluarga mahupun rakan. Hidangan steamboat ini sering menjadi pilihan terutama...

30 Tempat Makan BEST di Shah Alam, Selangor PALING POPULAR

Beruntung sesiapa yang tinggal di Shah Alam , Selangor kerana mempunyai banyak destinasi tempat makan menarik untuk anda cuba. Boleh dikatakan pilihan restoran,warung, cafe...

Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah

Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada anda ingin melakukan aktiviti lasak atau...

7 Kedai Tomyam yang Sedap di Shah Alam!

Bila bercakap tentang tomyam, pasti sudah kecur liur membayangkan tomyam yang sedap dan pedas, ala masakan Thai. Lagi-lagi bila dimakan sewaktu panas-panas, memang favourite!...

Kambing Bakar Kontena: Port Terbaik Kambing Bakar di Setia Alam

Kami pasti kebanyakan dari anda pastinya merupakan penggemar kambing bakar, bukan? Tidak dinafikan hidangan kambing bakar yang dibakar sempurna pastinya cukup dapat membuka selera...

10 Homestay Popular Di Shah Alam Untuk “Staycation”

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan dan merupakan sebuah bandar yang agak pesat membangun sehingga kini. Ia juga digelar dan dikenali...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x