13 Tempat Menarik di Sandakan, Sabah

Sandakan di Sabah merupakan tempat pelancongan yang sangat popular di kalangan pelancong asing yang gemarkan alam semulajadi dan taman negara.

Satu kesimpulan, yang paling membuatkan keterujaan berada di tahap maksimum ialah tempat percutian di pulau-pulaunya ! Jom Kita lihat tempat-tempat menarik di Sandakan yang paling popular dan best. Siapkan pen dan kertas untuk menyalin !


13 senarai tempat-tempat menarik di Sandakan Sabah.

Pulau-Pulau Penyu

tempat menarik di sandakan sabah

Nama Pulau-pulau Penyu ini sebenarnya terdiri daripada 3 buah pulau yang menjadi tempat pendaratan utama penyu untuk bertelur di timur selatan Asia. 3 buah pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Gulisan, Pulau Selingan dan Pulau Bakkungan Kecil.

Jom Baca: Tempat Pelancongan Paling Popular di Sabah

Selain di Terengganu, Sabah juga memang sangat popular dengan penyu dan kebiasaannya penyu-penyu ini akan mendarat di pantai di 3 pulau ini di waktu malam selepas pukul lapan malam dan ketika air laut surut. Dan waktu inilah merupakan detik-detik yang paling ideal untuk anda menyaksikan telur bertelur secara live depan mata !

Ada dua jenis penyu yang banyak mendarat di 3 pulau ini iaitu dari spesis Penyu Hijau (Green Turtle) dan Hawksbill Turtle. Antara 3 pulau ini, Pulau Selingan yang lebih menjadi tumpuan penyu ini untuk bertelur kerana di sini terdapat terumbu karang yang lebih luas. Nak tengok telur penyu bertelur sebaiknya pada bulan Julai-Oktober untuk spesis Green Turtle dan Februari-April untuk jenis Hawksbills Turtle. Namun begitu penyu-penyu ini sentiasa bertelur sepanjang tahun di pulau pulau ini.

Di Pulau Selingan juga terdapat sebuah penginapan iaitu Chalet Pulau Selingan dan kalau anda nak melihat terumbu karang dan snorkeling, bolehlah menginap di sini.


Pulau Lankayan

pulau menarik di sandakan sabah

Pulau terpencil yang mengambil masa satu jam setengah dari jeti di bahagian utara Sandakan merupakan sebuah pulau yang masih terpelihara dan mempunyai hidupan marin yang sangat menarik. Sekiranya anda penyelam, di sinilah merupakan tempat menarik di Sandakan untuk menyelam dan yang paling best sekiranya datang pada bulan Mac dan May di mana anda berpeluang melihat Whale Shark !

Pulau ini juga terletak di koridor pendaratan penyu jadi anda juga berpeluang melihat penyu (Green Turtle) bertelur di sini. Dan chalet yang ada di sini juga sangat menarik dan mengadap pantai yang sangat cantik ! Memang satu tempat menarik di Sandakan yang wajib dikunjungi sekiranya ada sukakan privasi dan ketenangan. ATM juga menempatkan tentera di sini bagi mengawal keselamatan pelancong dan mengelak sebarang pencerobohan daripada lanun-lanun Sulu. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah Pulau Lanyakan, sila rujuk di sini.


Sandakan Rainforest Discovery Centre

sandakan rainforest sabah best

Rainforest Discovery Centre (RDC) ini telah berkembang dari sebuah Pusat Pembelajaran Alam Sekitar pada tahun 1996 menjadi sebuah tempat pelancongan dan pusat pembelajaran alam sekitar yang popular di Sabah. Terletak di Hutan Simpan Sipilok-Kabili dan merupakan habitat kepada orangutan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. RDC ini diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Tujuan utama RDC ini kekal sebagai pusat pembelajaran alam sekitar untuk pelajar dan guru-guru dan telah dibuka kepada umum pada Ogos 2007 lagi. RDC dibuka setiap hari di antara pukul 8 pagi sehinggalah ke 5 petang. Bersama-sama dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, RDC ini diharapkan akan meningkatkan lagi industri pelancongan di Daerah Sandakan.

Anda boleh merasai sendiri hutan hujan di sini seolah-olah jauh dari bandar. Dan pemandangan hijau hutan dari puncak canopy walk sangat cantik ditambah pula dengan bunyian burung-burung hutan di sepanjang pejalanan. Jika anda penggemar burung dan kaki photo, jangan lupa bawak lensa kamera untuk jarak jauh bagi mengambil gambar burung-burung yang unik di sini. Lokasi dalam peta anda boleh rujuk di Google Map di sini.


Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

bercuti ke tempat menarik sandakan

Selain orang utan, Proboscis Monkey atau lebih dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai Monyet Belanda juga merupakan spesis monyet yang sangat unik dan mempunyai hidung yang besar. Memang seronok dan menggelikan hati melihat mukanya dan gelagat monyet ini di sini. Santuari ini terletak di tengah hutan bakau di kawasan pantai berdekatan dengan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.

Kalau dari lapangan terbang di Sandakan, ianya terletak lebih kurang 35km dan mengambil masa satu jam untuk sampai ke sini melalui Jalan Labuk. Monyet Belanda ini tidak aggresif dan apabila anda ke sini, jangan risau sekiranya ada monyet jantan yang besar berlari-lari dengan gahnya. Aksi ini hanyalah untuk menarik minat monyet betina dan menunjukkan kegagahannya. Satu tempat pelancongan yang di Sandakan yang sangat unik untuk dilawati. Untuk maklumat lanjut sila ke sini.


Sandakan Memorial Park

sandakan memorial park sabah

Taman Peringatan Sandakan (Sandakan Memorial Park) merupakan tempat yang menyaksikan lebih 2400 tawanan askar Australia dan British terkorban ketika Perang Dunia Kedua dengan Jepun di antara Januari-Ogos 1945.

Terletak kira-kira 11 km dari bandar Sandakan, bekas tapak tahanan perang ini sekarang juga merupakan sebahagian daripada Taman Rimba. Sekarang Taman Peringatan Sandakan ini dijaga dengan baik dan mempunyai landskap yang menarik, baru sesuai sebagai sejarah tempat peringatan mangsa yang terkorban.

Di sini juga terdapat muzium yang kecil sebagai peringatan kepada orang Australian dan British yang terkorban. Wajib datang sekiranya anda seorang yang nak mendalami sebahagian sejarah tentang Sandakan. Lokasi dan peta ke sini sila rujuk Google Map.


Bornean Sun Bear Conservation Centre

pusat konservasi sun bear sabah

Sun Bear atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus merupakan spesis beruang yang paling kecil dan juga merupakan beruang yang paling bagus memanjat pokok. Berung Matahari ini juga dikenali di kalangan orang Melayu dan Indonesia sebagai beruang madu. Populasi Beruang Matahari ini di Asia semakin terjejas dengan drastik sekali di sebabkan aktiviti pembalakan dan pemburuan haram. Jadi penubuhan Pusat Pemuliharaan Sun Bear ini bertujuan untuk menyelamatkan populasi beruang ini.

Terletak hanya beberapa minit berjalan daripada Santuari Orangutan, tempat ini memang sangat sesuai untuk anda untuk lebih mengenali dengan lebih dekat dengan spesis beruang ini. Memang seronok boleh melihat gelagat beruang ini terutamanya ketika membuka kelapa untuk makan isi kelapa dan airnya.

Di sini menempatkan lebih 30 Beruang Madu dan beruang ini sangat sensitif dengan bunyi bising jadi anda perlu mematuhi peraturan untuk tidak membuat bising. Sekirany anda nak kenali lebih lanjut mengenai Sun Bear ini, sila rujuk di sini.


Santuari Orang Utan Sepilok

orang utan sipilok sandakan

Satu lagi pusat pemuliharaan orang utan atau dikenali Wild Red Apes di Sabah yang terletak lebih kurang 25 km dari Bandar Sandakan. Santuari ini merangkumi keluasan lebih 40 km persegi dan penempatan orang utan di sini sebenarnya merupakan hutan simpan dan habitat asli orang utan.

Pusat ini menjadi tempat melatih dan mengajar anak orang utan yang terpisah dengan ibunya tentang cara nak hidup di hutan kelak.


Gomantong Cave Sandakan

gua gamantong sandakan sabah

Terdapat dua buah kompleks gua dia Gemantong ini iaitu Simud Hitam ( Black Cave) yang mempunyai ketinggian sehingga 90 meter ! dan Simud Putih (White Cave), yang menempatkan sarang burung layang-layang yang lebih banyak dan bernilai tinggi. Simud Hitam ini hanyalah 5 minit perjanan dari pusat pendaftaran dan boardwalk (denai jalan kaki) memberikan akses yang mudah untuk ke gua-gua ini.

