Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Remis di Perak – Destinasi Percutian Utk Keluarga

Pantai Remis yang terletak di Perak ini telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang santai dan sangat menarik untuk dikunjungi. Pantai yang kaya dengan sumber alam sekitar ini memang sangat luar biasa dan mampu memberikan anda ketenangan sepanjang percutian anda setelah penat bekerja. Lupakanlah segala masalah anda di bandar dengan meluangkan masa sepenuhnya di tempat yang aman dan damai seperti di Pantai Remis ini.

Melepak di jeti yang redup dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa ini memang sesuai untuk dijadikan sebagai port lepak petang. Segarkan diri anda dengan angin petang di tepi Pantai Remis, Perak ini. Datanglah beramai-ramai dengan ahli keluarga ke sini kerana pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di pantai yang indah ini. Justeru itu, masa cuti anda dan anak-anak juga akan menjadi lebih berguna dan bermanfaat. Memilih untuk berkunjung ke Pantai Remis ini akan menjadikan perjalanan percutian anda lebih sempurna.


Aktiviti Menarik di Pantai Remis

Memancing

Aktiviti memancing sememangnya satu aktiviti yang sangat popular di Malaysia. Merupakan salah satu minat bagi orang ramai untuk memancing ketika ada waktu yang lapang. Untuk pengetahuan anda, aktiviti memancing ini juga dapat membantu menghilangkan tekanan yang sedang anda rasai. Jadi, di Pantai Remis yang indah ini juga anda dibenarkan untuk memancing ikan. Di sini anda boleh memancing ikan sehingga anda puas hati pada bila-bila masa sahaja kerana tiada had yang ditetapkan.

Sambil menunggu ikan memakan umpan, anda juga boleh meluangkan masa dengan berborak bersama rakan anda. Tempat memancing di Pantai Remis ini memang tidak sunyi kerana memang telah menjadi port bagi kaki pancing. Dengan keluasan laut yang besar menjaminkan untuk anda membawa pulang hasil yang lumayan. Pelbagai jenis ikan yang boleh diperolehi di sini.

Berkhemah

Berkhemah merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama yang tersayang. Di samping itu, anda memerlukan tempat yang lapang dan terbaik untuk mendapatkan pengalaman berkhemah yang baik. Pantai Remis, Perak ini memang sangat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk berkhemah. Oleh kerana kawasan pantai yang lapang, anda akan mendapatkan tapak untuk berkhemah tanpa kira pada waktu bila sahaja anda tiba. Bukan itu sahaja, anda juga bebas untuk mencari tapak perkhemahan di sekitar kawasan pantai.

Selain itu, pantai ini memang menjadi tempat kegemaran orang ramai yang berkunjung ke Perak untuk berkhemah bersama-sama keluarga. Kawasan yang dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau dengan berlatar belakangkan suara ombak laut yang kedengaran sememangnya tempat yang indah. Alang-alang berkhemah, jangan lupa untuk membuat unggun api pada waktu malam nanti untuk menjadikan suasana lebih menarik. Anda akan dapat tidur dengan nyenyak kerana angin malam di tepi pantai memang sangat nyaman.

Membeli Ikan Segar

Terdapat tempat menjual pelbagai jenis ikan yang segar di kawasan sekitar pantai. Bukan ikan segar sahaja yang dijual tetapi hasil laut lain seperti sotong, ketam, udang dan banyak lagi boleh didapati di sini. Hasil laut yang baru dibawa naik oleh nelayan memang akan terus dijualkan di sini. Sekiranya anda tiba ke tempat ini, anda bebas untuk membeli apa-apa sahaja hasil laut kegemaran anda atau melihat-lihat ikan jualan di sini.

Jangan risau soal harga ikan yang ditawarkan di tepi pantai ini kerana memang dijamin sangat murah dan menjimatkan. Memang rugi jika anda tidak singgah untuk mendapatkan ikan segar di sini. Anda juga boleh membeli bekas putih untuk menyimpan ikan dan letakkan ais didalamnya bagi menjamin kesegaran ikan anda. Jika anda menyimpan ikan yang dibeli dengan baik didalam bekas putih itu, ia tidak akan rosak walaupun untuk perjalanan yang jauh.

