Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village – Indah & Tenang

Jika anda mencari destinasi percutian yang unik dan menarik di Perak, tidak ada tempat yang lebih sesuai daripada Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village di Gunung Rapat, Ipoh. Berlokasi di kawasan perumahan yang tenang, kampung budaya ini menawarkan pengalaman yang menyentuh hati dengan gabungan pameran budaya, seni, dan pelbagai aktiviti rekreasi.

Keunikan Budaya & Seni di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village


Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Qing Xin Ling, yang bermaksud Kampung Sejuk dalam Bahasa Mandarin, merupakan sebuah tempat yang bakal memikat hati anda dengan keunikan dan keindahan semula jadi yang cukup indah dan sempurna. Kampung ini merupakan satu bentuk seni yang merangkumi budaya masyarakat dalam suasana yang damai, di mana keadaan ini telah mencipta persekitaran yang sempurna untuk anda melakukan pelbagai aktiviti rekreasi dan juga pembelajaran.

Tempat percutian unik yang menarik perhatian di negeri Perak, Qing Xin Ling Leisure & Cultural ini sebenarnya merupakan sebuah kawasan perumahan tetapi bukan perkampungan biasa yang anda lihat di merata tempat. Di sini, anda bakal merasai pengalaman pelancongan yang berbeza dari destinasi lain yang pernah anda kunjungi.

Dikelola oleh Persatuan Buddha Qing Xing Ling, taman ini tidak hanya menampilkan elemen keagamaan tetapi juga menghadirkan suasana retro yang membawa kita kembali ke tahun 60-an dan 70-an. Di mana lagi anda nak cari tempat yang klasik penuh dengan nostalgia lama yang membawa beribu kenangan jika bukan Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village ini?

Keunikan Suasana Retro


Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Pengalaman di Qing Xin Ling bukan sekadar lawatan biasa. Dengan suasana retro yang dihasilkan oleh semua perabot dan artifak vintaj yang terdapat di sini, ia telah pun mencipta rasa nostalgia terhadap gaya hidup dan budaya Ipoh pada masa lalu. Anda juga akan melihat pelbagai pameran-pameran yang penuh dengan kebudayaan seperti rumah lama 1960-an, penjual jalanan, koleksi antik, dan pokok harapan yang menjadi daya tarikan utama taman kebudayaan ini.

Pameran Menarik dan Aktiviti Rekreasi untuk Semua Pengunjung di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village


Pameran Menarik dan Aktiviti Rekreasi

Bukan sahaja cantik dan penuh dengan informasi masa lalu, tempat menarik Perak ini juga turut menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang memastikan kunjungan anda ke sini penuh dengan pengalaman yang tak dapat anda lupakan. Berikut adalah beberapa aktiviti menarik yang boleh anda nikmati di sini iaitu:

1. Berbasikal Mengelilingi Kampung

Berbasikal Mengelilingi Kampung

Aktiviti paling menarik yang boleh anda lakukan di Qing Xin Ling adalah berbasikal di sekitar kampung untuk merasai sendiri suasana yang penuh nostalgia ini. Terdapat tiga pilihan jenis basikal yang boleh dipilih dan ia adalah percuma, iaitu basikal solo, basikal tandem, dan basikal keluarga. Dengan melakukan aktiviti berbasikal ini anda dapat mengeksplorasi kampung dengan cara yang lebih santai dan penuh menyeronokkan.

2. Rumah Vintaj dan Alat Muzik Tradisional

Rumah Vintaj dan Alat Muzik Tradisional

Di sekitar tasik yang damai ini juga, terdapat bangunan gaya chalet dengan pameran rumah vintaj dari tahun 60-an yang pastinya akan memukau pandangan anda. Rumah ini menampilkan alat muzik tradisional Cina dan rumah teh tradisional Cina, dan juga rumah Melayu ala kampung.

3. Rekod Vinil dan Rumah Orang Cina

Rekod Vinil dan Rumah Orang Cina

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat sebuah rumah dua tingkat yang direka bentuk seperti rumah orang Cina tipikal dari tahun 60-an. Kami pasti rumah ini juga bakal memukau pandangan anda dengan pelbagai koleksi rekod vinil menarik yang dijaga baik sejak dari tahun 70-an lagi. Rumah ini juga turut dipesonakan dengan pemandangan kolam ikan dengan latar belakang bukit batu kapur yang mencipta suasana yang cukup sempurna untuk merakam kenangan indah anda di sini.

