Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tiket Promo Lost Word of Tambun – Pasti TERMURAH!

Percutian ke Ipoh, memang tak lengkap jikalau anda tidak singgah ke Lost World of Tambun yang hanya terletak lebih kurang 15 minit daripada bandaraya Ipoh. Sambil-sambil melawat tempat-tempat menarik di Perak, anda pergi jugalah ke Tambun.  Lost World of Tambun merupakan hotel taman tema di bawah pengurusan syarikat Sunway yang mempunyai banyak tarikan-tarikan menarik yang pasti dapat memberikan keseronokan kepada anda sekeluarga. Ianya pasti dapat dijadikan satu kenangan yang indah kepada anda sekeluarga terutama kepada anak-anak anda.

Lost World of Tambun ni unik kerana ianya dikelilingi hutan tropika, kolam air panas semula jadi serta batu kapur yang sudah melebihi 400 juta tahun yang memberikan gambaran indah kepada pengunjungnya. Selain itu, tempat ini juga merupakan bekas tempat pelombongan bijih timah yang ditransformasi menjadi taman tema yang unggul.

 


Taman Tema

Taman tema di sini bukan biasa-biasa tau. Terdapat 6 jenis taman tema yang boleh anda nikmati pada waktu siang yang pasti memberikan kepuasan kepada anda. Di sini keselamatan anda dijamin kerana reka bentuk taman tema mereka seperti gelongsor air adalah direka dengan menitikberatkan keselamatan pengunjung. Selain itu, ada pekerja mereka yang menjaga setiap permainan untuk memastikan keselamatan anda. Anda juga diingatkan agar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di sini untuk keselamatan dan keselesaan anda serta pengunjung lain.

1. Lost World Water Park

waterpark

Orang ramai biasanya datang ke sini untuk menikmati taman tema air mereka yang juga merupakan tarikan utama. Anda boleh bermandi-manda dengan bermain gelongsor air yang panjang serta bermain ombak yang tinggi. Mereka juga ada tarikan bernama Adventure River dimana anda boleh rilek-rilek diatas pelampung dan mengelilingi kawasan ini sambil melihat bukit batu kapur kuno yang cantik. Anda juga akan disimbahi air kerana terdapat beberapa pancuran air ketika anda melimpasi kawasan tersebut. Tempat mandi-manda yang temanya adalah untuk kanak-kanak juga ada disini yang pastinya lebih selamat untuk anak-anak kecil anda.

Menariknya di sini, mereka mengadakan pool party pada setiap hari dimana anda boleh berseronok di dalam air sambil mendengar musik. Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mereka ada DJ yang akan memainkan lagu-lagu untuk anda menggerakkan badan dan kepala sambil bermain air. Akan tetapi, pool party ni ada pada masa-masa tertentu sahaja pada setiap hari.

2. Lost World Amusement Park

amusement park

Jika anda tak minat nak mandi-manda, nak berbasah-basahan, apa kata anda ke Lost World Amusement Park yang merupakan taman tema kering di sini. Banyak tau permainan-permainan yang boleh anda cuba. Permainan yang paling terkenal ialah Dragons Flight. Anda mesti pernah nampak punya permainan ini, dimana anda akan duduk di atas tempat duduk yang disambungkan dengan kabel dan berpusing-pusing sampai rasa macam nak terbang tau. Seronok gila main benda ni. Mereka juga ada roller-coaster, karusel dan macam-macam lagi yang boleh dicuba. Akan tetapi roller coaster tu takdalah ekstem pun.

3. Lost World Tin Valley

tin valley

Haa kalau anda nak tahu dan nak merasai pengalaman melombong bijih timah, anda boleh buat di sini. Memang cantik tempat ini terutama kalau anda jenis yang suka nak bergambar. Boleh dikatakan agak panjang juga anda perlu berjalan sambil menikmati pemandangan. Anda boleh mencuba sendiri cara mendapatkan bijih timah dengan mendulang sahaja. Kanak-kanak yang paling menyukai aktiviti ini kerana minda mereka yang sedang berkembang dan ingin mempelajari benda baru. Tea House juga ada untuk anda duduk dan rehat-rehat sebentar.

