Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Aktiviti-aktiviti Yang Wajib Buat Di Pulau Lankayan

Pulau Lankayan merupakan sebuah pulau yang berbentuk seperti berlian di sebelah timur laut Sabah. Ia merupakan sebahagian daripada Kawasan Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) dan dikelilingi oleh perairan biru-hijau dan terumbu karang. Pulau ini amat popular di kalangan peminat penyelam scuba dan kerap dilawati untuk percutian yang penuh santai. Kawasan di sekeliling Lankayan merupakan taman marin terlindung yang rasmi; ini dilakukan untuk memelihara nilai ekopelancongannya yang kaya. Baca selanjutnya untuk info Pulau Lankayan Sabah yang terbaik.


7+ Aktiviti Terbaik Yang Wajib Buat Di Pulau Lankayan Sandakan

1. Menyelam di Pulau Lankayan

Pulau Lankayan merupakan sebuah syurga makrobiotik. Dalam perairannya anda boleh melihat berderet-deret terumbu keras dan lembut, termasuk pelbagai ikan yang berwarna-warni. Pelagik juga kerap ditemui, daripada ikan barracuda, jack dan humphead parrotfish. Sekiranya pengunjung datang pada masa yang betul, di antara bulan Mac ke Mei, kawasan di sekitar Pulau Lankayan merupakan antara tempat yang terbaik untuk melihat ikan jerung paus. Terdapat sebuah sekolah menyelam di Pulau Lankayan di mana pelajarnya boleh mendapat pensijilan daripada PADI. Mereka menawarkan percutian menyelam scuba ke lebih daripada 40 tapak selaman. Tapak selaman yang paling popular ialah di ‘Lankayan Wreck’; sebuah kapal nelayan haram yang tenggelam sehingga ke dasar (23m).


2. Penetasan Telur Penyu

Pulau Lankayan juga merupakan kawasan bersarang untuk penyu jenis Hijau dan Hawksbill. Penjaga Terumbu (Reef Guardian) mempunyai unit rondaan mereka untuk menjaga penyu yang bertelur daripada gangguan manusia. Telur yang telah dilahirkan akan dialihkan dan dibawa ke pusat penetasan. Waktu puncak untuk penyu bersarang ialah dari Julai ke Oktober.


3. Berkayak dan Menyelam Permukaan (Snorkelling)

Pulau ini juga mempunyai pusat menyelam di mana pengunjung boleh menyewa peralatan scuba mereka dan juga kayak lautan dan alat selaman permukaan.


4. Melihat Jerung Muncung Hitam (Black Tip Shark)

Untuk mereka yang ingin melihat ikan jerung paus, cuba lawati pada bulan-bulan April dan Mei untuk peluang yang lebih tinggi melihat ikan-ikan ini. Walaupun tidak terjamin, inilah masa yang paling mungkin untuk kemunculan mereka.


5. Melihat Matahari Terbenam

Bar tepi pantai resort ini kadang-kadang mengadakan majlis barbeku pada waktu petang supaya pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam tatkala mereka menikmati hidangan mereka.


6. Nikmati BBQ

Kadang-kadang pengunjung juga boleh pergi ke bar untuk melihat matahari terbenam dan menikmati BBQ bersama sementara menikmati pemandangan panoramik matahari terbenam. Hidangan dihidangkan secara tidak formal di bangunan terbuka pusat, yang mempunyai teres terbuka yang dikelilingi oleh burung dan ia merupakan tempat yang ideal untuk santaian selepas makan malam dan berbual, dan menikmati pemandangan jerung muncung hitam yang berenang dengan santai beberapa kaki di bawah dasar.


7. Lawati Pusat Pameran Penjaga Terumbu (Reef Guardian)

Bangunan ini juga merupakan sebuah “Pusat Pertempuran”. Mereka mempunyai sebuah radar untuk mengesan bot nelayan yang mencerobohi kawasan terlindung marin. Ada banyak negara yang memusnahkan sepenuhnya terumbu karang mereka dan memancing ikan secara keterlaluan. Apabila laut mereka tiada apa lagi yang tinggal, mereka akan datang ke perairan negara lain untuk mencuri sumber mereka. Reef Guardian dibuka setiap hari dari 8 pagi ke 12:30 tengah hari, 2 petang ke 4:30 petang dan 8 malam ke 9:30 malam. Sebuah persembahan video 15 minit tentang SIMCA akan dimainkan setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat pada pukul 12:30 tengah hari. Pengunjung boleh melawat pusat ini untuk melihat gambar-gambar yang menarik dan sampel ekologi marin. Pengunjung digalakkan untuk menderma bagi mendorong perjuangan mereka.


