Isi Kandungan
Sebenarnya Perak telah menjadi negeri popular bagi rakyat Malaysia jika ingin melancong dalam negara. Mana tidaknya di Perak banyak tarikan menarik. Sering menjadi sebutan adalah Pulau Pangkor di mana menjadi salah satu lokasi sektor pelancongan penting di Malaysia dan negeri Perak sendiri. Disebabkan Perak mempunyai pelbagai hutan tropika dan iklim khatulistiwa, sudah tentu mereka juga mempunyai bukit-bukau atau pergunungan yang digunakan sebagai lokasi aktiviti mendaki ataupun hiking.
Di sini kami telah senaraikan 10 lokasi hiking di Perak yang perlu anda kunjungi sekiranya anda mencari lokasi hiking yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.
9 Tempat Hiking Di Perak
1. Bukit Larut / Maxwell Hill
Bukit Larut ataupun dikenali sebagai Maxwell Hill ini berketinggian 1,250 meter dari paras laut. Oleh itu, suhu di sekitar bukit ini boleh mencapai 10°c hingga 25°c. Bukit Larut menjadi tempat yang paling basah di Malaysia selain menjadi yang tertua.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini sudah tentu mendaki bukit. Perjalanan naik dan turun bukit dalam 20km dan kira-kira 3 jam bergantung kepada setiap individu. Tidak susah untuk mendaki bukit di sini kerana jalan diturap telah disediakan. Menjadi tarikan bagi pendaki adalah mereka berpeluang melihat pelbagai spesis flora yang cantik dan berwana-warni begitu juga fauna seperti pelbagai jenis burung, tupai dan siamang. Siap-siap dengan teropong dan kamera bagi penggemar alam.
Bagi para pendaki, mereka bertuah jika tiba di kemuncak Bukit Larut ini kerana pemandangannya yang sangat memukau sekali gus menghilangkan penat. Di sini ada juga chalet dan cafe yang masih beroperasi dan boleh anda pergi.
Alamat: Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari: 7.00 am – 5.00 pm
Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 05-8077241
2. Bukit Kledang
Bukit Kledang adalah salah satu tempat tersembunyi yang terbaik di Perak. Di Bukit Kledang, anda boleh datang bila-bila masa saja. Jika anda datang ke Bukit Kledang untuk mendaki, anda akan bebas membuat pilihan sama ada untuk menggunakan laluan semulajadi, jalan tar mahupun tangga yang telah di sediakan di sini. Pengujung yang memilih menggunakan jalan berturap kebiasaannya yang ingin melakukan aktiviti berbasikal dan yang membawa kanak-kanak.
Bukit Kledang menjadi tempat yang sesuai bagi pendaki bagi baru berjinak-jinak. Pemandangan di Bukit Kledang juga sangat memuaskan untuk merehatkan minda daripada masalah. Mengambil masa lebih 120 minit untuk sampai di puncak bukit. Walaupun dalam kawasan hutan tetapi gangguan daripada haiwan liar sangat sedikit, jadi anda tidak perlu bimbang soal itu.
Rumusannya, Bukit Kledang antara yang yang sesuai untuk aktiviti mendaki atau berjalan kaki, berehat dan bersantai. Tambah pula pemandangan dan suasana di Bukit Kledang ini nyaman dari kesibukkan bandar.
Alamat:Â Jalan Kledang, 31450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
3. Bukit Batu Putih
Bercakap tentang Bukit Batu Putih, sudah tentu akan terfikir aktiviti hiking bukan? Ya di sini adalah salah satu lokasi hiking yang digemari oleh penduduk setempat atau penggemamar hiking. Boleh dikatakan ini adalah bukit buat penggemar pendaki yang mesti cuba.
Info menarik bagi sesiapa yang ingin cuba mendaki atau dipaksa mendaki bersama, anda boleh cuba ke Bukit Batu Putih ini kerana laluan mendakinya sangat mudah untuk dilaluinya. Kurang daripada satu jam bagi pendaki baru manakala yang sudah biasa dalam 30 minit sahaja untuk jarak 2km naik dan turun bukit ini. Senang cerita tidak sukar dan tidak memenatkan sangat.
Hanya dengan bayaran RM3 anda boleh melakukan aktiviti riadah di petang hari. Mendaki ke puncak di sini sangat menarik kerana boleh melihat matahari terbenam juga. Pemandangan di sini tidak banyak boleh katakan, memang cantik dan sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana laluan yang mudah.
Alamat: Jalan Kampung Pintu Padang, Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-23256637
4. Bukit Batu Suluh
Bukit Batu Suluh dengan ketinggan 266m dan berjarak lebih kurang 5.6 km ini sering menjadi kegemaran pendaki-pendaki di sekitar Ulu Kinta. Tempoh untuk tiba di puncak bukit juga tidaklah begitu lama. Ia ambil masa kurang daripada 1 jam untuk tiba di puncak tetapi laluan di sini agak sedikit mencabar. Dinasihati supaya bersedialah dengan fizikal dan mental yang kuat sebelum mendaki.
Laluan semula jadi di sini juga tidak mengelirukan bagi mereka yang datang buat pertama kalinya. Berhati-hati ketika hari hujan. Sesampainya anda di puncak Bukit Batu Suluh ini, anda boleh melihat Gunung Korbu di bahagian bertentangan Bukit Batu Suluh ini. Ketika mendaki, mata anda akan dijamu dengan flora-flora yang cantik dan unik. Tetapi setelah tiba di puncak pula, pemandangannya sangat memukau.
