10 Homestay di Batu Gajah yg BEST

Batu Gajah yang mendapat gelaran Bandar Bertuah kerana di sinilah lahirnya seorang sultan yang berjiwa rakyat iaitu DYMM Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. Selain itu, Batu Gajah juga terkenal dengan banyak tinggalan sejarah yang menarik untuk diterokai bersama keluarga. Antara tinggalan sejarah yang popular di sini ialah Kellie’s Castle dan Warisan Kapal Korek yang sering menjadi tumpuan pelancong. Bukan itu sahaja, malahan Batu Gajah juga menjadi tumpuan disebabkan oleh tarikan alam semulajadinya yang masih terjaga seperti pelbagai jenis herba di Taman Herba, Taman Alam Kinta dan Pusat Rekreasi Lubuk Timah. Disebabkan tarikan-tarikan inilah wujudnya banyak homestay yang menarik di seluruh Batu Gajah. Bagi yang akan mengunjungi Batu Gajah, kami bawakan kepada anda homestay di Batu Gajah yang pastinya cantik, menarik dan selesa untuk anda sekeluarga.

Senarai 10 Homestay di Batu Gajah 


 

1. Pusing Paradise Homestay

Pusing Paradise Homestay

Inginkan penginapan yang mempunyai suasana kampung yang sebenarnya? Pusing Paradise Homestay ada jawapannya. Terletak di dalam dusun akan membuatkan anda terasa seperti berada di kampung sendiri. Udara yang nyaman dan suasana yang tenang akan menjadikan percutian anda kenangan yang pasti sukar untuk dilupakan. Dekorasi penginapan di sini pasti membuat anda terasa seperti berada pada zaman 70-an atau 80-an. Sangat menarik! Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini antaranya ialah berbasikal, membuat tembikar dari tanah liat dan melawat tapak pertanian. Antara yang lebih menarik di sini ialah house tree yang di bina di atas pokok. Bukan itu sahaja, banyak lagi tarikan lain di sini yang pasti membuatkan anda gembira berada di sini. Oleh itu, datang dan rasai sendiri pengalaman berada di sini.

Alamat: Kampung Baharu, 31550 Pusing, Perak

Lokasi


2. Embun D’Inn

Embun D'Inn

Homestay di Batu Gajah ini sesuai buat anda yang ingin mengadakan sebarang event seperti majlis perkahwinan atau hari keluarga. Ini kerana, tempat ini menawarkan banyak penginapan, ruang untuk beriadah yang luas juga kolam yang sesuai untuk seisi keluarga. Terletak di dalam kampung yang pastinya memberi suasana dan persekitaran kampung yang tenang dan mendamaikan. Sangat sesuai buat mereka yang ingin lari dari kekalutan di kota. Terdapat beberapa bilik dan penginapan yang anda boleh pilih antaranya ialah bilik standard, bilik family dan sebuah rumah. Anda boleh memilih samada ingin menyewa bilik atau boleh menyewa keseluruhan penginapan ini. Setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, seterika, cerek eletrik dan mandian air panas. Manakala dapur pula disediakan di bahagian luar beserta dengan peralatan untuk BBQ. Ruang makan yang luas juga disediakan untuk memastikan keselesaan setiap pelanggannya.

Alamat: Lot 679, Lorong 1, Jalan Gopeng, Kampung Tersusun, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


3. RizHani Homestay

RizHani Homestay

Anda akan bercuti bersama keluarga besar? Perlukan homestay yang mampu memuatkan kesemua ahli keluarga anda? Kami syorkan anda untuk menginap di RizHani Homestay. Sebuah rumah yang sesuai untuk keluarga besar. Ini kerana homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 ruang tamu yang besar dan 3 bilik air. Pastinya sangat selesa untuk keluarga besar anda. Homestay ini mempunyai suasana perkampungan yang tenang dan jauh dari kesibukan di bandar. Selain itu, homestay ini mempunyai laman yang luar serta berpagar. Nada juga tidak perlu risau berkenaan parking kerana mereka mempunyai parking yang luas untuk kegunaan pelanggan. Selain itu, homestay ini juga terdapat dapur yang luas dan sesuai untuk aktiviti masak memasak bersama keluarga. Pastinya sangat mengujakan apabila dapat masak bersama keluarga tersayang.

