9 Pulau di Sabah Yang PALING MENARIK Untuk Bercuti

pulau di sabah paling menarikKalau cakap pasal destinasi percutian di pulau-pulau yang menarik di Malaysia, negeri Sabah dan Terengganu semestinya dua negeri yang wajib anda terjah. Untuk kali ini, jom kita tengok pulau-pulau di Sabah yang paling menarik samada untuk snorkeling, scuba diving, honeymoon ataupun untuk releks-releks sahaja.

Ada sesetengah pulau di Sabah hanya gah pada popularitinya namun bila sampai, airnya keruh dan hidupan marin tidak seperti yang diharapkan. Semoga artikel ini membantu anda memilih destinasi percutian di pulau-pulau di Sabah yang bersesuaian dengan keinginan anda.


Senarai pulau di Sabah yang paling BEST untuk menyelam atau snorkeling

Kebanyakan pulau di sabah yang popular terkenal kerana keindahan terumbu karang dan kekayaan hidupan marin yang bertaraf dunia. Namun nak ke sesetngah pulau bukannya dekat dan kawasannya agak terpencil. Sekiranya anda nak snorkeling, menyelam dan bercuti di destinasi pulau yang cantik, berikut adalah pulau-pulau di Sabah yang boleh anda cuba.

1. Pulai Kapalai

pulau di sabah yang paling menarik

Memang jarang kita dengar nama Pulau Kapalai di Sabah kerana jarang orang yang pergi ke sini kerana lokasinya agak pedalaman dan terpencil. Mungkin kerana jarang orang yang bercuti ke sini maka kebersihan dan keindahan hidupan marin masih terjaga dengan baik.

Pulau Kapalai merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Sipadan dan Mabul. Pulau ini merupakan landaian pasir yang dikelilingi dengan jaluran terubu karang yang di panggil ‘Terumbu Ligitan’.

pulau di sabah yang best honeymoon

Dan yang paling best, di sini terdapat sebuah perkampungan resort yang di bina di atas air di mana anda boleh boleh melihat hidupan marin berenang di dasar terumbu karang. Memang jernih sejernih jernihnya.

Sekiranya anda bercadang untuk menyelam di sekitar Pulau Sipadan, jangan lupa untuk mencuba menginap di resort di Pulau Kapalai dan jaraknya pun tidaklah jauh dari Pulau Sipadan.

Nak tahu betapa cantiknya perairan di Pulau Kapalai termasuk dengan keindahan menyelam di perairan Sipadan, saksikan video menarik di bawah.

sumber video: Lkwid Productions


2. Pulau Lankayan

pulau lankayan di sabah best

Pulau Lanyakan terletak di Lautan Sulu di Sandakan dan mempunyai pantai yang berpasir putih yang cantik dan terubu karang di sekelilingnya yang menjadi habitat kegemaran marin. Antara ikan yang ada seperti leopard sharks, ikan pari dan giant grouper. Pulau Lankayan merupakan destinasi menyelam yang sangat terkenal di kalangan penyelam profesional dalam dan luar negara.

Jarak pulau ini kira-kira 300 km ke arah utara barat laut Kota Kinabalu. Bagi mereka yang benar-benar inginkan sebuah percutian yang jauh dari hiruk pikuk kota dan orang ramai, Pulau Lankayan sememangnya satu destinasi yang perlu dicuba.


3. Pulau Sipadan

senarai pulau yang best di malaysia

Pulau Sipadan merupakan salah satu 3 destinasi yang top di dunia untuk menyelam. Tidak hairanlan Pulau Sipadan sudah banyak kali menjadi liputan rancangan hebat seperti National Geographic dan Discovery Channels. Melihat 7-8 ekor penyu untuk satu kali penyelaman adalah mudah dan tidak sukar seperti di tempat lain. Salah satu aktiviti yang sering menjadi impian penyelam di sini ialah mencari barracuda tornado, satu phenomena yang cukup unik di dalam laut.

Pulau Sipadan juga telah memenangi banyak anugerah pelancongan dan tourism dalam dan luar negara, ekosistem perairan Pulau Sipadan dikatakan mempunyai lebih 3000 spesis ikan dan batu karang yang masih terjaga.

Penyelam juga boleh menyelam ke dasar laut yang dikenali sebagai ‘perkuburan penyu’ kerana penuh dengan cengkerang penyu yang sudah mati. Meskipun dahulunya Pulau Sipadan sering menjadi tajuk berita hangat kerana isu penculikan, namun kini tahap keselamatan telah diperketatkan oleh ATM & TLDM bagi mengelak sebarang ancaman lanun luar.


4. Pulau Mabul

pulau di sabah yang menarik

Dahulunya Pulau Mabul tidaklah sepopular sekarang dan lebih menumpang populariti Pulau Sipadan yang terletak di jauh darinya. Namun kini telah terkenal dengan keunikannya yang tersendiri sebagai destinasi menyelam dan snorkeling yang unggul di peringkat dunia.

