Negeri Sabah memang sebuah negeri yang sangat cantik dengan keindahan pantai, pulau-pulau dan budaya etnik-etnik yang pelbagai. Selain itu orang di sini juga peramah & lenggok bahasa tempatan Sabah juga memang seronok didengari. Kalau anda seorang pelancong yang suka sight seeing melihat keindahan alam semulajadi & pantai, pilihan tempat menarik di Kota Kinabalu memang sangat banyak untuk anda terokai.
Sekiranya anda menginap di hotel-hotel sekitar Jesselton Point seperti di Hotel Mandarin Oriental, Hotel Holiday Kota Kinabalu, D’Borneo Hotel atau Garden Hotel, bolehlah mencuba melihat destinasi percutian menarik yang dekat dengan Bandar Kota Kinabalu seperti di bawah.
Majoriti tarikan pelancongan di Sabah yang popular boleh anda lawati dari Bandar KK, kalau tak minat join tour, bolehlah ronda dengan kereta sewa. Teruskan terokai.
Senarai Tempat Menarik di Kota Kinabalu Wajib Singgah
1. Taman Laut Tungku Abdul Rahman

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Beruntung orang yang tinggal di Bandar Kota Kinabalu, tak perlu pergi jauh-jauh nak bercuti kalau nak lakukan aktiviti di pulau seperti snorkeling, santai tepi pantai & parasailing.
Dari Bandar KK, pelancong sudah boleh lakukan aktiviti sebegini di pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Gaya atau Pulau Sapi yang merupakan sebahagian daripada Taman Laut Tungku Abdul Rahman.
Untuk melakukan aktiviti island hopping di sini, pelancong boleh naik bot di jeti Jesselton Point. Anda boleh cari penginapan berdekatan dengan Jesselton Point di KK supaya mudah untuk bergerak ke jeti dengan jalan kaki sahaja.

Tarikan di pulau-pulau ini memang sangat menarik. Perairannya juga jernih kehijauan sesuai untuk aktiviti snorkeling melihat terumbu karang di dasarnya. Bergantung ke bajet, pelancong juga boleh lakukan aktiviti menarik lain di sini seperti sea walking, scuba doo & juga parasailing.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 8.00 am – 5.00 pm (Isnin-Ahad)
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Bayaran Yuran Taman Laut Tungku Abdul Rahman:
Warganegara Malaysia
- Umur 18 tahun ke atas: RM 8.00/Sehari
- Umur 13 tahun hingga 17 tahun: RM 5.00/Sehari
- Umur 12 tahun dan 60 tahun ke atas serta Orang Kelainan Upaya (OKU): PERCUMA
Bukan Warganegara
- Umur 18 tahun ke atas: RM 25.00/Sehari
- Umur 60 tahun ke atas: RM 20.00/Sehari
- Umur 17 tahun ke bawah: RM 20.00/Sehari
Kadar Pakej Kuraman Scuba Diving
- Warganegara Malaysia RM 200
- Bukan Warganegara RM 100
Penginapan terbaik berdekatan Jeti Jesselton Point, semak harga sini
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
2. Lok Kawi Wildlife Park

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Lok Kawi Wildlife Park yang terletak tidak jauh dari Bandar KK merupakan destinasi paling ideal untuk anda yang nak melihat pelbagai spesis haiwan liar khususnya yang popular di Borneo.
Terletak kira-kira 40 minit memandu dari pusat bandar KK & lokasinya sangat mudah untuk dilawati dengan kereta ataupun kenderaan awam.