Mandi-Manda

Dapat bermandi-manda air semula jadi seperti air laut ini memang sangat seronok dan menyegarkan. Jika anda ingin membawa anak-anak anda bermandi-manda, Pantai Remis sememangnya tempat yang tepat. Air di Pantai Remis ini sangat jernih dan terjamin kebersihannya. Jangan lupa untuk membawa pakaian mandi yang selesa untuk anda berenang. Kalau anda tidak ingin mandi, anda juga boleh rendam kaki sambil menunggu anak-anak habis mandi.

Anda memang patut untuk segarkan diri dengan air semula jadi seperti di Pantai Remis ini. Yang paling utama, anda juga bebas untuk mandi di sini dengan sepuas-puasnya kerana tidak terdapat pantang larang atau sebarang bayaran yang akan dikenakan. Jangan terlalu leka bermandi-manda sehingga mengabaikan keselamatan anda. Elakkan untuk mandi di pantai ini sekiranya cuaca kurang baik. Jangan lupa untuk jaga kebersihan pantai juga.

Fotografi Atau Bergambar

Mesti anda tidak percaya yang tempat seperti Pantai Remis ini memang sesuai untuk bergambar. Untuk maklumat anda, pantai ini memang tempat yang menjadi kegemaran penduduk sekililing untuk bergambar. Biasannya mereka akan datang beramai-ramai ke sini untuk bergambar bagi acara outdoor pengantin, gambar pertunangan, model fotografi, projek tugasan dan lain-lain lagi.

Anda boleh mendapatkan sudut bergambar yang cantik dan baik di sekitar kawasan pantai. Oleh kerana mempunyai pencahayaan semula jadi ia akan dapat menghasilkan gambar yang sempurna. Lepas ambil gambar, jangan lupa pula untuk memuat naiknya di semua platform media sosial anda. Gambar pemandangan yang indah dapat dijadikan sebagai kenangan atau tanda yang anda pernah berkunjung ke sini.


Penginapan di Pantai Remis

Big Garden Homestay

Big Garden Homestay

Homestay Big Garden ini terletak berdekatan dengan Taman Indah, Pantai Remis, Perak. Homestay ini juga merupakan salah satu tempat penginapan terbaik yang terdapat berdekatan dengan Pantai Remis. Jika anda tertanya-tanya tentang kemudahan yang akan diberikan sekiranya menginap di sini, jangan risau kerana memang terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan. Contohnya perkakas rumah, barangan elektrik, ruangan parkir dan lain-lain lagi. Memang akan memudahkan kerja anda untuk memasak atau menggunakan elektrik, rugi jika anda sia-siakan homestay yang bagus seperti ini.

Yang menariknya lagi, tempat penginapan ini mempunyai had untuk anda menginap bersama lebih 7 orang. Dengan mempunyai laman yang luas membolehkan anda untuk melakukan aktiviti seperti bermain badminton ataupun bola. Jangan lupa untuk membawa peralatan sukan anda sendiri ketika ingin menginap di homestay ini dan berhati-hati sewaktu melakukan aktiviti sukan.

Hotel Lam Seng

Hotel Lam Seng

Hotel Lam Seng menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berbaloi dan kelengkapan yang cukup. Persekitaran kawasan hotel juga memang baik dan terjaga dengan rapi. Hotel ini terletak memang berdekatan dengan Pantai Remis, jadi anda tidak perlu membazir minyak untuk ke sana.

Antara kemudahan yang boleh anda perolehi di hotel ini ialah kawasan tempat letak kereta yang dekat dengan percuma, Wi-Fi, Hot tub didalam bilik mandi, penghawa dingin dan banyak lagi. Hotel ini juga diawasi sepenuhnya dengan CCTV dikeliling dan perkhidmatan security 24 jam, jadi keselamatan anda sewaktu menginap di sini sangat terjamin. Anda boleh mendapatkan bilik anda walaupun pada waktu bila sahaja anda kunjungi kerana di sini terdapat banyak bilik yang disediakan.

Family Tree

Family Tree

Family Tree menawarkan bilik yang dihias dengan kreatif dan cantik yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat penginapan anda. Mempunyai tema yang moden memang akan memberikan anda keselesaan yang sempurna. Segala kelengkapan di sini memang disediakan dengan baik. Di dalam bilik di hotel ini bukan mempunyai penghawa dingin sahaja malah terdapat juga kipas. Mereka juga menyediakan ruangan makan yang santai di sini.

Jika anda ingin membawa keluarga tersayang untuk bercuti di Pantai Remis, Family Tree merupakan tempat penginapan yang tepat. Di sini anda akan mendapatkan suasana seperti di rumah. Lokasi hotel ini juga terletak di kawasan bandar yang mempunyai pelbagai kedai dan memudahkan anda untuk mencari barang keperluan.


