Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Kundasang Sabah – Destinasi BEST-BEST

Kundasang di Sabah merupakan satu tempat pelancongan yang menarik bagi mereka yang inginkan percutian yang lebih kepada mendekatkan diri kepada alam flora dan fauna. Kundasang juga merupakan destinasi yang akan anda tempuhi melalui jalan darat sekiranya nak ke Sandakan, Lahat Datu dan juga Tawau.

Lokasi Kundasang ini merupakan sebuah pekan kecil di dalam Ranau, Sabah dan sering menjadi tumpuan pendaki-pendaki yang ingin memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Sekiranya anda ke Kundasang melalui jalan darat dari bandar Kota Kinabalu di mana mengambil masa lebih kurang 2 jam memandu, jangan lupa untuk singgah di beberapa tempat-tempat menarik di Kundasang Sabah yang semestinya membuatkan anda kagum dengan keindahan alam semulajadi di sini.


11 tempat-tempat menarik di Kundasang, Sabah

1. Desa Cattle Dairy Farm

senarai tempat pelancongan kundasang sabahDestinasi ini merupakan tempat menarik di Kundasang antara yang paling popular dan mungkin satu-satunya tarikan pelancongan sebegini di Malaysia. Ada sesetengahnya mengatakan tempat ini seperti berada di New Zealand. Kawasan berbukit yang cantik, angin yang sejuk, susu lembu yang segar dan pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau pasti membuatkan anda berasa berada seperti di luar negara.
Tarikan yang menarik di Kundasang Dairy Farm  ini ialah melihat secara live penternakan lembu dan berpeluang memberi makan kepada binatang-binatang di sini. Secara umumnya, ini antara aktiviti-aktiviti menarik di sini:
  • memberi susu botol kepada anak lembu
  • memberi kambing makan rumput
  • lawatan sambil belajar bagaimana susu lembu segar diproses dan dibungkus
  • proses dan cara-cara memerah susu lembu

Kerana lokasi Desa Cattle Dairy Farm ini yang terletak di kaki Gunung Kinabalu yang cantik, sekitar sini sering menjadi pilihan para photographer sebagai tempat untuk photoshoot untuk tujuan sendiri atau wedding photoshoot.

Sebelum berangkat pulang jangan lupa untuk membeli barangan cenderahati atau produk tenusu seperti susu kotak dan aiskrim. Satu tempat menarik di Kundasang yang sesuai untuk datang bersama keluarga dan anak-anak untuk relaks-relaks dan juga menimba ilmu. Desa Cattle Dairy Farm dibuka setiap hari daripada pukul 8 am – 5 pm.


2. Taman Kinabalu (Kinabalu Park)

taman kinabalu kundasang sabahKundasang dan Taman Kinabalu memang tidak dapat dipisahkan dan bukan sahaja menjadi tarikan di Kundasang malah merupakan satu tempat menarik di Sabah yang paling popular. Setiap tahun mempunyai ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara yang ingin ke kemuncak Gunung Kinabalu.

Di sini merupakan titik permulaan bagi mereka yang mendaki Gunung Kinabalu. Selain itu, kalau nak datang untuk melihat suasana sekitar pun boleh, suhu di sini memang sejuk dan kadang-kadang kalau tengahari, berkabus tebal.

Sekiranya bernasib baik, anda boleh melihat puncak Gunung Kinabalu dari pintu masuk Taman Kinabalu. Samada anda nak mendaki atau tidak, Taman Kinabalu sememangnya satu destinasi yang pasti tidak boleh dilepaskan kalau menuju ke Kundasang, Sabah.


3. Kundasang War Memorial

bercuti ke kundasang sabahLokasi bersejarah yang menceritakan pengorbanan askar-askar British dan Australia mempertahankan negara daripada Jepun ketika perang dunia kedua pada tahun 1945.

Di sini terdapat 4 taman/garden yang menempatkan monumen-monumen bersejarah iaitu British Garden, Austalian Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden & Pool.

Memandangkan Kundasang War Memorial ini agak terbuka, jadi disarankan untuk ke sini pada waktu pagi atau petang sedikit untuk mengelak cuaca panas di tengahari. Tiket masuk cuma RM 2 bagi mereka yang ada MyKad.


