Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Bukit Merah Laketown Resort-Taman Tema Seisi Keluarga

Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat popular di kalangan warga setempat & pelancong luar. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini sama seperti di kebanyakan taman tema yang lain seperti bersuka ria sambil bermandi manda bersama rakan-rakan serta keluarga. Memang banyak tarikan menarik yang boleh anda dapatkan di sini. Yang pastinya ianya akan memberikan satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan oleh anda sekeluarga terutamanya anak-anak anda.

Selain bermain di taman tema, di sini juga anda boleh melakukan banyak aktiviti-aktiviti luar yang menyeronokkan. Harga yang ditawarkan untuk masuk dan bermain di tempat ini juga memang sangat berbaloi. Anda pasti takkan menyesal.


Tarikan di Bukit Merah Laketown Resort

1. Laketown Waterpark 

water park

Bagi yang belum pernah ke Bukit Merah, taman tema air mereka merupakan salah satu tarikan utama. Maklumlah, orang kalau dah pergi bercuti sambil bawa anak-anak mestilah nak pergi ke taman tema air yang ada gelongsor dan macam-macam lagi. Di sini, boleh dikatakan besar dan banyak juga permainan air yang boleh dicuba. Mereka ada lebih kurang 14 jenis permainan termasuk beberapa untuk kanak-kanak. Ibu bapa yang membawa anak tu kena selalu perhatikan anak-anak agar mereka bermain dengan selamat walaupun permainan di sini memang dijamin selamat. Antara permainan yang ada ialah gelongsor air dan pantai berombak. Anda juga boleh menyewa pelampung untuk bermain gelongsor air di sini.

Waktu Operasi:

Isnin, Rabu & Khamis: 11:00 a.m. – 6:00 p.m.

Jumaat – Ahad: 10:00 a.m. – 6:00 p.m.

Cuti sekolah & Cuti umum: 10:00 a.m. – 6:00 p.m.

Selasa tutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Harga tiket:

  • Mykad – Dewasa (RM 40); Kanak-kanak (RM30); Warga Emas (60 keatas) & OKU (RM 20)
  • Tanpa Mykad – Dewasa (RM 45); Kanak-kanak (RM35)

2. Laketown Ecopark

ecopark

Selain dapat bermandi-manda, di sini juga anda dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang cantik. Anda boleh menaiki Skycycle dimana anda akan kayuh sendiri mengelilingi hutan hujan. Kepada pencinta haiwan, anda juga boleh melihat haiwan-haiwan yang jinak seperti ayam dan arnab serta haiwan liar seperti buaya. Aktiviti sebegini memang sesuai untuk anak-anak anda yang sedang membesar kerana dapat membuka minda mereka menerokai perkara baru. Anda memang digalakkan untuk berinteraksi denga haiwan-haiwan yang berada disini untuk belajar lebih lanjut tentang mereka. Nak bagi makan dan belai-belai haiwan pun tiada masalah. Tapi bukan semua haiwan boleh dibelai ya.

Selain itu, anda juga boleh belajar tentang tumbuhan yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan di Tropical Trek. Memang banyak benda boleh dipelajari untuk menambah ilmu pegetahuan anda.

Waktu Operasi:

Isnin – Ahad: 10.00 am – 6.00 pm (kemasukan sehingga 5.15 pm sahaja)

Selasa tutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Harga tiket:

  • Ecopark – Dewasa (RM 20); Kanak-kanak (RM13)
  • Skycycle – Dewasa & Kanak-kanak (RM 6)

3. Laketown Adventure Park

adventure park

Kepada anda yang rasa main gelongsor air tu tak menacabar, anda wajib pergi ke Laketown Adventure Park. Mereka ada menyediakan banyak aktiviti-aktiviti yang pasti akan memberikan satu pengalaman baru kepada anda. Aktiviti-aktiviti seperti zipline dan laluan mencabar (obstacle course) boleh dilakukan di sini tau. Anda yang main di sini kena sentiasa berhati-hati dan ikut segala peraturan dan arahan yang telah ditetapkan agar tak jadi perkara yang tidak diingini. Akan tetapi, anda tak perlu risau kerana mereka ada berikan peralatan keselamatan ketika anda melakukan aktiviti mencabar ini. Paling penting anda kena sentiasa memakai topi keselamatan. Ada juga pengajar yang akan memberi tunjuk ajar dan menjaga di setiap aktiviti.