11+ Tempat Menyelam Terbaik Di Pulau Lankayan Sabah

1. Jetty Wreck

Tapak ini merupakan terumbu karang buatan, yang diperbuat daripada peninggalan sebuah bot nelayan kecil yang terletak di depan jeti. Dalam beberapa minit sahaja selepas menuruni air, pengunjung akan dapat melihat sekumpulan ikan kelawar (batfish) dan juga ikan-ikan jack. Sisa peninggalan kapal ini merupakan habitat kepada beberapa ekor ikan katak (frogfish) dan terdapat juga ikan-ikan lain seperti garupa, ikan pari bertompok biru, ikan kala jengking (scorpionfish) and sotong. Ia juga merupakan lokasi yang baik untuk selaman waktu malam untuk melihat lebih banyak jenis ikan dan terumbu yang berlainan jenis. Jeti di sini juga merupakan tempat yang cukup baik untuk menangkap gambar.

2. Jawfish Lair

Pelbagai jenis terumbu karang, cacing pokok Krismas boleh ditemui di sini. Jawfish Lair merupakan habitat terbaik untuk makhluk-makhluk ini kerana ia baru sahaja diisytiharkan sebagai taman marin negara dan merupakan salah satu tapak selaman yang terbaik di Pulau Lankayan. Dengan bimbingan pakar selaman, pengunjung akan dapat melihat tapak-tapak terindah di dasar laut yang tersembunyi dan sekiranya mempunyai kamera yang cukup canggih, gambar yang ditangkap sememangnya akan mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Haiwan-haiwan yang lain termasuk sotong dan ikan pari boleh juga ditemui di tapak selaman ini.

3. Lankayan Wreck

Kira-kira 8 minit di sebelah barat Pulau Lankayan ialah sebuah bot karam yang pernah digunakan untuk memburu ikan. Mujurlah kapal karam ini merupakan habitat pelbagai jenis ikan sekarang. Garupa dan ikan-ikan lain seperti yellow sea perch kerap dilihat di sekitar kawasan kapal karam ini, seperti juga spesies ikan yang jarang ditemui. Selaman di tapak ini agak cetek, iaitu pada kedalaman 15-23 meter. Mac ke Mei merupakan bulan-bulan yang terbaik untuk mengunjung kerana akan terdapat ikan jerung yang melalui tapak ini.

4. Froggie Fort

Terletak pada bahagian timur laut pulau ini, terumbu karang di tapak ini dikenali dengan ikan katak (frogfish)nya. Ikan kelawar (batfish), ikan bidadari (angelfish), ikan buntal (pufferfish), dan triggerfish juga lazim ditemui di terumbu ini. Pengunjung perlu memerhatikan udang galah dan nudibranch yang juga ditemui di sini.

5. Mel’s Rock

Tapak selaman ini terletak di sebelah selatan Pulau Lankayan. Dikelilingi pasir, tapak terumbu kecil ini terdiri daripada terumbu keras kebanyakannya. Walau bagaimanapun, terumbu lembut boleh dijumpai di bahagian atas terumbu kira-kira 12 meter di dasar. Nudibranch amat banyak ditemui di sini dan boleh ditemui di kalangan span barrel.

6. Mosquito Wreck

Mosquito Wreck merupakan salah satu daripada 3 selaman kapal karam di Pulau Lankayan. Kapal ini sebahagian daripada barisan kapal Mosquito Fleet yang diselenggara oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Kapal karam ini sendiri mempunyai sedikit daya tarikannya yang tersendiri – daripada senapang busur yang masih kekal sehinggalah kargo asalnya yang masih kekal. Tentang kehidupan marin pula, perairan di sini mengandungi ikan-ikan seperti jack dan barracuda, pelbagai spesies garupa dan juga ikan pari manta dan jerung paus.

7. Twin City

Tapak ini mengandungi dua terumbu kecil yang dipisahkan oleh laluan berpasir yang kecil. Sekiranya pengunjung melihat di celah belukar terumbu hitam, mereka dapat melihat banyak udang yang lutsinar. Fusilier biru dan ikan arnab (rabbit fish) kerap dijumpai di kalangan terumbu. Penyelam yang bertuah mungkin dapat melihat ikan jerung buluh (bamboo shark) atau ikan jerung kucing (cat shark) yang berkeliaran di tapak selaman ini. Namun, mereka perlu berhati-hati terhadap obor-obor kecil yang mampu menyengat.

