Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Kunjungi di Semporna!

Terletak di negeri Sabah Di Bawah Bayu, Semporna merupakan sebuah daerah yang indah dikelilingi pantai dan laut yang berwarna biru, mendamaikan hati sesiapa yang memandangnya. Semporna juga banyak dikelilingi pulau-pulau cantik seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan sebagainya.

Jika anda merancang untuk bercuti di Semporna dalam masa terdekat, kami ingin bantu dengan menyenaraikan tempat-tempat menarik dan tumpuan ramai. Semoga percutian anda menjadi lebih bermakna dengan senarai ini!

7 Tempat Menarik di Semporna


1. Tropical Research and Conservation Centre (TRACC), Pulau Pom-Pom

Tropical Research and Conservation Centre (TRACC), Pulau Pom-Pom

Buat anda yang sememang datang ke Semporna untuk menikmati alam, anda harus berkunjung di sini! Tropical Research and Conservation Centre (TRACC) ini merupakan sebuah pusat kajian dan konservasi yang ditubuhkan oleh NGO berpangkalan di Laut Sulawesi.

Ia ditubuhkan untuk melindungi penyu laut serta memulihara karang laut yang musnah akibat bom yang digunakan para nelayan. Anda boleh belajar tentang cara pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan marin di sini.

Jika berminat, anda boleh menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk sama-sama menyelamatkan hidupan laut yang semakin terancam akibat perikanan moden serta akibat pemanasan global.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menyelam, menanam batu karang, melihat penyu bertelur, pemindahan telur penyu, dan sebagainya. Sudah tentu pengalaman sebegini sangat berharga buat anda yang menyukai aktiviti seperti ini.

Alamat: Pantai Penyu, Pulau Pom-Pom, 4, 91300 Semporna, Sabah.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Instagram


2. Pulau Bohidulong, Semporna

Tempat Menarik di Semporna: Pulau Bohidulong, Semporna

Pulau Bohidulong, juga dikenali sebagai Pulau Bohey Dulang atau Boheydulang, merupakan pulau kedua terbesar dalam Taman Marin Tun Sakaran. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki bot dari tanah besar Semporna.

Pasirnya yang putih serta air lautnya yang biru sudah tentu tarikan utama di pulau ini. Suatu fakta menarik: pulau ini juga diberi nama ‘pulau lelaki tua tidur’ kerana bentuk geografik seperti seseorang sedang tidur dari perspektif tepi.

Para pengunjung di Semporna boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di tempat ini seperti hiking, menyelam, snorkeling, kayak dan sebagainya. Anda juga boleh bermain layang-layang serta membina istana pasir di pesisiran pantainya yang bersih.

Jika anda tak berminat nak lakukan apa-apa aktiviti pun tak mengapa, anda hanya perlu baring di pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini yang tiada bandingannya.

Alamat: Pulau Bohidulong, Semporna, Sabah.

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


3. Pulau Mataking, Laut Sulawesi

Tempat Menarik di Semporna: Pulau Mataking, Laut Sulawesi

Terletak di Laut Sulawesi, Pulau Mataking merupakan salah satu tempat menarik yang harus dikunjungi jika anda ke Semporna, Sabah. Jika anda sudah puas melakukan aktiviti menyelam, anda boleh cuba untuk ke pergi memanjakan diri anda di spa dan cuba mencanting batik di sini.

Jika anda mahu membuat aktiviti di laut, anda juga boleh pergi berkayak atau menaiki kanu. Jangan anda lupa untuk jungle-trekking sambil merakam foto pemandangan pulau ini.

Jika anda nak tahu, Pulau Mataking ini mempunyai pejabat pos bawah air pertama di Malaysia! Pada tahun 2006, sebuah kapal kargo yang dinamakan Mataking 1 ditenggelamkan ke dasar laut sebagai bantuan mencipta batu karang palsu serta terdapat sebuah peti surat yang unik.

Para penyelam boleh mengepos surat mereka (setelah disimpan dalam sampul kalis air yang divakum) di dalam peti surat di kapal Mataking 1. Luar biasa bukan?