Bayaran:

  • Kids Practice Course – RM10
  • Single Zipline – RM15
  • Zipmania – RM25

4. Laketown Recreation Park

recreation park

Di Laketown Recreation Park ni, anda boleh melakukan banyak aktiviti rekreasi yang menarik untuk menggerakkan badan anda. Memang macam-macam aktiviti menarik yang boleh anda lakukan jika ke sini. Aktiviti seperti berkayak, berbasikal dan memanah menjadi pilihan pengunjung mereka. Anda memang tidak boleh lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik ini. Kalau anda naik kayak ataupun basikal, anda boleh pusing-pusing kawasan resort ini sambil melihat pemandangan dan hutan hujan yang memukau. Memang seronok pergi ke sini lagi-lagi kalau anda pergi beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Apa yang paling menarik ialah mereka juga terdapat aktiviti memancing bagi anda yang memang kaki pancing ataupun baru nak berjinak-jinak. Joran ada disediakan jika anda takda joran sendiri. Ianya paling menarik kerana anda boleh sahaja memancing di balkoni rumah penginapan kalau anda tinggal di Kampung Air.

Bayaran:

  • Kayak: bermula dari RM 15
  • Cruise: bermula dari RM 10
  • Memancing: bermula dari RM 12
  • Memanah: bermula dari RM 10
  • Nature Trekking: bermula dari RM 15

Sila klik di sini untuk melihat promosi dan pakej mereka.

5. Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah

yayasan orang utan

Alang-alang dah ke Bukit Merah Laketown Resort, satu lagi tarikan yang boleh anda kunjungi ialah ke Pulau Orang Utan atau juga dikenali sebagai Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah yang merupakan satu-satunya santuari atau pusat penjagaan orang utan yang ada di Semenanjung Malaysia. Seronok dapat tengok orang utan sambil-sambil belajar tentang mereka dan memberi kesedaran untuk menjaga alam sekitar agar mereka tidak pupus. Pekerja mereka akan memberikan penerangan tentang habitat orang utan di sini dan anda akan dapat mempelajari tentang mereka.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 058908110

Harga Tiket:

*Termasuk dengan perjalanan bot di tasik 2 hala pergi & balik:

  • Dewasa (Warganegara Malaysia & 18 tahun ke atas):
    • RM 30 seorang
  • Kanak-kanak (Warganegara Malaysia & 18 tahun ke bawah):
    • RM 18.00 seorang
  • Warga Emas (Warganegara Malaysia & 55 tahun ke atas):
    • RM 15 seorang
  • Pakej Keluarga yang mempunyai MyKad
    • RM 100 (2 dewasa + 3 orang kanak-kanak)
    • RM 90 (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
  • Pelancong asing (dewasa/kanak-kanak/warga emas):
    • RM 36 seorang

Bagi warganegara Malaysia pastikan anda menunjukkan MyKad anda ketika membeli tiket di kaunter.

*harga mungkin berubah dari masa ke semasa


Tempat Makan

1. Lake Park Komer

lake park

Makan sambil dapat tengok pemandangan tasik yang cantik boleh didapati jika anda makan di Lake Park Komer yang merupakan sebuah kedai makan ala kopitiam. Ini merupakan kedai makan utama di Laketown Resort. Antara sajian yang ada ialah Nasi Hujan Panas, Bihun Goreng dan Mi Kari. Memang sedap-sedap belaka makanan di sini. Harga pula adalah standard untuk makanan dalam taman tema. Maklumlah, mana boleh bawa makanan dari luar masuk ke sini. Anda boleh pilih nak makan kat dalam ataupun kat luar. Kalau luar tu, anda akan nampak pemandangan tasik dengan lebih dekat.

