Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Tempat Menarik Yang Terdapat Di Bukit Tinggi

Selain daripada kaya dengan hasil alam semula jadi, Negeri Pahang ini juga terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik. Semestinya sentiasa menjadi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara. Salah satu tempat menarik yang terdapat di negeri bertuah ini ialah Bukit Tinggi. Tempat ini sangat terkenal dengan keunikkan reka bentuk bangunan yang sangat cantik. Suhu yang nyaman di tempat yang meriah ini bakal menjadikan percutian anda menjadi lebih menyeronokkan. Bawa keluarga anda untuk berseronok dan bersantai di tempat-tempat indah yang terdapat di Bukit Tinggi ini.

Menggunakan perkampungan Perancis sebagai konsep utama menjadikan tempat ini kelihatan lebih menawan. Anda akan terpegun melihat seni bina bangunan yang terdapat di Bukit Tinggi ini. Bukan tempat menarik sahaja yang terdapat di sini malah tempat makan dan penginapan juga boleh dijumpai. Untuk pengetahuan anda, jika ingin masuk ke Bukit Tinggi ini anda perlu membayar RM 15 bagi dewasa dan RM 8 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah. Bayaran ini akan merangkumi tiket masuk bagi ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Botanical Garden. Yang menariknya, kalau anda memilih untuk menginap di penginapan di sini, anda akan mendapatkan semula duit tiket masuk.

Tempat Menarik Bukit Tinggi Yang Wajib Dikunjungi


1. Japanese Village

Japanese Village

Tempat yang akan menambat hati para penggemar Negara Jepun. Japanese Village membawakan tema perkampungan Jepun yang wajib untuk anda cuba apabila bercuti di Bukit Tinggi, Pahang. Rasai sendiri suasana seperti sedang berada di negara matahari terbit ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai pengalaman memakai pakaian tradisional orang Jepun. Di sini terdapat kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono bagi semua kategori usia. Rugi jika anda tidak mencuba memakai pakaian tradisional dan berjalan-jalan di kampung Jepun ini.

Anda juga boleh memilih untuk ke tempat ini dengan menaiki kenderaan sendiri ataupun dengan kenderaan perantara yang disediakan di Colmar Tropicale. Selain itu, di sini juga terdapat sebuah kolam ikan koi dan tanam-tanaman hijau yang subur di kawasan tempat ini. Istimewanya di Kampung Jepun ini ialah Japanese Tea House. Sebuah rumah teh yang menjadi tarikan utama bagi tempat ini. Memang tidak lengkap jika anda tidak bergambar di tempat yang indah dan cantik ini. Hasil gambar anda dengan berlatar belakangkan rumah teh dan memakai Kimono memang seperti anda sedang bercuti di Jepun.

Alamat: 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang 

Waktu Operasi: 9.30am – 5.00pm

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-221 3888


2. Rabbit Farm

Rabbit Farm

Bawa anak-anak anda untuk melihat haiwan comel seperti arnab di Rabbit Farm. Si kecil anda pasti akan sangat menyukai melihat gelagat lucu arnab-arnab di sini. Terdapat lebih 200 ekor arnab dengan pelbagai warna menarik seperti hitam, putih dan coklat. Dengan bayaran hanya RM 4.00 sahaja, anda bebas untuk membelai atau bermain dengan arnab-arnab ini mengikut selama mana yang anda mahu. Anda juga boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan ini dengan membeli makanannya daripada staf.

Walaupun nama tempat ini ialah Rabbit Farm tetapi anda juga boleh melihat beberapa haiwan lain seperti rusa atau keldai. Lebih menyeronokkan lagi, anda juga berpeluang untuk menunggang keldai yang jinak. Bukan itu sahaja, terdapat aktiviti lain yang boleh anak-anak anda lakukan di sini iaitu melukis atau mewarna gambar haiwan. Jangan terlepas peluang untuk bergambar bersama haiwan-haiwan jinak yang terdapat di tempat ini.

