Destinasi Nasi Ganja BEST di Ipoh – Memang KETAGIH

nasi-ganja-nasi-waggey-ipoh

Table of Contents

Kalau bercuti ke Ipoh,  salah satu menu makanan yang selalu orang Ipoh cadangkan adalah nasi ganja. Mula-mula dengar nama nasi ganja ini beberapa tahun lepas, terbayang kepala akan ting-tong selepas makan. Sekiranya anda masih belum dapat bayangkan bagaimana rupanya nasi ganja ini, sebenarnya ianya merupakan nasi kandar, cuma namanya agak ‘tuttt’.

Mungkin kerana kesedapannya yang sangat luar biasa membuatkan pelanggan ketagih maka, nama nasi ditukar kepada nasi ganja. Ada juga sesetengah orang memanggil nasi ganja sebagai nasi waggey. Dulu ada khabar angin yang mengatakan ketagihan ini disebabkan oleh biji kaskas yang digunakan di dalam masakan yang mungkin membuatkan namanya menjadi nasi ganja.


Destinasi nasi ganja yang popular di Ipoh

restoran-nasi-ganja-ipoh-sedap

Salah satu destinasi nasi ganja yang popular di Ipoh ialah di Restoran Yong Suan yang terletak berhadapan dengan Hotel Bajet Memori Ipoh. Nama restorannya adalah nama Cina dan pekerja yang menyediakan menu nasi ganja adalah India dan ada juga Melayu. Memang sangat muhibah konsepnya.

Setiap kali waktu lunch memang ramai orang tidak kira bangsa yang datang ke sini untuk mendapatkan stok nasi ganja. Bahkan kalau pada waktu puncak, siap kena beratur sampai ke luar. Restoran ini memang sudah lama bertapak di Ipoh dan suasana kejiranan sekeliling dengan binaan rekabentuk bangunan lama membuatkan anda terasa seperti kembali ke era 80-90 an.

nasi-ganja-nasi-waggey-ipoh

Seperti biasalah, sebaik melangkah masuk ke kedai, pengunjung dah boleh bau-bau kari-kari yang pasti membuatkan nafsu makan bergelora. Pilihan menu lauk seperti di kebanyakan restoran nasi kandar lain sama ada kari-kari, goreng-goreng dan sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | +6052544314


Datang awal kalau anda bukan seorang yang penyabar

restoran-yong-suan-ipoh-259x300Semua orang yang belum pernah cuba nasi ganja memang sudah tentu akan sangat teruja apabila datang ke sini namun kalau dah sampai tapi meja full dan kena beratur panjang, memang potong stim.

Tambahan pula, restoran ini tidaklah besar sangat dan agak sempit walaupun corner lot.

Jadi, adalah molek rasanya datang ke sini lebih awal sebelum pukul 12 untuk mendapatkan seat dan hidangan lauk-pauk yang masih panas.

4.2/5 - (21 votes)
Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Syafika
Syafika
7 years ago

Sy dari kl datang ipoh so nak try la ramai kata sedap.. bila datang baru mak masuk kedai, busuk gila kedai bau hanyir, kedai nampak kotor, bahagian lauk pun kotor.. takde selera la nak makan haha

ila
ila
7 years ago
Reply to  Syafika

ni kedai dkt yong suan ke?..bru nak pi sabtu ni

Syafiq
Syafiq
6 years ago
Reply to  Syafika

poyo lah.. kata aje tak nak makan dengan cina.

majoriti kata sedap, sebab tu beratur dari pagi. Kalau tak sedap, takde orang nak repeat makan sini.

Gila
Gila
5 years ago
Reply to  Syafiq

Lain org lain rasa .

nana
nana
7 years ago

xsedap..xpayah pegi rugi minyak aje

Zuraidq
Zuraidq
8 years ago

Makan tadi. Maaflah xleh piiii. Ratah ayam saja. Ayam gurin ngn teh ais sedap. Nasik and kuah muah memang ceq makan 2 percent saja. Takkan repeat dan xkan rekomen pada sedara mara.

Jrong
Jrong
8 years ago

Makan masa.lapor sahaja

Jay Muks
Jay Muks
8 years ago

Tak sedap lar

Jemah
Jemah
8 years ago
Reply to  Jay Muks

Yo ko tak sodap. Eden jauh nak meraso ni. Kalu tak sodap tak payah poilah.. baik makan maggi kering!

Carian Semasa
9 years ago

biasa dengar tapi tak pernah makan.. feedback kawan sedap… bila dapat rasa ni :)

Noriza Rahman
10 years ago

Nasi ganja ni memang ketagih kalau makan, MV pernah merasa masa makan di Perlis dulu

Baca Lagi

  • 27 May, 2015
Di Perak memang banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama rakan-rakan serta keluarga anda. Tempatnya memang cantik-cantik...
  • 21 Oct, 2021
Jika sebut nama kafe sudah tentu anda akan membayangkan akan suasana kafe yang sunyi, hiasan dalaman yang estetik...
  • 27 Oct, 2021
Sebuah kepulauan yang penting di negeri Perak adalah Pulau Pangkor. Dimana di sini menjadi tempat penting bagi sektor...
  • 13 Mar, 2023
Hujung minggu merupakan waktu yang tepat untuk makan dan borak santai bersama semua ahli keluarga dan rakan-rakan, contohnya...
14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination