Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 12+ Aktiviti Yang Menarik Di Pulau Mabul Sabah

Pulau Mabul Sabah merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bujur yang dikelilingi oleh pantai berpasir dan terletak di barat daya sebuah terumbu 200 hektar yang besar di perairan Laut Celebes di luar semenanjung Sabah. Pulau Mabul dikelilingi oleh terumbu cerun lembut dan air yang jernih, dan Pulau Mabul merupakan tempat asal puak Bajau Laut, yang merupakan salah satu daripada pelbagai kumpulan etnik di Sabah.

Pulau Mabul mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tapak selaman muck yang terbaik di dunia. Selain itu, Pulau Mabul juga mempunyai reputasi sebagai salah satu tempat terbaik untuk fotografi makro dasar laut di dunia.

Menyelam merupakan aktiviti paling popular di pulau ini. Dengan lebih daripada sepuluh tapak menyelam yang popular, tidak hairanlah mengapa pengunjung dan penyelam dari seluruh dunia tertarik dengan tapak yang indah ini ketika bercuti di Pulau Mabul. Di sepanjang tahun, ramai orang yang berkunjung ke sini untuk menyelam. Bacalah seterusnya untuk pakej Pulau Mabul dan aktiviti dan penginapan percutian Pulau Mabul yang terbaik.


Top 12+ Aktiviti Yang Menarik Di Pulau Mabul Sabah

1. Menyelam Permukaan (Snorkeling)

Pulau Mabul - Menyelam Permukaan (Snorkeling)

Menyelam permukaan di Pulau Mabul di Sabah merupakan cara yang hebat untuk memerhatikan kehidupan marin dengan berlatarkan alam semula jadi. Perjalanan satu hari ke Pulau Kapalai atau Pulau Sipadan yang terkenal di seluruh dunia, yang kedua-duanya terletak ±20 minit melalui bot laju dari Pulau Mabul, boleh juga diatur oleh resort anda oleh operator selaman anda. Walau bagaimanapun, permit Pulau Sipadan diperlukan sebelum sebarang perjalanan menyelam permukaan atau menyelam boleh pergi ke pulau itu atas dasar perlindungan alam sekitar yang dikenakan oleh pihak kerajaan.


2. Menyelam di Pulau Mabul

Menyelam di Pulau Mabul

Terumbu cerun yang cetek berdasar pasir merupakan habitat kepada pelbagai makhluk marin mikro, daripada sotong hinggalah ke udang, ikan dan berdozen-dozen spesies nudibranch, moray, ikan pari, kuda laut dan lain-lain. Biodiversiti yang menakjubkan dan ditambah dengan pengetahuan tempatan pembimbing selaman profesional kami akan menjadikan Pulau Mabul salah satu pengalaman makro yang paling produktif untuk anda. Menyelam di Pulau Mabul juga mudah kerana arusnya lembut dan dasarnya yang berpasir juga tidak keruh, oleh itu ia menjadikan selaman di Pulau Mabul lebih mudah daripada tapak makro yang lain. Maka tidak hairanlah Pulau ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 50 Tapak Selaman Terbaik di dunia oleh sportdiver.com.


3. Mengambil Kursus PADI di Pulau Mabul

Mengambil Kursus PADI di Pulau Mabul

Resort seperti Seaventures Dive Resort menawarkan Kursus PADI! Belajar menyelam akan mengubah cara anda melihat dunia. Dapatkan pensijilan, atau sekiranya anda seorang penyelam, teruskan pendidikan anda untuk menjelajah dunia di atas dan juga di bawah dasar.


4. Kayak Lautan

Kayak Lautan

Sewa kayak tersedia sepanjang tahun (RM 30 sejam) di Perkampungan Air Sipadan, Sipadan Mabul Resort dan Sipadan-Kapalai Dive Resort, yang terletak di Pulau Kapalai. Peralatan yang tersedia untuk disewa termasuk kayak lutsinar Molokini, kayak biasa dan pendayung. Molokini merupakan kayak lutsinar yang diperbuat daripada bahan sama seperti kaca kalis peluru dan kanopi jet pejuang.