Di sini pelancong berpeluang melihat haiwan-haiwan eksotik Borneo seperti harimau, beruang, gajah, monyet belanda (proboscis monkey), rusa & pelbagai lagi spesis haiwan menarik lain.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Jalan PAN BORNEO Highway Penampang Papar Lama Kota Kinabalu, 89507 Penampang, Sabah, Malaysia
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi Lok Kawi Wildlife Park
- 9.30 am – 5.00 pm ( setiap hari)
Waktu Operasi Jualan Tiket
- 9:30 am -1:00 pm/2:00 pm – 4:00 pm
Waktu Pertunjukan Haiwan
- 11:15 am & 3:30 pm *Tutup hari Jumaat kecuali cuti umum.
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Tiket Masuk
Warganegara Malaysia
- Dewasa: RM10
- Umur 60 tahun dan ke atas: PERCUMA
- Kanak-kanak umur 3 tahun hingga 17 tahun: RM5
- Kanak-kanak umur 3 tahun ke bawah: PERCUMA
- Orang Kelainan Upaya (OKU): PERCUMA
Bukan Warganegara
- Dewasa: RM20
- Umur 60 tahun dan ke atas: RM20
- Kanak-kanak umur 3 tahun hingga 17 tahun: RM10
- Kanak-kanak umur 3 tahun ke bawah: PERCUMA
- Orang Kelainan Upaya (OKU): PERCUMA
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
3. Monsopiad Cultural Village

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Perkampungan kebudayaan ini adalah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang sering menjadi kunjungan pelancong untuk menyelami pelbagai kesenian, tarian, cara hidup & budaya etnik di Sabah khususnya Kadazan.

Tarikan yang ada di sini juga sangat interaktif & terdapat guide untuk setiap rombongan yang akan menerangkan tarikan yang ada di sini. Aktiviti yang pasti memberikan satu pengalaman baru di sini adalah menyumpit, menghidupkan api secara tradisional & mencuba tarian-tarian kebudayaan orang Kadazan.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | +6011-1419 6484 | Facebook | Instagram | Website
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Kampung Kuai Kandazon, Jalan Ramayah Putatan, Penampang 89507
Telefon:
- 6088-734657
- 6011-14196484 / 6488
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi Monsopiad Cultural Village
- 9.00 am – 4.30 pm (setiap hari)
Persembahan Kebudayaan
- 11:00 am (Sesi Pagi)
- 2:00 pm (Sesi Petang)
- 4:00 PM (Sesi Lewat Petang)
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Harga Tiket Monsopiad Cultural Village
Untuk Pelancong Tempatan
- Pakej Walkabout
- Dewasa: RM 20
- Kanak-Kanak: RM 10
- Pakej Optional ( Walkabout ATAU Show)
- Dewasa: RM 35
- Kanak-Kanak: RM 15
- Pakej Standard ( Walkabout DAN Show)
- Dewasa: RM 45
- Kanak-Kanak: RM 25
Untuk Pelancong Luar:
- Pakej Walkabout
- Dewasa: RM 30
- Kanak-Kanak: RM 15
- Pakej Optional ( Walkabout ATAU Show)
- Dewasa: RM 45
- Kanak-Kanak: RM 20
- Pakej Standard ( Walkabout DAN Show)
- Dewasa: RM 55
- Kanak-Kanak: RM 25
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
4. Gaya Street Sunday Market

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Kalau sudah bercuti di Kota Kinabalu, sudah tentu anda mencari destinasi untuk membeli barang untuk dijadikan cenderahati untuk jiran tetangga atau mungkin rakan sepejabat.
Salah satu destinasi yang paling dicadangkan adalah di Gaya Street Sunday Market yang hanya beroperasi pada pagi Ahad.

Banyak pilihan kraftangan & produk-produk makanan tempatan samaada yang kering atau basah boleh didapati di sini. Sebaiknya ke sini seawal pukul 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan dengan pelancong lain.
Tambahan, pilihan produk & makanan yang segar juga lebih banyak pada waktu pagi.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Gaya Street, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 6.30 am – 1.00 pm (Hari Ahad sahaja)
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- kawasan pasar
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
5. Mari Mari Cultural Village

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Sebuah lagi tarikan pelancong di Kota Kinabalu yang lebih kepada perkampungan kebudayaan suku-suku kaum di Sabah.
Destinasi ini juga tidak kurang menariknya untuk pelancong lebih mendekati & mempelajari pelbagai adat & kebudayaan etnik di Sabah secara yang lebih interaktif.
Pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman menyumpit, sertai tarian tradisional & melihat bagaimana orang-orang di sini menjalani kehidupan harian secara tradisional.