2. Ripples Hawker Centre

hawkers

Di sini ada juga tempat makan ala-ala warung tepi jalan ataupun medan selera. Mereka ada menjual banyak makanan yang sememangnya sedap-sedap belaka. Anda boleh pilih juadah seperti nasi lemak dan nasi goreng. Kalau nak makan benda sejuk, anda boleh je beli ais kacang di sini. Ais krim juga banyak di jual kalau-kalau anda pergi pada hari panas. Tempat makan ni agak panjang juga dan memang sesuai untuk anda makan beramai-ramai.

3. Bubbles Family Restaurant

bubbles restoran

Tempat makan Bubble Family Restaurant ini menyajikan makanan seperti burger, kentang goreng dan beberapa makanan tempatan. Tapi biasanya orang datang sini nak makan burger lah dan makan yang ringan-ringan untuk alas perut. Dah berseronok dalam air tu mesti akan lapar dan nak makan ringan-ringan dulu. Oleh itu, anda boleh ke sini dan rehat sebentar sebelum pergi berseronok semula.


Kemudahan

Kepada anda yang datang ke sini, anda boleh menggunakan banyak kemudahan yang ada sambil menikmati taman tema mereka. Selepas mandi air kolam tu, anda perlu mandi semula di tempat mandi yang disedikan. Tempat mandi dan tandas mereka memang bersih dan diasingkan lelaki dan wanita. Surau juga disediakan untuk para muslimin dan muslimat. Jadi, tiada alasan untuk tidak solat dahulu sambil berseronok tu. Selain itu, bilik bayi juga anda untuk menukar lampin atau menyusukan bayi. Kalau nak simpan barang, anda juga boleh sewa satu loker dan letakkan barang-barangan anda.


Penginapan

1. Kampung Air Water Chalet

kampung air

Penginapan Kampung Air Water Chalet ni memang sangat menarik tau kerana anda akan tinggal di atas air di Tasik Bukit Merah. Reka bentuk tempat penginapan ini juga sangat cantik dan memang memberi kampung vibes gitu kepada penginapnya. Jadi, anda yang dah bosan sering duduk hotel tu, anda duduklah sini. Mereka memberikan suasana tempat tinggal ala kampung yang mewah. Ini kerana, kalau nak tinggal di sini, hanya bilik suites je ada. Memang boleh dikatakan besar dan sesuai untuk tinggal beramai-ramai terutama untuk satu keluarga. Mereka juga ada ruang tamu yang luas untuk anda makan-makan dan lepak-lepak.

Tempahan | Phone: 058908888

2. Laketown Hotel

laketown hotel

Kalau anda taknak tinggal di Kampung Air, anda juga boleh memilih untuk tinggal di Laketown Hotel yang harganya juga lebih murah. Mereka ada menyediakan beberapa pilihan untuk anda iaitu standard, deluxe, junior dan suite. Harga juga berbeza-beza mengikut saiz bilik yang anda ingini. Bagi suite tu, anda akan dapat satu bilik dan ruang tamu. Tapi jika anda setakat nak tidur je, anda boleh pilih bilik-bilik yang lain tanpa ruang tamu.

Tempahan | Phone: 058908888


Pakej Menarik Bukit Merah

1. Pakej Perkahwinan 

pakej perkahwinan

Memang macam-macam pakej menarik ada di sini tau. Jika anda nak berkahwin, anda boleh juga buat di sini kerana mereka ada menyediakan pakej perkahwinan serta dewan yang besar. Anda boleh berbincang dengan mereka tentang tema perkahwinan anda. Mereka akan mengikut tema yang anda inginkan. Nak tema moden boleh, nak tema traditional boleh, nak tema luar biasa pun boleh. Antara yang anda boleh dapat jika anda memilih pakej perkahwinan di sini ialah;

  • Penginapan 2H/1M di Seri Teratai Suite, Kampung Air dengan sarapan pagi untuk dua (02) orang.

  • Harga istimewa untuk bilik penginapan dan tiket taman tema bagi ahli keluarga dan rakan-rakan yang menghadiri majlis perkahwinan.

  • Diskaun 50% untuk ‘food tasting’ untuk satu (01) meja seramai sepuluh (10) orang selepas pengesahan tempahan.

  • Lokasi fotografi pra perkahwinan.

  • Meja pendaftaran.