Alamat: Ulu Kinta, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 011-10688121
5. Gunung Chabang
Gunung Chabang terletak di dalam kawasan hutan Simpan Bukit Kinta memiliki ketinggian 1,711 meter dari aras laut. Aktiviti pendakian yang dilakukan di sini boleh dilakukan balik hari mahupun bermalam. Bagi penggemar aktiviti mendaki rasanya ini adalah pergunungan yang perlu mereka cuba.
Caj untuk meletakkan kereta di bawah adalah tidak tetap untuk sehari. Perjalanan mendaki yang boleh tahan mencabar dan menggambil masa yang agak lama untuk tiba di destinasi. Permulaan perjalan mendatar bertukar mencuram di tengah-tengah perjalanan.
Di puncak Gunung Chabang ini bukan sahaja anda dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik, mungkin anda berpeluang menikmati awan karpet yang jarang kita lihat. Boleh juga untuk melihat gunung lain jika tiba di puncak Gunung Pulai ini seperti Gunung Suku.
Alamat: Simpang Pulai, 31300, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
6. Gunung Bujang Melaka
Suatu ketika dahulu Gunung Bujang Melaka ini pernah di beri nama Gunung Mambang Diawan. Gunung Bujang Melaka sememangnya sudah terkenal dalam kalangan penggemar hiking. Gunung Bujang Melaka ini memiliki laluan pendakian yang boleh tahan susah.
Jaraknya untuk tiba di puncak lebih kurang 4,075 kaki jadi terpulang untuk bermalam di sini ataupun tidak kerana ia memakan masa 5 – 7 jam untuk tiba di puncak. Walupun begitu, aktiviti pendakian ini popular dalam kalangan pelajar selain penduduk luar dan dalam Perak sendiri. Ini kerana gunung ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak mendaki.
Anda berpeluang singgah di Air Terjun Batu Berangkai ketika dalam perjalan ke puncak. Selalunya pendaki akan berehat sebentar di sini dan bermandi-manda. Tidak usah bahas tentang pemandangannya, sudah semestinya cantik dan memukaukan.
Alamat: Hutan Simpan Bujang Melaka, 35300 Kampar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
7. Gunung Liang
Gunung Liang setinggi 1,933 dari aras laut bersamaan 6,342 kaki ini menjanjikan anda pemandangan yang memuskan bagi sesiapa saja yang tiba di puncak pergunungan. Dua pilihan sama ada untuk pergi balik hari ataupun berkhemah di pergunungan untuk tamatkan pendakian. Masa menaiki dan menuruni gunung yang mengambil masa lebih kurang 15 jam termasuk rehat akan sangat menguji fizikal dan mental anda. Tetapi buat penggemar mendaki mungkin tiada halangan untuk melakukannya.
Tempoh pendakian yang lama akan memaksa anda unutk membawa banyak barangan bagi memastikan anda kekal bertenaga untuk mendaki. Oleh itu, anda dinasihatkan membawa makanan secukupnya untuk mengisi semula tenaga. Jangan risau, kerana pergunungan ini banyak flora dan fauna yang manarik dan bakal menarik perhatian anda daripada kepenatan.
Alamat: Tanjung Malim, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
8. Gunung Semanggol
Pergunungan popular yang terletak di daerah Kerain, Perak ini mempunyai ketinggian 390 meter dari aras laut dan berada puncak Gunung Semanggol akan memberi anda kesempatan untuk melihat pemandangan secara 360°. Berpenat lelah anda mendaki kurang daripada 2 jam terasa berbaloi kerana dibalas dengan pemandangan yang sukar didapati.
Anda boleh menikmati matahari terbit jika datang awal ke sini dan berpeluang menikmati landskap awan karpet yang indah. Selain itu, anda juga boleh melihat ladang kelapa sawit, Bukit Merah Laketown, Bukit Larut dan sawah padi yang terbentang luas dari puncak ini.
Bagi yang baru bermula, mungkin laluan mendaki di sini agak sukar. Bagi penggemar ataupun yang sudah biasa mungkin laluan di sini manageable. Laluan di sini santai pada permulaan tetapi terasa mencabar setelah setengah perjalanan kerana laluan yang curam dalam 60° ke 70°. Fizikal dan mental memang kena bersedia sebelum mengambil keputusan untuk mendaki di sini.
Alamat: 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
9. Gunung Bubu
Ketinggiannya gunung 1,657 meter dari aras laut, Gunung Bubu akan membuatkan anda merasai pengalaman mendaki yang lama sekurang-kuranya 3 hari untuk jarak lebih kurang 16.7km. Gunung Bubu sering didengari bagi penggemar mendaki gunung atau bukit kerana mempunya tahap kesukaran yang ekstrem. Kecuraman di Gunung Bubu ini sangat menakutkan, walaupun bagi penggemar mendaki. Mental dan fizikal untuk menaiki gunung ini perlu bersedia sehabis boleh.
Bercakap tentang hal menarik pula, di sini anda sudah tentu boleh menikmati pemandangan matahari terbit jika bertolak awal dan suhu di pergunungan ini juga boleh tahan sejuk. Hanya mengikuti jalan yang tersiap sedia, pendakian ke puncak Gunung Bubu anda akan ditemani flora dan fauna yang pelbagai. Sungai yang bakal anda jumpa ketika mendaki juga sedikit sebanyak akan mehilangkan penat. Gunung Bubu tidak mempunyai spesifik puncak atau pemandangan jika tiba di atas nanti, tetapi tetap saja cantik.
Alamat: Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Jadi anda sudah buat keputusan yang mana satu ingin pergi dulu? Kami pasti anda teruja dengan tempat yang kami senaraikan ini bukan kerana mungkin ada lokasi yang anda sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Kesemua tempat di atas dapat menjamin kepuasan anda lagi-lagi bagi penggemar hiking dengan keistimewaannya sendiri.
Teringin nak camping di Perak. Insyaallah satu hari nanti