5. Lawati Perkampungan Bajau Laut

Pulau Mabul - Lawati Perkampungan Bajau Laut

Bajau Laut dikenali sebagai ‘Gipsi Laut’ kerana gaya hidup nomad dan menjelajah laut mereka. Gipsi laut ini sememangnya pakar lautan, kerana hidup di perairan Segi Tiga Terumbu di antara Malaysia, Filipina dan Indonesia selama turun temurun. Sehingga hari ini, populasi yang agak besar masih tinggal di bot rumah kayu atau pondok bertiang yang dibina di atas terumbu karang berhampiran dengan pulau-pulau di Semporna. Orang Bajau Laut bersifat mesra dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung.


6. Regatta Lepa

Pulau Mabul - Regatta Lepa

Pesta air Regatta Lepa memaparkan adat resam dan tradisi ‘Gipsi Laut‘. Sorotan terbaik termasuk pesta terapung bot-bot lepa yang berwarna-warni, perlumbaan bot lepa dan tarik tali, pertandingan ratu cantik dan bunga api. Ia berlangsung kira-kira dari pertengahan hingga akhir bulan April dan berlangsung selama 2-3 hari.


7. Miss Scuba International

Miss Scuba International

Organisasi Miss Scuba International diasaskan oleh En Robert Lo yang merupakan pemilik Sipadan Mabul Resort (SMART) dan Banglo Air Mabul, dan beliau amat percaya kepada pembangunan mampan untuk persekitaran marin. Beliau berharap dengan berkongsi keindahan semula jadi dunia bawah air melalui pertandingan ratu cantik, ia akan membolehkan lebih ramai orang untuk memahami betapa lemahnya lautan kita dan berapa lagi usaha yang diperlukan untuk memainkan peranan kita untuk memeliharanya. Sekiranya anda tiba pada bulan November, anda akan tiba tepat pada masanya untuk pesta Miss Scuba International ini.


8. Matahari terbit dan terbenam di Pulau Mabul

Matahari terbit dan terbenam di Pulau Mabul

Melhat matahari terbit atau terbenam merupakan salah satu pengalaman di Pulau ini yang paling sukar dilupakan dan perlu dirancang. Matahari terbit lazimnya pada sekitar 5.45 pagi, tetapi ia amat berbaloi. Sekiranya anda tidak mahu bangun awal, anda boleh melihat matahari terbenam, yang sama indahnya seperti matahari terbit.


9. Melihat bintang di Pulau Mabul

Pulau Mabul - Melihat bintang di Pulau Mabul

Pemandangan langit Pulau ini cukup indah dengan bintang-bintang berkelipan. Dengan pencemaran cahaya yang rendah, pulau ini memang sempurna untuk melihat fenomena ini.


10. Jelajah pulau-ke-pulau (Island hopping)

Pulau Mabul - Jelajah pulau-ke-pulau (Island hopping)

Menjelajah pulau-ke-pulau di Sabah merupakan cara yang baik untuk melihat kecantikan persisiran pantai yang hebat di kawasan ini. Selain daripada Sipadan dan Kapalai, mereka yang ingin keluar ke lebih jauh mungkin boleh melawat pulau-pulau yang lain seperti Bum Bum, Pom Pom, Mataking dan Taman Marin Tun Sakaran. Jelajah satu hari boleh diatur ke kebanyakan pulau yang berdekatan (ke dan dari bandar Semporna atau Mabul).


11. Urut Spa

Urut Spa

Mabul Water Bungalow Resort menawarkan pilihan spa satu hari yang mewah menawarkan rawatan dan kakitangan berdedikasi untuk memenuhi setiap keperluan anda. Spa Mabul akan membangkitkan minda dan mencergaskan jiwa.


12. Fotografi

Pulau Mabul - Fotografi

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kumpulan fotografi yang pergi ke Pulau Mabul Malaysia untuk mengambil gambar pemandangan pulau yang indah dan lazimnya Pelauk atau Gipsi Laut. Operator jelajah yang khas menawarkan pakej fotografi yang khas di sini sementara kelab-kelab fotografi di sekitar Malaysia dan Asia Tenggara juga membuat perkara yang sama. Ia sentiasa disyorkan supaya anda membawa gula-gula atau snek untuk kanak-kanak Bajau Laut di Pulau Mabul sekiranya anda ingin bergambar dengan mereka.