Pulau Mabul kecil sahaja dan mempunyai 200 hektar terumbu karang yang menjadi habitat pelbagai hidupan marin seperti sotong kurita, sotong mimik, udang, ketam, ikan-ikan dan sebagainya. Perairan di Pulau Mabul tidaklah sedalam di Sipadan iaitu sekitar 25 ke 30 meter sahaja, jadi ianya merupakan tempat menyelam yang sangat ideal kepada mereka yang baru mencuba sukan scuba diving.


5. Pulau Mataking

pulau di malaysia yang paling cantik

Satu tempat percutian pulau di Sabah untuk honeymoon yang sangat popular di Eropah. Pulau Mataking mempunyai pantai berpasir putih yang sangat gebu, air pantai yang jernih, pemandangan matahari terbenam yang romantis dan juga resort yang mewah. Ada juga pelancong yang mengadakan perkahwinan di bawah laut di sini atau di gereja di atas Pulau kalau yang beragama Kristian.

Memandangkan pesisiran pantai berpasirnya cantik, anda boleh melihat ramai juga di kalangan pelancong adalah yang berkeluarga. Terletak kira-kira 40 minit dari Semporna dan 45 minit perjalanan dari Pulau Sipadan. Di sini terdapat sekitar 30 lokasi menyelam dan antara yang paling popular ialah di Magic Rick, Mantis Reef dan di Alice Wall. Ikan-ikan di sini ada yang spesis besar seperti baraccuda, ikan pari, tuna dan kadang-kadang anda boleh jumpa dengan paus jerung.


6. Pulau Tiga

pulau tiga di sabah best

Kalau nak tahu, di sinilah merupakan lokasi penggambaran rancangan realiti TV yang terkenal, Survivor untuk musim pertama. Pulau Tiga sememangnya kaya dengan khazanah laut dan darat seperti burung, reptilia dan juga serangga-serangga hutan. Selain menerokai alam floran fauna di pulau, anda juga boleh menyelam di perairan sekitarnya untuk melihat marbled stingrays, bamboo shark dan juga ular laut di dasarnya.


7. Bohey Dulang

bohey dulang di sabah

Dikenali dengan jolokan Pulau Mutiara, Bohey Dulang mempunyai pemandangan laut yang paling menarik di Sabah. Terletak di dalam perairan Taman Kepulauan Semporna, iaitu salah satu ekologi marin yang paling kaya dengan hidupan laut di Malaysia. Bohey Dulang juga merupakan tempat photoshoot yang sangat terkenal di kalangan photographer profesional.


8. Pulau Layang Layang

pulau best di sabah berbulan madu

Pulau yang terkenal dengan perairan terumbu karang, tempat penyu bertelur dan juga kawasan perairan ikan paus jerung. Kesemua chalet-chalet yang ada di Pulau Lankayan mengadap laut dan kalau bangun pagi, anda boleh melihat terus di depan balkoni ikan-ikan, penyu dan anak-anak ikan jerung yang berenang di tepian laut.


9. Pulau Sapi

pulau sapi kota kinabalu sabah

Pulau Sapi merupakan pulau yang paling popular dan paling kaya dengan hidupan laut di Kota Kinabalu. Sekiranya anda malas nak travel jauh untuk ke pulau-pulau di atas untuk aktiviti snorkeling dan melihat terumbu karang, anda boleh ke sini. Terdapat beberapa pulau lain di sekitarnya seperti Pulau Manukan yang mana anda boleh sampai menaiki bot laju sekitar 15-20 minit sahaja. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mencuba sukan-sukan air yang tidak kurang hebatnya seperti bermain jetski, parasailing dan banana bot ride.


Pulau-pulau di Sabah sememangnya banyak yang menarik, terpulang kepada bajet dan aktiviti yang anda ingin lakukan, rancang percutian dan sokonglah industri pelancongan di dalam Malaysia.

4.4/5 - (25 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tips Melancong ke Sabah untuk Pelancong Pertama Kali

Sabah, sebuah negeri yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan kepelbagaian budayanya, merupakan destinasi impian bagi ramai pelancong. Bagi pelancong pertama kali, persediaan yang...

10 Pulau di Sabah yang Best untuk Selam Skuba (Scuba Diving)

Selam skuba atau lebih dikenali dengan panggilan "diving" adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan bantuan set peralatan khusus yang lengkap untuk...

57+ Tempat Menarik di Sabah Yang POPULAR Untuk Pelancong Bercuti

Negeri Sabah memang cukup terkenal dengan tempat pelancongan yang kaya dengan tarikan alam semulajadi terutamanya di pulau-pulau, pusat penjagaan hidupan liar & kawasan taman...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
azmel effendy hanafi
azmel effendy hanafi
3 years ago

Boleh share package untuk 2 orang ke pulau kapalai?

Azu
Azu
5 years ago

Anda telah lupa tentang pulau mantanani

Azu
Azu
5 years ago

Anda telah lupa tentang pulau Mantanani.

MAN
MAN
7 years ago

SAYA MAHU P BERCUTI DI BALIAU MASIN ada yg pekaj murah2

Rosley shamsudin
8 years ago

tahniah penduduk semporna amat bertuah menjadi penduduk semporna yang bukan saja terkenal dengan keindahan pulau tetapi juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan laut.Tahniah orang semporna

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x