Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

18 Penginapan Best Di Perak – Semestinya CANTIK & KELAS

Negeri Perak Darul Ridzuan memang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan dan seni-seni yang unik dan klasik. Negeri Perak juga kaya dengan alam semulajadi seperti air terjun. Bila dah banyak tempat pelancongan anda sudah tentu tercari-cari akan tempat penginapan yang selesa dan sesuai dengan bajet anda bukan?

Hentikan kegusaran anda! Kami telah menyenaraikan 18 penginapan best di Perak. Tempat penginapan daripada di tengah-tengah bandar hingga ke kampung. Sudah tentu, kawasan penginapan strategik dan juga harga berpatutan. Ada tempat penginapan yang dibina oleh seorang juruterbang pada tahun 1980an. Ada juga rumah yang disenaraikan di bawah UNESCO Heritage. Anda nak tahu yang mana satu? Teruskan membaca sehingga ke penghujung.

18 Penginapan Sekitar Perak


Penginapan di Ipoh

1. M Boutique Hotel

CariDestinasi M Boutique Hotel

Jika anda sudah sampai ke Ipoh dan ingin beristirehat anda boleh menghilangkan kepenatan dengan menginap di M Boutique Hotel. Suasana di hotel ini menyegarkan tetamu yang datang dengan pengunaan warna dan hiasan yang ceria. Anda akan terasa dialu-alukan di sini. Jika anda ialah seorang kaki gimnasium, jangan khuatir! Anda boleh meneruskan rutin senaman anda di sini kerana kemudahan gimnasium ada disediakan.

Bagi anda yang membawa anak kecil, anda boleh membawa mereka berseronok di bilik permainan yang disediakan. Antara jenis-jenis bilik yang terdapat di M Boutique Hotel ini ialah standard room, superior room, premier room dan suite room. Anda boleh pilih bilik mengikut keselesaan dan bajet anda.

Alamat: 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak

Harga: Bermula dari RM125 – RM250

Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan Pelancong | Phone: 052555566


2. The Banjaran Hotsprings Retreat

CariDestinasi The Banjaran Hotsprings Retreat

Sebut sahaja The Banjaran Hotsprings Retreat pasti anda sudah tahu akan penginapan yang memang terkenal ini. Nak lari daripada kesibukan kota anda wajib datang ke sini. Percutian dengan alam semulajadi pasti tidak akan menghampakan anda. Udara daripada villa ini juga nyaman kerana persekitarannya yang dikelilingi oleh bukit batu kapur.

Anda boleh berendam air panas dalam kolam air panas yang dipanaskan secara semulajadi. Tapi, kalau anda nak sejukkan badan daripada cuaca panas Malaysia, ada mandian ais untuk anda cuba. Terapi Ayuverda, terapi ikan untuk kaki turut disediakan di sini. Lokasi ini memang tepat untuk penginapan dan percutian yang tenang dan privasi.

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak

Harga: Bermula dari RM1500

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone: 052107777

Whatsapp The Banjaran Hotsprings Retreat


3. Belakang KongHeng  by Dreamscape

CariDestinasi Belakang KongHeng by Dreamscape

Hotel Belakang Kong Heng ini pada asalnya merupakan hostel tempat tinggal untuk penghibur teater pada sekitar tahun 50-an, namun ianya telah terbakar. Walaupun telah banyak renovasi, hiasan dalaman yang diubah di sini, tetapi reka bentuk dan atmosfera klasik hotel ini dikekalkan bagi mengekalkan sejarah.

Destinasi tarikan pelancong, Concubine Lane pula tidak terletak jauh dari hotel ini. Anda boleh berjalan kaki ke sana. Jangan risau untuk mengisi perut kerana di sekitar kawasan hotel ada banyak kedai makanan yang terkenal dan sedap. Bagi penggemar kopi, anda akan hidu aroma kopi kerana ada kedai kopi di tingkat bawah hotel. Bolehlah anda beli kopi sebelum berjalan-jalan di bandar Ipoh. Barulah syok!

Alamat: 75, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak

Harga: RM57 – RM599

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0164252275

Whatsapp Belakang KongHeng by Dreamscape


4. Sojourn Guesthouse

CariDestinasi Sojourn Guesthouse

Sojourn Guesthouse menyediakan kemudahan parkir percuma bagi tetamu. Best bukan? Ini kerana ada hotel yang akan mengenakan bayaran parkir untuk tetamu. Lebih-lebih lagi jika hotel itu terletak di lokasi strategik. Selain itu, bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, peti keselamatan serta pengering rambut.