4. Lost World Tiger Valley

tiger valley

Bukan di zoo-zoo besar sahaja tau ada harimau, di Lost World of Tambun pun anda boleh sahaja menyaksikan gelagat harimau yang merupakan salah satu pemangsa terbaik di rimba. Harimau yang ada di sini ialah Harimau Siberia yang rupanya lebih kurang je macam harimau lain yang berwarna ala ala oren. Anda dapat melihat mereka ketika diberi makan serta bermain-main di dalam sangkar. Pasti anda akan teruja dapat melihat harimau secara dekat.

5. Lost World Petting Zoo

petting zoo

Kalau harimau tadi anda tak boleh nak belai-belai kan? Haa jangan risau kerana ada je haiwan-haiwan kecil yang jinak untuk anda belai tau. Antara yang ada ialah burung kakak tua, arnab dan rakun. Anda boleh memberi mereka makan dan membelai mereka. Tetapi anda perlu belai dengan lembut dan dengan kasih-sayang terhadap haiwan-haiwan tersebut. Kalau nak lagi menarik, anda juga boleh melihat zirafah, zebra, dan burung unta. Banyak tau haiwan yang ada di sini. Nak tengok dan belajar tentang ular pun boleh juga.

Bagi pencinta kucing, mereka juga ada satu tempat khas untuk anda membelai dan bermain dengan pelbagai spesis kucing. Kucing Sphynx, kucing yang tiada bulu, juga ada untuk anda belai. Kalau nak masuk tempat kucing ni, anda kena pastikan yang anda dalam keadaan kering dulu barulah boleh masuk.

6. Lost World Adventure Park

adventure park

Nakkan sesuatu yang mencabar di Lost World of Tambun? Memang ada juga tau aktiviti-aktiviti mencabar yang boleh dilakukan oleh anda yang sukakan perkara ekstrem ni. Di Lost World Adventure Park, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti mencabar seperti main zipline, panjat bukit dan kayak. Aktiviti-aktiviti mencabar disini ada orang yang akan menjaga anda ketika melakukan aktiviti. Oleh itu, keselamatan anda terjamin disamping ada juga dibekalkan kelengakapan keselamatan. Akan tetapi, anda perlu mengikut arahan dan pertaturan yang telah ditetapkan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.


Night Park

Di sebelah petang ke malam, anda juga boleh berseronok di Tambun ni selepas tutupnya taman tema di waktu pagi. Pada waktu malam, mereka memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti yang lebih untuk memberi ketenangan dan santai-santai sahaja. Anda boleh rehatkan badan dan minda anda di kolam air panas mahupun menikmati persembahan lampu-lampu di Luminouse Forest.

1. Lost World Hot Spring Night Park

night park

Memang tak rugi kalau anda berada di sini dari pagi hingga ke malam. Ini kerana pada malam hari, anda boleh menyaksikan persembahan-persembahan menarik seperti persembahan api dan lakonan. Memang best tau untuk anda nikmati. Mereka juga ada persembahan seperti tarian dan lagu pada waktu malam. Tidak lupa juga anda boleh menikmati zoo mini yang membolehkan anda membelai haiwan-haiwan seperti arnab dan ular. Nak tengok labah-labah Tarantula yang berbulu-bulu tu ada juga pada waktu malam.

2. Lost World Hot Springs and Spa

spa

Fuh dapat mandi air panas sambil menikmati keindahan malam memang paling nikmat. Anda boleh rehat-rehat serta tenangkan diri didalam kolam air panas yang luas di sini. Anda boleh rasa dulu dan tengok dulu tahap kepanasan air sebelum anda rendamkan diri. Ada orang suka yang tak panas sangat dan ada orang suka yang betul-betul panas. Ikut keselesaan anda. Lagi satu, kolam air panas ni pada waktu malam akan nampak macamberkabus dek haba yang dikeluarkan. Kalau nak pergi spa dan dapatkan urutan juga boleh di Crystal Spa yang dibuka dari 12 tengah hari sehingga 11 malam.

3. Luminous Forest

luminouse

Di Luminouse Forest ni anda boleh menikmati pemandangan lampu-lampu cantik yang menyinari kegelapan malam. Memang sangat cantik kerana anda akan dibawa berjalan-jalan melalui hutan rimba yang bersinar dalam kegelapan ini. Anda dapat melihat keindahannya yang pasti akan membuat anda terpesona. Terdapat juga pokok animatronik yang boleh bercakap dan berkelip matanya. Suasananya memang macam ada masuk ke dalam dunia khayalan.


