Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Arcadia Beach Resort – Resort Terbaru di Semporna

Alangkah seronoknya dapat bersantai di tepi pantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan, melupakan stress kerja dan traffic jammed di ibu kota, bukan? Semporna, Sabah amat terkenal dengan keindahan pulaunya, jadi kami recommend anda melihat Arcadia Beach Resort Semporna ini!

Hanya terletak di perairan biru murni Laut Sulu, Arcadia Beach Resort di Semporna adalah destinasi impian bagi setiap pencinta alam. Dengan pantai putih bersih yang menawan dan keindahan alam yang asli, resort ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!


Arcadia Beach Resort Semporna: Percutian yang Best!

Arcadia Beach Resort Semporna: Percutian yang Best!

Semporna bukanlah satu tempat asing bagi ‘kaki travel’ kerana keindahan dan kebersihan pulaunya. Tetapi, mengapa anda wajib berkunjung ke Arcadia Beach Resort Semporna ini ketika berada di Sabah?

Arcadia Beach Resort Semporna yang terletak di Pulau Pandanan ini boleh dikatakan seperti syurga dunia kerana airnya yang jernih di samping bayu laut yang lembut. Resort ini yang bertemakan serba putih juga telah menaikkan elemen ketenangan dan kedamaian buat para pengunjung yang datang. Anda pasti tidak menyesal dengan tindakan anda untuk bercuti di sini.

Arcadia Beach Resort Semporna

Alamat: Pulau Pandanan, 91307 Semporna, Sabah, Malaysia

Pakej Percutian Arcadia | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


Jenis Bilik Yang Ditawarkan di Arcadia Beach Resort Semporna

Jenis Bilik Yang Ditawarkan di Arcadia Beach Resort Semporna

Keselesaan anda sepanjang berada di resort ini merupakan keutamaan bagi pihak Arcadia Beach Resort Semporna. Maka, pihak resort menawarkan 44 Standard Room dan 21 bilik yang dilengkapi dengan Sea View. Menarik, bukan?

Sekiranya anda datang ke resort ini berseorangan ataupun bersama seorang rakan, pilihan untuk anda ialah Standard (SeaView) ataupun bilik Standard(Garden View). Kedua-dua bilik ini mempunyai didatangkan dengan dua pilihan katil – Twin Bed atau King Bed. Bolehlah anda ‘healing’ berdua bersama rakan baik ditemani pemandangan laut yang breathtaking dari balkoni bilik ataupun berjalan-jalan di taman (garden) terus dari bilik anda. 

Terdapat juga satu bilik khas untuk pasangan yang sedang berbulan madu di Semporna ini, iaitu bilik VIP SeaView. Pemandangan dari bilik ini tidak kurang hebat juga kerana anda boleh menikmati lautan yang jernih dan indah dari ruangan bilik yang luas dan selesa. Bukan itu sahaja, pemilihan colour palette yang mendamaikan dan perabot berkualiti tinggi juga menambah seri bilik tersebut. 

Bagi anda yang datang bercuti bersama keluarga yang besar dan ramai, juga dapat menikmati view yang sama.Anda hanya perlu memilih di antara 3 jenis Family Room yang disediakan, iaitu Family Room (Garden View) 3P, Family Quad (Garden Room) dan Family Quad (SeaView Room).

Bukan itu sahaja, resort ini juga menawarkan satu lagi jenis bilik yang khas untuk keluarga yang menginginkan kemewahan dan keselesaan yang optimum. Bilik yang boleh memuatkan tiga orang dewasa ini dinamakan VIP SeaView Family.

Kesemua jenis bilik di resort ini dilengkapi dengan kemudahan bilik seperti bilik mandi, bathtub, cerek elektrik, safety box, razor, pengering rambut, vanity pack serta peralatan mandi. Cukup lengkap, bukan?


Fasiliti Yang Boleh Anda Terokai

Rata-rata pengunjung yang datang ke resort ini pastinya ingin meluangkan masa bersama alam dan keluarga. Jangan risau, kerana percutian anda di Arcadia Beach Resort Semporna akan jadi lebih menarik dengan fasiliti yang disediakan secara percuma untuk pelanggan, antaranya termasuklah:

Kolam Renang Tepi Pantai

Outdoor Swimming Pool

Sebagai pelanggan Arcadia Beach Resort Semporna, anda boleh menikmati seaside swimming pool. Bukan itu sahaja, pantai di resort ini juga terbuka untuk semua pelanggan dan terdapat sebuah bilik karaoke yang dilengkapi dengan pool table, sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Ala-ala bercuti di luar negara, bukan?

Mini Mart

Mini Mart

Sekiranya anda berasa lapar sebelum melakukan apa-apa aktiviti pantai, seperti gula-gula mahupun snek ringan, anda boleh pergi ke Mini Mart yang disediakan pihak resort. Bukan hanya terdapat snek, malah anda juga boleh juga menemukan essential items di sana.

Dining Hall

Dining Hall

Suasana yang elegan melanda di ruang makan resort membolehkan anda untuk bersantai dan melepaskan penat di dining hall mereka. Dengan mengambil kira selera setiap orang, hidangan mereka sentiasa disediakan dengan penuh berhati-hati dan profesionalisme. Terdapat menu tiga hidangan disajikan setiap hari, serta minum petang.


Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah:

  1. Berenang di swimming pool

2. Menaiki Glass Boat

3. Island Hopping 

Bukan hanya melihat keindahan dan keunikan setiap pulau berdekatan, pakej ini juga menawarkan pendakian di Pulau Boheydulang. Anda juga dibenarkan untuk menangkap gambar dan meluangkan masa untuk terokai pulau-pulau yang cantik tersebut.

