Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 7 Homestay Kota Kinabalu – Paling MENARIK Utk Menginap

Siapa yang tak kenal Kota Kinabalu ataupun KK yang merupakan ibu negeri Sabah ni? Orang ramai mesti dah tahu tentang Kota Kinabalu yang menjadi tempat tumpuan pelancong kerana banyaknya tempat menarik untuk dilawati terutama sekali Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Anda yang datang bercuti ke sini mesti takkan datang sehari je lagi-lagi kalau anda dari semenanjung. Mestilah nak datang 3 hari ke seminggu kan?

Oleh itu, kami ada senaraikan 7 homestay menarik di KK yang boleh memuatkan anda sekeluarga. Ada yang mewah dengan bajet tinggi dan ada juga yang berbajet rendah mengikut kapasiti serta kewangan anda. Buatlah pilihan anda mengikut bajet yang anda tetapkan.

7 Penginapan di Kota Kinabalu


1. My Misto Homestay @ Riverson Soho

misto

Jika anda inginkan homestay bersaiz apartment, anda boleh ke My Misto Homestay yang terletak di Riverson Soho. Homestay ini memang cantik dan sesuai kalau anda datang berdua ataupun berempat. Kalau nak ramai-ramai kena cari homestay lain lah kerana homestay ni rumah studio je, tak mampu nak memuatkan keluarga besar.

Menariknya mereka ni ada 3 jenis unit yang dijadikan homestay iaitu ada yang 1 bilik, 2 bilik dan 2/3 bilik. Semuanya ada dapur sendiri. Rumahnya memang nampak mewah, kemas dan cantik. Hiasan dan tona warna rumah ini juga ringkas dan moden. Anda boleh juga kalau nak masak-masak di sini kerana alatan memasak ada disediakan. Nak tengok pemandangan dan matahari terbenam boleh tau kerana tingkap di sini berkonsepkan kaca terbuka. Kolam renang untuk penduduk juga ada untuk digunakan.

Alamat: Riverson Soho, 84, 1, Jln Riverson 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01163533232


2. Borneo Tree House

borneo tree house

Merupakan salah satu penginapan berkonsepkan rumah yang cantik dan unik di KK ni. Borneo Tree House seperti namanya mengamalkan konsep rumah yang diperbuat daripada kayu. Sangat cantik dan menyejukkan mata melihatnya. Bukan setakat itu sahaja, pemandangan hutan yang menghijau di sini mampu menenangkan fikiran anda dan lupakan segala keringat yang ada hadapi. Disebabkan kawasannya yang berpokok, liputan internet tu agak kurang. Baguslah kan? Dapat anda lupakan masalah dunia.

Mereka ada banyak pilihan bilik daripada 2 orang kepada 6 orang. Kalau ramai tu ambillah yang enam orang kerana rumahnya lebih besar. Rumah berkonsepkan kabin pun ada. Di sini memang ada penghawa dingin dan juga Wifi. Selain itu, kolam renang terbuka juga ada untuk anda bermandi-manda. Memang takkan menyesal jika datang ke sini untuk merehatkan jiwa dan minda.

Alamat: Kampung Ratau, Tebobon, Menggatal Sabah 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0103051406


3. GlenCove Villa

glencove villa

Anda inginkan villa yang mewah? Haa apa kata anda pergi ke GlenCove villa. Villa ini ialah villa peribadi 3 tingkat yang memang akan memberikan anda pengalaman penginapan terbaik. Dahlah terletak di kawasan pokok bukau, memang segarlah pagi anda di sini. Homestay ini ada 13 bilik tidur dan semuanya ada penghawa dingin. Bilik air pula ada 6. Memang besar gila kan? Oleh itu ianya dapat memuatkan sehingga 29 orang. Kalau keluarga anda memang besar, wajiblah tinggal di sini.

Anda boleh nampak pemandangan laut kerana dekat sahaja dengan laut. Untuk pengetahuan anda villa ini dari atas ke bawah tau. Jadi, anda akan letak kereta di atas kemudian anda turun ke bawah untuk melihat bilik-bilik lain. Di sini anda boleh melakukan aktiviti bbq kerana ada ruang dan peralatan bbq disediakan. Seronoklah dapat melakukan aktiviti kekeluargaan.

Alamat: No. 92, Signal Hill, Lorong Merak, Jln Indah, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162373033


4. Borneo Beach Villas Karambunai

borneo beach villas

Untuk yang sukakan kemewahan dan privasi, Borneo Beach Villas Karambunai pasti menjadi jawapannya. Villa-villa di sini memang sangat cantik dan mewah. Anda kalau dapat menginap disini memang anda takkan menyesal kerana villa yang bertemakan resort ini bersebelahan dengan pantai. Dapatlah rasai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu. Pemandangan memang tak perlu cakap lagi. Dah sah-sah lawa gila. Reka bentuk dan dekorasi villa-villa di sini pula memang memukau dan sangat moden. Boleh dikatakan villa ni untuk have-have je.

