Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10 Kereta Sewa Ipoh & Taiping Yang Best & Murah

Adakah anda mempunyai perancangan untuk bercuti ke negeri Perak? Negeri Perak kaya dengan keindahan semula jadi seperti pulau pelancongan, hutan lipur, air terjun dan tasik. Sesuai bagi anda yang ingin mencari tempat yang agak tenang dan ingin menikmati keindahan alam. Selain itu, tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Perak termasuklah Menara Condong Teluk Intan, Sunway Lost World of Tambun, Zoo Taiping, Kellie’s Castle dan banyak lagi. Tidak lupa juga tempat-tempat yang menyimpan sejarah dan artifak negara seperti Muzium Taiping dan Muzium Arkeologi Lenggong. Sekiranya anda tidak menetap di negeri Perak dan memerlukan pengangkutan untuk perjalanan anda di Perak, anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa untuk pengalaman yang lebih menarik. Anda boleh lihat senarai kereta sewa di bawah yang boleh didapati di kawasan Ipoh dan Taiping bagi memudahkan urusan anda.

Kereta Sewa di Ipoh yg Best & Murah


1.  Ipoh Car Rental (We Rich Travel And Tours)

Ipoh car rental (We Rich Travel And Tours)

We Rich Travel And tours telah beroperasi sejak tahun 2012 dan kini semakin maju dalam perkhidmatan kereta sewa. Mereka telah mempunyai lebih dari 40 buah kereta sewa dan variasi jenis kereta yang boleh dipilih. Syarikat yang terletak di Gunung Rapat ini menawarkan servis penghantaran kereta ke Terminal Bas Amanjaya, Stesen Keretapi Ipoh dan hotel di sekitar bandar Ipoh. Sama ada urusan bisnes, percutian di Ipoh, atau memerlukan kenderaan, anda boleh menyewa untuk jangka masa yang lama ataupun pendek bergantung pada keperluan. Tempahan hendaklah dilakukan dua hari sebelum tarikh sewaan secara atas talian di laman web mereka. FAQ atau soalan-soalan lazim juga ada disediakan sebagai panduan.

Alamat: No 8A Laluan Medan Rapat 1, Gunung Rapat 31350, Perak, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 8.30am – 5.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-5182481

Whatsapp Ipoh Car Rental

 

2.  Kereta Sewa Ipoh @ Car Hire (Armada Hijrah)

Kereta Sewa Ipoh @ Car Hire (Armada Hijrah)

Armada Hijrah di Ipoh Perak ini menyediakan kereta sewa secara pandu sendiri atau boleh juga minta servis pemandu dari mereka. Sekiranya anda tidak mempunyai lesen, tidak tahu jalan sekitar Ipoh atau memerlukan perkhidmatan pemandu, mereka sedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Harga sewa kereta mereka adalah sangat berpatutan. Bagi pelajar IPTA atau IPTS di sekitar Ipoh bolehlah sewa kereta dengan Armada Hijrah. Mereka mempunyai harga sewa harian, mingguan dan juga bulanan. Dapat jimat lebih banyak kalau guna pakej harga seperti dinyatakan. Walaupun harga sewa yang dikenakan mereka sudah cukup berpatutan, mereka ada juga menjalankan promosi pada waktu tertentu terutamanya apabila musim perayaan.

Untuk mengetahui mengenai promosi terkini yang dijalankan, mereka kebiasaanya akan mengemaskini di laman Facebook mereka. Sebarang tempahan boleh dilakukan melalui whatsapp atau walk in ke pejabat Armada Hijrah.

Alamat: 27c, Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, 31350, Ipoh Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-5755975

Whatsapp Kereta Sewa Ipoh Armada Hijrah

 

3.  Asia Leisure & Car Rental Sdn Bhd

Asia Leisure & Car Rental Sdn Bhd

Asia Leisure & Car Rental memberikan servis dan layanan yang sangat memuaskan kepada pelanggan dan akan memenuhi keperluan pelanggan untuk sewa kereta dalam Malaysia. Mereka menyediakan pelbagai jenis kereta sewa seperti Myvi, Alza, Innova, BMW dan lain-lain sama ada bagi tujuan kerja atau bisnes, percutian atau majlis istimewa. Anda boleh membuat permintaan untuk penghantaran kereta ke lokasi anda. Hanya beritahu mereka ketika membuat tempahan. Adalah lebih jimat jika anda sewa kereta untuk 3 hari dan ke atas. Jika lawati laman Facebook Asia Car Rental, anda dapat mengetahui promosi-promosi terkini yang dijalankan. Dapatlah anda merancang perjalanan anda sementara mereka mengadakan promosi pada waktu tertentu.

