Isi Kandungan
Bagi yang bercuti ke Taiping, Perak salah satu destinasi yang sangat popular di daerah ini sudah tentulah Zoo Taiping dan Night Safari. Selain daripada tiket masuk yang biasa, ada juga pakej DISKAUN dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kenaikan harga tidaklah terlalu ketara dengan harga sebelumnya dan masih berbaloi untuk datang ke Zoo Taiping yang menjanjikan pilihan binatang-binatang dalam dan luar negara yang banyak. Malah naik tram (mini train) pun PERCUMA, tidak seperti di kebanyakan zoo lain yang mengenakan cas tambahan.
Harga tiket Zoo Taiping & Night Safari Terbaru
Harga tiket untuk masuk ke Zoo Taiping pada siang hari dan juga Night Safari adalah berbeza.
Harga tiket masuk ke Zoo Taiping
Harga tiket zoo Taiping yang terbaru untuk dewasa RM 16.00 seorang manakala untuk kanak-kanak cuma RM 8.00 seorang.
Anda digalakkan untuk membeli tiket dari laman web official zoo taiping.
Harga tiket Night Safari Zoo Taiping
Harga tiket Night Safari Zoo Taiping yang terbaru adalah RM 20.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak.
Keretapi mini/tram untuk Night Safari adalah percuma. Dan yang menariknya, tiada apa-apa cas tambahan sekiranya pengunjung membawa kamera. Tidak seperti di sesetengah zoo yang mengenakan cas yang kadang-kadang tidak masuk akal mahalnya.
Diskaun 20% untuk warga Taiping, Selama & Bagan Serai
Zoo Taiping turut menawarkan harga tiket masuk dengar potongan diskaun 20%-50% dengan syarat-syarat yang tertentu.
Diskaun 20% untuk warga Taiping, Selama dan Bagan Serai sahaja. Pastikan anda tunjuk MyKad ketika membeli tiket di kaunter.
Cara lain untuk dapatkan diskaun 20%? Cetak je Baucer
Bagi yang bukan warga Taiping, Selama dan bagai Serai, jangan bimbang, ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan potongan harga diskaun 20% untuk harga tiket Zoo Taiping dan Night Safari.
Caranya anda hanya perlu ke laman web Majlis Perbandaran Taiping dan cetak baucer diskaun 20%. Promosi baucaer ini berlangsung sepanjang tahun 2015. Sila ke sini untuk maklumat lanjut tentang baucer diskaun ini.
Waktu operasi Zoo Taiping dan Night Safari
Zoo Taiping dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am. Waktu beroperasi ialah 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Waktu terbaik untuk datang ke sini ialah di antara pukul 10 pagi dan 12 tengahari kerana anda berpeluang melihat staff di sini memberi makan kepada haiwan-haiwan.
Night Safari dibuka setiap malam termasuk pada cuti umum dan cuti sekolah.Waktu lawatan adalah diantara 8.00 malam sehingga 11 malam manakala untuk hari Sabtu dan cuti umum, waktu operasi diantara 8.00 malam sehingga 12 malam.
Lokasi dan Alamat Zoo Taiping
ZOO TAIPING , Jalan Taman Tasik, , Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Tel : 605 – 808 6577
Faks : 605 – 806 6025
Emel : [email protected]
Koordinat GPSÂ lat/lng: 4.854678,100.751594.Â
Bagi yang berhajat nak ke Zoo Taiping terutamanya yang bukan dari Perak, jangan lupa untuk cetak atau print baucer promosi untuk mendapatkan harga tiket Zoo Taiping dan Night Safari pada harga yang lebih murah.
Maklumat yg terpapar kata baucer diskaun utk tahun 2015 shj susah nak cari maklumat terkini.
Memang sangat menarik night safari ni, kalau bawa anak-anak pastinya mereka pun teruja…