Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Pilihan Homestay Terbaik di Tanjung Malim untuk Anda!

Tanjung Malim, atau Tanjong Malim, merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung yang datang kerana mempunyai tempat pelancongan yang menarik. Antaranya ialah Sungai Bil, Muzium Pendidikan Antarabangsa, UPSI Adventure Park dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin datang ke kawasan Tanjung Malim atas urusan bekerja dan bercuti, sudah semestinya anda ingin mencari penginapan yang terbaik dan sesuai mengikut bajet, kan? Jom tengok 10 homestay terbaik di Tanjung Malim untuk anda cuba!

10 Homestay di Tanjung Malim


1. Homestay D’Mama Tanjung Malim, Taman Bernam Perdana

Homestay satu tingkat ini terletak di Taman Bernam Perdana, Tanjung Malim. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang selesa untuk anda yang menginap.

Menurut ulasan, rumah ini boleh memuatkan sehingga 6 orang pengunjung dalam satu masa. Maka, ianya sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar dan datang bersama rakan-rakan yang ramai.

Rumah ini turut menyediakan kelengkapan asas yang boleh anda gunakan dengan baik. Lokasinya juga berdekatan dengan bandar Tanjung Malim, memudahkan anda untuk keluar berurusan dan mendapatkan keperluan harian di kawasan ini.

Alamat:  28, Jalan Bernam Perdana 9, 35900 Tanjong Malim, Perak

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’Mama


2. The Retreat Homestay, Kampung Stesen Tanjong Malim

Homestay ini yang luas dan besar ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah ini memberi keselesaan dan ketenangan kepada anda kerana konsepnya seperti anda berada di kampung. Anda juga boleh menikmati pemandangan yang cantik dari rumah ini.

Rumah ini turut dilengkapi dengan kelengkapan yang lengkap seperti tv, penghawa dingin, wifi, peti ais, microwave. Jadi, semua kemudahan ini pastinya akan membuatkan anda rasa seperti berada di rumah sendiri.

Selain itu, lokasinya juga strategik, iaitu terletak berdekatan dengan tempat yang menarik seperti gokart, jungle trekking, river rafting di sungai Ulu Slim Selangor. Wah, menarik kan? Bolehlah anda datang menginap di sini sekiranya ingin melakukan aktiviti-aktiviti lasak sambil menikmati alam semulajadi.

Alamat:  Jalan Ketoyong, Kampung Stesen Tanjong Malim, 35900 Tanjong Malim, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook| Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp The Retreat


3. Homestay Villa Proton City Tanjung Malim, Proton City

Jika anda inginkan percutian ala-ala hotel, anda boleh menginap di homestay Villa Proton City ini. Rumah ini menyedikan perabot yang lengkap untuk kegunaan dan keselesaan anda yang menginap.

Seterusnya, rumah ini turut mempunyai pemandangan yang cantik, iaitu menghadap pemandangan gunung. Wah, pagi-pagi bangun tidur dengan pemandangan sebegini, mesti menenangkan kan?

Di samping itu, homestay 2 tingkat ini juga sangat besar, membolehkan anda membawa keluarga yang ramai serta boleh melakukan aktiviti seperti team bonding dan family gathering di sini. Menarik kan?

Alamat: 22, Jalan Tamalan 8 PC 18, Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Villa Proton City


4. Homestay Azie Tanjung Malim-UPSI, Taman Bernam Baru

Homestay 2 tingkat ini sering menjadi tumpuan pelajar mahupun pengunjung yang datang ke Tanjung Malim kerana rumah ini besar dan selesa. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air, memuatkan sehingga 15 orang.

Selalunya, pengunjung yang menginap di sini adalah mereka yang datang menginap untuk melawat anak mereka yang belajar di universiti berhampiran. Lokasinya yang dekat dengan kedai makan dan kedai serbaneka turut memudahkan pengunjung untuk datang mendapatkan makanan dan keperluan asas.

Alamat: 13, Jalan Bernam 2/5, Taman Bernam Baru, 35900 Tanjong Malim, Perak

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Azie


5. Legacy Homestay, Kampung Ketoyong

Homestay ini turut menjadi antara pilihan pengunjung yang datang untuk menginap di Tanjung Malim. Hal ini kerana homestay ini berkonsepkan tradisional dan seperti anda pulang ke kampung apabila menginap di sini. Ianya sangat sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan dan berada jauh dari kesibukan kota.

Jika ada rezeki, anda juga boleh menikmati durian kampung yang ada di homestay ini. Seronok kan? Malah, halaman yang luas turut memudahkan untuk anda meletakkan kereta anda. Anak anda juga boleh bermain di halaman dengan selamat.

Alamat: 143, Kampung Ketoyong, 35900 Tanjong Malim, Perak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Legacy


6. Selesa Homestay Tanjong Malim, Taman Seri Geriang

Selesa Homestay Tanjong Malim, Taman Seri Geriang

Sesuai dengan namanya, ramai pelanggan mereka berpuas hati dengan homestay ini kerana ianya selesa dan cantik. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang lengkap untuk anda berehat.

Sekiranya anda datang ke sini atas urusan kerja, homestay ini berdekatan dengan pusat pentadbiran seperti Proton City, universiti, hotel dan sebagainya. Malah, harga untuk menginap di sini juga berpatutan dan berbaloi. Bolehlah anda cuba menginap di homestay ini apabila datang ke Tanjung Malim. 