Apa yang lebih menarik, villa di sini ada kolam renang peribadi yang memang anda tak perlu kongsi dengan orang lain pun. Anda boleh pilih untuk menginap di villa yang 2 ataupun 3 bilik. Yang pastinya anda takkan menyesal kalau pergi ke sini. Jangan risau kerana di sini ada Wifi dan juga pemgemasan bilik secara harian.

Alamat: 161, Pool Villa & Locked Bag 100, Karambunai, 88993 Kota Kinabalu, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0168329302


5. Eric’s City Homestay

eric's homestay

Eric’s Homestay merupakan sebuah homestay yang boleh memuatkan sehingga 16 orang. Homestay ini boleh dikatakan agak murah berbanding homestay lain untuk yang ada 5 bilik dan 3 bilik air. Rumahnya juga memang cantik, kemas dan bersih. Cukuplah untuk anda yang setakat nak cari tempat tidur malam sahaja. Anda yang pilih untuk menginap di sini memang akan dapat pengalaman penginapan yang terbaik walaupun harganya murah.

Di sini, mereka juga mampu menampung kalau-kalau anda nak buat acara seperti hari lahir ataupun majlis tunang. Kawasannya memang luas dan merupakan kawasan peribadi. Di dalam ada meja makan serta dapur untuk anda gunakan. Tempat untuk masak bbq juga ada untuk bakar-bakar. Jadi, sila bawa barang-barang untuk bbq nanti.

Alamat: 35b, Jalan Tanjung Aru, Tanjung Aru, 88855 Kota Kinabalu, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0168371111


6. The Cosy Holiday Villa

homestay kota kinabalu cosy holiday villa

Di villa yang besar ini ada menyediakan 4 bilik tidur dan 5 bilik mandi peribadi tau. Anda memang takkan berebut tandas punya kerana tandas melebihi bilik tidur. Villa ini memang sudah tentunya besar dan mampu memuatkan ramai orang iaitu sehingga 11 orang. Kalau nak tahu, villa ini merupakan villa yang menggunakan tema Eropah dalam reka bentuknya. Memang nampak sangat moden dan sangat cantik.

Kawasan sekitar juga sangat lawa dan anda akan rasa nyaman kerana kawasannya yang memberikan ketenangan. Ada kehijauan pokok-pokok serta bunyi-bunyi burung. Fasiliti yang anda boleh gunakan di sini antaranya ialah tempat bbq, dapur dan tempat letak kereta yang luas. Berbaloi sangat untuk luangkan masa bersama keluarga yang ramai.

Alamat: House No, 1, Lorong Margosa, Taman Luyang Phase 8, 88830 Kota Kinabalu, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 


7. Damaza Homestay

homestay kota kinabalu damaza homestay

Anda kalau mencari homestay yang memang ramai orang boleh duduk dalam ramai-ramai, anda boleh ke Damaza Homestay. Mereka selalu menjadi tempat untuk sambutan hari lahir, seminar dan macam-macam acara lagi. Anda tak perlu risau kerana mereka mampu menampung ramai orang. Bajet untuk homestay ini juga memang murah sangat-sangat dan memang berbaloi.

Secara keseluruhan homestay ini mempunya 4 bilik tidur dan 3 bilik air yang mampu memuatkan seramai 20 orang. Walaupun hanya 4 bilik, bilik-bilik di sini agak besar dan mereka meletakkan beberapa katil di dalam beserta katil dua tingkat. Untuk melakukan aktiviti bbq juga ada disediakan. Antara fasiliti lain yang ada ialah seterika, mesin basuh, dapur dan pemanas air. Nak letak kereta di sini memang tiada masalah kerana kawasan sekitar homestay yang luas.

Alamat: Penampang – Kinarut/Papat Old Highway Donggongon, 89500 Kota Kinabalu, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01116808818


Jadi, macam mana? Banyak kan homestay yang cantik-cantik ada di Kota Kinabalu ni. Anda boleh survey dulu harga-harga setiap homestay sebelum membuat pilihan. Tapi kalau anda lambat memang akan melepaslah. Pastikan anda tempah satu atau dua bulan awal. Rancang percutian anda elok-elok.

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Kota Kinabalu Yang TERBAIK

Kota Kinabalu, Sabah kaya dengan sumber alam semula yang sungguh indah dan juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Ingin bercuti ke Kota...

26+ Tempat Menarik di Kota Kinabalu – Panduan Bercuti di KK

Negeri Sabah memang sebuah negeri yang sangat cantik dengan keindahan pantai, pulau-pulau dan budaya etnik-etnik yang pelbagai. Selain itu orang di sini juga peramah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x