  • Kek Pengantin 2 tingkat.

  • Meja VIP dengan‘Dome Set’ (Maksimum 4 meja).

  • Hiasan Meja Pengantin.

  • Dua (02) tempat letak kereta VIP.

  • Sistem PA asas.

  • Buggy berhias.

2. Team Building

team building

Bukit Merah juga sering menjadi destinasi untuk agensi kerajaan dan badan korporat mengadakan acara seperti hari keluarga dan team building. Terdapat banyak kemudahan bilik mesyuarat dan pelbagai aktiviti ‘outdoor’ menarik yang boleh dilakukan di sini seperti:

  • Aktiviti di tasik – Berkayak, berkanu, memancing dan paddle bot.
  • Aktiviti outdoor atas darat – Menunggang ATV, bola tampar, berbasikal dan bola sepak pantai.
  • Aktiviti berkumpulan untuk team building – Amazing race, berakit, team building games, jungle trekking, camping, paintball dan sebagainya.

Alamat & Waktu Operasi

Alamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

Waktu Operasi: Setiap Hari; Waterpark & Ecopark tutup setiap Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah.

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelancong | Phone: 058908888


Memang seronok kalau dapat bercuti ke Bukit Merah dengan anak-anak pada musium cuti sekolah. Selain di Bukit Merah Laketown Resort and juga boleh ke taman tema Lost World of Tambun yang berada di Ipoh. Memang seronok dapat bawa anak-anak pergi main taman tema air sambil ibu bapa berehat. Selamat bercuti!

4.7/5 - (67 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Air Terjun Di Perak Yg BEST

Bukan sahaja popular dengan kehadiran palancong dari dalam negara. Negeri Perak juga terkenal dengan kunjungan dari warga Malaysia sendiri. Mana tidaknya, di negeri Perak...

8 Homestay di Seri Iskandar yang Menarik dan Bersih

Seri Iskandar ialah sebuah pekan kecil di Perak yang sering dikunjungi kerana terdapat beberapa universiti dan kampus berdekatan. Di sini, terdapat tempat penginapan yang...

11 Tempat Camping BEST di Perak

Bagi yang minat dengan aktiviti rekreasi luar dan tempat atau suasana alam yang semula jadi, anda boleh mengadakan aktiviti perkhemahan atau camping di Perak....

10 Pilihan Homestay Terbaik di Tanjung Malim untuk Anda!

Tanjung Malim, atau Tanjong Malim, merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung yang datang kerana mempunyai tempat pelancongan yang menarik. Antaranya ialah Sungai...

18 Penginapan Best Di Perak – Semestinya CANTIK & KELAS

Negeri Perak Darul Ridzuan memang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan dan seni-seni yang unik dan klasik. Negeri Perak juga kaya dengan alam semulajadi seperti...

77+ Tempat Menarik di Perak Paling POPULAR – Panduan Bercuti di Perak Darul Ridzuan

Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang terbesar di pantai barat semenanjung Malaysia dan tidak hairanlah begitu banyak destinasi yang menarik di kawasan pantai, pulau,...

33 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

33 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Adilah
Adilah
1 year ago

Oke tak pegi november nnti?dengar macam org kate dh x best..

AHMAD BONYAMIN BIN JAAFAR
AHMAD BONYAMIN BIN JAAFAR
2 years ago

Mahal x nk pi bukit merah

Zuraini binti Abdul Ghani
Zuraini binti Abdul Ghani
2 years ago

Nxt weeks cuti raya Deepavali buka dak??! Sb nk bw anak². Lama xp kot tu.

Syed Mohd Firdaus Bin Syed Ismail
Syed Mohd Firdaus Bin Syed Ismail
2 years ago

Assalam, nak tanye musim covid ni bukak ke? Contoh mcm waterpark tu boleh ke mandi ramai2? Tq for respond

Izwan
Izwan
2 years ago

Bukak

KAMALAH
KAMALAH
4 years ago

Esok buka tak

KNanthini
KNanthini
4 years ago

How much for water park only?
Adult and child

Hafiz
Hafiz
4 years ago

Selasa 29/10 water park buka x

Hubungi Kami

33
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x