Antara binatang liar yang ada di dalam gua ialah kelawar, burung layang-layang manakala di luar pula anda boleh melihat burung helang dan burung raja udang. Kalau bernasib baik anda juga berpeluang melihat orang utan di sini namun tidaklah sebanyak di Satuari Orang Utan Sepilok.

Kalau nak ke Simud Putih anda kena buat perancangan awal-awal keranan nak ke gua ini agak pedalaman sedikit. Di sini juga ada Gomantong Rainforest Chalet yang mana boleh menempatkan 30 orang pada sesuatu masa. Satu tempat pelancong di Sandakan yang menjadi tumpuan pelancong asing untuk merasai pengalaman berada di Hutan Borneo.


Deramakot Forest Reserve

bercuti ke sabah best

Satu lagi destinasi alternatif bagi mereka yang gemarkan aktiviti hutan dan melihat hutan liar. Di hutan simpan ini menempatkan pelbagai jenis tumbuhan liar dan binatang liar.


Rumah Agnes Newton Keith

destinasi percutian sandakan sabah

Rumah ini merupakan sebuah muzium yang terletak di puncak bukit di sepanjang Jalan Istana, kira-kira 10 km daripada Lapangan Terbang Sandakan dan hanya 1 km dari Bandar Sandakan. Rumah Muzium ini dibina semula pada tahun 1946 oleh kerajaan negeri. Asalnya rumah ini didiami oleh Mr Harry Keith, seorang Konservator Perhutanan bersama dengan isterinya, Agnes Newton Keith dan anaknya, George.

Sebenarnya Agnes Newton Keith ini merupakan seorang penulis yang mahir dan beliau telah menghasilkan tiga buah buku yang mencerikana keadaan dan kehidupan di Sandakan pada zaman itu. Dan tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’, ‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku yang bertajuk “Land Below The Wind” telah meningkatkan populariti Negeri Sabah di peringkat antarabangsa.

Rumah Muzium Agnes ini dilengkapi dengan penghasilan semula perabut lama dan antik yang asli. Geleri yang terdapat di tingkat pertama menceritakan tentang kehebatan Agenes Keith ini termasuk buku-buku karangannya dan keluarganya. Anda juga boleh mengetahui salasilah keluarga Keith sejak dari tahun 1873 sehinggalah ke 2004. Artifak-artifak peninggalan peperangan dunia juga ada di pamerkan.


Kampung Nelayan

kampung nelayan sandakan sabah

Kalau anda nak melihat perkampungan di atas air dan kehidupan nelayan di sini, bolehlah ke utara Sandakan ini. Di sini juga ada restoran makanan laut dan kedai menjual barangan produk hasil laut dengan harga yang sangat murah. Satu tempat menarik di Sandakan sekiranya anda dari Semananjung Malaysia, yelah perkampungan atas air begini mana ada di sana.


Gereja St Michael and All Angels

apa menarik di sandakan sabah

Gereja yang berdekad lamanya yang dibina ketika penjajahan British. Untuk masuk ke dalam Gereja anda perlua membayar tiket RM5. Di dalam gereja ini anda boleh melihat struktur bangunan rekaan English yang masih elok dan terjaga rapi.

Gereja ini merupakan bangunan yang masih kekal bersejarah di Sandakan selepas perang dunia kedua. Satu tempat bersejarah yang menarik di Sandakan untuk dilawati oleh mereka yang sukakan pecinta sejarah tegar.


Puu Jih Shih Buddhist Temple

aktiviti menarik di sandakan sabah

Tokong Buddha yang terletak di atas bukit ini menawarkan pemandangan Kota Sandakan dan Laut Sulu yang sangat menarik. Tokong ini juga mempunya reka bentuk yang cantik dan tarikan tokong ini sama seperti Tokong Ular di Penang.


>>Jom Tengok: Penginapan Hotel Terbaik di Sandakan<<

Walaupun pelbagai masalah yang melanda di Sandakan terutamanya selepas kejadian pencerobohan tentera Sulu tahun lepas, namun masih ramai pelancong yang masih ke tempat-tempat menarik di Sandakan. Kawalan ketat ATM dan PDRM di Sandakan juga harus dipuji kerana berjaya mengembalikan keyakinan pelancong untuk terus bercuti di Sandakan.

Sila Komen

Senarai Hotel TERBAIK di Sandakan>>SEMAK HARGA<<

Sila SHARE