Di sini juga anda berpeluang untuk melihat cerita-cerita sejarah tentanh pahlawan-pahlawan terkenal satu masa dahulu. Yang paling mengujakan, terdapat satu ruangan yang ada tengkorak manusia yang tergantung yang merupakan lanun-lanun yang ditewaskan oleh pahlawan di sini satu ketika dahulu.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 013 881 4921 | Website
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 10.00 am – 5.00 pm (Buka setiap hari)
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Harga Tiket Mari Mari Cultural Village
Warganegara Malaysia (Without Pickup)
- Dewasa RM110
- Kanak-kanak RM100
Warganegara Malaysia (With Kota Kinabalu City Pickup)
- Dewasa RM140
- Kanak-kanak RM130
Bukan Warganegara Malaysia (Without Pickup)
- Dewasa RM140
- Kanak-kanak RM130
Bukan Warganegara Malaysia (With Kota Kinabalu City Pickup)
- Dewasa RM160
- Kanak-kanak RM140
*Terdapat 2 sesi.
*Kanak-kanak umur 4 tahun ke bawah PERCUMA.
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
6. Pasar Malam KK ( Pasar Malam Sinsuran)

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Pasar malam di Kota Kinabalu ada beberapa lokasi yang boleh anda terjah untuk membeli belah & makan. Salah satu destinasi pasar malam di KK yang popular adalah Pasar Malam Sinsuran yang hanya bersebelahan dengan hotel Le Meridien Kota Kinabalu.

Uniknya, pasar malam di KK ini bukannya beroperasi hanya sekali seminggu seperti di tempat lain, tetapi setiap hari. Banyak gerai-gerai di sini yang menjual pelbagai barangan & makanan orang setempat yang boleh anda terokai.

Paling menarik, pilihan makanan laut yang kita anggap mahal seperti lobster, ketam & udang dijual pada harga yang sangat mesra dengan poket-poket orang Malaysia. Menu santai yang popular di Sabah seperti grilled chicken wing turut boleh anda dapati dengan mudah.
Pastikan beli daripada gerai yang halal.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Jln Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu
- 6.00 pm – 12.00 am (Setiap sabtu & ahad)
- 6.00 pm – 10.00 pm (Isnin-jumaat)
*bergantung juga pada cuaca semasa memandangkan kawasan pasar malam yang terbuka
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- kawasan pasar malam
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
7. Pasar Filipino

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Filipino Market ini merupakan satu tempat membeli belah di Kota Kinabalu yang sangat popular di kalangan pelancong yang ingin mencari barangan seperti kraftangan, makanan kering, mutiara & pelbagai cenderahati seperti keychain atau aksesori wanita.

Sering menjadi singgahan untuk mereka memborong barang sebelum berangkat pulang ke Semenanjung Malaysia.
Pilihan barangan & penjual di sini juga boleh tahan banyak & jangan lupa untuk tawar menawar untuk dapatkan harga yang terbaik.
Bagi kaum hawa, menginap di hotel berdekatan Pasar Filipina mungkin satu idea yang bernas.

Yelah, sekiranya bercuti di KK contohnya 3 hari, sudah tentu pada hari pertama kita nak survey-survey barang dahulu, hari kedua survey-survey harga & hari ketiga baru beli. Betul kan?
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 7, Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 8.00 am – 10.00 pm (setiap hari)
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- kawasan pasar
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
8. Sabah Art Gallery

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Tak lengkap rasanya jika datang bercuti di Kota Kinabalu tapi tak datang ke Sabah Art Gallery yang cukup menarik ini.

Bagi anda yang sangat meminati seni, Sabah Art Gallery ini tempat wajib untuk dikunjungi

Di sini, anda perlu menghabiskan masa sekitar 1 jam untuk melihat setiap karya. Galeri ini mempamerkan koleksi lukisan dan arca yang sangat terkenal dengan kebanyakannya tempatan.

Setiap karya di seni dapat membuatkan anda merasai kreativiti dan budaya sebenar di Sabah.

