Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Makan Halal Di Bentong – WAJIB Cuba

Sebuah bandar yang terletak di Pahang iaitu Bentong. Bentong kini mendapat gelaran sebagai destinasi “Cuci Paru-Paru Udara Segar” yang pertama di Malaysia. Bentong adalah berfungsi sebagai pintu masuk ke negeri-negeri Pantai Timur melalui jalan darat yang bersempadan dengan banyak negeri lain seperti Selangor dan Negeri Sembilan. Disebabkan Bentong adalah sebuah kawasan yang kaya dengan tumubuhan hijau seperti hutan mengelilinginya, purata suhu di Bentong ini hanyalah sekitar 26.8°C. Bentong adalah sebuah kawasan perlancongan yang tidak putus-putus menerima kunjungi ramai dek kerana lokasi pelancongan seperti kawasan tanah tinggi dan kawasan air terjun yang banyak di bandar ini.

Di sini kami paparkan 10 kedai makan halal di Bentong  yang wajib anda kunjungi dan merasai menu-menu mereka jika anda mencari kedai makan yang menawarkan harga murah tetapi sangat sedap.

10 Kedai Makan Halal Di Bentong


1.  Lemang To’kki

kedai makan halal bentong lemang tokki foto

Lemang To’kki di Bentong ini sudahpun popular. Mereka menyajikan makanan tradisional Melayu yang kebiasaannya boleh didapati hanya pada perayaan Hari Raya. Mereka yang berada di kawasan terdekat dan mereka yang mengidam makan lemang selain hari perayaan istimewa, inilah lokasi yang boleh anda pergi. Suasana di Restoran Lemang To’kki ini terhiasi dengan dekorasi yang unik seperti barangan antik dan payung-payung terbuka.

Masih dengan gelaran lemang terbaik di kawasan itu, lemang di sini boleh dipesan untuk makan bersama rendang daging ataupun rendang ayam. Empat saiz Lemang di sini boleh dipilih saiznya iaitu kecil, sederhana, besar dan extra besar. Selain menu lemang popular ini, anda juga boleh mencuba ayam bakar bersama air masam. Anda juga boleh memesan menu pencuci mulut seperti ais krim.

Alamat: Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Tutup, Selasa – Ahad: 8.00 am – 11.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-9530544

Whatsapp Lemang To’ki


2.  Dylaeq & Co. – Studio Cafe

kedai makan halal bentong dylaeq&co. studio cafe foto

Dylaeq & Co. telahpun dikenali oleh orang tempatan. Sebuah studio cafe yang menawarkan kepada pelanggan mereka jika ingin melakukan majlis ulang tahun ataupun majlis lain sekali gus bersama pakej makanan. Dinding yang comel di sini sangat menarik dan ceria atau lebih tepat child-friendly. Oleh itu kebanyakkan tempahan di sini adalah untuk sambutan hari lahir kanak-kanak. Selain itu, anda juga boleh membaut tempahan kek hari jadi.

Di Dylaeq & Co. ini mereka menyediakan hidangan-hidangan gaya barat. Makanan di sini juga dihasilkan dengan segar bukannya panaskan semula. Antara menu yang anda boleh pesan seperti crispy burger, cheezy chicken chop, buritto dan banyak lagi. Pilihan minuman di sini juga menarik seperti hazelnut latte. Portion hidangan di sini juga agak besar dan mencukupi untuk seisi keluarga dan berbaloi dengan harga yang mereka tawarkan.

Alamat: 72-1, Jalan Bentong Prima, Kampung Baru Bentong, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9212423

Whatsapp Dylaeq & Co. Studio Cafe


3.  Wong Kham Bentong

wong kham foto

Sebuah kedai makan masakan cina yang boleh dapatkan di sekitar Bentar iaitu Wong Kham Bentong. Pemiliknya adalah mualaf yang bercita-cita untuk menyajikan makanan cina yang halal kepada penduduk sekitar. Mereka yang mencari ataupun ingin mencuba masakan cina, Wong Kham adalah lokasi yang paling sesuai.

Antara menu yang disyorkan untuk di cuba ketika kunjungi Wong Khom ini mixed seafood signature dish; dikenali sebagai signature di sini. Selain itu, siakap goreng, kari kepala ikan, squid salted egg dan bermacam lagi. Mereka menyajikan juga makanan pencuci mulut seperti ais krim. Jika anda belum ada menu untuk dipesan, anda boleh cuba membuat pesanan Family Set mereka. Terdapat tiga set iaitu set A, B dan C. Setiapnya lengkap dengan menu yang seimbang dan cukup untuk seisi keluarga.