Alamat: 13, Jalan Geriang Utama 1, Taman Geriang Utama, 35900 Tanjong Malim, Perak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Selesa


7. 22 Homestay Tanjung Malim, Proton City

22 Homestay Tanjung Malim, Proton City

22 Homestay Tanjung Malim ini juga menjadi pilihan pengunjung kerana ianya murah. Tambahan pula, lokasinya juga berdekatan dengan kaki bukit, membuatkan suasananya amat nyaman dan menenangkan.

Bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota, anda boleh cuba menginap di sini. Walau bagaimanapun, kedudukannya di bandar Proton City memudahkan anda untuk mencari kelengkapan diri dan berjalan di kawasan ini.

Alamat: No. 22, Susur Tamarinda, Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp 22 Homestay


8. Homestay Bonda Tg Malim, Kampung Ketoyong

Homestay Bonda Tg Malim, Kampung Ketoyong

Jika anda ingin mencari homestay bajet tapi luas dan selesa, anda boleh menginap di sini. Homestay ini mempunyai 2 unit, jadi anda boleh menginap bersama keluarga dan rakan-rakan lain apabila datang ke sini.

Rumah ini juga menyediakan tempat letak kereta yang berbumbung, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan kereta anda. Lokasinya juga berdekatan dengan kedai makan, jadi mudah untuk anda keluar mencari tempat makan yang menarik di area sini.

Ramai pengunjung yang pernah menginap di sini telah memberi respon yang memuaskan tentang servis dan layanan dari pemilik homestay ini.

Alamat: No. 56, Kampung Ketoyong, 35900 Tanjong Malim, Perak

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bonda


9. Dinaim Homestay Tanjung Malim, Proton City 

Dinaim Homestay Tanjung Malim, Proton City 

Kediaman teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik ini memberikan kemudahan untuk anda sekiranya menginap di homestay ini. Lokasi homestay ini terletak di bandar Proton City dan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa. Mesti cantik kan jika anda boleh menginap di sini?

Di samping itu, kawasan taman yang menghijau di sekitar rumah ini juga dapat memberi suasana yang tenang bila berada di sini. Harganya juga berbaloi untuk anda. Jadi, bolehlah anda cuba menempah homestay anda di sini.

Alamat: PC 19, 7, Jalan Kempas 10, Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Blog | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dinaim


10. Homestay Tok Ayah, Behrang Jati

Homestay Tok Ayah, Behrang Jati

Homestay ini terletak di Taman Behrang Jati, Stesen Behrang, iaitu dalam 15 minit dari Tanjung Malim. Bagi anda yang tidak mengetahui, Stesen Behrang ini mempunyai banyak tempat makan yang sedap dan menarik.

Paling menariknya, ia sering menjadi perhatian pengunjung di dalam negara mahupun luar negara. Pengunjung yang datang menginap di sini juga datang dari pelbagai tempat.

Rumah ini sering menjadi rebutan pengunjung untuk menginap kerana lokasinya yang strategik dan rumahnya yang bersih serta cantik. Jika anda datang ke Tanjung Malim, anda boleh menginap di rumah ini. Harganya juga berpatutan. Jadi, baik tempah awal sebelum terlambat!

Alamat: Jalan Behrang, Taman Behrang Jati, 35950 Behrang Stesen, Perak

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Tok Ayah


Tanjung Malim, satu destinasi menarik yang menanti kunjungan anda! Kami sudah pun senaraikan 10 pilihan homestay yang terbaik untuk pilihan anda. Homestay-homestay ini menawarkan keunikan tersendiri. Dari suasana kampung hingga gaya modennya, pasti ada yang sesuai dengan citarasa anda sekeluarga.

Kami harap maklumat ini dapat membantu anda dalam mencari penginapan yang sempurna. Jadi, jangan tunggu lagi? Pilih salah satu homestay ini mengikut bajet dan kemampuan anda supaya percutian anda lebih mudah. Selamat bercuti dan semoga anda menikmati penginapan di homestay pilihan anda!

Jika anda ingin melakukan aktiviti lasak seperti hiking di Perak, anda boleh layari artikel 9 Tempat Hiking yang Best di Perak.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Homestay di Seri Iskandar yang Menarik dan Bersih

Seri Iskandar ialah sebuah pekan kecil di Perak yang sering dikunjungi kerana terdapat beberapa universiti dan kampus berdekatan. Di sini, terdapat tempat penginapan yang...

10 Tempat Menarik di Sungkai Paling BEST

Dari keindahan semula jadi hingga warisan budaya yang kaya, Sungkai menawarkan pengalaman yang unik kepada pengunjung. Jika anda mencari tempat untuk mengisi masa lapang...

77+ Tempat Menarik di Perak Paling POPULAR – Panduan Bercuti di Perak Darul Ridzuan

Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang terbesar di pantai barat semenanjung Malaysia dan tidak hairanlah begitu banyak destinasi yang menarik di kawasan pantai, pulau,...

Pantai Remis di Perak – Destinasi Percutian Utk Keluarga

Pantai Remis yang terletak di Perak ini telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang santai dan sangat menarik untuk dikunjungi. Pantai yang kaya dengan...

11 Tempat Camping BEST di Perak

Bagi yang minat dengan aktiviti rekreasi luar dan tempat atau suasana alam yang semula jadi, anda boleh mengadakan aktiviti perkhemahan atau camping di Perak....

9 Tempat Hiking Yang BEST Di Perak – Pemandangan yg MENYEGARKAN

Sebenarnya Perak telah menjadi negeri popular bagi rakyat Malaysia jika ingin melancong dalam negara. Mana tidaknya di Perak banyak tarikan menarik. Sering menjadi sebutan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x