Apa yang lebih menarik jika anda menginap di Sojourn Guesthouse, ianya terletak hanya 8KM daripada Lost World Of Tambun. Jadi tak perlulah anda memandu jauh jika anda hendak ke sana. Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pula hanyalah 4KM daripada Sojourn Guesthouse. Hotel ini memang tepat untuk anda yang menginginkan penginapan dengan lokasi yang strategik dan mudah diakses.

Alamat: No. 145, Jalan Sultan Abdul Jalil, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Harga: Bermula dari RM 300 – RM540

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 052491333


5. The Tudor 

CariDestinasi The Tudor

Lihat pada foto sahaja sudah cukup menggambarkan The Tudor hotel ini sangat elegan dan cantik. Ianya dibina oleh seorang juruterbang pada tahun 1980 dan reka bentuk yang dilhamkan daripada kura-kura menjadikannya sebuah istana yang klasik dan bercirikan Inggeris. Memang nampak sangat mewah dan kelas sekali!

Terletak 3KM dari bandar Ipoh, The Tudor menawarkan penginapan dengan ruangan lounge berkongsi, parkir percuma, taman serta teres. Wifi percuma juga disediakan untuk tetamu. Sangat sesuai  jika anda membawa keluarga menginap di sini kerana bilik-bilik keluarga yang ditawarkan adalah bersaiz besar. Anda pasti inginkan pengalaman menginap di istana mewah, jadi anda wajib ke sini.

Alamat: 2, Persiaran Anderson, 30300 Ipoh, Perak

Harga:  Harga bermula dari RM220 – RM283

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 0176138874

Whatsapp The Tudor


Penginapan di Lumut

1.Chalet Casa Impiana 

CariDestinasi Chalet Casa Impiana

Bagi anda yang bercadang hendak bercuti di tepi pantai tapi masih tercari-cari chalet yang murah dan berhadapan pantai, Chalet Casa Impiana adalah tempat penginapan yang tepat. Terletak di Teluk Senangin, chalet ini menjanjikan anda pemandangan laut yang indah dari bilik penginapan. Senang cerita, buka je pintu anda akan melihat laut yang biru serta dapat merasakan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu.

Bolehlah anda meluangkan masa bersama keluarga. Kebiasaanya, tetamu yang menginap disini melakukan aktiviti keluarga seperti BBQ dan hari keluarga. Keadaan pantai juga bersih dan anda boleh melakukan aktiviti pantai pula bersama keluarga dan anak-anak. Jadi, tambahkan Chalet Casa Impiana dalam tempat penginapan wajib anda jika sudah ke Perak. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar.

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Harga: Bermula dari RM180 – RM350

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0134226933

Whatsapp Chalet Casa Impiana


2. Rockbound Fishing Chalet

CariDestinasi RockBound Fishing Chalet

Anda nak melancong dan memancing? Rockbund Fishing Chalet yang terletak di Lumut, Perak adalah pilihan yang tepat untuk anda. Lihat pada nama chalet sahaja anda sudah tahu bahawa ianya memang chalet pilihan kaki pancing. Kombinasi aktiviti duo yang memang berbaloi. Kedudukan setiap chalet pula mengiringi Pulau Marina dalam keadaan melengkung. Chalet ini juga didekorasikan dengan pelbagai warna-warna tona lembut, merah jambu, cyan dan pirus (turqouise).

Anda pasti akan merasakan ketenangan sekiranya anda datang menginap di sini. Ada 3 pilihan chalet yang anda boleh pilih iaitu Standard chalet, Superior chalet dan juga Suite Superior chalet. Pelantar memancing juga sudah disediakan di hadapan chalet. Selain memancing, di situ juga anda boleh berswafoto dan melakukan photoshoot kerana pemandangan laut yang memang menakjubkan.