Resort di Pulau Mabul:

1. Sipadan Mabul Resort

Sipadan Mabul Resort

Terkenal dengan nama jolokannya, SMART, Sipadan Mabul Resort merupakan resort yang dibina dengan berinspirasikan seni pembinaan Bajau. Ia cukup luas, dengan penginapan 45 chalet mewah dengan kelengkapan bilik yang terbaik untuk semua pengunjungnya. Ia mempunyai kemudahan pusat menyelam, spa dan restoran yang sesuai untuk pengunjung yang gemar menyelam dan bersantai.


2. Mabul Water Bungalows

Mabul Water Bungalows

Pemenang Anugerah Pelancongan Malaysia 2018 dan Anugerah Hotel Mewah Dunia 2015, Mabul Water Bungalows merupakan resort menyelam terapung 4 bintang di luar persisiran Pulau Mabul, dengan pemandangan Pulau Sipadan. Pengunjung boleh menyelam dengan penyu dan pelbagai jenis makhluk makro dan menginap di banglo atas air yang mempunyai teres peribadi, dan sebuah restoran besar yang menyajikan makanan laut dan Asia.


3. Sipadan Water Village

Sipadan Water Village

Penginapan yang bertema chalet, setiap bilik di Sipadan Water Village merupakan banglo individu dan seluruh resort di Sipadan Water Village dibina di atas air dengan bercirikan seni bina Bajau dengan menggunakan kayu belian dari Borneo Semua banglo dan kemudahannya seperti lobi, restoran dan kedai menyelamnya dihubungkan dengan satu laluan yang indah dihias dengan bunga-bungaan.


4. Borneo Divers Mabul Resort

Borneo Divers Mabul Resort

Penginapan chalet 3 bintang yang cukup selesa bagi mereka yang gemar menyelam kerana pusat menyelam di resort ini diberi 5 bintang oleh PADI. Hanya terdapat dua jenis penginapan iaitu chalet kecil dan besar, tetapi kedua-duanya cukup selesa untuk pengunjung. Titik tumpuannya ialah pusat menyelamnya yang terkenal di kalangan warga penyelam.


5. Seaventures Dive Resort

Seaventures Dive Resort

Seaventures Dive Resort merupakan penginapan yang unik kerana ia terletak di tengah laut dan bercirikan pusat menyelam. Penginapannya lebih sesuai untuk dua orang, tetapi ia cukup unik kerana temanya yang menyerupai pelantar minyak di tengah laut, di mana tapak menyelam semuanya berada di bawah sahaja.


 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ Aktiviti-aktiviti Terbaik Di Pulau Mataking Sabah, Malaysia

Pulau Mataking sebenarnya terdiri daripada dua pulau, iaitu Kecil dan Besar. Pulau-pulau ini disambung melalui satu bar pasir. Bar pasir ini menawarkan kepada pengunjung...

6 Tempat Makan Paling Sedap di Semporna Untuk Anda Cuba!

Semporna, Sabah amat terkenal dengan keindahan pulau dan air laut yang jernih. Maka, tidak hairanlah Semporna mempunyai masakan laut (seafood) yang sedap sehingga menjilat...

Arcadia Beach Resort – Resort Terbaru di Semporna

Alangkah seronoknya dapat bersantai di tepi pantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan, melupakan stress kerja dan traffic jammed di ibu kota, bukan? Semporna, Sabah amat...

Sea Star Resort Semporna: Resort Mewah di Tengah Alam Semula Jadi

Semporna, Sabah merupakan pintu masuk utama ke kawasan taman laut. Ia terkenal dengan keindahan bawah lautnya yang menakjubkan. Ramai pengunjung datang ke Semporna untuk...

10+ Tempat Menyelam Terbaik Dan 9+ Aktiviti-Aktiviti Yang Patut Dilakukan Di Pulau Kapalai

Pulau Kapalai merupakan sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati. Walaupun ia dipanggil sebuah pulau ia sebenarnya sebuah bar pasir yang terletak di Terumbu Ligitan...

Bercuti Di Semporna Nusakuya Resort, Memang BEST!

Bercuti di dalam Malaysia memang menjamin pengalaman yang menarik kepada para pelancong. Banyak sungguh tempat-tempat menarik yang boleh di pergi untuk menenangkan fikiran dan...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ainatul Husna
Ainatul Husna
1 year ago

pulau manukan dah pergi. next trip pulau mabul pula. aku suka betul pergi pulau ke sabah ni. cantik

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x