Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Bercuti Di Semporna Nusakuya Resort, Memang BEST!

Bercuti di dalam Malaysia memang menjamin pengalaman yang menarik kepada para pelancong. Banyak sungguh tempat-tempat menarik yang boleh di pergi untuk menenangkan fikiran dan bebaskan diri daripada kesibukan kerja. Anda boleh pergi berkhemah dalam hutan, berjalan-jalan di kota mahupun berenang di lautan biru. Memang tak lekang lah Malaysia ni dengan tempat yang best-best. Untuk percutian pulau yang cantik pastinya Sabah mempunyai banyak pulau yang lawa-lawa dengan air laut yang biru.

Salah satu tempat yang boleh anda pergi untuk melihat air laut yang memang jernih dan sangat-sangat biru di Sabah ialah di Semporna yang sering menjadi pilihan para penggemar air laut dan pantai. Air laut di Semporna ni memang sangatlah cantik dan pasti akan membuatkan anda terpukau dengai warna biru air lautnya. Dah sampai Semporna mesti nak cari tempat penginapan kan? Haa apa kata anda pilih Nusakuya Resort sebagai tempat penginapan anda.


Nusakuya Resort Semporna

nusakuya

Jika anda bercadang untuk bercuti ke sini, ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan yang pastinya akan memberikan satu pengalaman indah kepada anda seisi keluarga. Sudah pastinya aktiviti-aktiviti di sini berkaitan dengan aktiviti air. Maklumlah resort pun ditengah-tengah lautan biru yang mempersonakan. Yang membezakan resort ini dengan kebanyakan tempat penginapan lain di Semporna ialah di sini 24 jam ada eletrik manakala tempat lain hanya dari 6 petang sampai 6 pagi sahaja. Walaupun begitu, untuk guna penyejuk udara, di sini juga hanya pada 6 petang ke 6 pagi juga.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan

Berkayak

kayaking

Haa kalau dah sampai di tengah laut tu apa lagi yang anda boleh buat kalau bukan berkayak. Anda yang nak berkayak disini boleh sahaja minta sewa dengan pekerja hotel yang sangat-sangat peramah dan mesra pelanggan. Anda akan diberikan kayak lut sinar di mana akan nampak macam anda terapung ditengah laut. Memang sangat cantik sekali kerana anda boleh lihat air laut dan haiwan-haiwan laut juga. Seronok sangat dapat menikmati pemandangan laut atas kayak ni. Pastikan naik kayak tu elok-elok agar tak jatuh dalam laut.

Bayaran: RM 25 untuk 30 minit

Melihat Penyu

Dah nama pun resort tengah laut, jadi mestilah anda berpeluang melihat haiwan-haiwan laut dengan jelas. Anda kalau bernasib baik, anda mungkin akan dapat melihat penyu yang berenang-renang di situ. Anda turut boleh berenang dengan mereka. Susah tau nak lihat penyu berenang-renang depan mata kerana haiwan ini biasanya ada di tengah-tengah laut dalam dan bukan selalu mereka akan ke kawasan yang cetek. Jadi, kalau dah nampak tu jangan lupa untuk tangkap gambar dan rakam video. Anda jangan pula baling benda bukan-bukan kepada penyu tersebut untuk tarik perhatian mereka. Anda perlu ingat untuk sentiasa menjaga kebersihan laut agar spesis terancam seperti penyu tidak pupus.

Island Hopping

island hopping

Macam biasalah, kalau dah pergi ke kawasan pulau mesti akan ada aktiviti island hopping kan? Di Nusakuya Resort pun anda boleh dapatkan pakej island hopping yang menarik. Anda akan dibawa ke pulau pilihan anda untuk bermandi-manda serta bersantai-santai. Ada tiga pilihan yang anda boleh pilih iaitu Mabul dan Kapalai, Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan, terakhir sekali Timba-Timba & Mataking. Anda bila sampai ke pulau-pulau ini, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan melihat spesis-spesis ikan yang berada di setiap pulau.
Di sini anda boleh pilih nak naik bot peribadi ataupun bot kongsi. Kalau bot peribadi harga adalah mengikut sewaa satu bot yang akan menjadi lebih mahal berbanding bot kongsi. Manakala, jika anda ingin berkongsi bot, harga menjadi lebih murah dan kanak-kanak akan mendapat separuh harga sahaja. Harga pakej adalah termasuk permit, makan tengah hari dan air mineral tanpa had. Memang sangat-sangat berbaloi pakej yang ditawarkan.
Bayaran: Bot peribadi (RM 600 – RM 100); Bot kongsi (Dewasa: RM RM 120 – RM 150), Kanak-kanak separuh harga

Snorkeling

Dengan melakukan aktiviti snorkeling anda akan dapat menyelam denga lebih dalam dan melihat dalam air dengan lebih jelas. Selain itu, anda juga mampu bertahan di dalam air lebih lama. Anda akan dapat melihat haiwan di dalam air laut ini seperti ikan-ikan kecil yang berwarna-warni serta terumbu karang yang menjadi rumah kepada ikan-ikan kecil tersebut. Hati-hati bila menyelam kerana terumbu karang agak tajam dan mungkin boleh mencederakan anda juga. Anda bebas untuk snorkeling pada bila-bila masa sahaja sambil-sambil berenang dan mandi-manda air laut. Untuk mendapatkan peralatan snorkeling, anda boleh mintak daripada pekerja resort ini secara pecuma.

