Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay di Ipoh Buatkan Anda Mahu “Check-In” Sekarang

Ipoh selalunya dikaitkan dengan pelbagai tempat pelancongan yang terkenal, sebagai contoh Sunway Lost World of Tambun yang merupakan sebuah taman tema air terkemuka di Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan untuk keluarga ataupun mereka yang ingin pergi bercuti dengan rakan-rakan untuk menempah tempat penginapan yang selesa sepanjang berada di pusat pelancongan. Oleh sebab itu, kami di Cari Destinasi telah menyediakan senarai homestay yang dilengkapi pelbagai kemudahan serta menepati citarasa semua.

Homestay yang kami senaraikan merupakan antara yang menawarkan ruangan-ruangan untuk bermacam tujuan, tidak kiralah untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama orang tersayang, ataupun untuk melakukan tugasan. Kebanyakan homestay yang kami pilih adalah istimewa, di mana keindahan alam semulajadi juga akan menjadi penyeri sepanjang tempoh percutian anda di Ipoh.

Apa tunggu lagi, mari lihat senarai homestay yang telah kami sediakan khas untuk anda.

10 Homestay Ideal di Ipoh


1. The Happy 8 Retreat X White House

Homestay The Happy 8 Retreat X White House mungkin bersesuaian untuk dijadikan tempat anda berehat untuk beberapa hari. Dengan dua pilihan bilik dengan satu bilik air setiap satu sama ada Arundina ataupun Jacaranda, anda boleh memilih mana-mana bilik yang lebih menepati citarasa! Bilik Arundina ialah bilik yang lebih besar, dan mempunyai pemandangan luar bilik yang hijau, lagikan indah. Bagi bilik Jacaranda pula, ianya merupakan bilik yang berkonsep terbuka. Langsir yang dibuka di hadapan katil akan memberikan anda pengalaman terbaik di mana anda disapa dengan keindahan alam semula jadi sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Buat anda sebagai tetamu, sudah semestinya anda akan berasa lebih dialu-alukan apabila homestay ini turut menyediakan ruangan untuk perkelahan. Ruangan ini bolehlah digunakan bagi memeriahkan suasana bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Dengan hanya 5 minit perjalanan untuk ke Lapangan Terbang Ipoh, perjalanan buat tetamu yang merancang untuk datang ke Ipoh menggunakan kapal terbang akan lebih mudah.

Alamat: 54, Jalan Haji Mohd Noordin, Kampung Melayu Sungai Rapat, 31350 Ipoh

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-311 7008


2. Ssue Silibin Ipoh Guest House

Homestay yang bertemakan ‘family home’ ini sangatlah sesuai untuk didiami tetamu yang ingin berasa selesa, bak berada di rumah sendiri. Ssue Silibin Ipoh Guesthouse turut menawarkan keselesaan tambahan dengan menyediakan meja belajar buat mereka yang perlu membawa kerja sepanjang bercuti. Oleh kerana homestay ini boleh memuatkan 10 hingga 15 orang tetamu, anda tidak perlu risau untuk membawa keluarga besar ataupun rakan yang ramai kerana disediakan juga 2 tempat letak kereta berbumbung dan juga 2 lagi di luar.

Dengan 3 buah bilik tidur yang baru diubah suai dan 2 bilik air, pengalaman anda di homestay Ssue Silibin ini pastinya terasa lengkap dan berbaloi. Untuk tetamu yang membawa kanak-kanak, homestay ini mempunyai ruang bermain juga buat si kecil.

Alamat: 479, Jalan Salibin, Taman Sri Wan Silibin 30010 Ipoh

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-8432193


3. The Tudor

Ingin menginap di homestay yang akan membuatkan anda berasa seperti karakter filem luar negara? The Tudor akan membuatkan impian anda menjadi kenyataan. Ini adalah kerana homestay ini didirikan dengan concept ‘cottage’ yang asalnya daripada England, dilengkapi dengan 9 buah bilik tidur yang luas dan cantik. Setiap bilik yang dipilih mempunyai balkoni dan juga bilik air persendirian, sesuai untuk mereka yang menyukai privasi. Sekiranya anda memilih Duplex Family Room, sebuah tangga akan membawa anda ke bilik tidur yang terletak di loteng yang pastinya memberikan pengalaman yang menyeronokkan.

Apabila anda tiba di The Tudor, anda bakal disapa dengan lobi yang elegan, dengan lampu ‘chandelier’ diperbuat daripada kristal gangsa dan dipenuhi lilin. Bukan itu sahaja, anda boleh meminta staf untuk menghias bilik mengikut tema sebelum anda tiba di homestay ini.

Alamat: 2, Persiaran Anderson, 30300 Ipoh

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-613 8874


4. Canning 33

Jikalau anda lebih kehendaki homestay yang lokasinya berdekatan dengan pelbagai tempat yang menarik, mungkin Canning 33 merupakan jawapannya. Dengan jarak hanya 1 kilometer, tetamu boleh menjumpai pelbagai tempat makan yang terbaik, sebagai contoh Hollywood Coffee Shop, Canning Dimsum dan juga Anika Selera Food Court. AEON Mall Kinta City pula berada 1 kilometer daripada Canning 33. Bolehlah disinggah oleh tetamu untuk membeli-belah sepanjang menginap.