4. Kolam Air Panas Poring

tempat menarik di kundasang sabahSeperti namanya, Poring merupakan kawasan tadahan air panas semulajadi yang datangnya dari aliran air gunung. Banyak juga kolam-kolam yang ada di sini sesuai untuk pengunjung berendam dan di sini juga terdapat canopy walk.

Kolam-kolam di sini ada yang terbuka dan ada yang tertutup bagi mereka yang nakkan privasi. Kalau di musim cuti sekolah, destinasi ini memang tak lekang dengan kunjungan orang untuk mandi manda jadi dinasihatkan untuk datang awal untuk mengelak kesesakan.

Tiket nak masuk ke kolam pun murah, cuma RM 3 dan RM 1 untuk dewasa dan kanak-kanak 7 tahun keatas.


5. Ladang Teh Sabah

tempat percutian menarik kundasang sabahBukan sahaja di Cameron Highland, di Sabah juga, ada ladang teh. Destinasi percutian yang boleh dikatakan santai-santai sambil belajar dan melihat sendiri bagaimana rupa bentuk ladang teh.

Ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti jungle trekking di sekitar Taman Rekrasi Sapaon dan mendaki ke Bukit Kamunsu. Yang menariknya anda boleh ke sini bersama pakej yang menawarkan  segala aktviti menarik yang boleh dilakukan.

Dan penginapan juga boleh dipilih samada nak tinggal di rumah panjang ataupun banglo mewah. Bagi mereka yang bercuti secara bajet, anda boleh juga memasang khemah di sini.

Kemudahan lain juga ada di sini seperti kafe, dewan, padang bola, court tenis dan dewan seminar. Satu tarikan di Kundasang samaada untuk berseronok dengan keluarga atau untuk tujuan team building atau lawatan sambil belajar.


6. Tagal Luanti Sungai Moroli (Spa ikan di Sungai Moroli)

spa ikan kundasang sabah‘Tagal’ ini merupakan dialek perkataan Khadazan Dusun yang bermaksud ‘tidak boleh memancing’. Tujuan utama ‘Tagal’ di sini ialah untuk mengekalkan kehidupan ikan di sini bagi pemuliharaan alam untuk masa depan.

Ikan Kelah atau ‘Malaysian Mahseer’ atau dikenali dikalangan orang tempatan sebagai ‘Ikan Pelian’ merupakan ikan yang akan melakukan spa ikan pada kaki anda. Ikan-ikan ini dilatih khas oleh orang kampung untuk tujuan spa ikan. Satu tempat menarik di Ranau yang unik dan susah nak dapatkan di tempat lain.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rawatan spa kulit kaki supaya lebih lembut di Tagal Luanti ini yang terletak di Kampung Luanti di Ranau.


7. Ranau Paragliding Park

tempat menarik di ranau sabahSatu aktiviti yang sangat mencabar dan menarik untuk dicuba yang terletak di Lohan, Sabah. Lohan ini terletaknya diantara pekan Ranau dan Poring dan kira-kira 2 jam memandu dari Kota Kinabalu.

Sukan Paragliding dah lama bermula di Sabah, dan sejak kebelakangan ini menjadi semakin popular di kalangan pelancong yang ke Kundasang. Tapak untuk sukan Paragliding ini terletak di atas bukit yang mempunyai pemandangan Taman Kinabalu dan Lembah Liwagu yang sangat memukau.

Tak tahu nak paragliding? Jangan risau, sekiranya anda tidak pernah mencuba sukan ini, anda boleh sertai tandem penerbangan yang akan membawa anda terbang. Bayaran yang dikenakan diantara RM 80 sehinggalah ke RM 200 untuk satu ride.

Waktu terbaik kalau nak mencuba paragliding ialah di waktu tengahari kerana aliran udara panas yang aktif yang membolehkan anda terbang dengan lebih tinggi dan lancar.


8. Gerai sayuran dan buah segar di Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

Di Kudasang juga terdapat banyak deretan gerai buahan dan sayuran segar di tepi jalan. Suasananya seolah-olah anda berada di jalanan di Cameron Highland.