Alamat: Lot 13248, Jalan Raja Permaisuri Bainun, 30250 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 8.30am – 5.30pm, Sabtu 8.30am – 12.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-3680686

Whatsapp Asia Leisure & Car Rental

 

4.  Ipoh City Car Rental

IPOH CITY CAR RENTAL

Jika anda akan ke Ipoh untuk bercuti atau ada urusan kerja dalam tempoh tertentu, anda boleh dapatkan kereta sewa di Ipoh City Car Rental yang terletak di Tambun. Mereka menjanjikan kereta yang bersih dan cantik, serta pakej harga yang menarik. Harga yang ditawarkan adalah secara harian, mingguan atau bulanan. Mereka mempunyai banyak model kereta untuk transmisi auto dan manual. Anda boleh sewa kereta sahaja ataupun minta servis pemandu bagi memudahkan lagi perjalanan anda di Ipoh. Penghantaran kereta boleh dibuat ke rumah atau ke pejabat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan mereka.

Alamat: NO. 1112, Jalan Emas, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-5388647

Whatsapp Ipoh City Car Rental

 

5.  Kereta Sewa Ipoh Perak (KLezcar)

Kereta Sewa Ipoh Perak (Ipoh Car Rental Ipoh by Klezcar)

Apabila tiba sahaja di terminal bas Amanjaya, anda boleh terus ke pejabat Kereta Sewa Ipoh by KLezcar yang terletak bersebelahan untuk mendapatkan kereta sewa pilihan anda. Visi mereka adalah untuk memberikan pengalaman perjalanan yang terbaik buat pelanggan tempatan mahupun luar negara. Mereka sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan apabila diperlukan dan mempersembahkan servis terbaik dari kalangan staf yang mesra dan profesional. Kereta sewa mereka dalam keadaan bersih dan berbau segar sebelum diserahkan kepada pelanggan. Jika berlaku sebaliknya, mereka jamin pulangan wang kepada anda.

Tempahan kereta sewa boleh dilakukan sepantas 5 minit sahaja di website mereka. Mereka juga mempunyai aplikasi KLezcar. Jadi, lebih mudah untuk anda melihat lokasi pickup, cawangan-cawangan KLezcar, memilih kereta mengikut citarasa dan membuat tempahan yang efisien.

Alamat: DWJ @ Meru, No 42-A1, Jalan Meru Bestari D1, Kompleks Perdagangan, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-6666207

Whatsapp Kereta Sewa Ipoh Perak

 

6.  Big Thumb Rent a Car Ventures – Ipoh

Big Thumb Rent a Car Ventures - Ipoh

Keadaan kereta sewa yang selesa dengan harga yang berpatutan merupakan keutamaan syarikat kereta sewa Big Thumb Rent a car Ventures. Tiada cas tersembunyi atau cas tambahan yang dikenakan oleh mereka dalam penyewaan kereta. Dalam erti kata mudah, harga yang tertera di laman web itu adalah harga perkhidmatan yang anda akan bayar. Mereka telah berkecimpung dalam bidang ini sejak 2011 dan pasti akan meningkatkan lagi mutu dan kualiti servis mereka. Kereta sewa mereka adalah kereta baharu dan mengamalkan pembersihan dan servis kereta secara berkala. Lokasi pickup dan drop off di Ipoh Airport adalah percuma.

Tempahan kereta sewa yang mudah dan pantas boleh dibuat di laman web Big Thumb. Pilih tarikh sewa dan pulang, model kereta, pilih aksesori jika perlu kemudian buat pembayaran di atas talian. Kini, semua mudah dan pantas di hujung jari sahaja. Jangan lupa untuk dapatkan pengesahan tempahan dari mereka. Sebarang masalah boleh hubungi nombor yang tertera.

Alamat: No. 20A, 11, Tingkat Taman Ipoh 6, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9.00am – 6.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-2316681

Whatsapp Big Thumb

7.  Car Rental Amanjaya Ipoh (Terminal Amanjaya Ipoh)

Car Rental Amanjaya Ipoh (Terminal Amanjaya Ipoh)

Car Rental Amanjaya Ipoh merupakan antara perkhidmatan kereta sewa yang best di Perak. Servis dan layanan pekerja mereka adalah sangat bagus dan mantap. Mereka juga dikenali sebagai Comera Enterprise. Anda boleh sewa kereta dengan mereka untuk tujuan percutian keluarga atau kawan-kawan, pulang ke kampung, urusan bisnes dan lain-lain. Ada kereta kompak dan juga MPV. Hanya maklumkan kepada mereka tarikh anda ngin sewa dan kereta jenis apa. Nikmati harga promosi yang dijalankan oleh mereka pada waktu tertentu sebab boleh jimat banyak. Bila tu ada harga promosi? Anda boleh lawati Facebook mereka atau hubungi terus nombor yang tertera untuk tahu lebih lanjut. Untuk buat sebarang tempahan dan pertanyaan juga boleh hubungi atau whatsapp melalui pautan yang disediakan di bawah.

