Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 ‘Port’ Steamboat yang Wajib Anda Cuba di Shah Alam!

Steamboat merupakan hidangan terbaik jika anda ingin merayakan suatu perayaan ataupun mengadakan aktiviti bersama keluarga mahupun rakan. Hidangan steamboat ini sering menjadi pilihan terutama ketika musim hujan kerana keenakan kuahnya serta digandingkan pula dengan dengan daging BBQ yang lazat. 

Anda sedang mencari kedai steamboat dengan harga yang menarik dan dengan aneka pilihan? Di sini kami bantu senaraikan lapan ‘port’ steamboat yang wajib anda cuba di Shah Alam. Semoga bermanfaat!

8 Kedai Steamboat di Shah Alam


1. Seoul Garden, Central i-City

Seoul Garden, Central i-City

Nama kedai ini sudah pastinya tidak asing lagi buat mereka yang sememangnya peminat tegar steamboat. Ini kerana kedai ini mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Namun, buat mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam, anda wajib datang dan cuba steamboat di kedai ini yang terletak di dalam Central i-City.

Kedai ini menyediakan pelbagai jenis buffet yang pasti memenuhi citarasa anda. Sambil membeli-belah, anda boleh datang dan singgah di sini. Cepat tunggu apa lagi, datang dan rasai sendiri pengalaman anda!

Alamat: L3-29A, Central i-City, Seksyen 7, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.30 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5524 7285


2. Ombak Kitchen, Bukit Jelutong

Ombak Kitchen, Bukit Jelutong 

Terkenal dengan hidangan istimewanya, Ombak Hot Cajun, anda wajib datang dan cuba steamboat di kedai Shah Alam ini. Kedai ini menawarkan kualiti makanan yang sangat segar dan pastinya memikat selera anda.

Menariknya di sini, konsep kedai ini yang sangat cantik semestinya menarik perhatian anda. Walaupun harganya sedikit mahal, namun jangan risau kerana ianya berbaloi dengan apa yang anda perolehi.

Alamat: 5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (12.00 pm – 10.30 pm), Jumaat – Ahad (12.00 pm – 11.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

 WhatsApp Ombak Kitchen


3. Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat, AEON Mall Shah Alam

Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat, AEON Mall Shah Alam  

Terletak di dalam pusat membeli belah yang terkenal, AEON Mall Shah Alam, kedai steamboat seterusnya dibuka setiap hari dari pagi hingga malam. Anda tidak perlu risau tentang harga kerana kedai ini menawarkan harga yang sangat berpatutan. 

Rugi jika anda tidak pernah mencuba hidangan steamboat di sini. Ini kerana anda akan disajikan dengan 150 jenis makanan untuk dimakan! Jadi, apa anda tunggu lagi, cubalah steamboat di sini hari ini!

Alamat: AEON Mall, F07&08, First Floor, 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Pak John


4. MAI Steamboat & Grill, Denai Alam

MAI Steamboat & Grill, Denai Alam

Jika anda merasakan bahawa hidangan steamboat pastinya akan mahal dan anda tidak cukup ‘budget’, jangan risau! Kedai ini pastinya menjadi penyelesaian kepada masalah anda kerana ianya menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Tambahan pula, kedai ini bukan sahaja menyediakan hidangan steamboat semata-mata, ia turut menyediakan hidangan lain seperti nasi goreng dan spaghetti. Ayuh, klik butang WhatsApp di bawah untuk buat tempahan anda sekarang!

Alamat: 40/1, Jalan Elektron U16/E, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Khamis – Selasa (5.00 pm – 11.00 pm), Rabu (tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp MAI Steamboat


5. Monster Planet Grill & Steamboat Shah Alam, Kampung Bukit Lanchung

Monster Planet Grill & Steamboat Shah Alam, Kampung Bukit Lanchung  

Jika anda inginkan suasana santai lepak bersama rakan-rakan, kedai ini adalah pilihan yang tepat! Kedai ini sering menjadi tumpuan disebabkan lokasinya yang menarik di samping hidangan kambing perapnya yang lazat dan mampu menambat selera ramai orang.

Suasana kedai yang meriah dan luas juga menjadikan ianya salah satu kedai yang sering dipenuhi pelanggan terutama pada waktu hujung minggu. Istimewanya di sini, mereka turut menyediakan surau khas untuk mereka yang ingin menunaikan solat. 

