Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

11 Lokasi Menarik Di Bentong – TENANG & NYAMAN

Jika sebut sahaja daerah Bentong, Pahang pasti anda akan terbayangkan kota keriangan Genting Highlands bukan? Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya banyak sahaja destinasi menarik di Bentong yang ramai tak tahu. Tempatnya pula dikelilingi dengan alam semula jadi. Memang sangat sesuai bagi anda yang ingin ketenangan dan lari sebentar dari kesibukan kota.

Ada 12 destinasi yang telah kami telah pilih dan senaraikan untuk anda. Ada kolam air panas, perkampungan Jepun serta lokasi untuk anda cuba sukan ekstrem. Bolehlah anda tambah pengalaman dengan cuba sesuatu yang baru. Teruskan membaca untuk tahu lokasinya.


11 Lokasi Menarik Bentong

1. Japanese Village

CariDestinasi Japanese Village

Anda nak ke Jepun? Tak perlu tempah tiket untuk ke sana. Kami bawakan Jepun di Malaysia untuk anda. Jom, kami bawakan anda ke satu perkampungan Jepun yang terletak di Japanese Village, Bukit Tinggi. Ianya merupakan perkampungan ala-ala Jepun dan kini menjadi destinasi tumpuan pelancong. Apa yang lebih menarik di sini, Japanese Village ini merupakan satu-satunya perkampungan Jepun pertama yang dibina di luar Jepun. Hebat bukan?

Anda akan merasai pengalaman minum teh Jepun secara formal. Anda nak lagi feel, anda boleh menyewa kimono. Dah pakai kimono tu, jangan lupa untuk berswafoto untuk dijadikan kenang-kenangan. Susun aturnya juga memang macam betul-betul seperti di Jepun. Ada pokok bonzai, ikan koi dan pokok teh. Anda memang tidak akan menyesal jika datang ke sini.

Alamat: km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750

Bayaran Masuk:

  • Dewasa (RM12)
  • Kanak-kanak (RM8)

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:30 A.M – 5:00 P.M)

Hotel Terdekat| Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:092213888


2. Air Terjun Chamang

CariDestinasi Air Terjun Chamang

Anda nak pergi ke bandar Bentong untuk beriadah? Apa kata anda pergi ke Air Terjun Chamang. Lokasinya cuma terletak 15 minit sahaja dari bandar Bentong. Memang senang diakses. Pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja dari Bentong tetapi ada yang datang dari Kuala Lumpur. Agak padat jika anda datang ke sini pada waktu cuti ataupun hujung minggu. Apa yang menariknya di sini?

Kalau anda nak tahu, air terjun ini sangat nyaman dan sejuk. Pastinya anda akan merasai kesegaran sebaik sahaja anda masuk ke dalam air. Ada juga sebuah kolam air besar di bawah air terjun untuk anda mandi. Anda boleh meredah hutan, berkhemah, barbeku, dan berkelah. Untuk pengantin baru, lokasi ini juga sangat sesuai untuk sesi fotografi. Pastikan anda menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Alamat: Air Terjun Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong  


3. Jimmy’s Durian Orchard

CariDestinasi Jimmy's Durian Orchard

Bagi penggemar durian anda pasti inginkan durian jatuh terus dari ladangnya. Pasti pengalamannya berbeza apabila anda dapat merasai sendiri raja buah ini apabila anda datang dan makan terus dari ladangnya. Jimmy’s Durian Orchard dapat memberikan anda pengalaman unik itu. Harga yang dijual juga sememangnya berpatutan dan mengikut harga pasaran semasa.

Paling penting di sini anda akan mendapat durian yang organik kerana pemiliknya tidak menggunakan racun bahan kimia. Anda boleh mendapatkan beberapa jenis durian yang memang terkenal dengan keenakannya seperti D101, D24 dan durian tekka. Anda pasti akan berasa puas hati dengan servis yang diberikan dan dijamin anda akan pulang dengan senyuman yang lebar.

Alamat: Jalan Lama Bentong – Karak, 28600 Karak, Pahang 

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11 A.M – 5 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0162031922

Whatsapp Jimmy’s Durian Orchard


4. Bilut Extreme Park

CariDestinasi Bilut Extreme Park

Bagi anda yang meminati sukan ekstrem dan lasak, anda wajib datang ke Bilut Extreme Park. Terletak di Felda Bukit Lurah, ianya mengambil masa kira-kira 30 minit dengan jarak 18 km dari bandar Bentong. Persekitarannya pula dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.