Alamat: Pulau Mataking, Laut Sulawesi, Semporna, Sabah.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan


4. Taman Marin Tun Sakaran, Semporna

Tempat Menarik di Semporna: Taman Marin Tun Sakaran, Semporna

Taman Marin Tun Sakaran merupakan Taman Marin pertama Malaysia yang menggunakan konsep Taman Pelbagai Guna supaya penduduk tempatan kekal berada di dalamnya dan pengunjung luar juga boleh melawat di sini.

Taman ini diwartakan pada Julai 2004 sebagai Taman Ketujuh Sabah dan diambil nama sempena Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai. Taman ini adalah taman marin terbesar yang merangkumi 340 KM persegi lautan dan 10 KM persegi darat.

Pulau-pulau yang berada di bawah taman marin ini adalah Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya. Taman marin ini penting bagi melindungi ekosistem juga untuk restorasi batu karang yang banyak terjejas akibat pelbagai sumber dari manusia dan juga bencana.

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di dalam taman marin ini termasuk menyelam dan menyaksikan sendiri karang laut yang indah, rock climbing dan melihat kehidupan orang tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada orang Bajau Laut.

Anda juga boleh mengikuti pakej yang melakukan island hopping ke pulau-pulau yang ada di dalam taman marin ini. Yang pastinya, anda tentu terpukau dengan kecantikan alam sekitar dan hidupan dalam laut di dalam taman marin ini yang anda takkan lupa sampai bila-bila.

Alamat: Semporna, Sabah.

Bayaran Masuk:

    • RM8 (18 tahun ke atas, Warganegara Malaysia)
    • RM5 (17 Tahun ke bawah, Warganegara Malaysia)
    • Percuma (Kanak-kanak bawah 12 tahun, Warga Emas dan OKU)

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan


5. Restoran Makanan Laut Anjung Warisan Parapat, Semporna

Restoran Makanan Laut Anjung Warisan Parapat, Semporna

Selain dari kecantikan alam semulajadi, Semporna juga popular dengan makanan lautnya yang segar. Jadi jika anda ingin merasai makanan laut yang sedap, anda dicadangkan untuk makan di Anjung Warisan Parapat. Tempat ini juga menyediakan penginapan bagi sesiapa yang inginkan percutian yang menyenangkan.

Bagi peminat makanan laut, jangan lupa untuk memesan makanan seperti lobster, sotong, ikan, udang, ketam dan pelbagai lagi. Yang menariknya di sini, anda boleh menikmati hidangan ketam secara segar dengan ditangkap hidup-hidup di restoran itu juga.

Ramai yang memuji masakan di restoran ini dengan kepelbagaian menu yang terdapat di sini. Kebanyakan pelancong, baik dalam negara mahupun luar negara menyukai masakan di Anjung Warisan Parapat. Lebih-lebih lagi harganya juga berpatutan membuatkan restoran ini menjadi pilihan penduduk tempatan serta pengunjung luar.

Alamat: Tanjung Parapat Semporna, Semporna, Sabah.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. Pakalangan Bay, Pakalangan

Pakalangan Bay, Pakalangan

Sebuah tempat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga, Pakalangan Bay merupakan pilihan yang tepat jika anda pergi bercuti bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di tempat ini bersama keluarga anda ketika bercuti di Semporna.

Antaranya ialah mandi-manda, BBQ, memancing, kayak (dengan bayaran) dan sebagainya. Terdapat juga pondok kecil untuk anda berehat sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan dan menyenangkan di Pakalangan Bay ini.

Jika anda lapar, berbagai-bagai makanan juga dijual di sini. Kalau anda ‘kaki OOTD’, jangan lupa ambil gambar di spot popular mereka! Harga tiket masuk adalah RM2 untuk dewasa manakala kanak-kanak bawah 10 tahun serta OKU adalah percuma. Tempat letak kereta juga tidak dikenakan sebarang bayaran.

