7 Homestay Di Pangkor – Sebelah PANTAI

0
14621

Sebuah daerah di Perak yang sarat dengan kedatangan pelancong setiap tahun malah boleh dikatan setiap bulan iaitu Pangkor. Pulau Pangkor sebenarnya salah satu lokasi pelancongan di Malaysia yang sangat penting buat ekonomi negara malah sangat mendatangkan hasil untuk penduduk setempat yang berniaga. Kira-kira 25,000 populasi penduduk di Pulau Pangkor ini. Selain Pulau Pangkor, pulau lain yang menjadi kegemaran pelancong adalah Pulau Giam, Pulau Simpan dan Pulau Tukun Terindak. Selain industri pelancongan, industri perikanan juga tetap berkembang maju di Pulau Pangkor ini.

Di sini kami ada senaraikan 7 tempat penginapan di Pangkor sekiranya anda mencari rumah atau bilik yang berdekatan dengan pantai dan berbajet mampu milik.

7 Homestay Di Pangkor


1. Nipah Guesthouse Pangkor 

nipah guesthouse foto

Menariknya Nipah Guesthouse ini sangat dekat dengan pantai dan semestinya Pantai Teluk Nipah. Jadi selain bermandi-manda di kolam renang di sini, anda juga boleh ke pantai hanya dengan berjalan kaki saha dan boleh menikmati pemandangan matahari terbenam pada waktu senja.

Memandangkan jumlah rumah guesthouse agak sedikit maka ada pengunjung yang menempah semua rumah di sini untuk keluarga besar mereka dan membuatkan tempat ini privasi hanya untuk mereka sahaja. Kedai makan juga banyak di sekitar guesthouse ini. Landskap Nipah Guesthouse ini juga menjadi salah satu tarikan pengujung. Rumah berbentuk segi tiga ini cukup unik dengan warna kebiruan yang tenang dan cantik seperti di luar negara. Nipah Guesthouse menyediakan sarapan untuk pengujungnya tetapi jika anda ingin masak sendiri juga tiada masalah.

Alamat: Lot 4506, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-5069259


2. Pangkor Island Homestay 

pangkor island homestay foto

Pangkor Island Homestay adalah satu lagi homestay sering menyediakan yang terbaik buat para pengunjung mereka. Sering mendapat tempahan pada musim cuti sekolah mahupun hari biasa, homestay ini menyediakan banyak kelengkapan asas bagi memudahkan tetamu mereka seperti barangan elektrik, siaran TV Astro, tuala, set barbeku, pinggan mangkuk dan sebagainya. Harga yang mereka tawarkan juga berpatutan dengan perkhidmatan mereka.

Terdapat 6 buah unit yang lengkap 3 bilik tidur berpenghawa dingin dan 2 bilik air. Setiap unit di sediakan tilam tambahan dan dapat memuatkan kira-kira 12 orang dewasa. Pantai Teluk Nipah hanyalah berjarak 200 meter sahaja daripada homestay ini. Kedai makan, pasaraya mini dan surau juga terdapat di berdekatan dengan homestay ini. 6 km pula adalah jarak diperlukan untuk ke Pekan Pangkor dan ke Jeti Pangkor.

Alamat: Lot 4498, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-4673477

Whatsapp Pangkor Island Homestay


3. Teratak Nipah Pangkor Homestay  

teratak nipah foto

Homestay adalah penginapan seolah-olah rumah kita yang lengkap dengan pelbagai keperluan. Oleh itu, pada siapa yang mencari homestay berdekatan Pantai Teluk Nipah, ini adalah jawapannya. Teratak Nipah Pangkor Homestay memiliki kira-kira 8 buah unit homestay bersebelahan yang boleh ditempah dan sesuai untuk keluarga besar. Teratak Nipah Pangkor Homestay juga telah lengkap dengan barangan elektrik, kelengkapan memasak dan barbeku. Harga bagi 1 malam juga sangat mampu milik bagi mereka yang ingin melawat Pulau Pangkor.

Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air, juga telah disediakan tilam tambahan jika tetamu kekurangan tilam. Di dalam setiap bilik di Teratak Nipah Pangkor ini juga terdapat penghawa dingin. Dapur di setiap unit juga telah lengkap dengan barangan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air dan banyak lagi. Selain aktiviti berbarbeku, anda juga boleh ke Pantai Teluk Nipah. Mengambil masa hanya 5 minit kira-kira 250 m daripada homestay ini. Anda juga boleh menempah motorsikal mereka jika perlu.