Tempat menarik di Kota Kinabalu ini juga sangat mesra kanak-kanak serta turut mempunyai kemudahan seperti landasan landai dan lif untuk pengguna kerusi roda serta terdapat banyak bangku sama ada di dalam atau di luar galeri untuk warga emas duduk dan menikmati karya.
Jadi, jika anda meminati seni atau hanya mencari sesuatu yang berbeza untuk dilakukan di KK, tempat menarik ini pasti berbaloi untuk dikunjungi.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | +60 88-268 748 | Website | Instagram | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Mile 2, Jalan Penampang, 88000, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi
- Isnin Tutup
- Selasa – Ahad | 9.00 am – 4.00 pm
- Tutup pada Hari Pekerja.
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Tiket Masuk
Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak (7-12 tahun) | RM 2
- Pelajar (Kad Pelajar) | RM 3
- Dewasa (13 tahun dan ke atas) | RM 5
Bukan Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak (7 – 12 tahun) | RM 10
- Dewasa (13 tahun dan ke atas) | RM15
*Warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | PERCUMA
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
9. Kokol Hill

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Bagi mereka yang sukakan aktiviti sight seeing melihat keindahan alam sambil nak menenangkan fikiran, apa kata ke Bukit Kokol yang terletak kira-kira sejam memandu dari KK.

Lokasi yang terletak di atas bukit ini merupakan satu tempat yang popular di kalangan orang setempat untuk melihat panorama matahari terbenam.


Di sini juga terdapat beberapa resort yang tidak kurang menariknya untuk bermalam.
Kalau anda sedang berbulan madu di Kota Kinabalu, lokasi penginapan di Bukit Kokol mungkin satu destinasi yang anda perlu pertimbangkan.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- kawasan terbuka
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- percuma
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
10. Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Merupakan sebuah tempat pelancongan di Kota Kinabalu yang lebih kepada tarikan kawasan paya bakau.

Kemudahan untuk pengunjung seperti platform jalan kaki atau boardwalk ada disediakan untuk memudahkan pelancong berjalan kaki menyusuri hutan paya bakau ini tanpa perlu berkotoran dengan lumpur.
Tetapi, sekiranya anda ingin lebih adventurous, boleh sahaja meredah paya ini melalui denai jalan kaki yang berlumpur. Datang ke Wetland tetapi tak wet tak kenalah kan.


Anda boleh melihat pelbagai spesies burung yang menarik seperti Purple Heron, spesies Bangau yang selalu membuat perjalanan jarak jauh semasa penghijrahan musim sejuk tahunan mereka.
Selain bangau ini, terdapat juga spesies burung lain iaitu Pacific Golden Plovers yang membiak semasa Mei-Julai di Alaska dan Siberia dan direkod mampu menempuh jarak penghijrahan antara 16,000-26,000 km pergi dan balik ke iklim yang lebih panas di Asia, Australia dan Kepulauan Pasifik semasa musim sejuk.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6088-246955 | Facebook | Instagram | Website
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Kota Kinabalu Wetland, Jalan Bukit Bendera Upper, Likas, 88400, Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi Kota Kinabalu Wetland
- 8.00 am – 5.00 pm ( Isnin tutup)
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Buat semakan harga terkini di laman web rasmi di sini!
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
11. Masjid Negeri Sabah

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Kalau waktu petang anda bersiar-siar di Pantai Tanjung Aru mungkin sedang asyik layan sunset, jangan lupa untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Negeri Sabah yang berdekatan.

Masjid yang dibuka sejak tahun 1977 ini merupakan lokasi pelancongan yang popular di kalangan pelancong luar untuk melihat keunikan senibina Islamik moden.