Alamat: Marina Island, KM1, Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak

Harga: Bermula dari RM315 – RM588

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0165580388

Whatsapp Rockbund Fishing Chalet


Penginapan di Gerik

1. Denai Kabus

CariDestinasi Denai Kabus 

Denai Kabus merupakan kawasan agro pelancongan yang semakin di terkenal di Perak. Dikenali juga sebagai ”Little Kundasang” kerana suasananya yang nyaman dan dingin serta pemandangan yang menakjubkan. Kawasan ini sangat sesuai bagi pencinta alam sekitar. Ia juga merupakan destinasi yang tepat jika anda ingin lari dari hiruk-pikuk kota.

Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini seperti memancing, memandu kenderaan ATV, berkayak, menunggang kuda, mandi di sungai, belajar menoreh getah, taklimat madu kelutut dan anda juga boleh mendaki Gunung Kenderong. Untuk lengkapkan pengalaman anda di Denai Kabus anda wajib ke dusun durian Musang King dan buah-buah tempatan yang lain. Seronok bukan?

Alamat: Jalan Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0195261775

Whatsapp Denai Kabus


Penginapan di Kampar

1. Embun Resort

CariDestinasi Embun Resort

Anda nak bercuti? Nak buat Family Day atau Team Building? Semuanya aktiviti ini anda boleh lakukan di Embun Resort Lake Sahom. Resort yang terletak di Kampar, Perak ini bercirikan kawasan kampung dan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit. Menariknya di sini, kolam renangnya memang besar dan kalau anda berenang di sana anda akan dapat melihat pemandangan pokok sawit. Unik dan lain daripada yang lain bukan?

Jika hendak ke sini pastikan anda mempunyai kuota internet yang mencukupi kerana resort ini tidak menyediakan Wifi. Televisyen juga tiada. Resort ini memang berdekatan dengan kampung orang asli suku kaum Semai. Bandar Kampar pula hanya 15 minit sahaja dari resort. Memang dekat dan mudah diakses.

Alamat: Embun Resort Lake Sahom, Lot 228800, 31900. Kampong Sahum, Kampar, Perak.

Harga: Bermula dari RM120 – RM250

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0169258585

Whatsapp Embun Resort


2. Sahom Valley Resort 

CariDestinasi Sahom Valley Resort

Sahom Valley Resort yang terletak di Kampar ini hanyalah 35KM dari bandar Ipoh. Resort ini sebenarnya dekat sahaja dengan Embun Resort, ia berada di kawasan yang sama tetapi Wifi dan televisyen ada disediakan untuk pengunjung di sini. Memang feel-feel di kampung jika anda menginap di sini.

Kemudahan BBQ juga disediakan untuk tetamu. Bolehlah anda BBQ pada waktu malam bersama keluarga. Terdengar pula bunyi unggas-unggas sambil anda BBQ, pasti ia merupakan pengalaman yang baru untuk anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang tidak tinggal di kawasan kampung.

Alamat: Lot 228800 Kg Sahom, 31900 Kampar, Perak

Harga: Bermula dari RM173

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone: 0124882480

Whatsapp Sahom Valley Resort


3. The Trails Of Kampar

CariDestinasi The Trails Of Kampar

The Trails Of Kampar menawarkan kolam renang luaran, parkir percuma serta Wifi. Jika anda dari Ipoh ianya hanya mengambil masa 37 minit manakala jika daripada Kuala Lumpur pula perjalanan hanya mengambil masa 2 jam. Konsep hotel ini bercirikan Inggeris. Unik bukan? Anda boleh merasai seperti berada di luar negara di sebuah bandar yang kecil.

Hotel ini mempunyai peralatan dapur yang lengkap dan juga peti sejuk. Bolehlah anda masak di sini. Kemudahan lain seperti dobi dan pasar mini juga ada berdekatan dengan hotel. Usah khuatir kerana lokasinya memang strategik dan mudah diakses.

Alamat: Jln Persiaran Residensi, Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak

Harga: Bermula dari RM250

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 1-300-88-1996


4. Refarm

CariDestinasi Refarm

Nak bercuti dan lakukan pelbagai aktiviti? Datanglah ke Refarm, Kampar. Tempat penginapan yang disediakan ada 2 jenis, iaitu Villa Stay dan Farm Stay. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan bajet anda.

Refarm merupakan kawasan rekreasi yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk anda cuba bersama keluarga dan anak-anak. Aktiviti yang wajib dicuba adalah berbasikal, jungle trekking, mengutip madu, padel boat, memancing dan memberi makan kepada haiwan. Memang seronok dapat tinggal di sini terutama kerana dapat memeberikan kenangan baru kepada anak-naka serta dapat memupuk semangat cintakan haiwan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk cuba sesuatu yang baru.

Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak

Harga: Bermula dari RM110

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone: 0125026115

Whatsapp Refarm


Penginapan di Taiping

1. Reserve The Cozytainer

CariDestinasi Cozytainer

Anda dah bosan hendak menginap di hotel? Datang ke Reserve The Container yang terletak di Taiping ini. Kontena yang dihiasi dengan sentuhan moden dan kotemporari ini sangat sesuai untuk anda menginap bersama rakan-rakan. Unit yang disediakan pula hanya ada 27 sahaja. Ada bilik double, triple dan quadraple. Setiap bilik pula sudah dilengkapi dengan televisyen, tuala dan selipar. Ada pengering rambut juga, jadi anda tak perlu bawa.

Selain itu, hotel ini juga mempunyai akses Wifi dan parkir percuma untuk tetamu. Kalau anda nak masak pun boleh. Set dapur yang lengkap dan dapur gas telah disediakan untuk anda. Dah masak tu anda malas nak basuh pinggan? Mesin cuci pinggan pun ada disini. Jika anda nak menginap di sini lebih daripada 1 hari, khidmat kemas bilik seharian juga ada. Berbaloi bukan? Penginapan di dalam kontena akan menjadi pengalaman baru untuk anda.

Alamat: 183, Jalan Merdeka, Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak

Harga: Bermula dari RM98

LokasiLaman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0174547763

Whatsapp Reserve The Container


2. Kama Lodge

CariDestinasi Kama Lodge

Anda nak buat family gathering day? Datanglah menginap di Kama Lodge. Kawasan hotel yang luas memang sangat sesuai jika anda nak buat aktiviti begitu. Hotel ini terletak hanya 1.6 KM daripada Taiping Mall. Jadi, bolehlah anda cuci mata dan membeli-belah di sana kerana jaraknya sangat dekat. Berjalan kaki pun boleh.

Kemudahan yang ada di Kama Lodge adalah seperti dewan seminar, kafe dan BBQ. Dengar cerita, makanan di Kama Lodge memang sedap. Kalau anda hendak datang makan dan tak menginap pun boleh sahaja. Waktu hujung minggu, hotel ini akan dipenuhi oleh pengunjung, jadi buat tempahan awal-awal ya?

Alamat: Lot 4584, Jln. Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak

Harga: Bermula dari RM87 – RM174

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelancong | Phone: 058061777


3. Taiping Bamboo Resort

CariDestinasi Bamboo Resort

Taiping Bamboo Resort merupakan tempat penginapan yang tepat bagi pencinta alam semulajadi. Resort ini menyediakan bilik yang boleh memuatkan sehingga 8 orang. Bolehlah anda datang ke sini bersama keluarga dan anak-anak. Binaan resort memang sepenuhnya menggunakan buluh. Memang feel tinggal di kampung dan dapat rasa duduk di rumah tradisional.

Jika anda tak ingin menginap di resort, anda boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang ada di sini. Kemudahan seperti tandas, surau dan ruang makan juga disediakan untuk anda yang datang berkhemah. Dekat juga dengan sungai, jadi bolehlah anda mandi di situ. Persekitaran semula jadi di sekitar resort pasti akan membuatkan anda berasa tenang.

Alamat: Burmese pool, 34000 Taiping, Perak.

Harga: Bermula dari RM245

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0176666827

Whatsapp Taiping Bamboo Resort


Penginapan di Lenggong

1. Kuak Hill Resort

CariDestinasi Kuak Hill Resort

Glamor camping atau glamping memang menjadi trend bagi yang suka berkhemah. Bagi anda yang tak pernah lagi melakukan aktiviti glamping ini anda wajib datang ke Kuak Hill Resort. Panorama indah Banjaran Titiwangsa dan bukit-bukau pasti akan membuatkan anda berasa tenang. Lebih-lebih lagi, ianya jauh dari kawasan bandar. Memang anda akan dapat kedamaian yang dicari.

Menariknya di sini, air di kolam renang merupakan air bukit semulajadi. Rare bukan? Fasiliti seperti BBQ juga disediakan di sini. Memang feel betul kalau dah BBQ, ditambah pula dengan pemandangan indah di sini. Bangun pagi, hirup pula air kopi, ianya memang akan menjadi percutian yang tidak akan dilupakan.

