Di dalam bandaraya Ipoh terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang cantik, selesa, dan bersih dengan harga yang cukup berpatutan. Keindahan seni bina yang terpelihara dengan baik bersama keselesaan yang disediakan oleh penginapan-penginapan ini menjadikan pengalaman menginap anda di sini begitu memuaskan semasa anda bercuti di Ipoh. Dengan pelbagai jenis penginapan di Ipoh untuk dipilih, pasti terdapat tempat yang bersesuaian dengan bajet anda sambil menikmati kemudahan yang disediakan.
Bagi memudahkan anda membuat pilihan yang tepat dan menepati citarasa, dalam perkongsian kali ini, kami senaraikan kepada anda senarai tempat penginapan yang terdapat di Ipoh, Perak ini. Jom lihat!
Senarai Tempat Penginapan di Ipoh
1. Bedrock Hotel Ipoh

Bedrock Hotel Ipoh adalah pilihan hebat untuk penginapan anda. Sebaik melangkah masuk, anda akan disambut dengan dekorasi yang moden dan dikelilingi dengan gambar-gambar penuh sentimental.

Ruang hotel yang luas dengan kemudahan tempat untuk anda duduk beristirehat ini bakal membuang semua penat lelah dan membantu mood anda kembali baik.
Satu lagi perkara menarik di hotel ini adalah pameran spesimen batuan bedrock, yang sangat sepadan dengan nama hotel ini. Terletak dengan strategik, hotel ini juga berdekatan dengan tarikan popular seperti Concubine Lane dan restoran dim sum.

Terdapat beberapa pilihan bilik tidur yang lengkap dengan kemudahan seperti tuala mandi, television, meja solek dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, di sini juga anda akan menemui bilik hotel yang dilengkapi dengan penyedia air minum Coway, di mana anda tidak perlu lagi mendidihkan air dan merasa bimbang sekiranya bekalan botol air mineral mungkin tidak mencukupi.

Selain itu, terdapat mesin kopi di dalam bilik untuk anda nikmati. Bilik mandi juga dilengkapi dengan tempat duduk tandas pintar adalah satu lagi ciri yang menarik dan membuatkan hari anda lebih mudah.
Alamat: 13-15, Jalan Che Tak, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
2. Young Villa Ipoh

Siapa sangka di Ipoh ada homestay berkonsepkan hotel atau resort yang cukup menarik? Young Villa Ipoh merupakan rumah teres setingkat yang diubah menjadi penginapan dengan 7 bilik, dan anda boleh memilih untuk menyewa bilik sahaja atau keseluruhan villa. Empat bilik menghadap kolam renang, manakala bilik ketiga lebih istimewa kerana mempunyai tab mandi di luar!
Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk Wi-Fi percuma, kolam renang, parkir percuma, bilik keluarga, kemudahan BBQ dan penginapan mesra haiwan peliharaan. Suasananya juga memberikan rasa tenang seolah-olah sedang bercuti di resort, walaupun berada di bandar.

Dari segi harga, kadar penginapan bergantung pada pilihan bilik, tarikh dan jenis tempahan, jadi semak dahulu untuk mendapatkan harga terkini. Lokasinya juga strategik, kira-kira 710 meter dari Kinta City Shopping Centre, 2.1 km dari Perak Tong Cave Temple dan 3.5 km dari Lost World of Tambun.
Tarikan lain seperti Kek Lok Tong Cave Temple and Zen Gardens, Ho Yan Hor Museum dan Ipoh World at Han Chin Pet Soo juga boleh dikunjungi. Jika anda mahukan penginapan yang santai, ada kolam renang dan sesuai untuk percutian bersama keluarga atau kawan-kawan, Young Villa Ipoh memang menarik untuk dipertimbangkan!
Alamat: 105, Jalan Keliling, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.
Semak Harga | Lokasi | Instagram | TikTok | Facebook | Ulasan Pelanggan
3. Tingkat Valley

Tingkat Valley adalah destinasi percutian yang sempurna untuk bersama keluarga. Terletak dalam lokasi yang strategik tempat ini adalah pilihan ideal untuk bersantai dan melepaskan tekanan.
Suasana alam semula jadi dengan pemandangan bukit dan sungainya yang cantik sangat sesuai untuk percutian santai anda bersama keluarga. Antara kemudahannya termasuk bilik keluarga, penyaman udara, bilik mandi, perkhidmatan bilik, parkir percuma, kawasan berkelah, ruang makan terbuka dan kemudahan BBQ.

