Kalau bercuti ke Ipoh, salah satu menu makanan yang selalu orang Ipoh cadangkan adalah nasi ganja. Mula-mula dengar nama nasi ganja ini beberapa tahun lepas, terbayang kepala akan ting-tong selepas makan. Sekiranya anda masih belum dapat bayangkan bagaimana rupanya nasi ganja ini, sebenarnya ianya merupakan nasi kandar, cuma namanya agak ‘tuttt’.
Mungkin kerana kesedapannya yang sangat luar biasa membuatkan pelanggan ketagih maka, nama nasi ditukar kepada nasi ganja. Ada juga sesetengah orang memanggil nasi ganja sebagai nasi waggey. Dulu ada khabar angin yang mengatakan ketagihan ini disebabkan oleh biji kaskas yang digunakan di dalam masakan yang mungkin membuatkan namanya menjadi nasi ganja.
Destinasi nasi ganja yang popular di Ipoh
Salah satu destinasi nasi ganja yang popular di Ipoh ialah di Restoran Yong Suan yang terletak berhadapan dengan Hotel Bajet Memori Ipoh. Nama restorannya adalah nama Cina dan pekerja yang menyediakan menu nasi ganja adalah India dan ada juga Melayu. Memang sangat muhibah konsepnya.
Setiap kali waktu lunch memang ramai orang tidak kira bangsa yang datang ke sini untuk mendapatkan stok nasi ganja. Bahkan kalau pada waktu puncak, siap kena beratur sampai ke luar. Restoran ini memang sudah lama bertapak di Ipoh dan suasana kejiranan sekeliling dengan binaan rekabentuk bangunan lama membuatkan anda terasa seperti kembali ke era 80-90 an.
Seperti biasalah, sebaik melangkah masuk ke kedai, pengunjung dah boleh bau-bau kari-kari yang pasti membuatkan nafsu makan bergelora. Pilihan menu lauk seperti di kebanyakan restoran nasi kandar lain sama ada kari-kari, goreng-goreng dan sebagainya.
Peta Lokasi | Jarak | +6052544314
Datang awal kalau anda bukan seorang yang penyabar
Semua orang yang belum pernah cuba nasi ganja memang sudah tentu akan sangat teruja apabila datang ke sini namun kalau dah sampai tapi meja full dan kena beratur panjang, memang potong stim.
Tambahan pula, restoran ini tidaklah besar sangat dan agak sempit walaupun corner lot.
Jadi, adalah molek rasanya datang ke sini lebih awal sebelum pukul 12 untuk mendapatkan seat dan hidangan lauk-pauk yang masih panas.
Selain daripada nasi ganja yong suan, ade nasi ganja yang lain di ipoh yg sedap? Sebab selalu dengar nasi ganja yong suan tu kena beratur panjang.
Aritu first time beli tahun 2020 bulan jun. Mmg beratur panjang. Lepas beli kt yong suan, sy pegi beli kt m salim pula. Sama ja beratur. Hujung ke hujung kedai nya. Bagi saya, tekak saya, sy lebih suka m salim. Kuah nya sedap pedas pekat n ayam nya pun lebih berperisa. Yong suan kurg kick. Sy boleh makan 2bungkus yg m salim punya tak muak. Alhamdulillah. Ibu bapa sy pula lebih prefer yong suan. Tekak masing2. New Hollywood punya nasi kandar juga boleh tahan. Sepinggan masa tu 2020, rm7. Sedap. Teh o ais nya sedap. Kalau taknak beratur pjg di… Read more »
Over rated place. Food so so only. nothing great.
Sy dari kl datang ipoh so nak try la ramai kata sedap.. bila datang baru mak masuk kedai, busuk gila kedai bau hanyir, kedai nampak kotor, bahagian lauk pun kotor.. takde selera la nak makan haha
ni kedai dkt yong suan ke?..bru nak pi sabtu ni
poyo lah.. kata aje tak nak makan dengan cina.
majoriti kata sedap, sebab tu beratur dari pagi. Kalau tak sedap, takde orang nak repeat makan sini.
Lain org lain rasa .
xsedap..xpayah pegi rugi minyak aje
Makan tadi. Maaflah xleh piiii. Ratah ayam saja. Ayam gurin ngn teh ais sedap. Nasik and kuah muah memang ceq makan 2 percent saja. Takkan repeat dan xkan rekomen pada sedara mara.
Makan masa.lapor sahaja