Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Pusat Penginapan Di Bentong – DISYORKAN Untuk Inap

Terletak di barat negeri Pahang, daerah Bentong merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara kerana di sinilah terletaknya beberapa tarikan-tarikan utama pelancongan yang besar di Pahang seperti Genting Highlands, Bukit Tinggi, Janda Baik dan sebagainya. Bentong juga kaya dengan alam semulajadi yang cantik seperti air terjun dan hutan simpan. Memang nampaklah yang daerah Bentong ni kalau datang perlukan tempat penginapan kan?

Di sini kami ada senaraikan untuk anda 10 tempat penginapan di Bentong yang anda mesti jejaki walaupun sekali jika ke sini sekiranya anda mencari tempat penginapan yang terbaik dan menambat hati.

10 Tempat Penginapan Di Bentong


1. Bilut Hills 

BILUT HILLS

Kepada anda yang suka dengan alam semulajadi, memang sesuai untuk cuba menginap Bilut Hills, Bentong. Tempat penginapan yang terletak di Bentong Durian Bilut Hills ini dikelilingi dengan hutan tebal yang menghijau dan udara yang segar dan bersih. Bilut hills memang pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota.

Apa yang menariknya tentang Bilut Hills ini ialah mereka mempunyai 10 jenis bilik seperti Bungalow Deluxe, Chalet, Suites, Villa, Tudor, Dome Suites, Presidential, Supreme, Aegean Valle dan Kampung House. Kesemua bilik disini mempunyai tema dan konsep yang berbeza-beza. Contohnya,  Aegean Valle yang diinspirasikan daripada landskap dan seni bina Santorini atau Traditional English Tudor House dan Colonial House yang bertemakan gaya Eropah. Memang feeling-feeling macam dekat luar negara tau. Jadi, anda boleh memilih bilik-bilik disini mengikut selera dan keselesaan anda. Harganya pula sudah termasuk dengan breakfast, memang sangat berpatutan dan berbaloi.

Bilut Hills juga menawarkan aktiviti-aktiviti outdoor seperti ATV, memanah dan memberi makanan kepada arnab. Kalau waktu malam, apa aktiviti yang boleh dilakukan dalam hutan ini? Anda jangan risau kerana tempat penginapan ini menyediakan kemudahan hiburan seperti karaoke, bermain kad, darts, snooker hinggalah gaming room pun ada tau. Jadi, anda semua mesti tidak akan berasa bosan sepanjang menginap disini kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Bukan itu sahaja, Bilut Hills juga mempunyai sebuah kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di mana anda boleh menyiram, membaja dan menuai hasil tumbuh-tumbuhan tersebut. Memang sangat untuk melakukan aktiviti ini bersama anak-anak. Anda juga disarankan untuk datang ke sini apabila tibanya musim durian kerana anda boleh makan durian sepuas-puasnya disini. Jadi, apa tunggu lagi? Rancanglah percutian anda dia Bilut Hills.

Alamat: Bilut Hills PT59, MukimTras, Raub, Pahang, Malaysia

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


2. Canopy Villa Glamping

Canopy Villa Glamping

Canopy Villa Glamping merupakan tapak glamping mewah yang terletak di dalam hutan hujan di Pahang. Tempat yang sesuai bagi pencinta alam sekitar atau kepada anda yang inginkan percutian dengan suasana alam sekitar yang menakjubkan. Dengan udara segar, tempat yang sejuk dan pemandangan hutan hijau yang indah memang akan menjadikan perjalanan percutian anda lebih sempurna.

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menginap di pelbagai jenis penginapan seperti di khemah loceng, khemah safari atau khemah maharaja. Walaupun menggunakan konsep perkhemahan tetapi bilik ini tetap juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti  katil yang selesa, bantal, selimut dan juga penghawa dingin. Bila lagi anda mahu mendapatkan pengalaman perkhemahan yang terbaik dan selesa.

Antara aktivti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah hiking di bukit berdekatan, naik ATV, memancing, memanah dan bbq. Apabila berkunjung ke sini, jangan terlepas peluang untuk menyegarkan diri anda dengan mandi di sungai yang terletak berhampiran.

Alamat: Sg Lampin, Janda Baik 28750 Bentong, Pahang, Malaysia

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 013-333 8122


3. The Waterway Villa

the waterway villa bentong foto

The Water way Villa adalah sebuah penginapan yang menerapkan konsep rekaan tradisional. Kawasan di sekililingnya juga sangat penuh dengan tumbuhan hijau. Ada juga rumah di sini diperbuat daripada buluh dan kayu. The Waterway Villa kerap menerima tempahan untuk family gathering, team building, berbulan madu, majlis perkahwinan dan bermacam lagi. Pemilihan bilik untuk menginap di sini juga sangat banyak dan setiapnya lengkap dengan keperluan anda.

