Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Crystal Resort Semporna: Jom Terokai Percutian Ala Maldives

Sabah terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan keindahan pulau-pulau yang sangat cantik, pasir yang halus serta laut yang jernih dan biru. Selain itu, Sabah juga mempunyai tarikan yang lain iaitu makanan seafood yang murah di sini. Jika anda penggemar makanan seafood, anda wajib masukkan Sabah dalam senarai percutian anda.

Salah satu destinasi wajib anda kunjungi ialah Semporna. Ia merupakan tempat tumpuan pelancong jika mereka datang ke Sabah. Sebut sahaja Semporna, pasti ramai yang terbayangkan resort atas air dengan laut yang jernih dan air tiupan yang menenangkan.

Nak rasai pengalaman resort di atas air seperti di Maldives? Anda wajib bermalam di Crystal Resort Semporna! Manakan tidak, nak pergi Maldives jauh dan juga menggunakan bajet yang agak tinggi. Tidak mengapa, kerana di Malaysia anda boleh rasai sama seperti di Maldives! Jadi, jom bercuti ke Crystal Resort Semporna!


Crystal Resort Semporna: Percutian Ala Maldives

Crystal Resort Semporna: Percutian Ala Maldives

Crystal Resort Semporna Sabah ini baru sahaja beroperasi sejak Jun 2022. Kali pertama anda menjejaki ke sini, pasti anda merasakan tidak ubah seperti berada di Maldives. Mana tidaknya, dengan pemandangan air lautan biru jernih dan suasana yang tenang cukup mendamaikan! 

Resort ini hanya mempunyai 10 unit chalet, sesuai untuk anda yang ingin merancang berbulan madu dan inginkan sedikit privasi. Dengan reka bentuk chalet yang sangat unik, ia memberi kelainan antara chalet yang ada di Semporna.

Dibina di atas air laut biru yang jernih, percutian anda di Crystal Resort Semporna ini memberikan suasana yang tidak ubah seperti di Maldives. Harga sewaan seunit chalet untuk semalaman di sini juga sangat berpatutan dengan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.

Jika anda nak hilangkan stress anda boleh bermalam di sini. Pasti anda jatuh hati dengan keindahan serta kecantikan resort ini.

Alamat: Bum-Bum island, 91308 Semporna, Sabah

Lokasi


Penginapan yang Disediakan di Crystal Resort Semporna 

Penginapan yang Disediakan di Crystal Resort Semporna 

Memandangkan Crystal Resort Semporna ini hanya mempunyai 10 buah unit sahaja, terdapat dua jenis bilik yang tersedia, iaitu single room dan family room. Setiap sewaan chalet ini mengikut kesesuaian bajet kewangan anda. Mereka menawarkan pakej makanan dari pagi hingga malam kerana ianya sangat jauh untuk balik ke darat atau kampung. 

Jika anda ingin menikmati suasana angin yang sejuk dan mendamaikan, anda boleh rasai pengalaman tersebut di luar balkoni chalet. Ianya sesuai untuk beristirehat dan santai dengan keadaan air laut yang sejuk. Anda juga dibenarkan melakukan aktiviti air di depan resort anda. Jangan risau kerana air laut ini tidak terlalu dalam.

Tetamu yang pernah menginap di sini juga mengadakan shower di chalet ini sangat laju walaupun berada di atas air. 


Fasiliti Yang Terdapat di Crystal Resort Semporna

Anda tak perlu ragu-ragu dengan fasiliti yang terdapat di sini. Walaupun baru sahaja beroperasi, fasiliti yang ada cukup lengkap dan selesa untuk anda bercuti.

Penginapan

Penginapan

Jika anda inginkan sedikit privasi, penginapan di Crystal Resort Semporna ini sesuai untuk anda. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang cantik, ia dapat memberikan satu pengalaman indah buat anda. 

Pada waktu malam pula, anda boleh menyaksikan panorama lampu yang cukup cantik. Ianya sesuai untuk anda yang berjiwa photographer kerana tempat ini sesuai dijadikan sebagai lokasi bergambar. Bangun pagi saja, anda boleh mendengar deruan ombak kecil di depan bilik anda.

Saiz bilik yang besar dan bersih juga memberikan anda keselesaan semasa menginap di sini. Chalet ini turut mempunyai balkoni untuk anda duduk menyaksikan pemandangan yang tak ubah seperti di Maldives.

Ruang Makan

Ruang Makan

Crystal Resort Semporna turut menyediakan makanan yang dimasak oleh chef mereka sendiri memandangkan jarak perjalanan resort ini dengan kampung agak jauh. Apa yang menariknya, makanan laut di sini juga tidak kurang hebat walaupun baru beroperasi. Anda akan disajikan dengan pelbagai hidangan yang pasti membuka selera anda.

Ruang Rehat

Ruang Rehat

Jemu juga jika berada di bilik sepanjang masa, kan? Tidak mengapa, anda boleh datang ke ruang rehat mereka yang mempunyai sofa, kerusi serta meja makan sesuai untuk anda melakukan pelbagai aktiviti bersama tersayang atau keluarga. Anda juga boleh memesan minuman di ruang rehat ini.


Aktiviti di Crystal Resort Semporna

Aktiviti di Crystal Resort Semporna

Crystal Resort Semporna juga menawarkan pelbagai aktiviti yang cukup menarik, mengujakan dan pasti memberikan anda satu pengalaman yang tidak dapat ditukar ganti. Jika anda datang ke sini, wajib untuk anda mencuba aktiviti yang ada.

