Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Bentong Farm – Best utk Sekeluarga

Ingin merasai keseronokan dikelilingi oleh alam semulajadi dan haiwan-haiwan eksotik yang jinak? Kami mengesyorkan anda untuk merasai keseronokan ini di Bentong Farm yang terletak di daerah Bentong, Pahang. Posting kali ini kami akan membawa anda mengembara ke Bentong Farm yang menjanjikan keseronokan yang sukar dicari ditempat lain.

Bentong Farm dengan Konsep Farm In The City


Bentong Farm dengan Konsep Farm In The City

Bentong sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang cantik dan masih terjaga. Tidak hairanlah banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sini dan salah satunya adalah Bentong Farm. Untuk ke sini, anda hanya memerlukan 1 jam pemanduan dari Kuala Lumpur atau 8 minit dari bandar Bentong.

Farm In The City, Bentong Farm

Mempunyai konsep seperti Farm In The City, Bentong Farm bakal membawa anda menelusuri keunikan dan kecantikan alam semulajadi. Anda mungkin akan terlupa sebentar mengenai kesibukan rutin harian di bandar apabila berkunjung ke sini.

Pelbagai Tarikan Menarik di Bentong Farm


100 Spesies Haiwan Eksotik di Bentong Farm

100 Spesies Haiwan Eksotik di Bentong Farm

Terdapat pelbagai tarikan di tempat menarik Bentong ini. Bermula dari penternakan, pokok buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, landskap yang cantik dan juga port-port menarik untuk bergambar.

100 Spesies Haiwan Eksotik di Bentong Farm

Bagi pencinta haiwan pula, anda boleh melihat dari dekat lebih 100 spesis haiwan exotic yang jinak dan jika anda nak tahu, Bentong Farm adalah Petting Zoo terbesar di Malaysia. Pasti menarik bukan?

Haiwan Eksotik di Bentong Farm

Di tempat best Pahang ini juga, anda diberi peluang untuk berinteraksi dengan haiwan-haiwan di sini sambil memberi mereka makan. Antara haiwan yang boleh anda dapati di sini ialah guinea pig, kuda, alpaca, kucing Bengal, ular, kura-kura, burung, biri-biri dan banyak lagi.

Tempat menarik di Bentong

Tempat menarik di Bentong ini juga terdapat kolam ikan yang membolehkan anda untuk mencuba menangkap ikan sendiri.

Kawasan Bebas Tanpa Halangan

Kawasan Bebas Tanpa Halangan

Kawasannya yang luas membuatkan setiap pengunjung yang datang ke sini rasa lebih selesa untuk bergerak walaupun ramai pengunjung. Pada kebiasaannya, tempat yang mempunyai banyak haiwan akan mempunyai bau yang agak kuat.

tempat popular Pahang

Namun, walaupun terdapat lebih 100 spesis haiwan di sini, anda pastinya akan terkejut kerana tiada sebarang bau yang membuatkan anda berasa tidak selesa semasa berkunjung ke tempat popular Pahang ini.

staf yang arif

Selain itu, staf yang arif berkenaan haiwan di sini juga turut disediakan bagi membantu pengunjung yang hadir untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai jenis dan habitat mereka.

Pelbagai Spesies Pokok Buah-buahan

Pelbagai Spesies Pokok Buah-buahan

Di samping itu, di sini juga terdapat lebih dari 80 spesis pokok buah-buahan tempatan, tumbuh-tumbuhan dan juga sayur sayuran. Apa yang menariknya lagi, kesemuanya adalah 100 peratus organik.

pokok buah-buahan

Masuk sahaja ke bahagian tumbuh-tumbuhan anda akan dapat melihat pelbagai jenis pokok buah-buahan dengan buahnya yang kelihatan menyelerakan.

buah-buahan tropika

Anda juga boleh merasai kesedapan dan kemanisan buah-buahan tropika di sini. Anda akan dapat mengenal banyak pokok yang mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini.

buah-buahan tropika

Untuk memudahkan anda, setiap pokoknya telah ditandai dengan nama pokok tersebut. Di sini anda akan dapat saksikan dengan lebih dekat 10 jenis durian yang ditanam.