Alamat: Persiaran Meru Raya 5, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-9661465

Whatsapp Car Rental Amanjaya

Kereta Sewa di Taiping yg Best & Murah


8.  Ayra Car Rental Taiping

AYRA CAR RENTAL TAIPING

Bagi orang Taiping, Perak yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa, anda boleh dapatkannya di Ayra Car Rental Taiping. Mereka menawarkan model kereta sewa yang terbaru dari jenama yang terkenal seperti Proton, Perodua dan Toyota agar anda dapat merasai pengalaman yang unik dan terbaik. Kereta sewa mereka diselenggara secara berkala dan dibersihkan sebelum diserahkan kepada pelanggan. Nak tahu apa lagi perkhidmatan yang ditawarkan? Ok, Ayra Car Rental Taiping ni boleh membuat penghantaran kereta ke lokasi anda. Anda tunggu sahaja kat rumah, mereka boleh datang tapi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan lah. Boleh lihat di laman web mereka. Tips untuk pilih model kereta juga ada disediakan tau. Membantu pelanggan untuk memilih kereta untuk disewa.

Kini, sudah hampir 5000 pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan mereka jadi, tak perlu was-was lagi dengan servis mereka. Mereka mempunyai staf khidmat pelanggan yang cukup berdedikasi dan mesra apabila berurusan dengan pelanggan.

Alamat: NO. 2, Lorong IKA 1 Industri Kamunting Aman, 34600 Kamunting, Negeri Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-2008404

Whatsapp Ayra Car Rental Taiping

 

9.   Blackroses Car Rental

Blackroses Car Rental

Blackroses Car Rental yang terletak di Taiping ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan walaupun untuk sewa sehari. Kalau sewa lebih dari 3 hari, mereka akan beri harga istimewa unutuk pelanggan yang dihargai namun, bergantung kepada harga promosi yang dijalankan mengikut terma & syarat. Nak kereta jenis kompak ke, sedan ke MPV ke jangan risau, mereka ada semua pilihan tu bergantung pada keadaan. Pelanggan-pelanggan mereka memberi feedback mengenai servis dan layanan mereka adalah bagus dan kereta yang bersih dan selesa.

Urusan tempahan dan rundingan, boleh whatsapp nombor yang tertera atau klik pautan whatsapp di bawah lebih mudah.

Alamat: Unnamed Road, 34600 Kamunting, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 7.00am – 10.00pm, Sabtu 7.00am – 11.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10777699

Whatsapp Blackroses Car Rental

 

10.  Kereta sewa wawa kamunting

Kereta sewa wawa kamunting

Kereta sewa wawa kamunting terletak berhampiran dengan Taiping Golf & Country Club. Mereka meneydiakan beberapa model kereta seperti Perodua Axia dan kereta Saga. Tempoh minima untuk sewa kereta dengan mereka adalah 24 jam atau dikira sebagai sehari. Pemilik kereta sewa wawa kamunting akan memberikan layanan yang baik dan mesra pelanggan. Anda boleh hubungi mereka di nombor berikut atau boleh berbual melalui Laman Facebook mereka.

Alamat: Jalan Bukit Jana, Bukit Jana, 34600 Taiping, Perak

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-2814456

Whatsapp Kereta sewa wawa kamunting


 

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

45+ Tempat Menarik di Ipoh Perak – Destinasi Percutian di Ipoh PALING BEST

Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. Kalau anda orang KL atau JB, pasti akan...

8 Tempat Makan di Kuala Sepetang Plg POPULAR

Jom jelajahi senarai tempat makan di Kuala Sepetang yang memikat hati dan memenuhi selera tekak anda yang kami kongsikan dalam perkongsian kali ini! Dari...

10 Tempat Penginapan di Taiping Yg BEST & Selesa

Di Taiping, anda akan menemui pelbagai pilihan penginapan yang sesuai untuk pelancongan anda. Terdapat pelbagai tempat penginapan di Taiping yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan...

Tempat-tempat Menarik di Taiping Perak

Beruntung mereka yang berada di Taiping, Perak kerana banyak tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan...

7 Pilihan Homestay Terbaik di Tambun yang Menepati Citarasa Anda

Percutian yang menyeronokkan tidak akan sempurna tanpa adanya tempat penginapan yang menarik dan selesa. Setelah seharian anda bersiar-siar menikmati keindahan dan tempat menarik di...

Tiket Promo Lost Word of Tambun – Pasti TERMURAH!

Percutian ke Ipoh, memang tak lengkap jikalau anda tidak singgah ke Lost World of Tambun yang hanya terletak lebih kurang 15 minit daripada bandaraya...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x