Tempat Makan Best Pantai Remis

Jika salah memilih tempat untuk makan, anda hanya akan merosakkan perjalanan percutian anda. Jadi untuk mengelakkan itu, kami ada menyediakan 3 kedai makan yang terbaik di kawasan Pantai Remis. Kedai makan yang disenaraikan ini juga memang laku dan digemari pengunjung. Rasa masakan yang luar biasa memang dapat menambat hati sekaligus sangat memuaskan. Anda bebas memilih untuk makan apa kerana di sini terdapat pelbagai menu makanan yang menarik.

Yang istimewanya, kedai makan ini memang dikenali sebagai syurga lauk masakan kampung. Jika anda tidak ingin untuk makan nasi juga anda boleh memilih untuk makan makanan ringan seperti laksa. Anda boleh membuat survey dulu untuk setiap kedai makan sebelum memilih untuk makan di sana. Harga makanan yang mereka tawarkan juga memang akan membuatkan anda terkejut kerana ia sangat murah dan berbaloi untuk dicuba.


Tempat Menarik Berdekatan Pantai Remis

Pusat Pengurusan Penyu

Pusat Pengurusan Penyu

Pusat Pengurusan Penyu ini merupakan sebagai tarikan utama Pantai Remis yang wajib untuk anda kunjungi. Telah dibuka sejak tahun 1990 lagi dan anda boleh mempelajari tentang penyu di sini. Selain itu, anda juga boleh melihat pameran penyu dan mengetahui tentang kitaran hayat hidup penyu dengan membaca info-info yang tertampal di dinding. Anda dapat menjadikan ia sebagai salah satu pengetahun am anda.

Bukan itu sahaja yang boleh diperolehi di sini malah anda juga boleh melihat penyu yang dipelihara di kolam penyu. Anak-anak anda akan pasti sangat teruja melihat kecomelan penyu yang berenang-renang di dalam kolam ini. Jika anda tiba tepat sewaktu musim untuk perlepasan anak penyu, anda akan dapat melihat aktiviti perlepasan anak penyu ke laut. Oleh kerana sangat sukar dalam mencari tempat untuk melihat penyu di masa kini, anda jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Air Terjun Teluk Akuan

Air Terjun Teluk Akuan

Air Terjun Teluk Akaun adalah salah satu air terjun kecil di Malaysia yang mengalir terus ke laut berdekatan. Selain itu, satu-satunya cara untuk ke air terjun ini adalah dengan menggunakan jalan laut sahaja. Air terjun yang bersih dan jernih ini memang sangat menyegarkan. Ianya memang sangat unik kerana ia terselit di kawasan lautan yang besar.

Mesti membuatkan anda berasa pelik dan tertanya-tanyakan? Oleh sebab itu, anda memang patut untuk kunjungi tempat ini sewaktu anda datang ke Pantai Remis. Tempat yang popular di kalangan penduduk setempat ini selalu dijadikan sebagai tempat untuk mereka berkhemah. Bukan itu sahaja, berkhemah di kawasan air terjun ini memang sangat sejuk dan nyaman. Jika anda tidak ingin melakukan aktiviti perkhemahan, anda juga boleh hanya melihat keindahan air terjun yang dikelilingi oleh hutan hijau ini. Yang paling penting, jangan tinggalkan sampah anda di merata-rata tempat.

Damai Laut Golf and Country Club

Damai Laut Golf and Country Club

Damai Laut Golf and Country Club ini juga merupakan tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Bagi penggemar aktiviti sukan golf, di sini merupakan antara padang golf yang terbaik di Malaysia untuk anda beraksi. Untuk pengetahuan anda, padang golf yang semegah ini merupakan rekaan daripada pereka padang terkenal dunia iaitu Encik Ronald Fream.

Jika anda memilih untuk melakukan hobi main golf di sini, anda akan mendapati yang padang ini sememangnya mencabar dan padang yang terbaik di rantau ini. Sukan golf juga memang tidak asing lagi di Negara Malaysia dan merupakan hobi yang menarik untuk meluangkan masa lapang. Sekali-sekala apabila anda bercuti di Perak, anda memang patut cuba untuk main golf di sini. Kawasan padang golf yang dijaga dengan rapi dan baik memang sangat indah mata memandang.