Kemudahan untuk pengunjung & jemaah di sini cukup lengkap seperti parking kereta, ruangan ambil wudhu & sebagainya.
Satu destinasi yang sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga untuk menunaikan kewajiban solat ketika bermusafir & untuk sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6088-243337 | Facebook
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Bulatan Sembulan jln Tunku Abdur Rahman, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 4.00 am – 11.00 pm
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Kawasan ibadah. Pelancong asing yang ingin melawat mesti mengenakan pakaian yang sopan.
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
12. Pantai Tanjung Aru

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Bercuti di Kota Kinabalu ni sama seperti bercuti di Kuala Terengganu. Mudah sangat nak berkunjung ke pantai-pantai menarik untuk aktiviti santai petang.
Pantai Tanjung Aru hanya terletak 5-6km sahaja dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Kebiasaannya pelancong ke sini untuk bersiar-siar tepi pantai sambil melihat panorama matahari terbenam & kalau bernasib baik boleh melihat kapal terbang landing di Kota Kinabalu International Airport.
Sesuai sangat untuk anda bawa anak-anak melihat persekitaran pantai pada waktu petang untuk aktiviti berkelah.

Bukan itu sahaja, anda juga berkesempatan untuk melihat hidupan laut yang terdampar di tepian pantai. Cukup mengujakan dan memberi anda lebih pengalaman!
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Tanjung Aru Beach Resort, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 24 jam
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- kawasan pantai
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
13. Sabah Indoor Climbing Centre

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Mungkin waktu sedang melancong di Kota Kinabalu cuaca hujan & nak buat aktiviti outdoor tidak berkesempatan. Nah ini dia alternatif pilihan untuk anda yang masih teringin nak buat aktiviti mencabar di Kota Kinabalu.

Sabah Indoor Climbing sesuai untuk semua peringkat umur & di sini terdapat tenaga pengajar yang akan memberi nasihat cara-cara melakukan aktitviti panjat memanjat secara profesional & selamat.
Tidak kira anda sudah ada pengalaman atau baru nak berjinak-jinak, destinasi ini sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-8837341 | Website | Instagram | Facebook
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Komples Sukan Likas, Taman Cabaran Belia, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi Sabah Indoor Climbing Centre
- Isnin – Jumaat: 2.00 pm – 9.00 pm
- Sabtu, Ahad & Hari Cuti: 12.00 pm – 9.00 pm
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Harga Bayaran di Sabah Indoor Climbing Centre
Climbing Packages
- Pakej Dewasa: RM 25.00/2 jam
- Pakej Kanak-Kanak (6 hingga 17 tahun): RM 23.00/2 jam
Sport Climbing Course
Sport climbing level 1 ( top rope & bouldering): RM 285.00
- Get certified in top rope climb and bouldering
- Age 14 years old above
- 3.5 hours of 2 session
- Min 2 paxs to start.
- Participant will learn:
- Belay
- Climbing Calls
- 12 Climbing knots
- Pre climb checks
Assesment will be conducted via practical only.
Sport climbing level 2 ( lead climbing): RM 325.00
- 4.5 hours of 3 session learn about lead climbing. Get certified today. Course by South East Asia Climbing Federation, SEACF.
Sport climbing level 3 (basic multi-pitch): RM 660.00
- 21 hours or 4 days class. Learn essential skills of basic multipitch climbing. Pre-requisite: sport climbing level 1-2 & age above 16 years old.
*Harga mungkin berubah dari masa ke semasa. Sentiasa buat semakan terkini di laman web rasmi untuk harga terkini yang lebih tepat dan sahih.
*peralatan memanjat disediakan untuk disewa.
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
14. North Borneo Railway by Sutera Harbour Resort

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Tempat menarik di Kota Kinabalu seterusnya adalah North Borneo Railway by Sutera Harbour Resort.
Mungkin tarikan pelancongan sebegini hanya di sini yang boleh anda dapati di Malaysia. Pengalaman menaiki keratapi berwap ini memang cukup nostalgia.

Melihat kepala keretapi ini teringat akan movie popular satu ketika dahulu, Back to the Future 2. Pelancong yang menaiki keretapi ini tidak sekali akan Back to the Future sebaliknya akan Back to the Past.

Keretapi ini bukanlan pengankutan awam yang ada di Kota Kinabalu seperti LRT atau KTM komuter sebaliknya hanyalah sebagai aktiviti pelancongan.

