Isi Kandungan
Bukan sahaja popular dengan kehadiran palancong dari dalam negara. Negeri Perak juga terkenal dengan kunjungan dari warga Malaysia sendiri. Mana tidaknya, di negeri Perak banyak yang boleh di jadikan tarikan. Dari segi alam semula jadi, sejarah tempatannya, aneka makanan bahkan loghat negeri Perak juga boleh menjadi tarikan di negeri ini. Setiap daerah di Perak ini mempunyai keistimewaan mereka sendiri yang boleh anda terokai. Salah satu tempat kegemaran nature lover adalah air terjun. Air terjun sering menjadi destinasi santai untuk meluangkan masa sesama kelaurga mahupun kawan-kawan.
Jadi di sini kami telah senaraikan untuk anda beberapa lokasi air terjun yang terbaik untuk di kunjungi di sekitar negeri Perak.
Air Terjun Di Perak yang best
1. Air Terjun Ulu Geruntum
Dengan bayaran masuk cuma RM3, anda boleh menikmati keindahan dan ketenangan ketika berkunjung ke air terjun Ulu Geruntum ini. Di air terjun ini, aktiviti pertama akan terlintas adalah berkelah. Suasana nyaman di dalam hutan sekitar air terjun Ulu Geruntum ni dapat memberi ketenangan daripada kesibukkan harian.
Bukan itu sahaja, di sini anda juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti abseiling dengan ketinggian air terjun 15 meter. Memang sesuailah untuk sesiapa yang sukakan aktiviti lasak. Tetapi anda perlu berhati-hati kerana penduduk sekitar memberitahu kederasan air terjun di sini sekitar 60 hingga 70 kolimeter sejam.
Hanya ikut laluan tersedia, anda akan tiba di bahagian bawah air terjun. Jika ingin ke bahagian atas, anda perlu menyeberangi sungai untuk ke bahagian bertentangan dan mula mendaki ke atas.
Alamat: Ulu Geruntum, 31600 Gopeng, Perak
Waktu Operasi:Â Setiap hari
2. Air Terjun Lata Kinjang
Air terjun Lata Kinjang merupakan antara air terjun paling tertinggi di Malaysia kira-kria 850 meter. Jika anda ingin datang ke sini, bayaran masuk serendah RM2 dikenakan untuk dewasa. Jika anda menuju ke sini, anda bahkan boleh lihat air terjun ini dari jauh. Air terjun Lata Kinjang juga agak terkenal kerana pemandangannya yang sangat memukau dan begitu indah.
Aktiviti mandi-manda di sini menjadi lebih seronok kerana terhasilnya kolam semula jadi daripada pertembungan dua sungai, iaitu Sungai Kinjang dan Sungai Ijok. Aktiviti berkelah pula adalah perlu jika datang ke sini.
Di kawasan berdekatan air terjun ada taman yang pengunjung boleh singgah iaitu taman orkid dan taman bambu. Berhampiran air terjun Lata Kinjang juga mempunyaI beberapa tempat penginapan unutk didiami.
Alamat: Kampung Kinjang, 35300 Chenderiang, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 05-5288100
3. Air Terjun Lubuk Timah
Air terjun di Lubuk Timah ini terjadi daripada limpahan binaan empangan yang digunakan untuk aktiviti perlombongan biji timah pada awal abad ke- 20.
Untuk meunuju ke lokasi air terjun Lubuk Timah ini, anda akan melalui kolam air panas Lubuk Timah, kemudiannya dalam beberapa ratus meter anda akan tiba di empangan itu. Terdapat air terjun di kedua-dua belah bahagian, dimana air terjun bahagian kanan lebih deras airnya.
Pastinya sesiapa yang datang sini akan bermandi-manda sambil berkelah. Ya, suasana di sini sudah semestinya tenang dengan bunyi air terjun dan pemandangan yang memukau yang menghilangkan segala penat. Di kolam air panas Lubuk Timah ini telah dilengkapi dengan chalet yang telah tersedai pelbagai fasiliti seperti surau, tandas, gazebo dan kedai makan.