8. Moray Reef

Sedikit jauh dari Pulau Lankayan berbanding dengan laman selaman yang lain, Moray Reef merupakan tapak yang terbaik untuk melepaskan diri daripada kumpulan penyelam yang lain. Seperti namanya, terumbu ini dikenali dengan ikan belut moray (moray eel)nya yang boleh ditemui di celah-celah batu.

9. Goby Rock

Salah satu daripada 40+ tapak yang mengelilingi Resort Menyelam Pulau Lankayan, terumbu ini contoh terbaik untuk kesan positif daripada projek-projek perlindungan kawasan marin. Cuma 10 tahun dahulul kawasan ini mengalami masalah pemancingan terlampau dan kini ada peluang yang cerah bagi penyelam untuk melihat ikan jerung terumbu muncung putih (white tip reef shark) yang meronda di kawasan hujung terumbu.

Ia juga merupakan habitat bagi ikan gobi pelbagai jenis dan warna. Penyelam boleh mengamati hubungan simbiotik di antara ikan gobi dengan udang, di mana udang membina rumahnya dan memelihara kebersihannya dan ikan gobi menjaga pintu masuknya dan memaklumkan udang tentang sebarang bahaya sebelum ia meninggalkan busutnya untuk menolak puing dari terowong. Terdapat juga ikan pari bertompok biru yang banyak di kawasan Pulau Lankayan. Terdapat juga kemungkinan bahawa penyelam hanya meluangkan masa berdekatan tetapi masih tidak dapat mengenal pasti semua spesies.

10. Lost Reef

Penyelam akan menyelam scuba di Lost Reef 5 minit selepas meninggalkan kapal. Jarak penglihatan mungkin agak baik di Pulau Lankayan, tetapi berikutan hujan lebat, sungai di semenanjung yang sarat penuh dengan air mungkin akan mengurangkan jarak pengelihatan di sini. Mujurlah pulau ini masih ada perkara-perkara yang  kecil untuk dilihat bila jarak penglihatan yang baik tidak selalunya ada. Tapak ini terletak di sebelah utara Pulau Lankayang, Lost Reef mungkin mempunyai jarak penglihatan yang lebih baik berbanding dengan tapak-tapak lain di kawasan ini.

11. Pegaso Reef

Tambahan terkini kepada kawasan Penjaga Terumbu (Reef-Guardian), Pegaso Reef terletak di sebelah utara Pulau Lankayan dan amat berbaloi untuk diselami. Sebelumi ini ia dirosakkan oleh amalan buruk bot nelayan, jadi pengunjung mungkin akan terkejut dengan betapa cepatnya lautan ini menjana semula terumbu karang ini.


Resort Pulau Lankayan:

  1. Lankayan Island Dive Resort

Lankayan Island Dive Resort merupakan satu-satunya resort di Pulau Lankayan di mana para pengunjung boleh menikmati penginapan bertema chalet yang selesa di samping pemandangan laut yang mengagumkan. Para pengunjung juga boleh menikmati aktiviti laut yang boleh disewa di resort ini sambil menikmati keindahannya.


Cara Ke Pulau Lankayan Sandakan

Pertama sekali, pengunjung perlu terbang ke Sandakan, di mana perjalanan bot ke Pulau Lankayan akan mengambil masa satu jam setengah dari Sandakan. Oleh kerana bot tersebut berlepas awal pagi, mungkin pilihan terbaik ialah menginap satu malam di Sandakan pada malam sebelumnya.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

15+ Tempat Menarik di Sandakan, Sabah Untuk Pelancong Terokai

Sandakan di Sabah merupakan tempat pelancongan yang sangat popular di kalangan pelancong asing yang cintakan keindahan alam semulajadi & hidupan hutan di Borneo. Tumpuan...

8 Homestay Serba Lengkap & Selesa di Sandakan

Pelbagai persiapan yang perlu dilakukan sekiranya anda mengambil keputusan untuk pergi bercuti. Sama ada bercuti di dalam atau luar negara, tempat penginapan merupakan salah...

Top 5 Kereta Sewa Sandakan yg Best

Jom terokai Sabah dengan kereta sewa Sandakan yang terbaik ini untuk anda. Sandakan juga dikenali sebagai Borneo’s Nature City dan bandar kedua terbesar di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x