Alamat:38, Jalan Sulaiman, Taman Dewangsa, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


4. Rumah Putih Wan Zai

Rumah Putih Wan Zai

Rumah Putih Wan Zai ialah sebuah rumah banglo yang terletak di dalam kampung. Dikelilingi oleh pokok buah-buahan tempatan seperti rambutan dan durian pastinya sangat menyeronokkan. Jika anda sekeluarga menginap di sini pada musim buah-buahan, anda berpeluang untuk merasai sendiri keenakan buah-buahan di sini. Rumah Putih Wan Zai ini mempunyai 3 bilik tidur yang besar dan 2 bilik air. Pemilik homestay ini memberikan sentuhan moden kontemporari kepada homestay miliknya ini. Hiasan dan dekorasi di dalam homestay ini sangat mewah dan ekslusif. Walaupun berada dalam suasana kampung kemewahan itu tetap terasa.

Alamat: 47, Lorong 11, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


5. Lembah Jernih Village

Lembah Jernih Village

Bagi anda yang sedang mencari tempat untuk mengadakan sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, hari keluarga dan lain-lain majlis kami mengesyorkan kepada anda Lembah Jernih. Lembah Jernih ialah sebuah tempat yang menawarkan penginapan beserta dewan yang besar yang sesuai untuk majlis yang besar. Sesampainya di sini anda akan terpegun dengan kawasannya yang luas, mempunyai penginapan seperti chalet, dewan utama yang besar dan juga tasik buatan yang cantik. Kawasan di sini dikelilingi oleh pokok-pokok yang mneghijau. Sangat menenangkan! Lembah Jernih Village menyediakan 4 unit chalet yang cantik dan 1 unit chalet terapung. Bagi yang inginkan kelainan anda boleh memilih untuk tinggal di unit chalet terapung ini. Setiap biliknya dilengkapi dengan penyaman udara dan tandas yang selesa. Bagi yang ingin menyewa dewan yang disediakan, dewan ini mampu memuatkan sehingga 600 orang. Laman yang luas untuk penambahan khemah atau kanopi majlis, mesra orang kelainan upaya (OKU) dan parking yang boleh memuatkan sehingga 60 biji kereta beserta dengan surau.

Alamat: Jalan Seri Rahmat, Kampung Rizab Hujong, 30200 Lahat, Perak

Lokasi


6. Royale Villa Homestay Batu Gajah

Royale Villa Homestay

Sebuah lagi homestay yang besar dan sesuai untuk penginapan keluarga besar. Royale Villa Homestay merupakan sebuah banglo 2 tingkat yang bakal memberikan pengalaman percutian yang menakjbkan kepada anda sekeluarga. Banglo mewah ini dilengkapi dengan 5 bilik yang besar dan 5 bilik air yang bersih juga selesa. Homstay ini mampu memuatkan sehingga 21 orang pada satu-satu masa namun jika anda mempunyai ahli keluarga lebih dari jumlah tersebut perlu berbincang dengan pemilik untuk penambahan katil. Homestay yang dilengkapi dengan penyaman udara ini juga mempunyai kelengkapan lain seperti peralatan memasak, peralatan uuntuk BBQ, WiFi dan juga kolam persendirian yang besar dan bersih. Untuk parking pula, homestay ini mempunyai parking yang luas dan mampu memuatkan sehingga 6 biji kereta pada satu-satu masa. Untuk yang sedang mencari homestay mewah, besar, cantik dan sesuai untuk sebarang majlis atau aktiviti Royale Villa Homestay ada jawapannya.

Alamat: 510, Jln Kancil, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


7. Villa Kelabu Homestay with private pool

Villa Kelabu Homestay

Villa Kelabu Homestay ialah sebuah homestay di Batu Gajah yang berkonsepkan gaya English dan terletak hanya 6 kilometer dari tarikan Kellie’s Castle. Warna kelabu menjadi signature homestay ini di mana kebanyakan warna perabot di dalam homestay ini berwarna kelabu. Perabotnya juga kelihatan mewah dan eksklusif. Sekiranya anda datang bersama anak-anak kecil pastinya sangat seronok kerana di sini juga terdapat kolam yang bersih dan sesuai untuk kanak-kanak kecil. Namun, masih perlu dipantau demi keselamatan. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dan dapaur yang cantik. Ingin bercuti sambil bersantai bersama keluarga? Inilah tempatnya. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bersantai di sini ok!