Disini anda boleh mencuba menaiki ATV. Sebelum memulakan perjalanan anda akan dibimbing oleh pekerja mahir mereka untuk memandu ATV. Treknya tidaklah terlalu mencabar dan sesuai untuk anda yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia sukan ekstrem. Anda juga boleh mencuba sukan memanah. Pastinya akan menjadi pengalaman yang baru untuk anda.

Alamat: Kampung Baharu, 27600 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:30 A.M – 6:00 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0146088803

Whatsapp Bilut Extreme Park


5. Bentong Gallery

CariDestinasi Bentong Gallery

Anda dah sampai di daerah Bentong, anda harus datang melawat ke Bentong Gallery. Rumah galeri ini tidak hanya mempamerkan sejarah Bentong, tetapi ada juga menjual cenderahati. Anda boleh mendapatkan halia Bentong yang merupakan produk terkenal di sini. Bagi yang minat sejarah tu mesti suka akan tempat yang mempamerkan sejarah ni.

Selain itu, anda boleh beli Biskut Musang King yang dijual di sini. Unik bukan? Anda juga boleh menambah ilmu pengetahuan dengan datang ke sini. Sambil menyelam minum air. Dah penat berjalan, anda boleh singgah di kedai kopi untuk basahkan tekak.

Alamat: 17-18, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (10 A.M – 7 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:092227600


6. Swat Paintball

CariDestinasi Swat Paintball

Anda nak bersukan dan cuba sesuatu yang baru? Apa kata jika anda pertimbangkan untuk bermain paintball. Lokasi Swat Paintball juga mudah diakses kerana ianya terletak di Janda Baik. Hanya mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja dari Kuala Lumpur.

Anda boleh mengajak rakan-rakan atau keluarga untuk bermain paintball. Dapat juga anda hilangkan tekanan selain merapatkan hubungan antara satu sama lain. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan pada waktu hujung minggu. Anda boleh klik pautan-pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pakej terkini yang ditawarkan.

Alamat: Swat Paintball, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9 A.M – 5 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0137431641

Whatsapp Swat Paintball


7. Lentang Forest Reserve

CariDestinasi Lentong Forest Reserve

Lentang Forest Reserve sangat sesuai untuk anda kunjungi untuk bersantai bersama keluarga. Lokasinya juga mudah diakses kerana ianya terletak bersebelahan Lebuhraya Karak sahaja. Anda akan dapat merasakan suasana yang nyaman dan segar. Ditemani pula dengan bunyi unggas dan deruan air terjun. Sangat menenangkan bukan?

Ada tapak disediakan khusus untuk anda yang ingin berkhemah. Lebih mudah kerana ada kemudahan tandas bilik mandi untuk anda gunakan. Cuaca pada waktu malam lebih dingin di sini, jadi anda dinasihatkan untuk memakai baju tebal. Ada juga kawasan yang luas jika anda ingin berkumpul dan melakukan acara sukaneka. Bolehlah anda berkunjung ke sini bersama rakan-rakan dan keluarga anda.

Alamat: Lebuhraya Karak, Lentang, Bentong, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong | Phone:0102337123

Whatsapp Lentang Forest Reserve


8. Bilut Valley Bee Farm

CariDestinasi Bilut Valley Bee Farm

Anda dah sampai di Bentong, pastikan anda singgah di Bilut Valley Bee Farm. Di sini, anda akan dapat melihat secara dekat lebah kelulut dan juga cara pekerja mahir mengambil madu dari sarang. Anda akan diberikan baju perlindungan daripada disengat lebah. Lokasinya terletak di Felda Bukit Bilut dan mengambil masa 1 jam dari bandar Kuala Lumpur.

Bee Farm ini dikelilingi oleh pokok buah-buahan seperti manggis, rambutan, pisang, durian, belimbing dan juga durian. Pokok ini ditanam kerana ia merupakan sumber makanan lebah kelulut. Anda juga tak perlu takut untuk mendekatkan diri dengan lebah kelulut kerana ianya tidak menyengat. Bolehlah anda dapatkan madu asli dengan harga yang berpatutan di sini.