Lebih menarik, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi sungai, memanah dan bermain catur. Reka bentuknya pula menampilkan suasana chalet yang dekat dengan alam, lengkap dengan teres dan ruang luar untuk berehat sambil menikmati udara segar.

Kredit gambar: Website @tingkatvalley.com

Dari segi harganya pula, kadar penginapan bergantung pada tarikh dan jenis bilik yang anda pilih, jadi semak harga terkini sebelum membuat tempahan. Tingkat Valley terletak kira-kira 9 km dari pusat bandar Ipoh dan sekitar 15 km dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, memudahkan anda merancang perjalanan. Istimewanya lagi, sarapan bufet juga turut disediakan untuk anda.
Pendek kata, Tingkat Valley adalah tempat glamping yang intim dan menyediakan fasiliti serta perkhidmatan yang terbaik, menjadikannya destinasi yang patut dikunjungi untuk percutian keluarga anda.
Alamat: Lot 320064, Taman Meru, 30020 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Instagram | TikTok | Facebook | Ulasan Pelanggan
4. De Cafe & Rest House

De Cafe & Rest House merupakan sebuah penginapan yang menakjubkan yang menjadi pilihan utama para pelancong yang mencari ketenangan di tengah-tengah kesibukan bandar. Tempat penginapan ini menawarkan pengalaman serupa seperti merasai perkhidmatan spa yang mengasyikkan! Tilam yang disediakan di sini sangat lembut dan luas, memastikan tidur anda menjadi lebih selesa.

Selain itu, De Cafe & Rest House ini juga menawarkan tempat simpanan backpack peribadi terbesar, yang memudahkan anda untuk menyimpan backpack besar seperti Osprey 75 liter ke dalam almari peribadi yang tersedia. Staf hotel yang mesra dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan salah satu ciri yang membuatkan De Cafe & Rest House disukai ramai tetamu.

Antara kemudahan lain yang disediakan di sini adalah seperti dobi layan diri, wifi percuma, kedai runcit, pengemasan harian dan banyak lagi. Jika menginap di sini anda juga tak perlu bimbang soal keselamatan kerana tempat ini mempunyai kawalan keselamatan 24 jam.

Terletak di pusat bandar yang strategik, anda akan mendapati banyak pilihan makanan di sekitar kawasan ini, termasuk restoran vegan. Dengan reka bentuk yang menarik, kafe di tingkat bawah, dan bumbung atas yang selesa, De Cafe & Rest House benar-benar merupakan salah satu penginapan yang terbaik di Ipoh.
Alamat: 35, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Sunway Onsen Suites – Theme Park Tambun Ipoh by Ryokan Management

Nak bercuti di Ipoh sambil menikmati kemudahan ala resort? Ipoh Waterpark Sunway Onsen Suites memang menarik untuk anda pertimbangkan! Penginapan berkonsepkan apartmen ini menawarkan balkoni dengan pemandangan taman atau kolam renang, dapur kecil serta reka bentuk moden yang selesa untuk keluarga.


Antara kemudahan yang tersedia ialah dua kolam renang, kolam kanak-kanak, mandian air panas, sauna, tab mandi panas, gimnasium, snuker, bilik permainan, Wi-Fi percuma dan parkir percuma. Paling menarik, Lost World of Tambun hanya sekitar 290 meter, sesuai untuk anda sekeluarga yang mahu menikmati aktiviti air dan taman tema!



Dari segi lokasi, penginapan ini turut berdekatan dengan restoran, kedai dan pasar raya, manakala AEON Mall Kinta City dan De Garden dianggarkan sekitar 13 minit perjalanan. Anda juga boleh meneroka Kuil Gua Perak serta Bandar Lama Ipoh. Untuk harga, kadar sebenar bergantung pada tarikh, jenis unit dan jumlah tetamu, jadi semak harga terkini sebelum menempah.
Jika anda mahukan penginapan dengan kemudahan rekreasi yang pelbagai, suasana moden dan lokasi strategik berhampiran Lost World of Tambun, suite ini boleh menjadi pilihan menarik untuk percutian anda sekeluarga!
Alamat: Apartment Sunway Onsen, Jalan Sunway Onsen 2, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. Meru Suites at Meru Valley Resort

Kalau anda mencari penginapan di Ipoh yang tenang, selesa dan dikelilingi suasana kehijauan, Meru Suites at Meru Valley Resort boleh jadi pilihan menarik! Antara tarikannya ialah suasana resort yang mendamaikan, sesuai untuk percutian keluarga atau mereka yang mahu berehat daripada kesibukan harian. Suite ini menyediakan dapur lengkap dengan cerek, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk, TV LED 32 inci dengan Astro, peti keselamatan, Wi-Fi percuma, kemudahan dobi, teh dan kopi percuma.