Maklumat tambahan

Tempat Letak Kereta

Anda bebas untuk meletakkan kenderaan anda di kawasan parkir yang telah disediakan dan terletak berdekatan sahaja dengan kawasan pantai. Anda tidak perlu bersusah-payah berjalan jauh untuk ke kenderaan anda. Tempat letak kereta di sini juga tidak dikenakan cas dan mempunyai keluasan yang lapang untuk anda parkir kenderaan walaupun anda berkunjung pada hari cuti. Jangan tertinggal kunci kereta di dalam kereta pula disebabkan anda terlampau excited untuk ke Pantai Remis ini.

Waktu terbaik untuk pergi

Mengikut jangkaan daripada orang ramai yang lebih arif, mereka menjangkakan waktu yang tepat dan sesuai untuk melawat ke Pantai Remis ini ialah pada bulan April hingga September. Hal ini kerana pada bulan-bulan itu mempunyai kemungkinan untuk cuaca yang baik dan tidak hujan. Pada bulan itu juga merupakan bulan yang popular untuk pelancong asing atau tempatan datang berkunjung ke sini untuk berjemur di tepi pantai. Musim baik pada bulan ini memang akan memudahkan segala rancangan anda untuk melakukan aktiviti.

Antara bulan yang tidak berapa baik untuk anda kunjungi Pantai Remis ini ialah pada  bulan November hingga Februari kerana sering hujan dan cuaca tidak menentu. Oleh itu, rancanglah perjalanan percutian anda dengan bijak dan teliti agar kelak ia tidak akan mengecewakan anda. Percutian yang dirancang dengan sempurna juga akan menjadikan ia lebih seronok.

Kemudahan

Mesti anda tertanya-tanya tentang kemudahan yang terdapat di Pantai Remis ini? jangan bimbang kerana memang terdapat kemudahan asas seperti tandas awam, tempat yang lapang untuk anda melepak dan terdapat juga masjid yang berdekatan untuk orang muslim singgah beribadah.

Terdapat juga kedai jualan barangan cenderamata atau menjual barang seperti topi di tepi pantai ini. Bukan itu sahaja, kedai jualan makanan ringan dan air juga boleh didapati di situ. Jadi, anda boleh membeli makanan ringan di kedai berdekatan dan makannya di tepi pantai dengan santai.

Peta Lokasi

Pantai Remis ini terletak di dalam kawasan Manjung. Selain itu, ia berada di antara simpang Taiping dan Sitiawan. Jangan bimbang untuk ke sini kerana jika anda sesat anda boleh sahaja menggunakan Waze atau mengikut papan tanda jalan yang terdapat di jalan.

Lokasi


Sememangnya tempat yang terbaik dan sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga tersayang. Apa yang penting, jangan lupa untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga sewaktu berada di pantai. Sekali-sekala kita memang harus untuk memberikan “self reward” selepas penat bekerja. Semoga anda dapat mengamit kenangan yang indah bersama yang tercinta di Pantai Remis, Perak ini.

4.3/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Pilihan Homestay Terbaik di Tanjung Malim untuk Anda!

Tanjung Malim, atau Tanjong Malim, merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung yang datang kerana mempunyai tempat pelancongan yang menarik. Antaranya ialah Sungai...

8 Homestay di Seri Iskandar yang Menarik dan Bersih

Seri Iskandar ialah sebuah pekan kecil di Perak yang sering dikunjungi kerana terdapat beberapa universiti dan kampus berdekatan. Di sini, terdapat tempat penginapan yang...

18 Penginapan Best Di Perak – Semestinya CANTIK & KELAS

Negeri Perak Darul Ridzuan memang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan dan seni-seni yang unik dan klasik. Negeri Perak juga kaya dengan alam semulajadi seperti...

Bukit Merah Laketown Resort-Taman Tema Seisi Keluarga

Bukit Merah Laketown Resort merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat popular di kalangan warga setempat & pelancong luar. Aktiviti yang boleh...

6 Air Terjun Di Perak Yg BEST

Bukan sahaja popular dengan kehadiran palancong dari dalam negara. Negeri Perak juga terkenal dengan kunjungan dari warga Malaysia sendiri. Mana tidaknya, di negeri Perak...

9 Tempat Hiking Yang BEST Di Perak – Pemandangan yg MENYEGARKAN

Sebenarnya Perak telah menjadi negeri popular bagi rakyat Malaysia jika ingin melancong dalam negara. Mana tidaknya di Perak banyak tarikan menarik. Sering menjadi sebutan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Saiful
Saiful
1 year ago

I love it

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x