Alamat: 170900, Persiaran Sentang, Kampung Seri Mariah, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


8. Harmony Homestay

Homestay Harmony

Ingin lari dari kesibukan bandar? Ingin merasai penginapan di dalam kampung? Anda boleh memilih untuk menginap di Harmony Homestay yang terletak dalam kawasan perkampungan. Sebuah homestay yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Setiap biliknya dilengkapi dengan penyaman udara demi keselesaan pelanggannya. Selain itu, kemudahan lain yang tersedia di sini ialah TV LED, Seterika, peralatan memasak, peti sejuk dan set meja makan. Lengkap demi pelanggan yang dihargai. Selain itu, ruang untuk memarkir kenderaan juga luas dan selamat kerana dikelilingi oleh pagar. Di samping itu, homestay ini dekat dengan pelbagai kemudahan seperti kedai dan juga berdekatan dengan banyak tempat menarik di Batu Gajah.

Alamat: 134, Laluan Lembah Permai Utama, Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


9. D’Batu Gajah Homestay

D'Batu Gajah Homestay

D’Batu Gajah Homestay dibina di atas tanah lot dan mempunyai halaman yang luas. Ini bakal memudahkan untuk pelanggan memarkir kenderaan mereka. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan penyaman udara dan 2 bilik air yang bersih juga selesa. Antara kemudahan lain yang disediakan untuk keselesaan pelanggan ialah peti sejuk, mesin basuh, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak seperti dapur memasak, cerek elektrik, microwave, periuk nasi elektrik dan pembakar roti. Bukan itu sahaja, malah ruang tamunya juga dilengkapi dengan sofa dan televisyen. Untuk keselamatan, homestay ini dikelilingi oleh kawasan berpagar. Jika anda ingin berada jauh dari keadaan hiruk pikuk di bandar ini adalah tempat.

Alamat: Lot 316370, Laluan Sentral 12, Taman Desa Sentral, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


10. The 4242

The 4242

Namanya sahaja sudah unik, apa lagi homestaynya. Berada di The 4242 akan membuatkan anda seolah-olah berada di negara Eropah. Ini kerana, reka bentuk homestaynya. Selain reka bentuk, landskap dan dekorasi hiasan di homestay ini juga diberi sentuhan English yang pastinya memberi kelainan kepada penginapan anda. Ruang dalamannya juga cantik dan selesa dengan kelengkapan 3 bilik tidur dan bilik air yang bersih. Selain itu, terdapat juga ruang tamu dengan sofa dan televisyen. Jika dilihat dari luar terdapat sebuah kincir angin yang sangat menarik. Pendek kata homestay ini memang instagrammable dan sesuai untuk mereka yang suka bergambar.

Alamat: RPT, LOT 4242, Alur Rindu 1, Kampung Tersusun Seri Rahmat, 31000 Batu Gajah, Perak

Lokasi


Macam mana? Menarik bukan? Pastinya anda sekeluarga lebih jelas dengan homestay-homestay di Batu Gajah yang bakal menjadi tempat penginapan anda sekeluarga. Pastinya percutian anda sekeluarga ke Batu Gajah akan lebih menarik dengan penginapan yang menarik, cantik dan selesa ini. Jangan tunggu lagi, cepat-cepat booking sebelum semua slot penuh! Lakukan pilihan yang tepat dan Selamat Bercuti!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Anda Penggemar Aktiviti Lasak? Gopeng, Perak Adalah Destinasi BEST !

Gopeng ialah sebuah Bandar kecil yang terletak kira-kira 20km dari Ipoh, ibu negeri Perak, Malaysia. Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar...

10 Tempat Menarik di Batu Gajah yg Popular

Bandaraya Batu Gajah, terletak di negeri Perak, merupakan destinasi yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi. Dengan pelbagai tarikan tempat menarik...

10 Tempat Penginapan di Gopeng yg CANTIK

Bagi anda yang sedang bercuti di Gopeng, Perak, terdapat beberapa pilihan penginapan disediakan untuk anda. Gopeng, sebuah destinasi yang menakjubkan di Malaysia, menawarkan senarai...

10 Tempat Makan di Batu Gajah WAJIB SERBU

Anda sedang bercuti di Batu Gajah atau sekitar Gopeng? Pening fikir tempat makan yang menarik, sedap dan berpatutan untuk percutian anda sekeluarga? Batu Gajah...

Meneroka Gua Tempurung: Keajaiban Semula Jadi di Perak

Gua Tempurung, terletak di Gopeng, negeri Perak, adalah antara gua terbesar dan paling menakjubkan di Malaysia. Dengan keluasan yang mencapai 1,600 meter, gua ini...

TOP 10 Tempat Menarik di Gopeng

Gopeng adalah sebuah bandar kecil yang terletak di negeri Perak, Malaysia. Bandar ini dikenali dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x