Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Tempat Makan Paling Sedap di Semporna Untuk Anda Cuba!

Semporna, Sabah amat terkenal dengan keindahan pulau dan air laut yang jernih. Maka, tidak hairanlah Semporna mempunyai masakan laut (seafood) yang sedap sehingga menjilat jari, bukan? Rugi sekali rasanya sekiranya tidak mencuba masakan mereka di tempat-tempat makan yang menarik ketika bercuti di Semporna.

Tetapi, kedai makan mana yang menyajikan masakan yang sedap? Untuk memudahkan urusan anda, kami senaraikan enam tempat makan paling sedap di Semporna supaya percutian anda ke sana bertambah menarik. Semoga bermanfaat!

6 Tempat Makan Paling Sedap di Semporna


1. Halo Mango, Pekan Semporna

Tempat Makan Best di Semporna: Halo Mango, Pekan Semporna

Tempat makan ini bukanlah seperti warung atau kafe, ia adalah salah satu restoran fast food yang terkenal di Pekan Semporna. Halo Mango telah memperoleh 4.5 bintang di Google Review, dan rata-rata ulasan yang diterima positif.

Menu yang disajikan di Halo Mango berkonsepkan western, seperti Sos 3 Rasa Ayam Hot Plate, yang digemari oleh para pelanggannya. Dan seperti nama kedainya, Halo Mango juga menyajikan Mango Smoothie yang segar, lazat dan menyelerakan!

Mangga yang disajikan dikatakan tidak terlalu manis, “just nice”, menurut pelanggan. Malah, hiasan dalaman kedai ini juga santai dan ceria dengan warna kuning membanjiri dinding, pasti dapat menaikkan mood anda sepanjang makan!

Alamat: Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Halo Mango


2. Summer Breeze Cafe, Jalan Bubul

Summer Breeze Cafe, Jalan Bubul

Bangunan Summer Breeze Cafe ini yang dicat biru putih, pasti memberikan happy mood kepada anda tatkala anda melihatnya. Anda turut akan terpesona dengan cara hidangan menu mereka kerana semuanya berwarna-warni dan tampak eksklusif. Jika anda seorang yang gemar mengambil gambar makanan, anda pasti suka di Summer Breeze Cafe!

Menu yang disajikan di sini berkonsepkan pencuci mulut seperti aiskrim, waffle dan smoothie. Mereka turut menyediakan makanan western, seperti Chicken Chop, burger dan ayam cheese. Persekitaran dalam kedai yang tenang juga pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan kafe santai ini.

Alamat: Lot No. A26 Bandar Utama, Jalan Bubul, Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 089-781754

WhatsApp Summer Breeze


3. Anjung Warisan Parapat Seafood Restaurant, Kampung Parapat

Tempat Makan Best di Semporna: Anjung Warisan Parapat Seafood Restaurant, Kampung Parapat

Salah satu tarikan yang mesti dicuba oleh para pengunjung yang datang ke Semporna ialah ketam yang ditangkap secara hidup-hidup oleh pekerja restoran. Satu pengalaman yang berharga bukan? Anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman ini sekiranya anda datang ke Anjung Warisan Parapat Seafood Restaurant, Semporna. 

Bukan itu sahaja, owner restoran ini, Hj Mohd Saipa, yang sangat peramah juga merupakan antara faktor yang melayakkan restoran ini memperoleh 4.3 bintang di Google Review.

Selain itu, restoran atas air ini juga mempunyai vibe yang tersendiri kerana pengunjung dapat menikmati pemandangan yang indah sewaktu menjamu selera di sini. Menarik, bukan?

Alamat: Kampung Parapat, 91300 Semporna, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-559 5497

WhatsApp Anjung Warisan Parapat


4. Medan Selera Semporna, Pekan Semporna

Medan Selera Semporna, Pekan Semporna

Medan Selera Semporna di Pekan Semporna merupakan sebuah kedai yang besar, terletak di jalan utama di Pekan Semporna. Disebabkan saiznya yang besar dan lokasinya, anda pasti dapat temui kedai ini dengan mudah.

Medan selera ini yang telah memperoleh 4.1 bintang di Google Review menyajikan pelbagai menu di sini. Dari menu santai, menu berat, ke menu tempatan seperti makanan tempatan Sabah dan etnik Bajau serta Suluk, pastinya ada yang mampu menepati citarasa anda .

Antara menu famous di sini ialah sate dan grilled chicken wings! Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati seafood yang fresh di sini dan tomyam yang kick!

Selain daripada menu yang banyak dan masakan yang sedap, persekitaran Medan Selera Semporna ini juga tenang dan mendamaikan. Sambil menjamu selera, anda boleh menikmati pemandangan laut yang luas. Begitu santai, bukan?