Alamat: Lot 6773, Lurah Bilut, 27600 Bentong, Pahang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:30 A.M – 6:00 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0136260369


Penginapan Di Bentong

9. Suria Hot Spring

CariDestinasi Suria Hot Spring

Anda nak berendam di kolam air panas? Suria Hot Spring merupakan pilihan yang ideal bagi anda. Ianya merupakan kolam air panas semula jadi yang terletak di jalan lama Bentong menghala ke Gombak. Ianya menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan alam semula jadi di sekelilingnya selain kolam air panasnya yang bersih.

Jika anda anda masalah kulit seperti kurap, panau atau gatal-gatal, anda sangat digalakkan untuk datang berendam di sini. Rata-rata pengunjung yang pernah datang ke sini memberi maklum balas positif mengatakan masalah kulit mereka sembuh setelah datang mandi di sini. Ada kemudahan surau, bilik salin baju dan juga tandas disediakan di sini. Anda boleh menyewa kolam private jika anda nak ingin privasi. Lebih tenang dan tak segan bukan?

Alamat: 2527, Jalan Kuala Lumpur Lama, Mukim, 28700 Bentong, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:092210200


10. D’Bilut Agro Farm

CariDestinasi D'Bilut Agro Farm

Untuk anda yang ingin bercuti dan menginap di lokasi ladang D’Bilut Agro Farm merupakan destinasi pilihan yang tepat untuk anda. Ianya terletak satu jam dari Tol Gombak dan lokasinya memang senang diakses. Udara yang segar dengan pemandangan hijau dan juga persekitaran mesra keluarga sudah tentu akan menambah suasana percutian yang menenangkan pengunjung.

Selain penginapan ada pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan kehidupan ladang sebenar yang anda boleh cuba di kawasan 7.5 hektar ini. Anda boleh memberi makan rusa, belajar memanah, melawat mini zoo serta merasai madu kelulut yang diambil terus dari ladang. Ada juga pakej ATV untuk anda cuba. Jika anda datang pada musim durian, dapatlah anda makan durian secara terus disitu. Seronok bukan dapat tempat penginapan sekaligus dapat buat pelbagai aktiviti menarik?

Alamat: Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong| Phone:0127769465

Whatsapp D’Bilut Agro Farm


Kafe Di Bentong

11. Pinto Coffee+

CariDestinasi Pinto Coffee

Anda nak hirup kopi sambil melihat pemandangan hijau Bentong? Kafe Pinto Coffee+ merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Kafe ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan nikmati makanan dan minuman dengan ketenangan. Udaranya juga cukup segar kerana dikelilingi oleh pokok-pokok. Memang port yang sangat cantik untuk anda berswafoto.

Jika anda seorang penggemar kopi anda harus cuba Caramel Macchiato, French Press Coffee dan juga Avocada Ice-Blended Coffee. Rasa kopi yang pekat ditambah dengan rasa kepahitan kopi asli, pasti akan buat anda ketagih. Anda juga harus pesan pencuci mulut seperti pankek, skon dan juga kek. Barulah feel bersarapan pagi seperti orang Barat.

Alamat: Lot 5615, Jalan Cheringin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10 A.M – 6 P.M)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Email | Phone:0193907875

Whatsapp Pinto Coffee


Jadi, bagaimana dengan carta lokasi yang telah senaraikan? Menarik dan unik bukan? Ada sahaja aktiviti yang anda boleh lakukan ketika bercuti mahupun pada waktu hujung minggu. Bawalah keluarga yang tersayang untuk meluangkan masa bersama. Pastinya berbaloi dan akan jadi kenangan yang indah buat anda. Selamat bercuti!

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Bentong Happy Farm: Resort Bertemakan Farmstay

Bagi anda yang tinggal di kawasan bandar, sudah tentunya anda berasa sedikit tertekan dengan kehidupan urbannya yang serba pantas, kesesakan di jalan raya dan...

10 Kedai Makan Halal Di Bentong – WAJIB Cuba

Sebuah bandar yang terletak di Pahang iaitu Bentong. Bentong kini mendapat gelaran sebagai destinasi "Cuci Paru-Paru Udara Segar" yang pertama di Malaysia. Bentong adalah...

Bentong Farm – Best utk Sekeluarga

Ingin merasai keseronokan dikelilingi oleh alam semulajadi dan haiwan-haiwan eksotik yang jinak? Kami mengesyorkan anda untuk merasai keseronokan ini di Bentong Farm yang terletak...

10 Pusat Penginapan Di Bentong – DISYORKAN Untuk Inap

Terletak di barat negeri Pahang, daerah Bentong merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara kerana di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x