Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

11 Kafe TOP Di Ipoh

Jika sebut nama kafe sudah tentu anda akan membayangkan akan suasana kafe yang sunyi, hiasan dalaman yang estetik dan ala-ala hipster. Harga pula pasti akan membuatkan anda berfikir dua kali jika hendak ke kafe. Lebih-lebih lagi pada pertengahan bulan.

Untuk itu, hentikan kegusaran anda. Kami telah menyenaraikan kafe yang menyajikan variasi makanan dan minuman dengan harga berpatutan. Ada kafe yang menjadi liputan antarabangsa juga. Kafe yang terinsipirasi daripada filem Hollywood terkenal juga termasuk dalam senarai. Haa, anda nak tahu kafe yang mana satu? Teruskan membaca sehingga ke penghujung kerana kami telah menyenaraikan 11 Kafe Top Terbaik Di Ipoh untuk anda.


11 Kafe TOP Di Ipoh yg Patut Anda Cuba!

1. Tido Fish Cafe

CariDestinasi Tido Fish

Ikan Tidur? Ya, itulah nama kafe TidoFish jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Nama kafe ini diberikan kerana rekaan dalaman yang estetik dan bertemakan motif bawah air. Dihiasi pula dengan lampu-lampu neon yang menarik pelanggan golongan muda yang gemarkan kafe hipster.

Menu yang dihidangkan di sini ialah berkonsepkan makanan Malaysia sendiri. Walaupun jika dilihat daripada luar ramai yang beranggap kafe ini menyediakan makanan Barat. Sangkaan anda adalah tidak tepat. Kalau anda gemarkan asam laksa seperti di Melaka dan Pulau Pinang anda boleh memesannya di sini. Ia merupakan menu terkenal di TidoFish. Selain itu, pesan juga bubble drink, snow ice dan rojak. Gerenti berbaloi!

Alamat: 85, Jln Langsat, Taman Teh Teng Seng, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (12 P.M – 10 A.M)

Lokasi


2. Plan B

CariDestinasi Kafe Ipoh Plan B

Kafe Plan B pernah menjadi tempat paling menarik di Ipoh selepas 5 tahun pembukaanya dan pernah memasuki surat khabar antarabangsa New York. Hebat bukan? Inilah kafe yang mendapat liputan antarabangsa tu. Kafe Plan B yang terletak di Jalan Panglima, Ipoh sentiasa menjadi pilihan penggemar kopi ataupun untuk lepak bersama rakan-rakan. Jika lihat pada gambar pasti anda sudah tertarik dengan reka bentuk kafe ini. Memang patut la jika kafe ini diketahui hingga ke luar negara.

Harga makanan di sini memang jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan kafe yang lain. Misalnya, sepinggan nasi lemak di sini berharga RM28. Tetapi, jika melihat pada kualiti, servis dan kafe itu sendiri pastinya anda faham kenapa harganya jauh berbeza daripada kafe yang lain. Makanan yang disajikan di sini juga agak unik dan ada yang memang sukar didapati di bandar besar seperti KL dan Selangor. Contohnya, seperti taco dan kerepek spaghetti.

Alamat: No. 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 A.M – 8 P.M)

Lokasi


3. Vintage Cafe No100

CariDestinasi Vintage Cafe

Dengar sahaja nama Vintage Cafe pastinya anda sudah mendapat gambaran bahawa kafe ini merupakan kafe yang bertemakan klasik. Sesuai dengan namanya. Apa yang menariknya di kafe ini, kebanyakkan hiasan dalaman yang klasik adalah kepunyaan pemilik kafe ini sendiri. Koleksi barangan klasik dan rare yang sudah tidak ada keluarannya lagi.

Menu yang disajikan di sini adalah simple dan light. Sesuai untuk dipesan jika anda datang sekadar untuk isi perut ataupun berbual bersama rakan-rakan. Menu Maggi Kari Pedas dan Rojak Pasembur menjadi pilihan utama pelanggan ketika berkunjung ke kafe ini. Anda juga boleh berswafoto bersama koleksi barangan klasik pemilik kafe. Jangan lepaskan peluang tu.

Alamat: 100, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Ahad – Khamis (8:30 A.M – 7 P.M)

Jumaat – Sabtu (8:30 A.M – 10 P.M)

Lokasi


4. Kopi Depan Rumah Ipoh

CariDestinasi Kafe Kopi Depan Rumah Ipoh

Kafe Kopi Depan Rumah sememangnya sudah terkenal dikalangan warga Ipoh. Manakan tidaknya, kafe ini pernah viral suatu ketika dahulu sehingga mendapat perhatian surat khabar tempatan di Ipoh. Siapa sangka daripada hanya bertukar-tukar resipi untuk menghasilkan kopi latte yang terbaik bersama rakan-rakan, kini, Kopi Depan Rumah kafe merupakan kafe yang wajib disinggahi bagi penggemar kopi. Ada yang sanggup beratur panjang dan lama hanya untuk mendapatkan secawan kopi di sini.