Alamat: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm, Sabtu Ahad 9.00am – 7.00pm

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong 


3. Adventure Park

Adventure Park

Jika anda merupakan penggemar aktiviti sukan lasak, anda memang patut datang ke Adventure Park. Cabar diri anda untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak yang menarik di sini. Anda bebas untuk memilih aktiviti yang ingin anda lakukan. Jika anda sukakan pemandangan daripada tempat tinggi, anda boleh mencuba aktiviti flying fox atau jambatan gantung. Untuk pengetahuan anda, flying fox di sini mempunyai kepanjangan 1 kilometer dan menjadi salah satu yang terpanjang bagi Asia Tenggara.

Sambil melakukan aktiviti ekstrim ini, anda akan dapat menikmati pemandangan alam sekitar yang menakjubkan di Negeri Pahang. Jangan ingatkan remaja sahaja yang boleh melakukan aktiviti di sini, semua kategori usia dibenarkan melakukan aktiviti sukan lasak ini. Ia bergantung pada kemampuan individu tersebut. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti paintball dan rock climbing. Pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk datang ke tempat ini.

Alamat: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong 


4. Colmar Tropical

Colmar Tropical

Dari luar, bangunan Colmar Tropical ini kelihatan seperti sebuah istana mewah. Seni bina yang sangat cantik dan indah memang memukau. Struktur bangunan ini diilhamkan daripada bangunan abad ke 61 Colmar Town yang terdapat di Perancis. Memang tidak lengkap perjalanan percutian di Bukit Tinggi, jika anda tidak menginap di Colmar Tropical. Tidak dilupakan juga, di sini terdapat sebuah restoran yang menghidangkan makanan-makanan enak daripada Perancis. Menu istimewa di sini dijamin akan menepati cita rasa anda.

Menawarkan penginapan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Di sini anda boleh mendapatkan bilik dengan harga serendah RM 100 untuk semalaman.  Banyak fasiliti menarik yang disediakan seperti terdapat kolam rehat, Penghawa dingin di setiap bilik, kerusi santai di tepi kolam dan macam-macam lagi. Tidak semestinya anda perlu menginap di sini kerana anda juga boleh membayar untuk berjalan-jalan atau bergambar di kawasan perkampungan Perancis ini.

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-221 3666


5. Red House Garden Stay

Red House Garden Stay

Red House Garden Stay merupakan salah satu penginapan yang popular di Bukit Tinggi. Bilik-bilik yang selesa ditawarkan bersama dengan segala kelengkapan yang cukup. Anda tiidak perlu bersusah payah untuk mencari parkir kerana mereka ada menyediakan parkir khas untuk anda yang menginap. Kemudahan internet juga boleh diakses di sini secara percuma sahaja. Yang menariknya, anda boleh melihat pemandangan Bukit Tinggi daripada balkoni bilik anda sahaja.

Keselamatan yang terjamin kerana mempunyai kamera litar tertutup yang berfungsi 24 jam dan peti besi untuk menyimpan barang berharga. Mendapatkan udara segar di tempat yang dikelilingi tumbuhan hijau ini memang sangat menenangkan jiwa. Untuk pengetahuan anda, di sini mereka hanya menerima bayaran secara tunai. Kakitangan hotel ini juga boleh bertutur dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

Alamat:  2, Lot Banglo, Bukit Tinggi Resort, 28750, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-727 8319


6. The Chateau Spa And Organic Welness Resort

The Chateau Spa And Organic Welness Resort

The Chateau Spa And Organic Welness Resort menjadi pilihan yang ideal bagi anda yang mendambakan sebuah percutian yang santai. Menginap di resort yang serba-serbi lengkap ini akan menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan. Kalau anda nak tahu, hotel ini merupakan hotel pertama yang berjaya mendapat anugerah 7 bintang. Jadi tidak dapat diragukan lagi tentang kehebatan dan kesempurnaan hotel ini. Banyak lagi penganugerahan yang telah diterima oleh hotel.

Di kelilingi oleh tumbuhan hijau menjadikan suasana di sini lebih indah dan nyaman. Reka bentuk bangunan hotel ini memang ada ala-ala Negara Eropah. Reka bentuk hotel yang moden menjadikan tempat ini kelihatan sangat mewah. Harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal berbanding tempat lain tetapi ia berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Bukan sekadar tempat penginapan kerana anda juga boleh merehatkan diri di spa atau bersenam di gim yang disediakan.