Diving

Crystal Resort Semporna juga menawarkan aktiviti menyelam skuba di sini. Jika anda mempunyai sijil skuba diving, anda boleh mencuba aktiviti ini. Segala set dan peralatan disediakan oleh pihak agent atau resort. Aktiviti ini dapat membuatkan anda lebih menghargai hidupan laut dalam dengan melihat terumbu karang yang sangat cantik. 

Kayak Transparent

Salah satu aktiviti yang wajib anda cuba. Aktiviti kayak transparent ini biasa anda lihat di Maldives, kini anda sendiri boleh rasai pengalaman yang menakjubkan ini. Berkayak sambil melihat kehidupan laut dan terumbu karang pasti memberikan anda sedikit keterujaan apabila dapat melihat dengan mata sendiri.

Island Hopping

Aktiviti mengelilingi pulau juga adalah antara aktiviti yang patut masuk dalam senarai aktiviti anda di sini. Terdapat beberapa pakej yang mengikut bajet anda serta tempat yang anda ingin pergi.

Jika merancang untuk melakukan aktiviti ini, anda perlu memberitahu awal pada pihak agent pelancongan anda. Pakej island hopping ini termasuk pakej makanan tengahari, cas tambang, cas masuk, tuala, set snorkeling dan jaket keselamatan. Berikut adalah jadual serta harga untuk island hopping.


Persekitaran di Crystal Resort Semporna

Persekitaran di Crystal Resort Semporna

Kini anda tidak perlu lagi untuk pergi ke Maldives, di Crystal Resort Semporna ini menawarkan percutian ala Maldives yang cukup menawan di hati anda. Dengan harga berpatutan, anda dapat menikmati pemandangan yang sama seperti di Maldives.

Jika anda inginkan sedikit privasi, Crystal Resort Semporna ini sesuai dengan keadaan privasi yang anda inginkan. Dengan hanya 10 unit chalet, pasti ia membuatkan anda rasa tenang bersama yang tersayang.

Suasana pada waktu malam juga tidak kurang hebatnya. Selepas makan malam, anda boleh berjalan-jalan menikmati udara malam sambil ditemani dengan lampu jalan yang cukup cantik ditambah pula dengan suasana romantis. Anda juga boleh membuat aktiviti kayak transparent sambil menikmati ombak kecil yang menderu serta angin sepoi bahasa, cukup sesuai untuk anda yang datang berbulan madu.

Di samping itu, anda dapat melihat hidupan laut yang masih ada hingga sekarang dengan melakukan aktiviti skuba diving. Tidak lengkap rasanya aktiviti skuba anda jika tidak bergambar dengan hidupan bawah laut. Pastinya ia memberikan anda satu pengalaman yang cukup indah. Anda juga boleh melihat kecantikan terumbu karang dengan mata kasar kerana air laut di sini cukup biru dan jernih.


Nikmati Percutian anda di Crystal Resort Semporna!

Percutian di Semporna Sabah tidak patut disangkal lagi, banyak pulau yang menawarkan chalet dan resort yang sangat cantik. Salah satunya ialah Crystal Resort Semporna yang mampu memberikan anda percutian yang sama seperti di Maldives.

Di sini juga, harga sewaan chalet cukup berpatutan termasuk dengan pakej yang diberikan. Terokai percutian ala Maldives di Crystal Resort Semporna yang pasti memberikan anda 1001 satu kenangan yang sukar dilupakan!

Jika anda datang ke Sabah, rugi jika anda tidak terokai pulau yang lain. Bukan selalu kan datang ke Sabah Negeri dibawah Bayu ini? Jadi, jom baca artikel 9 Pulau di Sabah Yang Paling Menarik Untuk Bercuti. Semoga bermanfaat!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Arcadia Beach Resort – Resort Terbaru di Semporna

Alangkah seronoknya dapat bersantai di tepi pantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan, melupakan stress kerja dan traffic jammed di ibu kota, bukan? Semporna, Sabah amat...

10+ Aktiviti-aktiviti Terbaik Di Pulau Mataking Sabah, Malaysia

Pulau Mataking sebenarnya terdiri daripada dua pulau, iaitu Kecil dan Besar. Pulau-pulau ini disambung melalui satu bar pasir. Bar pasir ini menawarkan kepada pengunjung...

7 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Kunjungi di Semporna!

Terletak di negeri Sabah Di Bawah Bayu, Semporna merupakan sebuah daerah yang indah dikelilingi pantai dan laut yang berwarna biru, mendamaikan hati sesiapa yang...

Top 10 Pakej Pulau Semporna Yang Best & Menarik

Tahukah anda bahawa di Sabah Malaysia, terdapat banyak pulau yang sungguh cantik di sekitar Semporna? Kecantikan untuk pulau pulau semporna ini dikatakan sungguh menakjubkan...

6 Tempat Makan Paling Sedap di Semporna Untuk Anda Cuba!

Semporna, Sabah amat terkenal dengan keindahan pulau dan air laut yang jernih. Maka, tidak hairanlah Semporna mempunyai masakan laut (seafood) yang sedap sehingga menjilat...

Top 12+ Aktiviti Yang Menarik Di Pulau Mabul Sabah

Pulau Mabul Sabah merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bujur yang dikelilingi oleh pantai berpasir dan terletak di barat daya sebuah terumbu 200 hektar yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x