Bayaran Masuk Lost World of Tambun

Bayaran Masuk: Walk-in (semua taman tema): Dewasa (13 tahun ke atas) – RM 117; Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) & Warga emas (60 tahun ke atas)- RM 110.

Atas talian (semua taman tema): Dewasa (13 tahun ke atas) – RM 81.90; Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) & Warga emas (60 tahun ke atas)- RM 77.

Untuk harga lebih rendah – boleh rujuk laman HOLIDAYGOGOGO


Kod Pemakaian

Kod pemakaian di sini adalah anda perlu pakai pakaian renang yang mudah didapati di kedai-kedai yang menjual peralatan sukan. Anda boleh membeli baju renang yang sesuai dengan anda. Sekarang ni mudah je nak cari pakaian renang kalau yang mematuhi syariah. Yang perempuan bertudung boleh beli satu set lengkap dengan penutup kepala sekali. Kalau bagi lelaki lagi senang tau nak cari.

Antara sebab adanya kod pemakaian ni ialah, pakaian renang kurang serap air. Jadi, bila anda berenang takdalah rasa berat. Tolong jangan degil dan patuh kepada kod pemakaian yang ditetapkan. Lagipun, kalau anda tak patuh, anda tak boleh naik gelongsor air di sini.

Dress-code


Sewaan 

Walaupun anda membayar tiket untuk bermain semua permainan tetapi ada juga bayaran lain yang perlu anda lakukan ya. Bayaran-bayaran tambahan ini boleh dilakukan mengikut kemahuan anda. Kalau taknak tiada masalah. Akan tetapi, kalau nak main gelongsor air tu mestilah kena sewa pelampung ya nanti. Kadar sewaan tu takdalah mahal sangat dan anda boleh kongsi-kongsi juga kalau nak. Banyak juga benda-benda lain yang anda boleh main dan perlu bayar ketika anda ingin main je seperti rumah hantu dan kayak.

Sewa Pelampung

Untuk menyewa pelampung, anda boleh perlu bayar kadar sewaan dan juga diposit. Pelampung kembar berharga RM 28 termasuk RM 10 deposit yang akan dipulangkan semula kepada anda. Bagi pelampung seorang pula, harganya ialah RM 18 termasuk RM 5 deposit. Tiada had masa yang ditetapkan untuk sewaan ini. Pastikan anda pulangkan semula supaya anda boleh dapatkan semula deposit anda.

Sewa loker

Pasti tak tenang jika anda tinggalkan barang-barang peribadi anda merata tempat di Tambun ini. Jadi, apa kata anda sewa loker yang boleh dipilih mengikut saiz yang anda perlukan. Loker disini adalah selamat tetapi anda perlu pastikan kuncinya berfungsi dan loker anda dikunci dengan baik agar tidak diceroboh orang lain. Harga untuk loker berbeza mengikut saiz iaitu RM 20 untuk kecil, RM 30 untuk sederhana dan RM 40 untuk besar. Tiada had masa yang ditetapkan untuk penggunaan loker, jadi, anda boleh buka tutup sesuka hati anda.


Penginapan

Nak cari tempat penginpan di Lost World of Tambun ni tak perlu susah-susah pergi jauh-jauh tau. Mereka anda tempat penginapan sendiri yang boleh anda pilih mengikut keinginanan anda. Ada dua penginapan berbeza yang boleh menjadi pilihan anda di sini. Pertama ialah Lost World Hotel dan kedua ialah staycation di mana anda boleh camping yang takkan menyakitkan badan anda dan menginap di villa terapung.

Lost World Hotel

hotel

Menginap di Lost World hotel pastinya akan memudahkan anda untuk menikmati taman tema Tambun ini. Bilik mereka dijaga rapi dan diberikan dalam keadaan yang sangat bersih. Semua bilik yang disediakan sudah tentunya mempunyai penghawa dingin yang akan memberikan keselesaan kepada anda. Televisyen dan WIFI juga disertakan untuk anda guna. Harga bilik bergantung kepada kebesaran dan jenis bilik yang anda inginkan. Harga bermula daripada RM 636 semalam. Anda juga akan diberikan sarapan percuma, tiket untuk masuk ke kolam air panas dan anda boleh menikmati persembahan-persembahan malam yang ada di situ.