Lebih menarik, anda boleh menikmati kemudahan resort seperti kolam renang, gimnasium, sauna, gelanggang tenis dan laluan joging. Ada juga perkhidmatan spa, salon, ruang kerja bersama serta pilihan menjamu selera di The Terrace dan The Dome yang menyajikan hidangan tempatan serta antarabangsa.

Dari segi reka bentuk, penginapan ini mengetengahkan konsep suite dalam persekitaran resort yang lebih santai dan privasi. Untuk harga, kadar penginapan bergantung pada tarikh, jenis suite dan ketersediaan bilik, jadi anda perlulah membuat semakan harga terkini sebelum anda membuat tempahan.
Lokasinya di kawasan Meru Valley, Ipoh juga sesuai untuk anda yang mahukan suasana percutian yang lebih tenang sambil menikmati kemudahan rekreasi di dalam resort. Jika anda sukakan percutian yang menggabungkan keselesaan, aktiviti santai dan suasana menghijau, Meru Suites at Meru Valley Resort wajar anda pertimbangkan!
Alamat: Meru Valley Golf Resort, Jalan Bukit Meru. 30020, Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Instagram | TikTok | Ulasan Pelanggan
7. The Label Suites Ipoh

The Label Suites Ipoh memang sesuai untuk anda yang sedang mencari penginapan selesa, cantik dan lengkap untuk percutian bersama keluarga atau kawan-kawan! Dengan 3 katil bersaiz queen muat sehingga 6 orang, suite di sini menawarkan kemudahan menarik seperti sistem daftar masuk dan daftar keluar sendiri tanpa sentuhan, penyaman udara sepenuhnya, TV Android 55 inci, Wi-Fi percuma 100Mbps serta sistem karaoke profesional dengan karaoke keluarga percuma 24 jam.

Lebih istimewa, ruang makannya berkonsepkan Hollywood Lama, lengkap dengan sofa Chesterfield dan pencahayaan menarik yang sesuai untuk sesi fotografi. Kemudahan lain termasuk cerek Delonghi, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pinggan mangkuk Le Creuset, pengukus dan seterika Tefal, pengering serta pelurus rambut, kelengkapan mandian, wangian Jo Malone, bar mini 24 jam, parkir percuma dan keselamatan 24 jam. Memang seronok apabila boleh berehat, berkaraoke dan meluangkan masa bersama tanpa perlu keluar dari penginapan!
Dari segi lokasi pula, The Label Suites Ipoh terletak berhampiran pelbagai kemudahan dan tarikan popular, termasuk 3 minit ke Tesco Lotus, 4 minit ke Lebuhraya PLUS, 5 minit ke AEON Mall Kinta City dan De Garden, 10 minit ke Ipoh Parade serta 12 minit ke Lost World of Tambun, berdasarkan anggaran masa perjalanan yang diberikan. Untuk harga pula, kadar sebenar bergantung pada tarikh dan ketersediaan tempahan, jadi sebaiknya anda semak terlebih dahulu dengan pihak penginapan.
Jika anda mahukan penginapan dengan gaya elegan, kemudahan lengkap dan hiburan untuk seisi keluarga, The Label Suites Ipoh memang wajar dimasukkan dalam senarai pilihan untuk penginapan anda yang seterusnya!
Alamat: 2-37, Jalan Medan Ipoh 1, Medan Ipoh Bestari, 31400 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan
8. M Boutique Ipoh

Kalau anda suka hotel yang mempunyai reka bentuk unik dan suasana butik yang menarik, M Boutique Hotel Ipoh pilihan terbaik! Hotel ini menawarkan bilik berhawa dingin dengan bilik mandi peribadi, Wi-Fi percuma, TV, bar mini serta kelengkapan mandian. Reka bentuk dalaman berkonsepkan butik dengan lantai parket memberikan suasana yang lebih eksklusif dan berbeza daripada hotel biasa.


Nak bersenam? Ada pusat kecergasan, manakala dua restoran yang ditawarkan menyediakan pilihan hidangan Jepun, sushi, masakan tempatan dan Asia. Kemudahan lain termasuk kaunter penerimaan tetamu 24 jam, dobi, simpanan bagasi dan pengemasan harian.

