Tempat Menarik di Pulau Pangkor – Aktiviti yang MESTI Cuba


Pulau Pangkor tak lekang dek kunjungan pelancong dalam dan luar negeri samaada masa cuti sekolah dan hari biasa. Jom kita lihat beberapa aktiviti yang mesti anda lakukan kalau ke tempat menarik di Pulau Pangkor.

Kalau nak ke Pulau Pangkor anda perlu ke Lumut dan di sinilah terletaknya jeti nak ke Pangkor iaitu Jeti Pangkor. Sekiranya anda memandu ke Lumut, anda boleh parking kereta overnight di kawasan parking persendirian atau awam. Terdapat juga kemudahan di waterfront yang lengkap berdekatan dengan Jeti Pangkor seperti tandas awam, kedai cenderahati, platform memerhati dan taman permainan kanak-kanak.


Tarikan pelancongan di Pulau Pangkor

Nak explore Pulau Pangkor tidaklah susah, anda boleh menggunakan sewa kereta, motosikal ataupun basikal. Bagi mereka yang tak kisah berbelanja lebih, anda juga boleh menggunakan servis teksi di sini.

peta tempat menarik pangkor island

Tarikan pelancongan yang paling popular di Pangkor sudah tentulah berdekatan dengan pantai untuk aktivti seperti snorkeling, sukan air ataupun sekadar untuk mandi manda. Antara pantai-pantai utama di Pulau Pangkor yang paling popular ialah di Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah, Coral Beach dan juga Teluk Belanga.

Dan pantai yang paling menarik dan cantik di Pulau Pangkor semestinya ialah Pantai Nipah dan Coral Beach yang terletak di Nipah Bay.


Snorkeling

snorkeling di pulau pangkor

Untuk aktiviti snorkeling, kebiasaannya pengunjung akan ke sekitar pulau kecil di sini seperti di Giam dan Mentagor. Di sekitar 2 pulau kecil, mempunyai terumbu karang, ikan-ikan yang cantik dan juga timu laut. Ada juga kawasan snorkeling yang sangat cetek, jadi berhati-hati dengan terumbu karang yang tajam.


Aktiviti Sukan dan Permainan Air

aktiviti menarik di pulau pangkor

Bagi yang nakkan cabaran permainan air seperti banana boat, water ski dan berkanu, anda boleh mencuba di Teluk Nipak ( Nipah Bay). Di sini banyak aktiviti sukan air yang ada yang dikendalikan oleh beberapa operator. Area Teluk Nipah juga terdapat banyak kedai cenderahati dan hotel bajet.

Antara aktiviti sukan air yang ada ialah snorkeling, berkayak, banana boat, jet ski dan juga fishing trip. Sekiranya anda inginkan yang lebih santai, boleh amik boat trip menyelilingi kawasan pulau sekitar sekitar.

bercuti ke pulau pangkor perakSekiranya anda mengambil snorkeling trip ke di sekitar Coral Island, anda akan menaiki bot yang akan membawa anda ke sana.

Di pertengahan perjalanan anda akan berpeluang melihat tarikan yang agak unik di sekitarnya seperti Monkey Bay, Whale Rock, Crocodile Rick dan Turtle Rock.

Susah juga nak nampak batu batuan ini yang berupa binatang.


Batu Bersurat – kawasan bersejarah di Pulau Pangkor

tempat sejarah pulau pangkor
batu bersurat – lukisan harimau melarikan kanak-kanak

Batu Bersurat atau juga dikenali sebagai Tiger Rock yang terletak berdekatan dengan Kota Belanda.

Yang menariknya, di atas batu ini terdapatan ukiran seekor harima membawa lari seorang kanak-kanak dan juga tulisan seperti “If Carlo 1743” and “VOC”.

Panjang batu ini sekitar 10 m, lebarnya 5 meter dan tingginya 4.5 meter, dan ditempatkan di kawasan yang berbumbung.


Kota Belanda – tempat menarik di Pulau Pangkor yang sangat popular

kota belanda di pulau pangkorSalah satu kawasan bersejarah dan tempat menarik di Pulau Pangkor yang sangat popular bahkan di negeri Perak sendiri. Kota kecil ini menempatkan sebuah kubu Belanda lama yang berusia lebih 300 tahun yang terletak di Teluk Gadung.

Dahulunya Kota Belanda kubu pertahanan dan juga merupakan tempat penyimpanan bijih timah yang diambil dari Perak.


Melihat Burung Enggang di Pasir Bogak

tarikan pelancongan di pangkor perakSekiranya anda di Pasir Bogak pada waktu petang di antara pukul 5.30-6.30 petang, anda boleh melihat burung enggang yang diberi makan di persekitaran Sea View Resort.

Tengok burung ini pun percuma tak perlu bayar apa-apa.

Tak perlu lagi nak ke Sarawak untuk melihat burung Enggang yang sangat unik dan pelik ini. Kat Perak pun ada.


Jungle Trekking

makan angin pulau pangkorPulau Pangkor mempunyai kawasan hutan hujan tropika yang masih terjaga keaslian flora dan faunanya. Kalau anda seorang yang adventurous, anda boleh mencuba aktiviti jungle trekking dan berpeluang untuk berjumpa binatang liar seperti monyet, biawak monitor dan burung-burung.

Memang best kalau dapat bercuti ke Pulau Pangkor bersama keluarga dan tempat menarik yang ada di sini pun banyak. Selain itu chalet dan resort samaada yang mewah atau yang bajet juga banyak pilihan.


Semoga artikel ini memberi anda gambaran apa yang boleh anda buat di tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor, Perak kelak. Wassalam.

Tempat Menarik di Pulau Pangkor – Aktiviti yang MESTI Cuba
4.4 (87.27%) 11 vote[s]


4
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
terbaru terdahulu paling disukai
ZAINUDDIN
Pelawat
ZAINUDDIN

Nak dapatkan nomor hp penyewa kereta di Pulau Pangkor tu
agak susah. Mohon kerjasama hantar no telp/hp tokay sewa kereta.

ZAINUDDIN
Pelawat
ZAINUDDIN

Masalah nak sewa kereta yang berkeadaan baik dan selesa di Pulau Pangkor. Yang ada
kebanyakkannya yang agak uzur dan tak selesa.

panji s
Pelawat
panji s

salam admin.
berkenaan gambar snorkeling di atas, adakah ia sekadar gambar hiasan atau gambar sebenar fi kawasan pulau pangkor?.. kerana pada pengalaman saya lautnya tidak sepertinya.