Di sini juga pernah menjadi lokasi pemfileman filem ‘Curi-Curi Cinta’. Tersedia juga kemudahan seperti kolam renang, dewan berkumpul, bilik mesyuarat dan banyak lagilah. Kawasan lapang di sini juga boleh digunakan untuk aktiviti bersukan ataupun majlis. Paling seronok yang anda boleh nikmati di sini adalah anda berpeluang melihat pemandagan matahari terbit dan tenggelam kerana berada di puncak bukit. Ada juga sungai yang berdekatan villa ini yang anda boleh pergi. Dengan berada di kawasan hutan dan memiliki air terjun memberi peluang anda untuk mencuba aktiviti jungle trekking dan water tubing.

Alamat: Bukit Tinggi, 28700 Bentong, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-7226711

Whatsapp The Waterway Villa


4. Gibbon Retreat 

gibbon retreat bentong foto 2

Sebuah lokasi penginapan terbaik di daerah Bentong iaitu Gibbon Retreat. Gibbon Retreat akan memberi pengalaman menginap di dalam hutan yang tidak boleh anda lupakan. Anda boleh membuat pilihan untuk bermalam di sini sama ada di dalam chalet, glamping ataupun khemah. Reka bentuk penginapan di sini ringkas tetapi cukup membuatkan ia nampak cantik. Kemudahan bilik lengkap dengan tandas, barbeku, meja makan, sinki, kipas dan air panas.

Suasana di sini anda akan faham jika melihat gambar. Sudah tentu sangat tenang dan sejuk. Udara juga sangat segar dan boleh mendengar nature sound. Pencinta alam harus merasai pengalaman di sini. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan seperti bermandi air terjun, berbeku, berkelah, memerhati burung, mendaki dan berfotografi. Mahu bermandi-manda di kolam renang tadahan air terjun juga boleh merasainya di sini.

Alamat: Lot 17799 Sungei Semantut, 27600 Bentong, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-36023507

Whatsapp Gibbon Retreat


5. Sugeh Hill Resort

Sugeh Hill Resort

Anda menginginkan tempat penginapan yang indah dan mempunyai suasana ala-ala seperti berada di kampung, Sugeh Hill Resort merupakan tempat yang anda cari. Merupakan sebuah Resort yang klasik dengan menggunakan konsep “cintai alam sekitar” menjadikan resort ini kelihatan lebih hebat dan menarik. Udara di sini juga sangat segar dan nyaman disebabkan oleh tumbuhan-tumbuhan hijau yang ditanam di keliling kawasan resort.

Selain itu, resort ini juga memang dijaga dengan sangat rapi dan kemas. Mereka menghiasi resort ini dengan idea yang sangat kreatif dan terbaik. Sekaligus menjadikan ia sebagai tempat yang cantik untuk anda yang ingin bergambar. Di sini bukan sahaja terdapat kolam renang malah anda juga boleh memilih untuk mandi di sungai yang berdekatan. Air sungai yang cetek dan jernih memang sangat seronok dan menyegarkan.

Di sini juga anda boleh melihat kuda yang mereka pelihara. Untuk memudahkan urusan anda, di sini mereka menerima pembayaran secara kad kredit atau aplikasi Boost. Resort ni lah resort yang dimiliki oleh Dato’ Sri Aliff Syukri.

Alamat: Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Lot 495, Kampung Hulu Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-327 8133

Whatsapp Sugeh Hill Resort


6. Ä’rya By Suria Hot Spring

erya by suria hot spring foto 2

Sebuah lagi tempat penginapan yang tidak tersangka bagus bertaraf 3 bintang iaitu ēRYA by SURIA. Seperti penginapan yang lain mereka menyediakan pelbagai jenis bilik yang besar dan selesa. Kemudahan juga lengkap pada setiap bilik. Sangat sesuai untuk  tetamu berkeluarga. Tarikan di sini sudah tentulah kolam air panas mereka seiring kolam renang yang disediakan di sini juga sangat besar dan luas.

Di sini juga bukan sahaja sebagai lokasi anda meluangkan masa bersama tersayang tetapi mereka juga sering menerima tempahan untuk menyewa kemudahan mereka seperti dewan dan conference room untuk majlis perkahwinan dan seminar. Beberapa tarikan pelancong berdekatan Ä“RYA by SURIA ini adalah Bilut Extreme Park, Bentong Upside Down House dan Bentong Gallery. Aktiviti berdekatan pula seperti paintball, waterfall hike, dan memanah.

Alamat: 2527, Jalan Kuala Lumpur Lama, Mukim, 28700 Bentong, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-2210200


7. Berjaya Hills Resort

Berjaya Hills Resort

Sebuah lagi penginapan yang menarik di Bukit Tinggi iaitu Berjaya Hills Resort. Menawarkan bilik yang selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Layanan yang mesra daripada staf resort dan perkhidmatan yang baik akan membuatkan anda lebih senang hati untuk bermalam di sini. Reka bentuk bangunan yang cantik dan suasana yang sangat nyaman memang sangat menenangkan.

Banyak tempat yang cantik untuk anda bergambar sebagai contoh di kolam atau jambatan pintu masuk. Selain itu, di setiap bilik juga terdapat beranda untuk anda melihat pemandangan luar yang indah. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh bermain golf yang terdapat di Berjaya Hills Golf & Country Club. Padang hijau yang mempunyai keluasan 1.6 ekar ini memang sangat terbaik untuk bermain golf. Jika anda tidak ingin menginap di sini, anda juga boleh bersiar-siar untuk mengambil udara segar di persekitaran tempat ini.