Alamat: Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-240 5817

WhatsApp Medan Selera Semporna


5. Borneo Rock Restaurant, Semporna Seafront

Borneo Rock Restaurant, Semporna Seafront

Anda sedang mencari tempat makan di Semporna yang mengekalkan cara masakan Melayu agar ‘kena’ dengan selera anda? Di sinilah jawapannya untuk anda, Borneo Rock Restaurant!

Restoran ini menyediakan menu seafood dengan harga yang sangat berpatutan. Anda boleh menikmati udang galah, ketam, mantis shrimp dan ikan kerapu pada harga RM100 sahaja! Cara masak mereka juga tampak simple tetapi sangat sedap. Anda pasti tidak menyesal selepas datang ke restoran ini.

Bukan itu sahaja, restoran ini juga menyediakan menu lain seperti nasi ayam dan nyonya laksa, pastinya akan menggamit kenangan anda semasa anda bercuti di sini. Rata-rata pelanggan yang pernah berkunjung ke Borneo Rock Restaurant ini juga memuji sikap peramah owner restoran ini yang akan recommend makanan laut yang perlu anda cuba.

Alamat: Lot B9, Semporna Seafront New Township, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (6.30 am – 9.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-669 6555

WhatsApp Borneo Rock


6. Amazing Island Cafe, Seafront

Amazing Island Cafe, Seafront

Jika anda sedang mencari tempat makan santai pada siang hari di Semporna dan menginginkan sesuatu yang fresh di tekak, jom singgah ke Amazing Island Cafe! Kafe ini menyajikan menu yang simple dan santai, sesuai sebagai kudap-kudapan bersama keluarga ataupun rakan-rakan. 

Antara menu yang hot selling di Amazing Island Cafe ini ialah smoothie dan jus yang diperbuat daripada buah-buahan yang segar dan lazat. Alangkah nikmatnya dapat menikmati air yang segar pada waktu panas, bukan?

Kafe ini yang juga telah memperoleh 4.0 bintang di Google Review mendapat banyak ulasan positif daripada para pelanggan yang pernah mengunjungi kafe ini.

Alamat: Sipadan Inn 2, Seafront, 91308 Semporna, Sabah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.30 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-508 4978

WhatsApp Amazing Island Cafe


Percutian ke Semporna, Sabah akan lebih menarik dan bermakna apabila dapat menikmati makanan tempatan yang sedap dan unik. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam mencari tempat makan paling sedap di Semporna!

Sekiranya anda berminat untuk ke Semporna tetapi tidak tahu cara untuk pergi ke sana, kami telah menyediakan artikel khas untuk membantu anda, iaitu Cara Ke Semporna, Sabah. 

Dan, jika anda ingin mengunjungi tempat-tempat menarik di sekitar kawasan ini, anda boleh baca artikel kami tentang 7 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Kunjungi di Semporna! pula. Jom baca!

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ Tempat Menyelam Terbaik Dan 9+ Aktiviti-Aktiviti Yang Patut Dilakukan Di Pulau Kapalai

Pulau Kapalai merupakan sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati. Walaupun ia dipanggil sebuah pulau ia sebenarnya sebuah bar pasir yang terletak di Terumbu Ligitan...

Sea Star Resort Semporna: Resort Mewah di Tengah Alam Semula Jadi

Semporna, Sabah merupakan pintu masuk utama ke kawasan taman laut. Ia terkenal dengan keindahan bawah lautnya yang menakjubkan. Ramai pengunjung datang ke Semporna untuk...

Crystal Resort Semporna: Jom Terokai Percutian Ala Maldives

Sabah terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan keindahan pulau-pulau yang sangat cantik, pasir yang halus serta laut yang jernih dan biru. Selain itu, Sabah juga...

7 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Kunjungi di Semporna!

Terletak di negeri Sabah Di Bawah Bayu, Semporna merupakan sebuah daerah yang indah dikelilingi pantai dan laut yang berwarna biru, mendamaikan hati sesiapa yang...

Arcadia Beach Resort – Resort Terbaru di Semporna

Alangkah seronoknya dapat bersantai di tepi pantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan, melupakan stress kerja dan traffic jammed di ibu kota, bukan? Semporna, Sabah amat...

10+ Aktiviti-aktiviti Terbaik Di Pulau Mataking Sabah, Malaysia

Pulau Mataking sebenarnya terdiri daripada dua pulau, iaitu Kecil dan Besar. Pulau-pulau ini disambung melalui satu bar pasir. Bar pasir ini menawarkan kepada pengunjung...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x