6 Restoran Steamboat yang Sedap di Ipoh, Perak!

Hujung minggu merupakan waktu yang tepat untuk makan dan borak santai bersama semua ahli keluarga dan rakan-rakan, contohnya steamboat. Apakah syarat steamboat yang sedap bagi anda? Banyak pilihan makanan? Restoran yang selesa dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik? Jom tengok senarai enam restoran steamboat yang sedap di Ipoh, yang telah memperoleh 4.0 bintang dan ke atas dan menerima banyak ulasan positif di Google Review!

6 Restoran Steamboat di Ipoh


1. MAYA Steamboat & BBQ, Taman Jubilee

MAYA Steamboat & BBQ, Taman Jubilee

Adakah anda sedang mencari tempat makan steamboat di Ipoh yang tidak sesak, susunan meja yang tidak rapat antara satu sama lain, dan terletak di tempat yang luas? Jom datang ke Maya Steamboat & BBQ ini!

Restoran ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai anak-anak kecil dan bilangan ahli keluarga yang besar. Jangan risau, kawasan parkir yang disediakan di sini juga sangat luas dan banyak! 

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal dari tarikh sebenar untuk mengelakkan meja penuh. Ini kerana ramai juga pelanggan yang datang ke restoran ini.

Bukan itu saja, persekitaran di restoran ini jua selesa, airy, servis pekerja yang bagus, serta pilihan makanan yang banyak. Semestinya restoran ini layak memperoleh 4.6 bintang di Google Review!

Satu bonus untuk anda yang merupakan penggemar makanan Jepun: Maya Steamboat & BBQ turut menyediakan satu station untuk teppanyaki dan yakitori. Menarik, bukan? Bolehlah anda kunjungi ke sini untuk steamboat yang sedap serta makanan Jepun!

Alamat: Lot 34496, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin – Ahad (4:00 pm – 11:00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp MAYA Steamboat


2. Susuka Steamboat and Grill, Kinta Riverwalk

Susuka Steamboat and Grill, Kinta Riverwalk

Berdasarkan gambar di atas, anda pasti dapat membayangkan suasana aman damai di dalam restoran, bukan? Susuka Steamboat and Grill ini terletak di tepi jalan dan mudah untuk anda spot on! Restoran halal ini juga telah memperoleh 4.6 bintang di Google Review.

Di samping harga berpatutan dan murah, anda boleh menikmati steamboat dengan selesa dan nyaman sekaligus menerima servis yang tiptop oleh para pekerja di restoran ini. 

Anda juga ditawarkan pelbagai pilihan makanan untuk steamboat seperti makanan laut, marinated chicken dan marinated beef untuk grill. Jangan lupa untuk bawa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk makan di sini! Totally worth every penny!

Alamat: Lot 12 Kinta Riverwalk, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (5:00 pm – 10:00 pm), Sabtu & Ahad (5:00 pm – 10:30 pm), Isnin (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Susuka


3. Zul Yahya Steamboat & BBQ, Bandar Meru Raya

Zul Yahya Steamboat & BBQ, Bandar Meru Raya

Siapa yang tidak kenal akan Zul Yahya, pelakon terkenal tanah air? Restoran yang dimiliki beliau ini telah memperoleh 4.3 bintang dan hampir 900 ulasan pelanggan di Google Review. Tidak hairanlah restoran ini selalu dikunjungi ramai orang!

Bagi anda yang sedang mencar steamboat yang segar dan murah tapi dengan kualiti terbaik, jom datang ke sini! Bukan hanya itu, anda juga boleh refill air sekerap mana yang anda mahu, di samping menjamah side dish yang disediakan seperti kuih dan aiskrim.

Harga yang dikenakan juga berpatutan dan murah jika dibandingkan dengan restoran yang lain dengan servis dan kualiti yang tiptop seperti Zul Yahya Steamboat & BBQ.

Restoran ini juga sesuai untuk anda yang ingin membawa keluarga atau rakan-rakan bersama kerana keadaan restoran yang luas dan selesa. Sambil makan, boleh la anda melihat sendiri Zul Yahya, dan mungkin juga mendapatkan autograph beliau, bukan?

Alamat: No 1, 1A & 1B, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12:30 pm – 11:00 pm), Sabtu & Ahad (12:30pm – 11:30pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Zul Yahya Steamboat


4. Pulau Sauna Thai BBQ Steamboat, Jelapang

Pulau Sauna Thai BBQ Steamboat, Jelapang

Walaupun nama restoran ini adalah Pulau Sauna Thai BBQ Steamboat, restoran ini sebenarnya bukanlah terletak di pulau. Ia sebenarnya terletak di kawasan yang lapang, memberikan anda cool night vibes sambil anda menikmati masakan steamboat. 

Selain itu, restoran Pulau Sauna Thai BBQ Steamboat ini telah memperoleh 4.3 bintang di Google Review. Menurut ulasan, restoran ini selesa, tenang, mempunyai bilangan meja yang banyak, dan servis yang diberikan oleh para pekerja di sini juga terbaik. 

Berdasarkan gambar-gambar di Google Review, anda dapat melihat persekitaran restoran ini sangat best. Bukan itu saja, pilihan makanan dan minuman di restoran ini juga menyelerakan.