4. Snorkeling

Aktiviti paling mengujakan di setiap resort ialah snorkeling, bukan? Sama juga di Arcadia Beach Resort ini, anda berpeluang untuk melihat sendiri batu karang dan hidupan laut secara dekat. Sangat best, bukan?

5. Diving

Jangan risau sekiranya anda berasa takut untuk menyertai aktiviti ini buat pertama kali, kerana pihak resort telah menyediakan satu program khas untuk anda, iaitu Discover Scuba Diving Program.

Program ini selamat, informatif dan pastinya memberikan pengalaman menarik bagi sesiapa yang menyertainya. Waktu inilah anda boleh membayangkan diri anda sebagai seekor mermaid!

6. Bermain permainan yang disediakan bersama keluarga dan rakan-rakan

7. Menyanyi bersama keluarga dan rakan-rakan di bilik Karaoke


Persekitaran Tenang dan Mendamaikan

Persekitaran Tenang dan Mendamaikan

Tenang dan damai, dua perkataan yang sinonim dengan persekitaran di Arcadia Beach Resort Semporna ini kerana dikelilingi lautan. Terletak di tepi pantai Semporna, Sabah, resort ini memikat para pelancong dengan kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan dan pemandangan laut yang memukau.

Dikelilingi oleh hamparan pasir putih dan air biru yang jernih, resort ini menawarkan pantai peribadi yang memastikan privasi dan ketenangan anda. Suasana pantai yang damai dan sunyi ini memberikan peluang yang sempurna untuk merenung, menghilangkan stres, dan merasai kedamaian dalam hati.

Anda boleh merendam kaki dalam air laut yang sejuk, berbaring di atas pasir putih, atau menikmati matahari terbenam yang menakjubkan di sepanjang garis pantai yang indah.

Bagi penggemar aktiviti air, Arcadia Beach Resort Semporna menawarkan pelbagai jenis aktiviti seperti menyelam, menyelam dengan tabung udara, dan memancing. Terumbu karang yang menakjubkan di sekitar resort ini merupakan tempat yang ideal untuk pengalaman menyelam yang tidak terlupakan. Anda akan disajikan dengan pemandangan bawah air yang menakjubkan yang dihuni oleh pelbagai spesies ikan dan terumbu karang yang berwarna-warni.

Dengan warna biru laut yang tenang, disamping warna perabot yang serba putih, resort ini memberikan efek yang tenang pada mata dan jiwa yang memandang. Bagi anda yang memang inginkan percutian yang stress-free dan nature vibes, di sinilah tempat terbaik untuk anda.

Arcadia Beach Resort Semporna adalah tempat di mana anda dapat melarikan diri dari kehidupan yang sibuk dan menikmati keindahan dan ketenangan semula jadi. Ia adalah destinasi yang sempurna untuk mereka yang mencari ketenangan dan mengisi semula tenaga.

Nikmati persekitaran tenang dan mendamaikan di Arcadia Beach Resort Semporna dan biarkan alam semula jadi menyentuh jiwa anda dengan keindahannya yang menakjubkan!


Nikmati Percutian Anda di Arcadia Beach Resort Semporna

Arcadia Beach Resort Semporna bukan hanya tempat menginap. Ia adalah destinasi yang menjanjikan pengalaman yang membebaskan, memikat jiwa, dan memanjakan indra. Di sinilah anda dapat menemui syurga dunia, tempat dimana indahnya alam dan kenyamanan mewah bergabung menjadi satu.

Kesimpulannya, kenangan bercuti di Arcadia Beach Resort Semporna ini perlu anda rasai sendiri. Terdapat banyak pakej menarik yang ditawarkan seperti Leisure Package, Diving / Dsd Package, dan Island Hopping. Maka, tunggu apa lagi ? Jom ketahui Cara ke Semporna dengan membaca artikel yang kami telah sediakan untuk anda.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Crystal Resort Semporna: Jom Terokai Percutian Ala Maldives

Sabah terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan keindahan pulau-pulau yang sangat cantik, pasir yang halus serta laut yang jernih dan biru. Selain itu, Sabah juga...

Sea Star Resort Semporna: Resort Mewah di Tengah Alam Semula Jadi

Semporna, Sabah merupakan pintu masuk utama ke kawasan taman laut. Ia terkenal dengan keindahan bawah lautnya yang menakjubkan. Ramai pengunjung datang ke Semporna untuk...

10+ Tempat Menyelam Terbaik Dan 9+ Aktiviti-Aktiviti Yang Patut Dilakukan Di Pulau Kapalai

Pulau Kapalai merupakan sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati. Walaupun ia dipanggil sebuah pulau ia sebenarnya sebuah bar pasir yang terletak di Terumbu Ligitan...

7 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Kunjungi di Semporna!

Terletak di negeri Sabah Di Bawah Bayu, Semporna merupakan sebuah daerah yang indah dikelilingi pantai dan laut yang berwarna biru, mendamaikan hati sesiapa yang...

10+ Aktiviti Menarik Yang Mesti Dibuat Di Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom merupakan sebuah kepulauan terumbu yang indah di negeri Sabah yang merupakan destinasi yang hebat untuk pengunjung yang mengingingkan percutian yang sukar...

Top 10 Pakej Pulau Semporna Yang Best & Menarik

Tahukah anda bahawa di Sabah Malaysia, terdapat banyak pulau yang sungguh cantik di sekitar Semporna? Kecantikan untuk pulau pulau semporna ini dikatakan sungguh menakjubkan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x