Alamat:Â 31300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 7.00 pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-2449056
4. Air Terjun Sungai Bil
Air terjun sungai bil adalah antara kawasan santai popular di negeri Perak ini. Lokasinya terletak kira kira 15km dari bandar Tanjung Malim.
Tidak lain tidak bukan pasti mereka yang singgah ke kawasan air terjun akan bermandi manda di sini sambil menikmati air sungai yang sejuk dan segar. Aktiviti berkelah juga tiada tandingannya di sini. Suasana hijau dan kedengaran derusan air mengalir, sangat menyenangkan untuk merehatkan minda.
Di sini ada menawarkan chalet yang penuh dengan kelengkapan. Anda masih boleh tempah bilik walaupun tidak bermalam. Jika bermalam pula, harga bergantung kepada keluasan chalet tersebut. Bayaran untuk parking kereta dan motor sebanyak RM3 dan RM1. Anda akan mengalami pengalaman berada di perkampungan jika berada di chalet ini.
Alamat: 35900 Tanjung Malim, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
5. Air Terjun Lata Iskandar
Lokasi air terjun Lata Iskandar yang terletak kira-kira 20 meter daripada bandar terdekat dengan Cameron Highlands menerusi laluan keluar dari Tapah. Oleh itu, ramai penduduk yang tahu tentang kewujudan air terjun Lata Iskandar ini.
Antara aktiviti di sini adalah bermandi, berkhemah, berkelah dan berbarbeku. Di sini juga memiliki natural pools yang kebiasannya pengunjung gunakan untuk berendam. Bukan itu sahaja, jika anda mendaki ke atas lagi, ada jambatan gantung yang membolehkan anda menikmati pemandangan air terjun daripada atas, sungguhlah cantik dan menakjubkan.
Di air terjun Lata Iskandar juga menyediakan fasiliti seperti tandas, pondok rehat, ruang ibadah dan beberapa gerai.
Sebelum masuk ke kawasan air terjun Lata Iskandar ini, anda akan bertembung dengan kedai yang menjual barangan hasil orang asli di tepi jalan seperti cenderahati, kraftangan, herba, dan buah-buahan.
Alamat: Exit 59, 35000 Tapah, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
6. Air Terjun Batu Berangkai
Lihat gambar di atas saja sudah menggambarkan keindahan air terjun Batu Berangkai ni, bukan? Tempat ini menjadi tempat kegemaran untuk meluangkan masa dengan melakukan aktiviti seperti berkelah, mandi-manda dan mendaki bukit. Sambil itu, ada juga yang berbarbeku di sini. Pondok juga ada di sini, jika ingin beristirahat.
Air di sini jernih dan kawasan untuk aktiviti bermandi-manda sangat banyak, jadi sesuailah bagi mereka yang datang beramai-ramai untuk berkelah atau meluangkan masa bersama. Suasana di sini penuh dengan flora yang cantik yang menambah lagi ketenangan buat pengunjung yang datang.
Jalan menuju ke air terjun Batu Berangkai ini agak sempit, jadi anda digalakkan menaiki kenderaan lebih kecil. Untuk laluan untuk ke air terjun ini juga telah tersedia kerana digunakan untuk laluan aktiviti hiking juga. Tetapi anda dinasihati datang ke sini beramai-ramai bukanlah sendirian, kerana air terjun agak bahaya jika berlaku kepala air dan elakkan datang pada musim hujan.
Alamat:Â 35300 Kampar, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari
Tidak sangkakan, rupanya ada banyak air terjun di Perak yang best. Berharap anda tertarik pada salah satunya dan berkunjung ke sana. Selamat mencuba dan jaga keselamatan!
Saya akan datang ke ipoh utk 3 hari dgn ETS, saya ingin melawat ke lata kinjang, boleh i tahu cara yang paling senang untuk ke lata kinjang?
better turun tapah road
turun tapah road..ambik grab ke lata kinjang…