Alamat: Km 48, Lebuhraya Karak, Persimpangan Bertingkat, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 09-288 8888


8. Danau Daun Chalet

Danau Daun Chalet

Jika anda mencari tempat penginapan yang privasi untuk anda sekeluarga, Danau Daun Chalet adalah pilihan yang sesuai. Di sini terdapat 5 jenis chalet yang ekslusif dengan pelbagai reka bentuk yang boleh anda pilih. Reka bentuk bagi setiap chalet adalah berbeza dan setiap rekaan mempunyai keunikkan sendiri. Di sini anda akan dapat menyaksikan kecantikkan matahari terbenam daripada bilik tidur. Menyelami keindahan alam sekitar di tempat ini memang akan membuatkan anda mempunyai pengalaman bercuti yang luar biasa.

Selain itu, terdapat juga kafe di dalam resort ini yang menawarkan hidangan masakan Malaysia, Indonesia dan Kemboja. Kafe ini dibuka daripada 8 pagi hingga ke 8 malam, jadi tidak perlu untuk anda bersusah-payah mencari makanan. Antara kelengkapan yang mereka sediakan ialah mini peti sejuk, microwave, televisyen HD dan banyak lagi. Antara tempat menarik yang terletak berdekatan dengan resort ini ialah Taman Botani dan Ladang Tanaman popular Pahang.

Alamat: Lot 534, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 010-239 7400

Whatsapp Danau Daun Chalet


9. Enderong Resort

Enderong Resort

Tempat yang baik untuk percutian anda sekeluarga, datanglah ke Enderong Resort. Tempat penginapan unik yang dikelilingi oleh keindahan flora dan fauna yang pelbagai. Rumah Endorong merupakan sebuah rumah batu dan campuran kayu tiga tingkat dengan tingkap kaca besar bersama siling tinggi. Oleh kerana mempunyai tiga tingkat ia boleh memuatkan seramai mana bilangan ahli keluarga atau rakan-rakan yang mengikuti percutian anda. Duduk lepak di beranda dengan pemandangan bukit-bakau yang indah sambil mendengar kicauan burung memang sesuatu yang sangat menarik.

Jika anda tidak ingin memilih Rumah Enderong sebagai tempat penginapan, anda juga mempunyai pilihan lain seperti The Cottage. Sebuah rumah kayu yang berkonsepkan rumah kampung tradisional dan mempunyai sebanyak 4 bilik tidur. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menempah bilik Annexe Rooms atau Annexe Plus Rooms. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di dalam resort ini. Sebagai contoh memanah, meredah hutan berdekatan atau bersantai di pondok yang terdapat di tasik resort ini.

Mesti anda tidak pernah mendengar tentang pokok Burflower? Banyak pokok Burflower di pintu masuk resort ini. Bukan itu sahaja, di kafe resort ini juga terdapat pelbagai menu unik yang diperbuat daripada buah tempatan.

Alamat: C21, Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine Tanarimba, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm, Ahad tutup

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-233 0512


10. The Chateau Spa And Organic Welness Resort

The Chateau Spa And Organic Welness Resort

The Chateau Spa And Organic Welness Resort menjadi pilihan yang ideal bagi anda yang mendambakan sebuah percutian yang santai. Menginap di resort yang serba-serbi lengkap ini akan menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan. Kalau anda nak tahu, hotel ini merupakan hotel pertama yang berjaya mendapat anugerah 7 bintang. Jadi tidak dapat diragukan lagi tentang kehebatan dan kesempurnaan hotel ini. Banyak lagi penganugerahan yang telah diterima oleh hotel.

Di kelilingi oleh tumbuhan hijau menjadikan suasana di sini lebih indah dan nyaman. Reka bentuk bangunan hotel ini memang ada ala-ala Negara Eropah. Reka bentuk hotel yang moden menjadikan tempat ini kelihatan sangat mewah. Harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal berbanding tempat lain tetapi ia berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Bukan sekadar tempat penginapan kerana anda juga boleh merehatkan diri di spa atau bersenam di gim yang disediakan.

Alamat: KM48, Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-221 3888


Jadi macam mana? Sudahkah anda mempunyai perancangan yang teliti selepas membaca senarai tempat penginapan kami ini? Semua tempat yang kami paparkan ini sesuai untuk mereka bercadang untuk kunjungi Bentong dan inginkan penginapan yang terbaik. Kami menjamin keseronokkan anda sepanjang berada di Bentong, Pahang.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Makan Halal Di Bentong – WAJIB Cuba

Sebuah bandar yang terletak di Pahang iaitu Bentong. Bentong kini mendapat gelaran sebagai destinasi "Cuci Paru-Paru Udara Segar" yang pertama di Malaysia. Bentong adalah...

11 Lokasi Menarik Di Bentong – TENANG & NYAMAN

Jika sebut sahaja daerah Bentong, Pahang pasti anda akan terbayangkan kota keriangan Genting Highlands bukan? Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya banyak sahaja destinasi menarik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x