Bagi keluarga yang besar, mereka boleh menempah family bungalow yang memuatkan 16 orang, dan mempunyai 6 buah pilihan bilik tidur yang kemas dan mempunyai 1 bilik air setiap satu bilik. Perabot yang disediakan di luar rumah boleh digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Lebih-lebih lagi, keselamatan anda akan terjaga dengan CCTV 24 jam.

Alamat: 33, Jalan Haji Wahab 31400 Ipoh

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-666 6279


5. Bercham SY Homestay 

Moden merupakan konsep yang difokuskan oleh SY Homestay ini, di mana seluruh rumah dihiaskan mengikut tona warna yang sejuk dan menyenangkan mata yang memandang. Dengan penilaian 9.6 daripada tetamu yang pernah menginap di sini, kebanyakan mereka menyatakan homestay ini sebagai kemas, bersih dan juga hostnya peramah. Penilaian mereka sudah cukup untuk membuktikan servis SY Homestay yang sangat mesra tetamu. Homestay ini berjarak 3.8 kilometer sahaja dengan Lost World of Tambun, jadinya mudahlah untuk anda berulang-alik dengan pantas. 4 buah bilik tidur yang boleh dipilih semuanya mempunyai 1 bilik air.

Restoran seperti ES Kitchen Ipoh dan Pusat membeli-belah Bercham Glamour Square adalah sangat berhampiran. Bank-bank ternama juga berdekatan, memudahkan proses transaksi anda jikalau perlu.

Alamat: 1, Hala Tasek Timur 11, Taman Mewah, 31400 Ipoh, Perak

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-5970 6332

Bercham SY Homestay


6. Austin Guest House

Austin Guest House menyediakan kemudahan Wi-fi percuma di semua bilik tidur yang dipilih oleh tetamu. Ada 4 pilihan bilik tidur di homestay ini, iaitu Superior Twin Room dengan 2 katil bersaiz single, Deluxe Triple Room dengan 1 katil single dan 2 katil queen, dan juga Deluxe Queen Room dan Standard Queen Room yang kedua-duanya mempunyai 2 katil queen. Untuk bilik air, terdapat 2 bilik air peribadi dan 3 bilik air kongsi. Malah, homestay ini mempunyai ruangan untuk menyimpan bagasi yang tersendiri, memudahkan urusan tetamu untuk mengatur bag-bag.

Stafnya merupakan mereka yang dilatih untuk protokol keselamatan, dan anda juga boleh meminta servis penghantaran makanan agar anda tidak perlu keluar membeli makanan sendiri. Untuk membeli snek atau makanan segar, anda boleh juga ke Econsave sejauh 250 meter.

Alamat: 30, Persiaran Wira Jaya Barat 29, Taman Ipoh Jaya, 31350 Ipoh

Waktu Operasi: Setiap hari

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-557 6388


7. Damai Anggun Villa

Dengan 3 bilik tidur di villa dua tingkat dan 2 lagi bilik tidur di chalet, Damai Anggun Villa sudah semestinya memberikan pengalaman menginap yang lain daripada yang lain. 3 buah bilik air di homestay termasuk 1 bilik air peribadi, 1 lagi yang dikongsi dan 1 bilik air di luar. Apa yang lebih menyeronokkan di homestay ini ialah kolam renang peribadinya yang besar! Selepas menggunakan kolam renang ini, mudah untuk anda membersihkan diri kerana disediakan bilik air di luar. Gazebo juga boleh digunakan untuk tetamu yang memerlukan ketenangan sepanjang bercuti.

Homestay ini amatlah mesra majlis, di mana anda boleh melakukan upacara yang akan dihiaskan oleh host secara besar-besaran. Untuk menambahkan kemeriahan, anda boleh menggunakan peralatan barbeku yang disediakan. Tetamu beragama Islam boleh juga menggunakan surau persendirian mereka dengan selesa.

Alamat: P5V2+Q2, 31200 Chemor, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-330 3834

Whatsapp Damai Anggun Villa


8. D’Comfy Homestay Ipoh

D’Comfy Homestay dilengkapi 4 buah bilik tidur yang berpendingin hawa beserta 3 buah bilik air. Bukan itu sahaja, tetamu boleh menggunakan 2 buah bilik tidur tambahan dengan kipas siling sekiranya yang sedia ada tidak mencukupi. Bagi mereka yang gemar menggunakan air yang panas atau suam untuk membersihkan diri, dua buah pemanas air disediakan di dua buah bilik air homestay ini. Tempat letak kereta di D’Comfy Homestay juga dapat memuatkan dua biji kereta yang dibawa tetamu.

Sangat banyak pilihan tempat makan sekiranya anda menginap di sini. Dengan perjalanan hanya 4 minit, anda boleh menjumpai KFC, McDonalds, Restoran Nasi Arab, restoran makanan Thai dan juga kedai Mamak. Untuk membeli barangan keperluan, Mydin juga berada hanya 5 minit perjalanan.

Alamat: 54, Jalan Meru Impian 8, Halaman Meru Impian, 30020 Ipoh

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-315 7916

Whatsapp D’Comfy Homestay Ipoh


9. Intan Homestay D’Meru Ipoh

Di Intan Homestay D’Meru Ipoh, anda akan berasa seperti berada di hotel, oleh kerana terdapat banyak kemudahan yang berkelas tinggi. Homestay ini mempunyai kolam renangnya yang tersendiri, sesuai untuk semua peringkat umur, dewasa ataupun kanak-kanak. Jumlah bilik tidur yang ditawarkan dalam rumah ialah tiga. Di luar sana mungkin terdapat homestay yang tidak menyediakan keperluan mandian yang lengkap, tetapi Intan Homestay turut menyediakan tuala mandi untuk tetamunya untuk 2 bilik air.

Gim di dalam homestay? Kedengaran mustahil tetapi homestay ini mempunyai kelengkapan gym mereka sendiri. Keselamatan tetamu sepanjang menginap sudah semestinya terjaga dengan sistem pagar yang rapi dan juga dengan adanya pengawal keselamatan. 3 minit perjalanan daripada homestay, anda boleh melawati Hutan Lipur Kledang Saiong, terkenal dengan Taman Periuk Kera.

Alamat: Residensi PR1MA Meru, Jalan Chemur, 31200 Chemor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-273 4383

Whatsapp Intan Homestay D’Meru Ipoh


10. Homestay Comfy Meru Ipoh

Satu lagi homestay di kawasan Meru iaitu Homestay Comfy, yang boleh memuatkan 10 orang untuk bermalam dan juga 17 orang untuk berkumpul. Disebabkan homestay ini mesra kanak-kanak, mereka menyediakan tempat bermain untuk kanak-kanak. Dengan jarak hanya 2 kilometer daripada Movies Animation Park Studios, tetamu yang membawa anak juga bolehlah pergi melawati tempat tersebut. Di dalam kesemua 4 bilik tidur, terdapat langsir bersifat ‘blackout’ yang memberikan tetamu keselesaan dan privasi yang lengkap. Homestay ini menyediakan 2 buah bilik air untuk tetamu.

Tetamu akan berasa sangat aman sepanjang menginap di sini kerana homestay ini dilengkapi dengan sistem keselamatan penggera dan juga servis ‘housekeeping’ setiap hari untuk kebersihan. Klinik 1 Malaysia terletak hanya 800m dari homestay, memudahkan urusan tetamu sekiranya berlaku masalah kesihatan.

Alamat: 33, Jalan Meru Mutiara 23, Taman Meru Mutiara, 30020 Ipoh

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-416 1300


Homestay-homestay tersenarai semestinya mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri, tidak kiralah dari segi kolam renangnya, keluasannya yang luar biasa, ataupun lokasinya yang terletak dekat dengan kawasan-kawasan tarikan di sekitar Ipoh. Oleh itu, eloklah anda membuat keputusan yang baik jika mahu menginap sementara di Ipoh.

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Penginapan di Ipoh yg Best

Di dalam bandaraya Ipoh terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang cantik, selesa, dan bersih dengan harga yang cukup berpatutan. Keindahan seni bina yang terpelihara...

Destinasi Nasi Ganja BEST di Ipoh – Memang KETAGIH

Kalau bercuti ke Ipoh,  salah satu menu makanan yang selalu orang Ipoh cadangkan adalah nasi ganja. Mula-mula dengar nama nasi ganja ini beberapa tahun...

Tiket Promo Lost Word of Tambun – Pasti TERMURAH!

Percutian ke Ipoh, memang tak lengkap jikalau anda tidak singgah ke Lost World of Tambun yang hanya terletak lebih kurang 15 minit daripada bandaraya...

7 Pilihan Homestay Terbaik di Tambun yang Menepati Citarasa Anda

Percutian yang menyeronokkan tidak akan sempurna tanpa adanya tempat penginapan yang menarik dan selesa. Setelah seharian anda bersiar-siar menikmati keindahan dan tempat menarik di...

45+ Tempat Menarik di Ipoh Perak – Destinasi Percutian di Ipoh PALING BEST

Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. Kalau anda orang KL atau JB, pasti akan...

6 Restoran Steamboat yang Sedap di Ipoh, Perak!

Hujung minggu merupakan waktu yang tepat untuk makan dan borak santai bersama semua ahli keluarga dan rakan-rakan, contohnya steamboat. Apakah syarat steamboat yang sedap...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sang kancil
Sang kancil
6 months ago

Mohon admin sharekan homestay yang ade private pool ya, ingat nak bawa anak2 ke ipoh masa cuti sekolah nanti.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x