Alamat: KM48, Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Karak, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-221 3888


7. Berjaya Hills Resort

Berjaya Hills Resort

Sebuah lagi penginapan yang menarik di Bukit Tinggi iaitu Berjaya Hills Resort. Menawarkan bilik yang selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Layanan yang mesra daripada staf resort dan perkhidmatan yang baik akan membuatkan anda lebih senang hati untuk bermalam di sini. Reka bentuk bangunan yang cantik dan suasana yang sangat nyaman memang sangat menenangkan.

Banyak tempat yang cantik untuk anda bergambar sebagai contoh di kolam atau jambatan pintu masuk. Selain itu, di setiap bilik juga terdapat beranda untuk anda melihat pemandangan luar yang indah. Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh bermain golf yang terdapat di Berjaya Hills Golf & Country Club. Padang hijau yang mempunyai keluasan 1.6 ekar ini memang sangat terbaik untuk bermain golf. Jika anda tidak ingin menginap di sini, anda juga boleh bersiar-siar untuk mengambil udara segar di persekitaran tempat ini.

Alamat: Km 48, Lebuhraya Karak, Persimpangan Bertingkat, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 09-288 8888


8. Cherengin Hills Resort

Cherengin Hills Resort

Bagi anda yang menginginkan penginapan yang kelihatan mewah dengan harga yang berpatutan, Cherengin Hills Resort merupakan tempat yang anda cari. Penginapan ini terletak berdekatan dengan hutan hujan tropika, ia menjadikan suasana di sini sangat nyaman. Larikan diri seketika daripada hiruk pikuk kota bandar untuk datang ke tempat yang mendamaikan ini. Harga bukanlah menjadi masalah kerana di sini anda boleh mendapatkan bilik dengan harga serendah RM 100 untuk semalaman.

Anda juga boleh membawa anak-anak anda untuk mandi di kolam yang lapang di sini. Sambil menunggu anak-anak anda habis bermandi-manda, anda boleh duduk bersantai di kerusi yang terdapat di tepi kolam. Bilik yang lengkap dengan segala kemudahan, layanan yang diberikan sangat baik dan suasana yang aman memang tidak akan mengecewakan anda. Jika anda berasa bosan, anda boleh berjalan-jalan di taman yang terdapat bunga yang ditanam kelilingi jalannya. Biasanya mereka yang datang berkunjung, tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan taman ini.

Alamat: Lot 5540 & 5936, 28750, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 09-233 0999


9. Selesa Hillhomes Homestay

Selesa Hillhomes Homestay

Selesa Hillhomes Homestay, sesuai dengan namanya kerana keselesaan di sini akan membuatkan tidur malam anda menjadi lebih lena. Pelbagai jenis pakej bilik ditawarkan yang boleh anda tempah. Ruangan dalaman bilik ini juga memang sangat elegant dan mempunyai gaya yang moden. Banyak kedai makan yang terletak berdekatan sahaja dengan resort ini. Sebelum menginap masuk ke sini, anda perlu membayar deposit sebanyak RM 200 bagi jaminan sebarang kerosakkan. Apabila anda daftar keluar, anda akan mendapatkan semula duit deposit tersebut.

Terdapat sebuah kolam renang yang besar dengan pancuran air yang boleh untuk bermandi-manda. Beberapa kerusi untuk bersantai juga disediakan di tepi kolam. Menyediakan parking percuma yang lapang buat semua pengunjung yang menginap di sini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bersiar-siar di taman yang terdapat di kawasan hotel ini. Ambil udara segar di tempat yang dikelilingi flora fauna yang indah ini.

Alamat: Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-735 5997


Berehat dan bersantai di tempat yang menarik dapat membuatkan diri anda berasa jauh lebih baik. Justeru itu, tempat-tempat yang mempunyai reka bentuk yang istimewa memang sangat menakjubkan. Anda pasti akan terkejut dengan keunikkan struktur bangunan-bangunan yang terdapat di Bukit Tinggi ini. Sekali pandang memang ada gaya ala-ala seperti bangunan luar negara. Tidak hairan lagi kenapa tempat ini menjadi kegemaran orang ramai.

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Lily
1 year ago

Pernah pergi hari tu, memang cantik sangat

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x