Dari segi lokasinya pula, hotel ini terletak kira-kira 3 km dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, sekitar 1 km dari Han Chin Pet Soo Museum dan 1.6 km dari Taman Hiburan Jubilee Park. Taman Jepun dan Botani ECO Park juga boleh dimasukkan dalam senarai destinasi lawatan anda ketika menginap di sini.
Untuk harga, kadar bilik bergantung pada tarikh, jenis bilik dan promosi semasa, jadi anda perlulah semak harga terkini sebelum menempahnya. Jadi, jika anda mahukan penginapan bergaya, selesa dan strategik untuk meneroka Ipoh tanpa perlu mengeluarkan bajet untuk hotel mewah bertaraf tinggi, M Boutique Hotel pilihan paling berbaloi!
Alamat: 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Instagram | TikTok | Facebook | Ulasan Pelanggan
9. Ipoh Tiga Pool Villa

Tiga Pool Villa Ipoh menawarkan villa luas berkeluasan sekitar 1,000 meter persegi dengan lima bilik tidur dan tiga bilik mandi. Tarikan utamanya ialah kolam renang peribadi yang sangat cantik pada waktu malam, ditambah reka bentuk dalaman mewah, taman menghijau dan teres yang sesuai untuk bersantai.

Kemudahannya juga lengkap, termasuk dapur, ruang tamu, Netflix, karaoke, Wi-Fi percuma, penyaman udara, snooker, manjung, pingpong, bilik permainan, kemudahan BBQ, parkir percuma, pengecas kereta elektrik dan banyak lagi. Memang sesuai untuk family gathering atau reunion yang meriah!

Dari segi lokasi, villa ini terletak kira-kira 1 km dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, memudahkan anda yang datang melalui penerbangan. Untuk harga, kadar terkini bergantung pada tarikh dan jumlah tetamu, jadi anda perlu semak terlebih dahulu sebelum menempahnya.

Penginapan di Ipoh yang sangat eksklusif ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sekiranya anda melakukan percutian secara berkumpulan. Nak berenang, berBBQ atau berhibur bersama tanpa perlu keluar mencari aktiviti lain? Tiga Pool Villa Ipoh boleh jadi pilihan staycation yang menyeronokkan!
Alamat: 2, Jalan Tiga, Perumahan Jalan Kampar, 30250 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Instagram | TikTok | Facebook | Ulasan Pelanggan
10. Ipoh Bali Hotel

Sukakan penginapan yang tenang dengan suasana tropika? Ipoh Bali Hotel pastinya memenuhi kriteria yang anda cari. Salah satu penginapan di Ipoh yang terbaik ini menawarkan bilik yang berhawa dingin, bilik mandi peribadi, Wi-Fi percuma, TV skrin rata serta balkoni dengan pemandangan taman atau bandar. Reka bentuknya berkonsepkan Bali dengan suasana hijau yang menenangkan, dilengkapi taman, teres dan ruang santai.

Lebih menarik, terdapat kemudahan spa dan urutan untuk anda berehat selepas seharian berjalan-jalan, selain pilihan sarapan pagi, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan tempat letak kereta. Dari segi harganya pula, kadar bilik bergantung pada tarikh dan jenis bilik yang anda pilih, jadi anda perlu semak harga terkini sebelum membuat tempahan.


Dari segi lokasi, penginapan di Ipoh yang popular ini memudahkan anda meneroka tarikan sekitar Ipoh. Antara tempat berdekatan ialah Taman Hiburan Jubilee Park (1.8 km), Pondok Padang (1.9 km), Taman Jepun (2.7 km) dan Han Chin Pet Soo Museum (2.8 km). Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pula terletak hanya kira-kira 6 km dari hotel.
Pendek kata, sekiranya anda mahukan percutian santai dengan suasana unik, kemudahan relaksasi dan akses mudah ke tarikan sekitar bandar Ipoh, anda wajar menginap di Ipoh Bali Hotel!
Alamat: 12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Instagram | TikTok | Facebook | Ulasan Pelanggan
Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, anda pasti akan menikmati pengalaman yang indah ketika menginap di tempat yang kami nyatakan di atas. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menginap di tempat ini yang dijamin dapat memenuhi semua kriteria anda inginkan semasa melawat Ipoh. Selamat menginap!
Baca juga: 45+ Tempat Menarik di Ipoh Perak – Destinasi Percutian di Ipoh PALING BEST