Alamat: Lot 3662-B Jalan Besar Kg, Kampung Bukit Lanchung, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Khamis (5.00 pm – 10.30 pm), Jumaat – Ahad (5.00 pm – 10.30 pm), Isnin (tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Monster Planet


6. YDL Steamboat & Grill, Kota Kemuning

YDL Steamboat & Grill, Kota Kemuning

Terletak di kawasan Kota Kemuning, anda wajib mencuba hidangan steamboat di sini! Disajikan dengan pelbagai pilihan makanan laut yang segar, dan pastinya akan membuatkan anda rambang mata.

Uniknya di sini, anda akan menikmati hidangan yang lazat sambil ditemani oleh alunan latar belakang muzik yang menenangkan. ‘Best’ bukan? Kami pasti anda tidak akan kecewa dengan kedai ini!

Alamat: 23, Jalan Anggerik Doritis BB 31/Bb, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (3.00 pm – 10.00 pm), Isnin (tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp YDL Steamboat & Grill


7. Ongkai Steamboat Shah Alam, Seksyen 20

Ongkai Steamboat Shah Alam, Seksyen 20

Dengan hanya berharga RM29.90 untuk seorang dewasa, kedai ini perlu berada dalam senarai kedai steamboat yang wajib anda cuba jika berkunjung ke Shah Alam. Tambahan pula, suasana di restoran ini sangatlah selesa dan sangat sesuai untuk anda yang ingin makan beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 

Dibuka sehingga jam 2 pagi, jadi anda tidak perlu risau jika anda sibuk di siang hari. Anda boleh klik butang WhatsApp di bawah dan buat tempahan awal jika anda tidak mahu beratur panjang!

Alamat: 17, Jalan Singa J/20J, Pusat Perniagaan Jubli 20, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (5.00 pm – 2.00 am), Ahad (tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ongkai Steamboat


8. Laman Sari Steamboat Grill, Jalan Kebun

Laman Sari Steamboat Grill, Jalan Kebun

Buat anda yang kurang menggemari steamboat dan kuah, anda boleh datang ke sini dan nikmati hidangan secara panggang. Kedai ini menyediakan daging, kambing serta ayam dengan pelbagai jenis perapan yang pastinya sedap dan lazat. 

Bagi mereka yang menggemari steamboat secara berkuah pula, anda boleh pilih sama ada inginkan kuah sup ataupun tomyam. Namun, kami sarankan anda untuk mencuba kuah tomyamnya kerana ianya dikatakan pedas dan cukup rasa!

Alamat: Batu 7, Jalan Kebun Tambahan, Kampung Jalan Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Rabu – Ahad (5.30 pm – 11.30 pm), Isnin – Selasa (tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Laman Sari


Bagaimana? Kami yakin anda pastinya tidak sabar ingin mencuba semua kedai yang telah kami senaraikan di atas. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi semua kedai steamboat di atas sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam. Semoga membantu!

Jika anda juga sedang mencari tempat makan di sekitar Shah Alam, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 30 Restoran & Tempat Makan Yang Menarik di Shah Alam, Selangor.

4.9/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Restoran Nasi Arab Wajib Singgah Di Shah Alam!

Nasi Arab merupakan makanan yang berasal daripada Timur Tengah ini telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kini, anda tak perlu lagi untuk terbang...

10 Homestay Popular Di Shah Alam Untuk “Staycation”

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor Darul Ehsan dan merupakan sebuah bandar yang agak pesat membangun sehingga kini. Ia juga digelar dan dikenali...

Stesen Bas Shah Alam (Terminal 17) – Info di Sini

Shah Alam merupakan salah sebuah bandar yang maju di Selangor. Bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan pendidikan tinggi kepada penduduk tempatan dari negeri...

Harga Tiket Wet World Shah Alam TERKINI

Sejak GST diperkenalkan April 2015, majoriti harga-harga tiket di taman tema air di Malaysia dilihat ada sedikit kenaikan daripada harga asal dan begitu juga dengan...

7 Homestay Menarik di Setia Alam Yang Anda Patut Kunjungi!

Setia Alam merupakan salah sebuah bandar yang berada di dalam Shah Alam. Bandar ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tempat seperti Klang, Damansara dan...

Top 10 Kereta Sewa di Shah Alam Yang Best & Murah

Shah Alam, Selangor merupakan bandar yang pesat membangun dan penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Sama ada anda ingin melakukan aktiviti lasak atau...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x