Antaranya ialah Musang King, D24, XO dan banyak lagi. Namun, Kebun Durian ini hanya dibuka pada musim durian sahaja iaitu dari bulan Jun hingga Ogos dengan bayaran RM50 seorang.

Menariknya lagi, dengan bayaran tersebut anda boleh makan durian yang masih fresh dan baru luruh dengan sepuas-puasnya. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk membeli buah durian yang terdapat di sini dengan harga yang sangat berpatutan.

Belajar Lebih Dekat Mengenai Penanaman dan Penjagaan Halia

halia Bentong

Tempat menarik di Pahang ini juga mempunyai ladang halia di mana ia membolehkan anda melihat halia Bentong dengan lebih dekat. Halia ini sememangnya sangat terkenal dengan khasiat dan rasanya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Bentong Farm ini terutama buat anda yang sangat berminat dengan dunia berkebun untuk mengetahui dengan lebih jelas bagaimana halia Bentong ditanam dan dijaga.

Hanya dengan RM10 bukan sahaja melihat bagaimana halia Bentong ditanam malah dapat merasai The Halia, Gula-Gula Halia, Madu Halia dan banyak lagi. Ladang Halia ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga ke 6 petang.

Replika Buah-buahan Tempatan yang Unik

Replika Buah-buahan Tempatan yang Unik

Malah, di sini juga anda akan dapat melihat replika buah durian, manggis dan halia yang sangat besar. Ini adalah antara port wajib pengunjung untuk bergambar. Memang sangat cantik! Replika Durian di sini telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record kerana ianya adalah repliKa Durian terbesar di Malaysia.

replika kapal

Bukan replika buah-buahan sahaja malah terdapat juga replika kapal di sini. Dari atas kapal ini anda boleh melihat swan berenang-renang sambil memberi ikan makan.

Maklumat Penting Bentong Farm


Alamat: The Bentong Farm Lot 6239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Waktu operasi:

  • Hari minggu (9.30 pagi – 6 petang)
  • Hari biasa (10 pagi – 6 petang)
  • Selasa (Tutup) kecuali cuti umum

Lokasi

Harga Tiket Bentong Farm


Tiket Masuk Pemegang Mykad:

  • Kanak-kanak (11 tahun ke bawah) & Warga emas : RM38
  • Dewasa : (12 tahun ke atas): RM48

Bukan Pemegang Mykad :

  • Kanak-kanak (11 tahun ke bawah) & Warga emas: RM58
  • Dewasa : (12 tahun ke atas): RM68

Menarik bukan? Pastinya cuti anda akan menjadi lebih bermakna dengan kunjungan anda ke sini. Pendek kata kunjungan yang menyeronokkan dan sangat berinformatif.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini ya! Selamat bercuti!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Makan Halal Di Bentong – WAJIB Cuba

Sebuah bandar yang terletak di Pahang iaitu Bentong. Bentong kini mendapat gelaran sebagai destinasi "Cuci Paru-Paru Udara Segar" yang pertama di Malaysia. Bentong adalah...

10 Pusat Penginapan Di Bentong – DISYORKAN Untuk Inap

Terletak di barat negeri Pahang, daerah Bentong merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara kerana di...

Bentong Happy Farm: Resort Bertemakan Farmstay

Bagi anda yang tinggal di kawasan bandar, sudah tentunya anda berasa sedikit tertekan dengan kehidupan urbannya yang serba pantas, kesesakan di jalan raya dan...

11 Lokasi Menarik Di Bentong – TENANG & NYAMAN

Jika sebut sahaja daerah Bentong, Pahang pasti anda akan terbayangkan kota keriangan Genting Highlands bukan? Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya banyak sahaja destinasi menarik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x