Alamat: 42, Jalan Jelapang 2, Jelapang, 30020 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin – Ahad (5:00 pm – 11:00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Pulau Sauna


5. MP BBQ Steamboat, Jalan Sultan Abdul Jalil

MP BBQ Steamboat, Jalan Sultan Abdul Jalil

Anda ingin membuat reunion dengan rakan sekolah di restoran steamboat di Ipoh? Di sinilah tempat yang kami sarankan, MP BBQ Steamboat. Restoran yang luas dan kids friendly ini telah memperoleh 4.0 bintang dan lebih 800 ulasan pelanggan di Google Review.

Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan di MP BBQ Steamboat. Pilihan makanan yang disediakan juga banyak, antaranya ayam, dagin, makanan laut, sayur-sayuran, dan juga dessert seperti cendol dan ais kacang yang boleh custom made! Dan sekiranya anda juga ingin menikmati fresh oyster, jemput datang ke restoran MP BBQ Steamboat ini!

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, anda boleh biarkan mereka bersuka-ria di claw machine yang turut disediakan di dalam restoran ini. Bolehlah anda sebagai ibu bapa untuk menikmati steamboat dengan tenang, bukan ?

Alamat: MP BBQ Steamboat, 104A, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin – Ahad (4:00 pm – 12:00 am)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp MP BBQ


6. Lepak Santai Steamboat & Grill, Pusat Perniagaan Lang Jaya

Lepak Santai Steamboat & Grill, Pusat Perniagaan Lang Jaya

Anda ingin makan steamboat mewah sambil lepak dengan rakan-rakan? Ayuh datang ke Lepak Santai Steamboat & Grill di Ipoh! Berbekalkan RM35 seorang, anda boleh menikmati segala hidangan untuk steamboat sedap yang mereka sediakan.

Bukan hanya makanan sedap, tetapi persekitaran restoran yang besar, luas, selesa dan juga kawasan parkir yang luas turut disediakan untuk para pelanggan. Restoran steamboat di Ipoh ini juga mengamalkan konsep terbuka (open space) dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Menarik, bukan?

Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan servis yang disajikan di sini. Tidak hairanlah restoran Lepak Santai Steamboat & Grill ini memperoleh 4.0 bintang dan lebih 300 ulasan pelanggan di Google Review. Jangan lupa untuk try steamboat di restoran ini jika anda berkunjung ke Ipoh!

Alamat: Vivo Square, Jalan. Kuala Kangsar, Pusat Perniagaan Lang Jaya, 30010 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Isnin – Ahad (4:00 pm – 12:00 am)

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Lepak Santai


Kami harap senarai ini dapat memberi pengalaman manis bagi setiap penggemar steamboat yang berada di Ipoh, Perak. Jangan lupa untuk survey dahulu harga di setiap restoran bagi mengelakkan anda terlebih belanja, lagi-lagi jika anda ingin membawa ramai kawan atau ahli keluarga.

Selain itu, pastikan anda tidak membazir sewaktu mengambil makanan yang banyak dan pelbagai pilihan itu. Ambillah pada kuantiti yang sedikit dahulu dan makan dengan hemat dan cermat.

Jika anda teringin untuk merasa nasi ganja juga, anda boleh membaca artikel kami tentang Destinasi Nasi Ganja BEST di Ipoh – Memang KETAGIH. Kami pasti anda akan enjoy makan nasi ganja, atau dikenali sebagai nasi waggey, di sini! Namun, jika anda tidak minat semua makanan yang kami telah sarankan ini, anda boleh juga lihat 20+ Tempat Makan BEST di Ipoh Perak – Sememangnya HALAL. 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

20+ Tempat Makan BEST di Ipoh Perak – Sememangnya HALAL

Di Perak memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan serta keluarga anda. Tempatnya memang cantik-cantik belaka yang pasti dapat menjadi kenangan...

7 Pilihan Homestay Terbaik di Tambun yang Menepati Citarasa Anda

Percutian yang menyeronokkan tidak akan sempurna tanpa adanya tempat penginapan yang menarik dan selesa. Setelah seharian anda bersiar-siar menikmati keindahan dan tempat menarik di...

10 Homestay di Ipoh Buatkan Anda Mahu “Check-In” Sekarang

Ipoh selalunya dikaitkan dengan pelbagai tempat pelancongan yang terkenal, sebagai contoh Sunway Lost World of Tambun yang merupakan sebuah taman tema air terkemuka di...

Senarai Tempat Shopping di Ipoh yg POPULAR

Ipoh, sebuah bandar yang terletak di negeri Perak, dikenali dengan keindahan warisan sejarahnya, makanan enak, serta destinasi membeli-belah yang menarik. Terdapat pelbagai pilihan tempat...

10 Tempat Penginapan di Ipoh yg Best

Di dalam bandaraya Ipoh terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang cantik, selesa, dan bersih dengan harga yang cukup berpatutan. Keindahan seni bina yang terpelihara...

45+ Tempat Menarik di Ipoh Perak – Destinasi Percutian di Ipoh PALING BEST

Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. Kalau anda orang KL atau JB, pasti akan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Baharom
Baharom
1 year ago

Saloma steamboat paling best kami pergi yg atas tu semua biasa2 je

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x