Laman Web | Whatsapp

Staycation

staycation

Aktiviti glamping semakin mendapat tempat di mata pelancong Malaysia serta luar negara. Oleh itu, anda yang menginginkan satu pengalaman baru dalam penginapan, anda boleh pergi glamping di Tambun. Bezanya glamping dengan camping, ketika glamping anda akan tidur di atas katil yang selesa berbanding hanya di dalam sleeping bag. Memang selesa je kalau glamping ni. Mereka juga ada villa terapung untuk anda tinggal yang pastinya turut memberi pengalaman baru kepada anda. Pakej yang disediakan boleh dikatakan berbaloi kerana termasuk tiket untuk ke taman tema serta makanan.

Laman Web | Whatsapp


Tempat Makan

makanan

Kalau anda datang ke sini memang tak boleh ya bawa makanan sendiri. Sama juga peraturannya macam taman tema yang lain di Malaysia. Ini kerana, mereka ada tempat makan sendiri yang boleh anda pilih dan pergi. Banyak juga pilihan yang ada dan makanan juga sedap-sedap. Akan tetapi, anda cuma perlu tahu yang dalam ni harga makanan lebih mahal lah berbanding di luar. Memang kena sediakan duit lebih untuk makan. Makanan mereka di sini dijamin halal kerana mereka ada mendapat logo halal daripada JAKIM. Anda tak perlu rasa was-was ketika makan di sini nanti. 


Kemudahan

Selepas selesai mandi-manda di taman tema, anda harus mandi semula di tempat mandi yang disediakan di sini untuk membersihkan diri anda daripada klorin dalam air kolam tu. Kalau anda biasa pergi mandi kolam, anda mesti sudah mengetahui tentang perkara ini. Tempat mandi diasingkan untuk wanita dan lelaki. Sama juga seperti surau di sini. Ya, sini memang ada surau untuk anda solat sebelum meneruskan semula aktiviti mandian. Seronok tu seronok juga, tapi solat jangan lupa. Dah ada ruang solat tu tak perlu nak solat merata-rata tempat dah. Kedai menjual cenderahati juga ada untuk anda membeli-belah dan dibawa balik sebagai kenangan.


Alamat & Waktu Operasi

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 11.00 am – 6.00 pm (hari bekerja); 10.00 am – 6.00 pm (hari minggu, cuti umum, cuti sekolah); Selasa tutup kecuali pada hari cuti umum & cuti sekolah

Lokasi | Laman Web | Pakej Percutian | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 055428888

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Pilihan Homestay Terbaik di Tambun yang Menepati Citarasa Anda

Percutian yang menyeronokkan tidak akan sempurna tanpa adanya tempat penginapan yang menarik dan selesa. Setelah seharian anda bersiar-siar menikmati keindahan dan tempat menarik di...

Destinasi Nasi Ganja BEST di Ipoh – Memang KETAGIH

Kalau bercuti ke Ipoh,  salah satu menu makanan yang selalu orang Ipoh cadangkan adalah nasi ganja. Mula-mula dengar nama nasi ganja ini beberapa tahun...

Senarai Tempat Shopping di Ipoh yg POPULAR

Ipoh, sebuah bandar yang terletak di negeri Perak, dikenali dengan keindahan warisan sejarahnya, makanan enak, serta destinasi membeli-belah yang menarik. Terdapat pelbagai pilihan tempat...

20+ Tempat Makan BEST di Ipoh Perak – Sememangnya HALAL

Di Perak memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan serta keluarga anda. Tempatnya memang cantik-cantik belaka yang pasti dapat menjadi kenangan...

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village – Indah & Tenang

Jika anda mencari destinasi percutian yang unik dan menarik di Perak, tidak ada tempat yang lebih sesuai daripada Qing Xin Ling Leisure & Cultural...

11 Kafe TOP Di Ipoh

Jika sebut nama kafe sudah tentu anda akan membayangkan akan suasana kafe yang sunyi, hiasan dalaman yang estetik dan ala-ala hipster. Harga pula pasti...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x