Ada 11 menu minuman yang ditawarkan kepada pelanggan di sini tetapi, yang mendapat tempat di hati pelanggan ialah Caramel Latte dan Strawberry Latte. Resipi minuman merupakan resipi yang dicipta sendiri oleh pemilik kafe Kopi Depan Rumah. Rata-rata pelanggan yang datang ke sini mengatakan bahawa ianya berbaloi menunggu lama kerana rasa kopi yang disajikan adalah unik, asli serta lain daripada yang lain. Dijamin puas hati!

Alamat: 3, Persiaran Bukit Meru 11, Meru Heights, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (11 A.M – 6:30 P.M)

Lokasi


5. Nifayyi Warung & Kafe

CariDestinasi Nifayyi Warung & Kafe Ipoh

Warung dan kafe? Ia merupakan gabungan klasik dan moden yang diketengahkan di Nifayyi Warung & Kafe. Kafe di Ipoh ini sesuai kalau anda nak hangout bersama keluarga, pasangan dan anak-anak. Menu yang disajikan di sini juga mesra keluarga. Harga makanan juga berpatutan.

Menu yang boleh didapati di sini ialah makanan Malaysia, menu kedai mamak dan juga menu street food. Kalau anda malas nak keluar dari rumah anda boleh juga memesan makanan di sini melalui aplikasi Food Panda dan Grab Food. Sudah tentu rasa makanan yang enak di kafe Ipoh ini akan membangkitkan selera makan para pelanggan.

Alamat: No. 77, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (12 P.M – 10 P.M)

Lokasi


6. Platf9rm Coffee & Brew

CariDestinasi Kafe Ipoh Platform Coffee & Brew

Jika anda seorang penggemar filem Harry Potter anda pasti sudah tahu akan rekaan bentuk Platf9rm Coffee & Brew ini diinspirasikan daripada filem tersebut. Menu yang terkenal di sini ialah home-made butterbrew, Coca & Frape dan juga Italy Coffee Bean.

Selain menikmati kopi anda juga boleh memakai baju yang bertemakan Hogwarts untuk OOTD dan berswafoto. Ia disediakan khas bagi para pelanggan untuk lebih merasai pengalaman berada dalam dunia Harry Potter. Best bukan? Bolehlah anda feel-feel seperti Harry Potter, Harmonie Granger dan Ronald Weasley. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini jika anda sudah datang ke Ipoh.

Alamat: 22, Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11:30 A.M – 6:30 P.M)

Lokasi


7. Miker Food

CariDestinasi Kafe Ipoh Miker Food

Pastikan anda datang awal sekiranya anda merancang hendak datang ke sini pada waktu puncak dan hujung minggu. Takut nanti tiada tempat duduk dan makanan sudah habis. Jika anda dah bosan hendak pergi ke Pizza Hut ataupun Dominos Pizza anda boleh memesan pizza home-made di sini. Rasanya juga lebih sedap, sehinggakan pelanggan membandingkan dengan dua jenama pizza antarabangsa tersebut. Harga pula sudah semestinya jauh lebih murah.

Selain pizza, menu yang unik di sini ialah Tom Yam Nyiur Ketam. Hidangan ini merupakan menu istimewa di Miker Food dan ini ialah menu wajib yang patut anda cuba. Rasa tom yam yang pedas dan masam kini ditambah pula dengan kemanisan asli daripada kelapa sudah pasti akan membuat anda kecur liur. Kalau anda tertanya-tanya akan rasanya, itu petanda anda harus datang segera ke Miker Food.

Alamat: Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (7:30 A.M – 12 A.M)

Sabtu & Ahad (5 P.M – 12:30 A.M)

Lokasi


8. New York Sushi & Cafe

CariDestinasi New York Cafe

Jika anda hendak sudah bosan dengan makanan Melayu anda boleh cuba makanan Jepun dan Barat di New York Sushi & Cafe. Agak unik bukan? Kafe ini gabungan duo makanan Barat dan negara matahari terbit. Sesuai dengan nama kafe itu sendiri, boleh dapat dua jenis makanan antara dua negara dalam satu kafe ini. Jimat masa dan tak perlu pening-pening nak pilih makanan apa.

Sudah tentu makanan utama yang anda wajib pesan jika datang ke sini ialah sushi.  Makanan Barat yang boleh dipesan dan terkenal ialah Spaghetti Bolognese dan Chicken Chop. Kafe ini sangat sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan, pasangan mahupun keluarga.

Alamat: No 61 & 63, Jalan Medan Ipoh 3, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11:30 A.M – 8 P.M)

Lokasi


9. Thumb’s Cafe

CariDestinasi Thumb's Cafe

Siapa yang berasal dari Ipoh pasti sudah tahu akan kafe ini. Thumb’s Cafe memang terkenal dengan hiasan dalaman yang unik berkonsepkan kampung era 70-an tetapi menyajikan makanan Barat. Tak heran jika Thumb’s Cafe ini mendapat gelaran kafe hipster di kalangan pelanggan muda yang sukakan kafe sebagai port OOTD mereka.