Alamat: P28, Jalan Prima 1/A, Bentong Prima, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Jumaat: Tutup, Sabtu – Khamis: 12.00 pm – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-7793977

Whatsapp Wong Kham Bentong


4.  Ramly Burger

ramly burger foto

Sebuah jenama makanan berproses terkenal di seluruh Malaysia iatu Ramly Burger. Ini bukan kiosk mereka tetapi sebuah restoran yang menjual menu-menu seperti kedai makanan segera yang lain tetapi hanya menggunakan jenama Ramly Burger sahaja. Bagi penggemar jenama ini anda boleh cuba cari restoran Burger Ramly ini di dalam pusat beli-belah ataupun membuat sedikit carian tentang cawangan restoran Ramly Burger ini kerana restroran ini hanya berada di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia. Di sini juga anda boleh dapati produk sejuk beku mereka di mana ada yang sukar untuk didapat di pasar biasa.

Ramai antara kita semua yang pernah membeli jenama ini yang kebiasannya dimasak di rumah ataupun sebagai bahan di kedai burger anda. Tetapi jika anda mahukan kelainan seperti memesan makanan di restoran makanan segera sedia ada, anda perlulah cuba ke sini. Antara makanan yang anda boleh cuba sama seperti yang lain ialah kentang goreng, kentang putar, buger ayam atau daging, nugget, frankfurter dan banyak lagi.

Alamat: 50, Jalan Perumahan, Kampung Kuala Repas, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-2231311


5.  Restoran Al-Hidayah

alhidayah restoran foto

Jangan lepaskan peluang buat mereka yang mengunjungi ke Janda Baik, ini adalah lokasi makan yang mesti dikunjungi dan sesuai ketika sarapan, tengahari mahupun makan malam. Bahagian hidangan yang cukup besar walaupun untuk seorang sangat berbaloi dengan harga murah ditawarkan.

Walaupun menu di sini agak terhad tetapi Restoran Al-Hidayah ini sudahpun menjadi antara restoran terbaik dengan menawarkan menu-menu dengan rasa yang luar biasa dan segar. Di sini ada menjual pelbagai menu masakan Malayu seperti menu signature negeri Pahang iaitu masak tempoyak ikan patin. Masakan panas juga boleh di pesan di sini. Selepas selesai makan menu berat di sini, anda boleh mencuba pencuci mulut mereka antaranya cendol durian yang sangat menyegarkan.

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 4.00 pm – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-2330831

Whatsapp Restoran Al-Hidayah


6.  Al-Sheikh Restaurant Bentong

al sheikh bentong foto

Restoran Al-Sheikh ini menghidangkan masakan gaya barat, gaya ala Thailand, masakan Melayu dan masakan pedas. Restoran ini menjadi sebuah restoran mamak kegemaran penduduk setempat. Uniknya di kawasan Kampung Chamang ini tidak banyak  restoran yang menjual menu seperti di Restoran Al- Sheikh ini. Antara menu signature di sini adalah nasi briyani buluh. Ini adalah menu yang mesti cuba!

Jika anda datang pada hari yang tepat dan masih belum habis, mungkin anda boleh mencuba variasi nasi briyani buluh di sini seperti nasi briyani buluh ayam, udang, ikan, ketam, telur dan beberapa lagi. Selain itu, menu menjadi rebutan adalah mi goreng mamak, nasi campur, menu sizzling, menu bakar-bakar dan banyak lagi.

Alamat: Jalan Tras, Kampung Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-12948820

Whatsapp Al-Sheikh Restaurant


7.  Zul Highway Cafe

zul highway cafe foto

Zul Highway Cafe ialah sebuah kedai makan yang sering menjadi tempat singgah untuk mereka yang melakukan aktiviti konvoi. Landskap di sini sungguh menambah mood makan. Suasana bak berada di kampung dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau yang sangat tenang dan romantik. Menu pelbagai campuran gaya boleh didapati di sini seperti gaya barat, Jepun, masakan Melayu dan menu gorengan.

Jika singgah ke sini ketika musim durian anda berpeluang besar untuk mencuba durian Musang King dimana ini adalah tarikan terkuat di sini. Pelbagai menu sarapan yang anda boleh nikmati di sini. Menu terbaik di sini adalah nasi lemak, cendol durian, roti telur goyang, asam pedas ikan patin, shellout dan banyak lagi yang boleh dipesan.

Alamat: KM 75.1 Off Kuala Lumpur – Karak Highway, 28600 Karak, Bentong , Pahang Bentong Karak, 28600 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Isnin: Tutup, Selasa – Jumaat: 11.00 am – 10.00 pm, Sabtu – Ahad: 9.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-3756320

Whatsapp Zul Highway Cafe


8.  Restoran Tawakal Bentong

restoran tawakal foto

Menjadi sebuah kedai makan di bandar Bentong yang mesti anda pergi iaitu Restoran Tawakkal. Mereka menyajikan makanan pelbagai citarasa dengan harga yang murah dan big portion. Kedai yang berkonsepkan gabungan kafe dan mamak ini sesuai juga buat mereka yang ingin berjanji temu atau yang ingin berlepak santai. Jika sedang mencari katering untuk majlis seperti makan malam, cukur jambul, hari lahir, doa selamat dan sebagainya anda boleh juga membuat tempahan dengan Restoran Tawakal ini.

