Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Bentong Happy Farm: Resort Bertemakan Farmstay

Bagi anda yang tinggal di kawasan bandar, sudah tentunya anda berasa sedikit tertekan dengan kehidupan urbannya yang serba pantas, kesesakan di jalan raya dan juga beban kerja di pejabat. Jika anda ingin menenangkan fikiran dan lari seketika pada hujung minggu atau cuti, boleh cuba untuk menginap di Bentong Happy Farm.

Resort yang bertemakan farmstay ini terletak lebih kurang 70 kilometer dari Kuala Lumpur, atau 4.9 kilometer daripada Bandar Bentong. Dibina di kawasan bukit, resort ini dikelilingi oleh kawasan ladang, taman-taman dan juga kawasan hutan pastinya menjanjikan suasana alam sekitar yang tenang kepada anda. Anda tidak perlu risau untuk membawa keluarga, kerana resort ini sesuai untuk lapisan umur. Resort ini juga menerima kumpulan latihan team building dan juga kumpulan perkhemahan pelajar.

Senarai Jenis Penginapan di Bentong Happy Farm


Bentong Happy Farm menawarkan beberapa jenis penginapan kepada pengunjung-pengunjung yang bertandang iaitu:

Chalet

Senarai Jenis Penginapan di Bentong Happy Farm

Bagi anda yang memilih chalet untuk menginap, resort ini telah menyediakan lebih 40 puluh buah chalet yang dibina berasaskan bahan binaan batu-bata. Setiap chalet boleh memuatkan 2 hingga 4 orang penginap. Jadi anda boleh pilih yang mana sesuai untuk kumpulan anda. Untuk kemudahan asas, anda tidak perlu risau, Setiap chalet telah disediakan dengan kemudahan seperti bilik air, air-cond, kipas dan juga tempat untuk anda mengecas alat elektronik anda.

menikmati BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan

Selain itu juga, pihak resort juga menyediakan sebuah astaka di bahagian tengah antara chalet yang dilengkapi dengan tempat duduk dan juga sebuah mini-bar. Anda boleh menikmati BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan di situ, sambil merasai suasana persekitaran chalet yang menyamankan.

Tapak Perkhemahan

Tapak Perkhemahan

Jika anda lebih berminat untuk merasai suasana tidur di dalam khemah, resort ini ada menyediakan tapak perkhemahan untuk anda.

dikelilingi oleh pokok-pokok, serta bunyi-bunyi keriuhan cengekerik dan haiwan-haiwan nokturnal

Dengan kawasan lapang yang dikelilingi oleh pokok-pokok, serta bunyi-bunyi keriuhan cengkerik dan haiwan-haiwan nokturnal yang lain, ditambah pula dengan kerdipan bintang-bintang di langit, pusat penginapan di Bentong ini pastinya akan menenangkan jiwa anda sebelum anda melelapkan mata.

tempat unggun api,

Tapak perkhemahan ini terletak di dalam kawasan yang berpagar, jadi anda tak perlu risau dengan kedatangan haiwan liar hutan. Tapak perkhemahan ini juga telah menyediakan banyak kemudahan kepada para pengunjung, seperti tempat unggun api, tandas dan tempat mandi, sinki, water heater dan juga water dispenser.

menginap di chalet

Bagi anda yang menginap di chalet ataupun berkhemah, pihak resort ada menyediakan sarapan pagi dan juga makan malam (steamboat).

makan malam (steamboat)

Untuk program team building, private function dan juga kem persekolahan, pihak resort ada menyediakan sarapan pagi, makanan ringan, makan tengahari dan juga makan malam.

Tarikan & Aktiviti di Bentong Happy Farm


Tarikan & Aktiviti di Bentong Happy Farm

Selain daripada menikmati keindahan alam semula jadi, Bentong Happy Farm menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Semua aktiviti yang terdapat di sini sangat sesuai untuk anda yang ingin menambah dan mengembangkan pengetahuan mereka tentang ekologi dan juga pertanian. Antara aktiviti menarik di Bentong:

Hiking

Hiking

Dengan bertemakan farmstay, resort ini telah menyediakan bermacam-macam aktiviti untuk anda. Di awal pagi, anda boleh membuat aktiviti pendakian di kawasan bukit berdekatan.

kawasan pedalaman yang dihiasi dengan awan kabus bukit

Di sini anda akan dapat merasai sendiri udara nyaman waktu pagi di kawasan pedalaman yang dihiasi dengan awan kabus bukit, yang juga dikenali sebagai sea of clouds, dan juga pemandangan matahari terbit. Selepas itu, anda akan dibawa melawat ke kawasan-kawasan ternakan di resort ini.

Memberi Makan Haiwan Ternakan

Memberi Makan Haiwan Ternakan

Anda dapat merasai pengalaman memberi makan kepada kambing yang terdapat di ladang ini dan mengenali habitatnya secara lebih dekat. Sangat baik untuk menambah ilmu pengetahuan anak-anak!

bermanja-manja dengan arnab-arnab

Anda juga berpeluang untuk bermanja-manja dengan arnab-arnab yang dipelihara di tempat menarik di Pahang ini.

bermanja-manja dengan arnab-arnab yang dipelihara

Selain itu, di kawasan reban ayam, anda berpeluang untuk mengutip sendiri telur-telur mereka.

mengutip sendiri telur-telur ayam di bentong happy farm

Ini satu pengalaman baru bagi anda yang memang tinggal di bandar dan memang tidak pernah merasai hidup di kawasan desa.