4. Galeri Warisan Mengimbau Pengalaman Masa Lalu

Galeri Warisan Mengimbau Pengalaman Masa Lalu

Bersebelahan dengan pokok harapan, terdapat sebuah Galeri Warisan yang bakal membawa anda mengimbau kembali sejarah hidup masyarakat yang menghuninya lima puluh tahun yang lalu. Anda dapat lihat reka bentuk perabot, pakaian, dan aksesori vintaj yang sangat realistik betul-betul di depan mata anda sendiri. Dalam galeri ini juga, anda akan dapat lihat organ lama, kotak juke berfungsi, radio lama, dan mesin jahit lama yang membawa kenangan manis masa lalu. Menarik kan?

5. Memory Lane Menyingkap Perjalanan ke Bandar Lama Ipoh

Galeri Warisan Mengimbau Pengalaman Masa Lalu

Memory Lane, yang merupakan sebuah lorong sempit di atas bukit batu kapur, ini juga bakal membawa anda ke bandar lama Ipoh yang penuh dengan kedai-kedai vintaj. Anda akan dapat melihat pelbagai replika menarik kedai-kedai seperti kedai mi wonton, kedai gunting rambut, dan kedai tukang jahit lama mencipta suasana autentik zaman lampau.

6. Mengambil Gambar di Pelbagai Sudut Menarik

Mengambil Gambar di Pelbagai Sudut Menarik

Bagi anda yang suka bergambar, tempat menarik Perak ini adalah tempat terbaik untuk mencetak kenangan anda pada sekeping gambar yang menarik. Di Qing Xin Ling village ini, terdapat banyak sudut yang Instagramable yang boleh anda pilih untuk merakam momen-momen terindah anda di tempat best Perak ini!

7. Keunikan Pohon Beringin

Keunikan Pohon Beringin

Salah satu tarikan utama di Qing Xin Ling Village ialah pohon beringin yang berdiri dengan cukup megah meredupkan bumi sejauh mata memandang. Pohon ini disulam dengan ribuan reben merah, memberikan suasana mistik dan tenang. Satu tradisi menarik yang boleh anda sertai ialah menulis keinginan anda pada sekeping kertas dan melekatkannya pada reben merah sebelum melemparkannya ke pohon. Kos yang rendah, hanya RM3, membuat pengalaman ini lebih bermakna.

8. Keindahan Tasik yang Tenang

Keindahan Tasik yang Tenang

Balkoni cantik di hadapan pintu masuk menawarkan pemandangan indah tasik yang tenang. Ambillah peluang untuk mengabadikan keindahan alam ini dengan mengambil gambar yang cantik sebanyak yang mungkin. Suasana damai dan kehijauan di sekitar tasik menjadikan tempat ini sesuai untuk menghilangkan stres dan merehatkan minda yang sering dibelenggu masalah.

Waktu Operasi & Maklumat Penting Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village


Waktu Operasi & Maklumat Penting Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Berikut merupakan waktu operasi kampung kebudayaan ini yang perlu anda tahu iaitu:

Ahad: Ditutup
Isnin hingga Sabtu: 9:30 pagi – 5:00 petang

Untuk ke sini, anda dinasihatkan merancang lawatan mengikut jadual waktu operasi yang telah ditetapkan untuk mengelakkan anda berdepan dengan sebarang kesulitan lalu mencacatkan mood percutian anda ke sini.

Cara Mudah ke Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village


cara ke destinasi

Jika anda bercadang hendak ke sini dengan menaiki pengangkutan awam, diingatkan bahawa di sini tiada akses untuk pengangkutan awam disebabkan laluannya yang agak sempit. Oleh itu, adalah lebih sesuai untuk anda berkunjung ke tempat best di Perak ini dengan menggunakan kenderaan persendirian.

Namun, jika anda bukanlah penduduk tempatan Malaysia, antara cara untuk anda ke sini adalah dengan cara menyewa kereta secara dalam talian atau luar talian melalui aplikasi yang tersedia. Alternatif lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan Grab car untuk keselesaan dan lebih memudahkan anda. Perjalanan untuk ke sini pula jika anda datang dari Ipoh Old Town, ia akan mengambil masa kira-kira 20 hingga ke 30 minit. Namun, jangan risau tentang parking, kerana di sini disediakan tempat letak kereta terbuka yang sangat luas yang terletak berdekatan dengan kaunter tiket.

Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak

Lokasi

Harga Tiket Masuk Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village


Sebelum memulakan pengembaraan di Qing Xin Ling, adalah penting untuk anda mengetahui harga tiket masuk sebagai persediaan awal bajet kewangan anda. Berikut adalah butiran harga tiket yang perlu anda ketahui iaitu:

Untuk rakyat Malaysia: RM12/orang (percuma untuk kanak-kanak yang berusia di bawah 7 tahun)
Untuk pelawat asing: RM20/orang

Tiket pula anda boleh beli di kaunter tiket yang terletak berdekatan dengan tempat letak kereta terbuka. Bagi yang ingin mendapatkan panduan lebih mendalam mengenai tempat menarik Ipoh ini, pemandu pelancong juga turut disediakan namun anda perlu membayar mereka dengan bayaran tambahan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Bagi anda yang datang melancong ke sini dalam satu kumpulan besar, adalah disarankan untuk menghubungi pihak Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh kunjungan anda ke sini untuk mereka lakukan persediaan awal.

Penginapan Terbaik Berdekatan dengan Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village


Dalam merancang perjalanan ke Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village, pemilihan penginapan yang selesa dan berpatutan merupakan keputusan yang penting. Untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak, kami telah menyusun senarai penginapan terbaik yang terletak berdekatan dengan destinasi menarik Ipoh ini iaitu:

1. White House Homestay Ipoh

White House Homestay Ipoh

White House Homestay, terletak hanya beberapa minit dari Qing Xin Ling, homestay di Ipoh ini menawarkan pengalaman menginap yang memenangkan hati anda. Kebersihan merupakan keutamaan utama, dengan bilik yang dijaga dengan baik dan pelbagai lagi kelengkapan menarik yang lain. Bukan hanya itu, kakitangan yang mesra di White House Homestay sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan maklumat kepada anda sekiranya anda memerlukannya.

Semak Harga

2. Hotel Symphony Suites

Hotel Symphony Suites

Hotel Symphony Suites, satu lagi pilihan popular, menawarkan penginapan yang selesa dengan bilik yang luas dan katil yang selesa. Dengan pemandangan indah gua yang dapat dilihat dari tingkap bilik, anda akan merasa damai dan rileks sepanjang penginapan anda di Ipoh, Perak ini.

Semak Harga

3. Hotel De Parkview

Hotel De Parkview

Hotel De Parkview menjanjikan suasana bersih dengan kakitangan yang ramah. Bilik yang bersih dan terurus serta tuala yang mencukupi akan memenuhi keperluan anda sepanjang penginapan. Selain itu, kelebihan lain ialah pelbagai pilihan makanan berdekatan. Jadi, selepas hari yang penuh dengan aktiviti di Qing Xin Ling, anda boleh mengisi perut dengan pelbagai hidangan yang memuaskan selera di sekitar hotel ini.

Semak Harga


Dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan, Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village merupakan destinasi percutian yang sempurna di Perak. Dengan menggabungkan elemen budaya dan rekreasi, kampung ini memenuhi citarasa pelancong yang mencari pengalaman yang unik dan bermakna.

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village adalah tempat percutian menarik di Ipoh yang memadukan keunikan suasana retro dengan elemen keagamaan. Jika anda mencari destinasi pelancongan yang unik dan berbeza di Ipoh, Perak, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan taman menarik ini.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa Ipoh & Taiping Yang Best & Murah

Adakah anda mempunyai perancangan untuk bercuti ke negeri Perak? Negeri Perak kaya dengan keindahan semula jadi seperti pulau pelancongan, hutan lipur, air terjun dan...

20+ Tempat Makan BEST di Ipoh Perak – Sememangnya HALAL

Di Perak memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan serta keluarga anda. Tempatnya memang cantik-cantik belaka yang pasti dapat menjadi kenangan...

11 Kafe TOP Di Ipoh

Jika sebut nama kafe sudah tentu anda akan membayangkan akan suasana kafe yang sunyi, hiasan dalaman yang estetik dan ala-ala hipster. Harga pula pasti...

10 Tempat Penginapan di Ipoh yg Best

Di dalam bandaraya Ipoh terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang cantik, selesa, dan bersih dengan harga yang cukup berpatutan. Keindahan seni bina yang terpelihara...

Tiket Promo Lost Word of Tambun – Pasti TERMURAH!

Percutian ke Ipoh, memang tak lengkap jikalau anda tidak singgah ke Lost World of Tambun yang hanya terletak lebih kurang 15 minit daripada bandaraya...

6 Restoran Steamboat yang Sedap di Ipoh, Perak!

Hujung minggu merupakan waktu yang tepat untuk makan dan borak santai bersama semua ahli keluarga dan rakan-rakan, contohnya steamboat. Apakah syarat steamboat yang sedap...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x