Alamat: Pakalangan Bay, 91308 Semporna, Sabah.

Bayaran Masuk: RM2 (Dewasa), Percuma (Kanak-kanak bawah 10 tahun dan OKU)

Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan


7. Taman Tanaman Anggur Semporna, Kampung Kuala Bibang

Taman Tanaman Anggur Semporna, Kampung Kuala Bibang

Pasti ramai yang tidak menyangka sebuah tempat seperti Kuala Bibang, Semporna mempunyai sebuah tanaman anggur, bukan? Taman ini diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Zulhamid Sahadain dan Nayang Jamari selepas mendapati tanah yang dimiliki mereka sesuai untuk menanam anggur.

Mereka sudah cuba menanam anggur ini dari sekitar tahun 1988 hingga 1990, namun, gagal kerana faktor cuaca dan air. Walau bagaimanapun, mereka tidak berputus asa sehinggalah usaha mereka membuahkan hasil pada tahun 2009.

Taman ini terletak 16 km dari Pekan Semporna. Bayaran RM1 dikenakan setiap pengunjung untuk melawat taman ini.

Alamat: Kampung Kuala Bibang, 91308, Semporna, Sabah.

Bayaran Masuk: RM1 seorang

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


Sabah memang tidak asing lagi terkenal dengan pemandangan dan pulau-pulaunya yang cantik. Semporna juga merupakan salah satu tempat pilihan ramai orang ketika bercuti di Sabah. Pastinya anda tidak menyesal ke sini jika anda sukakan ketenangan sambil menghirup udara segar dan melihat lautan luas yang membiru.

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di Semporna untuk tidak berasa bosan. Jika tidak, anda boleh saja pilih untuk berehat di penginapan anda sebelum kembali ke hiruk-pikuk kota. Semoga senarai tempat menarik di Semporna ini dapat membantu anda merancang percutian anda untuk menjadi lebih seronok!

Jika anda sedang mencari pakej-pakej percutian di Pulau Semporna, anda boleh melayari artikel kami, Top 10 Pakej Pulau Semporna Yang Best & Menarik. Kami harap artikel ini dapat membantu anda memilih pakej yang kena dengan bajet serta rangkuman aktiviti yang anda ingin lakukan!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ Tempat Menyelam Terbaik Dan 9+ Aktiviti-Aktiviti Yang Patut Dilakukan Di Pulau Kapalai

Pulau Kapalai merupakan sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati. Walaupun ia dipanggil sebuah pulau ia sebenarnya sebuah bar pasir yang terletak di Terumbu Ligitan...

10+ Aktiviti-aktiviti Terbaik Di Pulau Mataking Sabah, Malaysia

Pulau Mataking sebenarnya terdiri daripada dua pulau, iaitu Kecil dan Besar. Pulau-pulau ini disambung melalui satu bar pasir. Bar pasir ini menawarkan kepada pengunjung...

Sea Star Resort Semporna: Resort Mewah di Tengah Alam Semula Jadi

Semporna, Sabah merupakan pintu masuk utama ke kawasan taman laut. Ia terkenal dengan keindahan bawah lautnya yang menakjubkan. Ramai pengunjung datang ke Semporna untuk...

Crystal Resort Semporna: Jom Terokai Percutian Ala Maldives

Sabah terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan keindahan pulau-pulau yang sangat cantik, pasir yang halus serta laut yang jernih dan biru. Selain itu, Sabah juga...

Bercuti Di Semporna Nusakuya Resort, Memang BEST!

Bercuti di dalam Malaysia memang menjamin pengalaman yang menarik kepada para pelancong. Banyak sungguh tempat-tempat menarik yang boleh di pergi untuk menenangkan fikiran dan...

6 Tempat Makan Paling Sedap di Semporna Untuk Anda Cuba!

Semporna, Sabah amat terkenal dengan keindahan pulau dan air laut yang jernih. Maka, tidak hairanlah Semporna mempunyai masakan laut (seafood) yang sedap sehingga menjilat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x