Pelancong boleh cuba menaiki keretapi klasik ini dari Tanjung Aru di KK menuju ke Pekan Papar yang berjarak 38 km. Sekali sekala merasai pengalaman yang klasik sebegini bersama anak-anak memang sangat menarik untuk dicuba.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6088-308500 | Facebook | Instagram | Website
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 19-1, 1st Floor, Bundusan Commercial Centre, Jalan Bundusan, Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi North Borneo Railway
- Setiap hari dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 4 petang hingga 6 petang dengan mendaftar di Magellan Club atau Breeze.
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Harga Tiket North Borneo Railway
- Kemasukan percuma untuk tetamu atau ahli kelab resort.
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
15. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Selain Masjid Negeri Sabah, masjid ini juga menjadi tarikan pelancongan di Kota Kinabalu kerana binaannya yang terletak di atas air yang kelihatan seperti terapung di atas air.

Pemandangan masjid ini di waktu senja dengan pantulan imej masjid dalam air pasti memberikan satu subjek menarik untuk kaki DSLR menghasilkan karya agung mereka.
Di sekeliling masjid ini terdapat beberapa gerai yang menjual makanan-makanan santai orang setempat yang boleh anda terjah.

Lokasinya juga strategik & berdekatan dengan Taman Awam Teluk Likas. Mungkin sesudah bersiar-siar di taman pada waktu petang, bolehlah ke sini pula untuk solat Maghrib.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6088-435 891 | Facebook | Website
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Subuh-Isyak
Bagi non-muslim,
- 8.00 am – 5.00 pm
- Hari Jumaat tutup
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- RM5.00 untuk non-muslim
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
16. Muzium Negeri Sabah

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Sudah tentu semua orang tahu, destinasi inilah yang terbaik sekiranya anda ingin mempelajari sejarah tentang negeri Sabah dengan lebih mendalam.
Namun buat masa sekarang untuk kunjungan di bahagian dalam ia ditutup dan mungkin akan dibuka sekitar bulan April.
Tapi jangan risau, walaupun muzium ini sedang ditutup, anda masih boleh melawat bahagian luar dengan melihat pembinaan semula rumah orang asli secara percuma.

Selain mempamerkan pelbagai artifak menarik tentang Negeri Sabah, muzium ini turut mempunyai kawasan persekitaran yang cantik dikelilingi pokok-pokok yang besar.


Suasana perkarangan muzium ini memang sangat menyamankan & sesuai untuk sesi photoshoot bersama keluarga. B
oleh dikatakan agak besar juga Muzium Negeri Sabah ini & mungkin perlukan masa 1-2 jam untuk melihat kesemua tarikan bersejarah di sini.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6088–225033 | Instagram | Facebook | Website
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi Muzium Negeri Sabah
- 9.00 am – 5.00 pm (setiap hari)
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Harga Tiket Muzium Negeri Sabah
- Warganegara Malaysia – RM 2.00
- Pelancong Asing – RM 15.00
Hanya untuk Warganegara Malaysia:
- Pelajar Beruniform – Percuma
- OKU – Percuma
- Warga Emas – Percuma
- Pemandu Teksi – Percuma
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
17. Aquarium & Marine Museum di Universiti Malaysia Sabah

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Bagi golongan ibu bapa yang bercuti ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu bersama anak-anak yang masih bersekolah, sangat dicadangkan untuk bawa mereka ke sini.

Di sini terdapat akurium yang menempatkan pelbagai hidupan marin yang eksotik & sesetengahnya mempunyai habitat di laut dalam.

Koleksi ikan & hidupan marin di sini memang sangat menarik seperti penyu, kuda laut, tapak sulaiman, kerapu hitam, ketam & macam-macam lagi. Bagi ibu yang bercuti bersama anak kecil, mungkin nak ke pulau-pulau di Sabah agak terbatas.