Sudah tentulah, sayuran dan buahan yang ada di sini sangat fresh. Sesuailah kalau nak shopping dan cuci mata barangan orang tempatan di sini. Antara barangan yang anda boleh jumpa ialah:

  • strawberi
  • sayur
  • madu lebah
  • kerepek
  • limau
  • bunga-bunga
  • langsat
  • mempelam
  • ciku
  • dan banyak lagi !

Satu lagi destinasi yang juga agak meriah seakan pasar ialah di Pekan Nabalu. Di sini sesuai sebagai destinasi persinggahan untuk mencari keychain atau cenderahati untuk keluarga di rumah.


9. Mesilau Nature Park

Satu lokasi yang sangat ideal kalau anda inginkan kawasan percutian yang sejuk dan dingin. Dikatakan suhu di sini sekitar 17 darjah celsius pada siang hari dan pada waktu malamnya boleh turun ke 10 darjah celsius.

Di sini anda boleh menyaksikan pelbagai hidupan tumbuhan hutan tropika seperti pokok buah, pokok bunga orkid dan sebagainya.  Di sini juga banyak pokok-pokok bunga yang segar yang menarik banyak lebah-lebah ke taman ini.

Terdapat beberapa denai atau trail hutan di sini sekiranya anda inginkan aktiviti jungle trekking seperti Nepenthes Raja Trail dan Kogonom Trail. Sepanjang perjalanan melalui trail ini anda boleh melihat pelbagai jenis burung-burung yang menarik dan jangan lupa untuk bawa kamera untuk merakam kehidupan hutan yang sangat cantik ini.

Ada juga penginapan tersedia bagi mereka yang bercadang untuk tinggal di sini dengan lebih lama. Satu tempat menarik di Kundasang yang sesuai bagi mereka yang nak asingkan diri daripada hiruk pikuk di bandar.


10. Strawberry Park Mesilau

Di sinilah destinasi di Kundasang sekiranya anda nak tengok pokok strawberi dengan lebih dekat.

Selain buah strawberi, di sini juga menempatkan pelbagai jenis pokok bunga dan kaktus. Kalau nak datang ke sini dan melihat buah strawberi, pastikan anda semak bila musim berbuahnya.

Masuk ke sini pun tidak mahal, iaitu RM 3 sahaja untuk seorang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Satu tempat menarik di Ranau yang seakan-akan tarikan di Cameron Highland.


11. Rumah Terbalik

Alang-alang nak Kundasang, anda boleh singgah di Tamparuli untuk melawat ke satu tempat menarik yang sangat unik iaitu di Rumah Terbalik.

Tapi sayangnya, anda tidak dibenarkan mengambil gambar kalau masuk kedalam dan setiap kali nak masuk, anda akan diiringi oleh staff bertugas yang akan guide anda di sekeliling.  Nak masuk ke sini ialah RM 10.60 termasuk 6% GST untuk setiap seorang dewasa dan kanak-kanak RM 5.00. Maklumat lain sila ke sini.

Sebaik masuk kedalam rumah, anda seolah-olah masuk ke dalam sebuah rumah yang terbalik, termasuk perabut-perabut serta perkakasan rumah. Dibuka setiap hari termasuk musim cuti sekolah daripada pukul 7 pagi sehinggalah ke 7 malam.


Hotel-hotel di Kundasang

Sekiranya anda inginkan tempat penginapan atau resort yang menarik, disarankan untuk mencuba di Kinabalu Pine Resort. Terletak mengadap Gunung Kinabalu dan dikelilingi pokok pine, menginap di sini pasti memberi anda satu kelainan yang unik. Sekiranya anda bercuti dengan bajet yang lebih rendah, anda boleh mencari hotel bajet atau homestay-hometay yang banyak di area pekan Kundasang.

>>Tengok Penginapan Terbaik di Kundasang<<

Itulah dia beberapa tempat menarik di Kundasang untuk dilawati dan semoga artikel ini memberi anda seribu inspirasi dalam perancangan anda ke Sabah kelak. Sekiranya anda mencari idea tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu sebelum ke Kundasang, jangan lupa untuk baca artikel ini. Selamat bercuti dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan.

4.5/5 - (19 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay Terbaik Di Kundasang – CONFIRM CANTIK & SELESA

Anda nak bercuti dan menginap di tempat pelancongan yang sejuk? Tapi dah bosan pergi ke Cameron Highlands dan Genting Highlands? Apa kata jika anda...