Pelbagai jenis masakan sedap yang anda boleh dapati di sini seperti masakan Melayu, Mamak, Thailand, sizzling, steamboat malah ada juga masakan barat. Murtabak menjadi salah satu menu terbaik di sini dan diringi dengan menu-menu gaya barat mereka. Ada juga pelbagai jenis roti naan dan roti canai yang boleh anda cuba.

Alamat: 61, Jalan Ah Peng, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00 am – 8.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-2331679

Whatsapp Restoran Tawakal


9.  Tanduk Cafe Lurah Bilut

kedai makan halal bentong tanduk cafe foto

Jika anda ke kawasan Lurah Birut, Bentong, anda seharusnya singgah ke Tanduk Cafe ini. Mereka menyajikan makanan untuk pelbagai citarasa dengan harga sesuai dengan kawasan di situ. Mengidam makanan barat ataupun makanan tempatan boleh terus ke sini. Paling menarik, visual hidangan juga cukup menarik untuk difotokan.

Buat penggemar makanan barat anda boleh cuba menu seperti spageti kabonara, chicken chop, pasta, chicken grill, burger tikam dan yang tertera di menu mereka. Kepada yang bukan penggemar makanan barat tak perlu gusar kerana menu masakan tempatan juga boleh di pesan di sini seperti nasi goreng daging bakar, tomyam campur, nasi goreng ayam, daging goreng kunyit, nasi lemak ayam dan banyak lagi. Tambah lagi, menu pencuci mulut juga sangat menarik untuk dicuba di sini. Anda boleh memesan ais krim, bingsoo, aneka minuman float dan minuman goncang.

Alamat: No 4, Jalan Sekolah Rendah, Jalan Kampung Baru, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Isnin: Tutup, Selasa – Ahad: 5.30 pm – 12.00 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-9664942

Whatsapp Tanduk Cafe


10.  Scrummy De’Licious Cafe

kedai makan halal bentong scrummy delicious foto

Sebuah cafe yang menyajikan hidangan pelbagai pencuci mulut yang manis dan beberapa jenis minuman iaitu di Scrummy De’Licious Cafe. Cafe ini sangat rajin menambah hidangan baru dalam menu mereka. Menu yang disajikan ke pelanggan juga sangat Instagramable.

Gambar di atas adalah beberapa menu sarapan terbaik mereka iaitu rati titab, roti goyang, kacang pool. Menu esklusif nasi kandar juga boleh dipesan di sini jika anda inginkan menu selain signature mereka. Anda juga boleh memesan minuman yang beraneka perisa dan warna di sini seperti mojito. Penggemar kopi boleh mencuba kopi yang dihasilkan di sini seperti espresso. Sangat berbaloi untuk dipesan kerana dibuat oleh para barista mereka yang berpengalaman. Kopi yang anda bakal terima sangat sedap seiring dengan harga yang dikenakan.

Alamat: P06, Jalan Harmoni, Taman Harmoni, 28700 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 11.00 am – 6.30 pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 09-2220660

Whatsapp Scrummy De’Licious Cafe


Demikian adalah 10 kedai makan di sekitar Bentong yang kami paparkan untuk memudahkan anda jika ke sana. Pastikan anda tidak terlepas salah satu pun kedai makan di atas jika berada di Bentong dengan lama. Pasti tidak menyesal dan jangan lupa mengajak keluarga dan kawan-kawan anda ke sana bersama.

3.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Bentong Farm – Best utk Sekeluarga

Ingin merasai keseronokan dikelilingi oleh alam semulajadi dan haiwan-haiwan eksotik yang jinak? Kami mengesyorkan anda untuk merasai keseronokan ini di Bentong Farm yang terletak...

Bentong Happy Farm: Resort Bertemakan Farmstay

Bagi anda yang tinggal di kawasan bandar, sudah tentunya anda berasa sedikit tertekan dengan kehidupan urbannya yang serba pantas, kesesakan di jalan raya dan...

10 Pusat Penginapan Di Bentong – DISYORKAN Untuk Inap

Terletak di barat negeri Pahang, daerah Bentong merupakan antara lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara kerana di...

11 Lokasi Menarik Di Bentong – TENANG & NYAMAN

Jika sebut sahaja daerah Bentong, Pahang pasti anda akan terbayangkan kota keriangan Genting Highlands bukan? Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya banyak sahaja destinasi menarik...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
faz
faz
1 year ago

Dah pergi Restoran Wong Kham tu. Memang sedap dan kene selera tekak saya sekeluarga. Wajib try menu signature tu.

Lily
2 years ago

Sedapnyaa, dh lama cari kedai chinese muslim

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x