Makanan sedap di tepi laut

makanan

Jika anda mengambil pakej penginapan di sini, anda tidak perlu risau tentang makanan kerana sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam termasuk dalam pakej yang anda ambil. Makanan yang disediakan memang tidak mengecewakan dan sedap-sedap belaka. Untuk sarapan pagi ada roti bakar, kopi, teh dan air oren kalau nak ringan-ringan. Bagi sarapan makanan berat biasanya mereka ada makan mee, bihun dan nasi lemak. Seterusnya, kalau untuk makan tengah hari memang kenyang kerana ada dua lauk: satu ikan dan satu ayam, buah dan juga sayur. Makan malam pula wajib ada ikan, ketam, sayur, telur gulung, sup dan buah. Nak rilek-rilek sambil ngopi pun boleh juga. Senang cerita duduk sini memang takkan laparlah. 


Kemudahan yang boleh digunakan

kemudahan

Kemudahan di resort yang berada di tengah-tengah laut ini memang cukup lengkap. Dalam bilik, mereka ada sediakan tv, pemanas air, kipas dan penyejuk udara. Tapi di sini udara boleh dikatakan agak sedap juga dek angin laut yang membayu. Kalau anda nak guna kemudahan seperti seterika, cerek dan pengering rambut, anda boleh minta dengan pekerja mereka tanpa sebarang bayaran. Nanti mereka akan terus hantar ke bilik anda. Mudah je kan?

Selain daripada itu, anda juga boleh minta alat snorkeling, jaket keselamatan dan inflatable floating bed. Semua kumadahan ni memang termasuk sekali dengan pakej yang anda ambil dan memang untuk anda gunakan juga. Semuanya akan dihantar sendiri oleh pekerja mereka ke bilik anda. Nak main snuker pun boleh kerana mereka ada menyediakan meja snuker.


Lokasi Nusakuya Resort

lokasi

Sumber: Nur Natasha Abdullah

Terletak berdekatan dengan Pulau Bum Bum di Semporna, Sabah. Untuk ke sini, jika anda menaiki kapal terbang, anda akan turun di Lapangan Terbang Tawau yang mengambil masa lebih kurang 3 jam daripada KLIA2. Seterusnya ada kena naik perkhidmatan van ke Jeti Semporna yang menelan masa dalam 1 jam sahaja. Kemudian, anda akan menaiki bot dari jeti untuk ke Nusakuya Resort. Biasanya 30 minit boleh sampai. Akhir sekali, boleh terus daftar masuk dan makan.

Alamat: Kg Tundun Bum-Bum Lot no 20-031204014 Peti surat 852, 91308 Semporna, Sabah

Waktu Operasi: 24 jam

Harga:

  • Bermula dari RM 800 semalam
  • Lapangan terbang ke Jeti Semporna dari RM 200 pergi balik

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0142244513


Resort ini memang agak terkenal juga kepada para pelancong dari dalam mahupun luar negara. Anda kalau bercadang untuk ke sini baik anda buat tempahan cepat-cepat. Takut mereka ni penuh je lagi-lagi kalau musim cuti sekolah dan hujung tahun. Jangan menyesal pula nanti kalau terlepas peluang menikmati pengalaman resort yang menenangkan mata dan dan badan ini. Selamat bercuti!

4.1/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 12+ Aktiviti Yang Menarik Di Pulau Mabul Sabah

Pulau Mabul Sabah merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bujur yang dikelilingi oleh pantai berpasir dan terletak di barat daya sebuah terumbu 200 hektar yang...

Crystal Resort Semporna: Jom Terokai Percutian Ala Maldives

Sabah terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan keindahan pulau-pulau yang sangat cantik, pasir yang halus serta laut yang jernih dan biru. Selain itu, Sabah juga...

Top 10 Pakej Pulau Semporna Yang Best & Menarik

Tahukah anda bahawa di Sabah Malaysia, terdapat banyak pulau yang sungguh cantik di sekitar Semporna? Kecantikan untuk pulau pulau semporna ini dikatakan sungguh menakjubkan...

Arcadia Beach Resort – Resort Terbaru di Semporna

Alangkah seronoknya dapat bersantai di tepi pantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan, melupakan stress kerja dan traffic jammed di ibu kota, bukan? Semporna, Sabah amat...

6 Tempat Makan Paling Sedap di Semporna Untuk Anda Cuba!

Semporna, Sabah amat terkenal dengan keindahan pulau dan air laut yang jernih. Maka, tidak hairanlah Semporna mempunyai masakan laut (seafood) yang sedap sehingga menjilat...

10+ Aktiviti Menarik Yang Mesti Dibuat Di Pulau Pom Pom

Pulau Pom Pom merupakan sebuah kepulauan terumbu yang indah di negeri Sabah yang merupakan destinasi yang hebat untuk pengunjung yang mengingingkan percutian yang sukar...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x