22 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

22 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
norliza
norliza
2 years ago

Slm. Nak tanya kalau dari Sandakan berapa jam nak ke kundasang dan ada tak tempat yg menarik boleh di lawati sepanjang perjalanan.

Ali Hassan
4 years ago

Hari tu sempat pergi 3 tempat je. Huhu….

Kalau nak pergi semua tempat dalam senarai ni, mau kena bercuti lebih dari 3 hari ni. Hehe…

Saya juga ada berkongsi tentang pengalaman melancong di Kundasang.

Jemput baca disini: Trip Percutian ke Kundasang Sabah

MUHAMMAD RAMDHAN BIN ZAINI

ASSALAMMUALAIKUM ENCIK SAYA NAK TANYA MANA ADA HOMESTAY KAT KUNDASANG YANG MURAH DAN TEMPAT YANG MENARIK KAT NEGERI SABAH

GR Rent A Car
5 years ago

wasalam. Untuk ke Sabah, dari ke homestay, kereta sewa semuanya ada. hanya perlu komunikasi yang betul untuk dapatkan info yang betul.

ahmad
ahmad
6 years ago

terima kasih Q & A yg membantu. Minggu depan kesana

NurZayanah Binti Zainudin

salam..
sy nk tnye..
tempat ape yg menarik di kundasang..???sy 6/4/2017 ni akan kesana dgn family??
boleh suggestion kan tempat yg best tak..
dan tempat yg boley melawat2..sperti snorkling,scuba,tempat sntai2,dan melihat haiwan2 disana..
tlh infrom kan pada sy.
sy tingal kan no telifon..
0122804843..

GR Rent A Car
5 years ago

call 0138680176 utk maklumat

Wan
Wan
7 years ago

Salam
Saya dri JB..klu saya amek flight dri Jb mau turun kemana ye?
1) ada kereta sewa x? Cas sehari semlm brp dikenakan?

[email protected]

mie
mie
6 years ago
Reply to  Wan

soalan yg sama cuma saya dari pulau pinang

GR Rent A Car
5 years ago
Reply to  mie

Banyak pilihan untuk ke Kundasang. Lebih menyeronokkan dapat merasai pemanduan untuk ke Kundasang. Selamat Datang ke Sabah.

Dayang
Dayang
6 years ago
Reply to  Wan

Bole cari uber encik, search intnet kemudian minta ambik diairpot lepas tu mnta hantar ke terminal kk. Dah sampai ke terminal, en akan naik kereta sewa unser, bila penumpang dah penuh Nti diorang akan hantar ke ranau.. Iaitu kundasang. Yang pastinya, sblm en sampai ke kundasang, pastikan en dah tempah rumah penginapan. Ianya ada 2 pilihan sama ada en nak tnggal dikundasang ataupun ranau terpulang. Cuma bezanya ranau tdl sesejuk kundasang, tetapi kundasang bila malam menjelma mak aihhhh menggigil sejuk. Tp kena cepat en, sbb musim cuti ni rumah penginapan kawasan kundasang akan penuh. Jika ada persoalan bole wassap sy… Read more »

Aiem
Aiem
7 years ago

Bagus infonya. Tp nk tnya sikit, kalau laluan pelancong ke kundasang atau ranau dengan melalui jalan dari tamparuli, boleh x suggest pd kami ttg lokasi yg mana dulu yang sesuai dilawati mengikut turutan perjalanan?

syafiq
syafiq
6 years ago
Reply to  Aiem

hai….kalau ikot pengalaman saya,,,,,dari KKIA ke kundasang,,,,akan jumpe rumah terbalik dan jambatan tamparuli.
selepas sampai di kundasang akan jumpa kinabalu park….di kundasang akan jumpe war memorial, castle dariy farm, crystal hill (view cantik).
selepas kundasang naik lagi untuk ke tempat sabah tea, kg luanti fish, poring hot spring…
kemudian kalau patah balik ke kota kinabalu, di kk bly pegi tanjung aru, night market, jesselton point (untuk ke pulau2)….sekian

Dayang
Dayang
6 years ago
Reply to  Aiem

Rasanya paling dekat national park encik. :-)

Hubungi Kami

22
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x