Jadi destinasi ini sangat ideal untuk anda menikmati pelbagai hidupan marin yang sangat rare & sangat berbaloi untuk dilawati.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Instagram
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
Waktu Operasi Aquarium & Marine Museum
- 9.00 am – 1.00 pm / 9.00 am – 11.30 am & 2.00 pm – 4.00 pm (Jumaat)
- Isnin dan cuti umum tutup
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Harga Tiket Aquarium & Marine Museum
Pelancong Malaysia
- Dewasa: RM 10
- Kanak-Kanak & Pelajar ( 4-17 tahun): RM 5.00
- Warga Emas: RM 5.00
Pelancong Asing
- Dewasa: RM 20
- Kanak-Kanak & Pelajar ( 4-17 tahun): RM 10.00
- Warga Emas: RM 10.00
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
18. Kiulu White Water Rafting

[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Bagi mereka yang bercuti ke Kota Kinabalu secara berkumpulan atau mungkin bersama rakan-rakan sepejabat, apa kata mencuba White Water Rafting di sini yang terletak di Sungai Kiulu.


Tidak perlu pengalaman untuk mencubanya & aktiviti ini sesuai untuk sesiapa sahaja kerana cabaran arus di sini hanya dikategorikan dalam kelas 1 & 2 sahaja.

Bermakna sesuai untuk pemula atau mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan sukan lasak White Water Rafting.
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-31529677 | Facebook
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- 89250 Tamparuli, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Setiap hari
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Sila berhubung di fanpage
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
19. Air Terjun Ulu Kionsom


[wps_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no”]
[wps_tab title=’Info’ disabled=’no’ target=’blank’]
Suka ketenangan alam? Jom berkunjung ke tempat menarik di Kota Kinabalu yang terakhir iaitu Air Terjun Ulu Kionsom yang sangat best dan penuh dengan kedamaian ini. Tempat best di Kota Kinabalu ini sangat bagus untuk anda berenang di dalam airnya yang sangat jernih dan sejuk menyegarkan.


Pemandangan air terjunnya juga cukup cantik untuk membuatkan semua masalah dan keserabutan anda hilang serta-merta.


Untuk lebih keseronokan, bawa anak-anak atau rakan-rakan anda menghayati keindahan flora dan fauna di air terjun ini dengan melakukan aktiviti berkelah.
Di sini juga turut disediakan pelbagai kemudahan seperti tandas yang bersih, gerai makanan dan bilik persalinan. Jom terjun dan segarkan tubuh anda sekarang!
Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Alamat’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Jalan Kionsom, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Waktu Operasi’ disabled=’no’ target=’blank’]
- Setiap hari
[/wps_tab]
[wps_tab title=’Harga Tiket’ disabled=’no’ target=’blank’]
Warganegara Malaysia
- Dewasa RM3
- Kanak-kanak RM1
Bukan Warganegara Malaysia
- Dewasa RM10
- Kanak-kanak RM5
*Harga mungkin akan berubah.
[/wps_tab]
[/wps_tabs]
Jom ke Semua Tempat Menarik di Kota Kinabalu Ini yang Santai & Mudah Akses
Kalau anda bercuti di sekitar bandar Kota Kinabalu, destinasi di atas mesti ada jawapan yang sesuai dengan bajet & citarasa anda. Malah kebanyakan tarikan pelancongan di Sabah kebanyakannya ada di sekitar Kota Kinabalu.
Destinasi yang terbaik untuk menginap pula sudah tentulah di Bandaraya Kota Kinabalu kerana semua kemudahan pelancong ada di sana & yang paling penting, akses untuk ke majoriti tempat menarik di Kota Kinabalu & juga sekitar Ranau juga tidak terlalu jauh.
Sekiranya anda sudah habis melawat semua tempat menarik di Kota Kinabalu, destinasi kedua di Sabah yang perlu anda terokai adalah di Kundasang & juga Sandakan.
di sekitar kk yang best tempat shopping ja…dan makan seafood… sabah menarik jika drive sendiri dan pergi ke semua tempat yg jauh2… kundasang, ranau, semporna dan lain lain… kali ke6 dah dtg sabah… jatuh hati dgn sabah…
Beautiful sabah