Melawat Kebun Sayur-sayur di Bentong Happy Farm

Melawat Kebun Sayur-sayur di Bentong Happy Farm

Anda juga akan dibawa melawat ke kawasan kebun sayur-sayuran di resort ini di mana semua sumber sayur-sayuran dan buah-buahan di resort ini kebanyakannya ditanam oleh mereka sendiri.

kebun sayur bentong happy farm

Di sini juga, anda berpeluang melihat dan memetik pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di resort ini.

Belajar Selok-Belok Bidang Pertanian di Bentong Happy Farm

Belajar Selok-Belok Bidang Pertanian di Bentong Happy Farm

Anda dapat melihat secara live cara-cara penanaman, penjagaan pokok-pokok dan juga penuaian sayur dan buah-buahan oleh staf-staf resort. Anda akan ditemani oleh tour guide yang memberi penerangan tentang cara penanaman yang mereka lakukan, serta serba sedikit mengenai cara kehidupan masyarakat di ladang.

Nikmati keenakan rasa semua buah-buahan dan sayuran segar

Selain menenangkan jiwa, anda juga boleh menambah sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian.

Memetik Sayur-sayuran dan Buah-buahan Terus dari Ladang

Memetik Sayur-sayuran dan Buah-buahan Terus dari Ladang

Anda juga berpeluang untuk memetik sendiri sayur-sayuran dan buah-buah yang ditanam, dan jika anda bertuah, anda dapat mengikuti festival yang dianjurkan oleh resort ini seperti Rock Melon Harvesting Festival, Christmas and Easter at The Farm, Chinese New Year Festival dan juga Durian Festival.

Nikmati keenakan rasa semua buah-buahan dan sayuran segar

Nikmati keenakan rasa semua buah-buahan dan sayuran segar di sini!

Belajar Cara Ambil Madu dari Ladang Kelulut

Belajar Cara Ambil Madu dari Ladang Kelulut

Selepas itu, anda akan dibawa ke ladang penternakan lebah kelulut.

ladang kelulut bentong happy farm

Di sini anda dapat melihat secara dekat sarang-sarang lebah kelulut dan cara untuk mengambil madu dari sarang mereka. Anda juga berpeluang untuk merasai madu kelulut yang baru sahaja diambil dari sarang mereka.

Aktiviti Merentas Hutan

Aktiviti Merentas Hutan

Pada waktu malamnya, pihak resort mengadakan aktiviti merentas kawasan hutan berdekatan. Anda dapat melihat sendiri aktiviti flora dan fauna nokturnal yang semestinya memberikan pengalaman yang tidak didapati di kawasan bandar.

Lokasi dan Waktu Operasi Bentong Happy Farm


Lokasi dan Waktu Operasi Bentong Happy Farm

Dengan waktu operasi yang bermula pada pukul 3:00 petang, Bentong Happy Farm menyediakan penginapan yang selesa dan mesra pengguna. Dengan check-in yang mudah pada petang hari, para pelancong dapat menikmati keselesaan bilik-bilik yang dilengkapi dengan kemudahan moden.

Alamat: Lot 3562, 3rd mile, Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Lokasi


Dikelilingi oleh kehijauan ladang dan udara segar dari pergunungan

Bentong Happy Farm bukan sekadar tempat penginapan biasa. Ia menawarkan pengalaman unik di tengah-tengah alam semula jadi yang menakjubkan. Dikelilingi oleh kehijauan ladang dan udara segar dari pergunungan sekitarnya, pengunjung dapat menikmati ketenangan yang sukar dicari di bandar.

Sungai Monkey Rock

Bagi anda yang suka mengabadikan kenangan dalam sepotong gambar, pemandangan yang indah di kawasan ladang, kawasan Empangan Perting dan juga di Sungai Monkey Rock semestinya sangat berbaloi untuk diabadikan dan dikongsi di Facebook dan Instagram anda.

Dengan menggabungkan keindahan alam semula jadi, kemudahan penginapan yang selesa, dan pelbagai aktiviti menarik, tempat ini menawarkan pengalaman pelancongan yang lengkap dan memuaskan. Jangan lepaskan peluang untuk mengeksplorasi kecantikan Pahang dengan menginap di Bentong Happy Farm!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Pusat Penginapan Di Bentong – DISYORKAN Untuk Inap

Terletak di barat negeri Pahang, daerah Bentong merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara kerana di...

11 Lokasi Menarik Di Bentong – TENANG & NYAMAN

Jika sebut sahaja daerah Bentong, Pahang pasti anda akan terbayangkan kota keriangan Genting Highlands bukan? Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya banyak sahaja destinasi menarik...

Bentong Farm – Best utk Sekeluarga

Ingin merasai keseronokan dikelilingi oleh alam semulajadi dan haiwan-haiwan eksotik yang jinak? Kami mengesyorkan anda untuk merasai keseronokan ini di Bentong Farm yang terletak...

10 Kedai Makan Halal Di Bentong – WAJIB Cuba

Sebuah bandar yang terletak di Pahang iaitu Bentong. Bentong kini mendapat gelaran sebagai destinasi "Cuci Paru-Paru Udara Segar" yang pertama di Malaysia. Bentong adalah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x