Alamat: Lot 3538 Kg. Lata Papan, Kampung Kuak, 34200 Lenggong, Perak

Harga: Bermula dari RM40

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0138705101

Whatsapp Kuak Hill Resort


2. Rumah Tiang 16

CariDestinasi Rumah Tiang 16

Teratak yang dibina pada tahun 1974 ini telah menjadi tapak warisan UNESCO. Simbolik pembinaanya mengetengahkan permata warisan di Lenggong kini menjadi tarikan pelancong. Rumah Tiang 16 juga merupakan penginapan yang strategik kerana dekat dengan lokasi pelancongan seperti tasik, lata air terjun dan gua batu kapur.

Rumah ini dilengkapi dengan dapur, ruang solat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dan ruang tamu atas dan bawah. Perabot dan hiasan pula memang klasik. Memang menggamit nostalgia. Penginapan di Rumah Tiang 16 menjanjikan anda satu lagi pengalaman yang baharu. Manatau nak merasa vibe dalam cerita P.Ramlee ke kan?

Alamat: Jalan Hj Md Nor, Kg Kubang Jambu, 33400 Lenggong, Perak

Harga: Bermula dari RM172

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0193368807

Whatsapp Rumah Tiang 16


Penginapan di Tanjung Malim

1. Chalet Sungai Bil Cool Spring

CariDestinasi Sungai Bill

Anda nak kan percutian di tepi sungai? Anda harus datang ke Chalet Sungai Bil Cool Spring. Macam-macam aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Jungle trekking, karaoke, belajar menumpat, sukan rakyat, brainstorming dan banyak lagi. Sepanjang laluan hendak ke sini, anda akan melihat basikal yang digantung. Memang unik hiasannya.

Kemudahan yang disediakan di chalet adalah kipas, lampu, tilam dan juga bantal. Buka sahaja pintu chalet, anda akan dapat melihat sungai yang mengalir perlahan, hening dan juga sejuk. Bolehlah anda mandi dan rendam-rendam kaki di situ. BBQ pula di tepi sungai, pasti bukan satu pengalaman yang anda akan dapat jika menginap di kawasan bandar.

Alamat: Kampung Sungai Bil, 35900 Tanjung Malim, Perak

Harga: Bermula dari RM30

Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone: 0123853257

Whatsapp Chalet Sungai Bil Cool Spring


Penginapan yang disenaraikan di atas merupakan pilihan yang tepat dan patut anda kunjungi. Melancong memang menyenorokkan tetapi tempat penginapan juga memainkan peranan yang penting dalam menjadikan percutian kita lebih bermakna. Laburlah sedikit wang anda, asalkan anda dapat berehat di tempat yang selesa. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan selamat bercuti!

 

4.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Pilihan Homestay Terbaik di Tanjung Malim untuk Anda!

Tanjung Malim, atau Tanjong Malim, merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung yang datang kerana mempunyai tempat pelancongan yang menarik. Antaranya ialah Sungai...

Bukit Merah Laketown Resort-Taman Tema Seisi Keluarga

Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat popular di kalangan warga setempat & pelancong luar. Aktiviti yang boleh...

77+ Tempat Menarik di Perak Paling POPULAR – Panduan Bercuti di Perak Darul Ridzuan

Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang terbesar di pantai barat semenanjung Malaysia dan tidak hairanlah begitu banyak destinasi yang menarik di kawasan pantai, pulau,...

11 Tempat Camping BEST di Perak

Bagi yang minat dengan aktiviti rekreasi luar dan tempat atau suasana alam yang semula jadi, anda boleh mengadakan aktiviti perkhemahan atau camping di Perak....

8 Homestay di Seri Iskandar yang Menarik dan Bersih

Seri Iskandar ialah sebuah pekan kecil di Perak yang sering dikunjungi kerana terdapat beberapa universiti dan kampus berdekatan. Di sini, terdapat tempat penginapan yang...

6 Air Terjun Di Perak Yg BEST

Bukan sahaja popular dengan kehadiran palancong dari dalam negara. Negeri Perak juga terkenal dengan kunjungan dari warga Malaysia sendiri. Mana tidaknya, di negeri Perak...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x