Jika sudah menyajikan makanan Barat sudah tentu makanan yang terkenal adalah Chicken Chop dan Meatball. Usah risau akan harga jika anda mengunjungi Thumb’s Cafe kerana harganya yang murah dan berpatutan. Berbaloi dengan suasana kafe yang anda rasai. Rekaan kampung dan makanan Barat, gabungan yang kontra kini menjadi satu. Pasti anda tak akan menyesal jika datang ke sini.

Alamat: 133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (1 P.M – 10 P.M)

Lokasi


10. Nellis Cafe

CariDestinasi Nellis Cafe

Nellis Cafe yang beroperasi di Ipoh ini merupakan cawangan kedua. Cawangan pertama terletak di Sunway City Ipoh. Kafe di Ipoh ini menyajikan makanan halal jadi bagi anda yang beragama Islam anda tidak perlu berasa khuatir. Antara makanan yang disajikan oleh Nellis Cafe ialah Nasi lemak, mee rebus, asam laksa dan nasi goreng kampung.

Jika anda nak berubah selera, Nellis Cafe juga ada menyediakan menu sarapan pagi English, makanan Barat dan pencuci mulut. Kebanyakkan pelanggan yang datang ke sini memberi makluman yang positif. Mereka menggemari rasa asli masakan yang disajikan serta memuji reka bentuk dan hiasan dalaman. Harga makanan di sini juga berpatutan. Anda wajib cuba makanan di Nellis Cafe. Pasti tak menyesal!

Alamat: 99, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 A.M – 10 P.M)

Lokasi


11. Greentown Dim Sum Cafe

CariDestinasi Greentown Dimsum Cafe

Dim Sum halal? Ya, itulah yang disajikan di Greentown Dimsum Cafe. Kafe di Ipoh ini menyajikan makanan bangsa Cina versi halal. Jadi, orang yang beragama Islam tidak perlu ragu-ragu jika berkunjung ke kafe ini. Ada sijil halal juga untuk mengesahkannya. Restoran ini juga kemas, bersih dan selesa.

Menu utama yang dihidangkan di sini sudah semestinya dimsum tetapi anda juga boleh memesan makanan yang lain. Ada pelbagai mee dan nasi yang anda boleh cuba. Dimsum yang wajib anda cuba di sini ialah Fried Prawn Dumplings dan juga Fried Radish Cake. Para pelanggan yang datang ke kafe ini juga rata-rata memuji dim sum yang disajikan dan sehingga ada yang mengatakan ia merupakan dimsum yang tersedap di Ipoh.

Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8:30 A.M – 7 P.M)

Lokasi


Jadi anda sudah tahu kafe mana yang hendak anda kunjungi jika berada di Ipoh? Kafe di Ipoh yang disenaraikan di atas adalah kafe yang mampu milik, ala-ala hipster serta kafe yang memang high class.

Kalau nak pesan kopi sahaja dan kemudian OOTD sahaja pun boleh. Boleh la anda post di sosial media dan jadikan pengalaman menjadi pelanggan di kafe yang terkenal dan viral. Yang penting, jangan berbelanja melebihi kemampuan hanya untuk nampak mewah.

Jika senarai kafe di Ipoh ini bukanlah apa yang anda sedang cari, tidak mengapa. Anda boleh mencari kedai makan alternatif dengan membaca artikel ini, 20+ Tempat Makan BEST di Ipoh Perak – Sememangnya HALAL. Apa-apa pun selamat menjamu selera!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

6 Restoran Steamboat yang Sedap di Ipoh, Perak!

Hujung minggu merupakan waktu yang tepat untuk makan dan borak santai bersama semua ahli keluarga dan rakan-rakan, contohnya steamboat. Apakah syarat steamboat yang sedap...

10 Tempat Penginapan di Ipoh yg Best

Di dalam bandaraya Ipoh terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang cantik, selesa, dan bersih dengan harga yang cukup berpatutan. Keindahan seni bina yang terpelihara...

Top 10 Kereta Sewa Ipoh & Taiping Yang Best & Murah

Adakah anda mempunyai perancangan untuk bercuti ke negeri Perak? Negeri Perak kaya dengan keindahan semula jadi seperti pulau pelancongan, hutan lipur, air terjun dan...

7 Pilihan Homestay Terbaik di Tambun yang Menepati Citarasa Anda

Percutian yang menyeronokkan tidak akan sempurna tanpa adanya tempat penginapan yang menarik dan selesa. Setelah seharian anda bersiar-siar menikmati keindahan dan tempat menarik di...

20+ Tempat Makan BEST di Ipoh Perak – Sememangnya HALAL

Di Perak memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan serta keluarga anda. Tempatnya memang cantik-cantik belaka yang pasti dapat menjadi kenangan...

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village – Indah & Tenang

Jika anda mencari destinasi percutian yang unik dan menarik di Perak, tidak ada tempat yang lebih sesuai daripada Qing Xin Ling Leisure & Cultural...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x