Alamat: Lot 4489 Lorong, 2, Jalan Pantai, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-9195905


4. Lyana Villa 

lyana villa foto 2

Lyana Villa dikhabarkan banyak yang telah mengetahuinya. Di sini mereka mempunyai lebih kurang 23 unit bilik dan 4 jenis bilik berbeza seperti bilik bujang, bilik standard, bilik keluarga dan bilik mewah dengan harga sewaan pula tersangat rendah jika dibandingkan dengan yang lain. Lyana Villa juga ada menyediakan beberapa pakej yang anda boleh pilih. Anda boleh ke laman rasmi mereka dan pilih pakej mereka yang memiliki ruang bilik yang luas di mana sesuai untuk keluarga yang besar.

Pantai Teluk Nipah pula sangat dekat dengan villa ini atau lebih tepat hanya bersebelahan. Anda boleh menikmati bunyi ombak setiap waktu dan menikmati pamandangan indah laut hanya daripada tingkap bilik anda. Anda juga boleh menyewa motorsikal di sini. Sekitar Lyana Villa juga terdapat banyak kedai makan, kedai barangan cenderamata dan sebagainya.

Alamat: 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-6853393


5. Nipah Bay Villa 

nipah bay villa foto

Pihak Nipah Bay Villa juga menyediakan banyak perkhidmatan seperti menempah tiket bas, aktiviti jungle trekking, water sports activities seperti snorkling dan kayak, urutan tradisional, sewa kenderaan, dobi dan beberapa lagi. Sangat memudahkan percutian anda jika ke sini. Pemandagan sekitar Nipah Bay Villa juga sangat menyenangkan sesuai buat mereka yang bercuti panjang ataupun hanya staycation. Pantai dan juga kedai juga banyak di sekitar villa ini, sangat dekat.

Dengan pelbagai pilihan bilik yang terdapat di Nipah Bay Villa ini anda boleh bercuti besama keluarga, pasangan mahupun rakan anda. Di sini mereka mempunyai pilihan bilik, chalet, terrace yang berlainan jenis seperti ekonomi, standard, deluxe dan family. Semua harga penginapan yang ditawarkan pun sangat berpatutan tetapi berbeza mengikut musim. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke sini jika mereka menawarkan harga yang murah.

Alamat: Lot 4442 & 4434, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-6852198


6. Uwais Homestay

uwais homestay foto

Uwais homestay memiliki 9 unit rumah kesemuanya. Jenis-jenis rumah yang ditawarkan seperti deluxe room, superior family room, super deluxe room, sweet home dan homestay. Setiap jenis bilik yang ditawarkan berbaloi dan mempunyai ruangan yang luas. Tarikan utama iaitu Pantai Teluk Nipah juga hanya 200 m daripada homestay ini tetapi anda juga boleh menempah kolam angin untuk anak-anak. Kelengkapan barbeku juga disediakan di sini.

Jenis homestay adalah yang paling kerap ditempah oleh pengunjung kerana lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan boleh memuatkan 10 orang dewasa dalam satu masa. Setiap unit rumah disediakan juga tambahan selimut dan toto. Uwais Homestay juga menyediakan kelengkapan dapur untuk pengunjung mereka seperti pemanas air, set barbeku dan peralatan memasak.

Alamat: Lot 4500, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-2882612

Whatsapp Uwais Homestay


7. Homestay Mak Sa’adiah 

homestay mak sa'adiah foto

Homestay Mak Sa’adiah terletak di Teluk Nipah ini mempunyai pelbagai kemudahan lengkap bagi memastikan pengujung yang datang dapat merasai seperti rumah sendiri. Lengkap dengan barangan eletkrik dan setiap bilik mempunyai penghawa dingin. Homestay Mak Sa’adiah ini mempunyai 10 unit kesemuanya, jadi sangat sesuai untuk percutian keluarga, renuion, seminar mahupun rombongan. Apa yang menariknya di sini, mereka ada van sendiri yang boleh membawa pelancong daripada/ke jeti dan motorsikal yang boleh disewa.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berbeku. Ada juga aktiviti berdekatan homestay ini yang anda boleh pergi seperti hornbill feeding dan membeli-belah pinggan mangkuk di Duty Free Shop atau membeli buah tangan. Selain itu, anda juga boleh ke Pantai Teluk Nipah hanya berjalan kaki kerana berjarak 50 meter sahaja.

Alamat: Teluk Nipah, 32300 Pangkor Island, Perak

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-9321669

Whatsapp Homestay Mak Sa’adiah


Lokasi yang kami senaraikan ini sesuai buat mereka yang inginkan tempat penginapan untuk percutian singkat dan berbajet tertentu. Musim cuti sekolah makin hampir, pastikan anda sudah membuat perancangan untuk menjejaki salah satu tempat penginapan di atas ini dan kemudiannya sunburn dek leka bermandi di pantai.

4.3/5 - (6 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x